Zeekr, jenama teknologi premium global, kini melangkah ke pasaran Malaysia dengan pelancaran dua model elektrik tulen, Zeekr 009 dan Zeekr X. Di bawah Sentinel Automotive Sdn Bhd, jenama ini menjanjikan pengalaman pemanduan mewah dengan teknologi terkini.
Harga dan Varian
Zeekr 009, sebuah MPV elektrik mewah, ditawarkan dalam dua varian:
7-tempat duduk pada harga RM349,800
6-tempat duduk ultra mewah pada harga RM359,800
Manakala, Zeekr X, SUV bandar serba elektrik, hadir dengan dua pilihan:
Premium pada harga RM155,800
Flagship AWD pada harga RM172,800
Zeekr 009
Kedua-dua model disokong dengan jaminan kenderaan selama 5 tahun atau 150,000km. Serta jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000km.
Selain itu, 500 pelanggan pertama akan menerima pakej pelancaran eksklusif termasuk pengecas rumah, pengecas mudah alih, filem solar, dan penutup matahari untuk Zeekr X.
Reka Bentuk dan Kemewahan Zeekr 009
Zeekr 009 menampilkan reka bentuk luar yang megah dan dalaman bertaraf dunia. MPV ini diperkasakan oleh dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa maksimum 450 kW dan tork 693 Nm.
Membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 4.5 saat. Dengan bateri 116 kWh, ia mampu mencapai jarak WLTP sehingga 582 km.
Ads
Sementara pengecasan pantas DC 150 kW membolehkannya dicas dari 10% ke 80% dalam masa 30 minit.
Bahagian dalamnya dilengkapi tempat duduk Nappa yang selesa, meja tersembunyi, peti sejuk mini 8.6 liter, dan fungsi urutan serta pengudaraan untuk barisan pertama dan kedua. Untuk hiburan, terdapat skrin OLED 15.05 inci di tengah. Skrin bumbung OLED 17 inci, dan sistem bunyi Yamaha 30-pembesar suara.
Ruang dalaman Zeekr 009
Kehebatan Zeekr X
Zeekr X pula menggabungkan reka bentuk bandar moden dengan prestasi hebat. Varian Flagship AWD mampu menghasilkan kuasa maksimum 315 kW dengan pecutan 0-100 km/j hanya dalam 3.8 saat.
Dengan bateri 66 kWh, ia menawarkan jarak WLTP sehingga 440 km dan pengecasan pantas DC 150 kW dalam tempoh 30 minit.
Ads
SUV ini dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), paparan HUD realiti tambahan 35.95 inci, dan kemasan dalaman yang mewah untuk memastikan keselesaan maksimum di jalan raya.
Cawangan dan Perkhidmatan Pelanggan
Zeekr telah membuka bilik pameran utama di Petaling Jaya dan Sunway City, dengan lebih banyak cawangan bakal dibuka di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, dan beberapa negeri lain menjelang pertengahan 2025.
Zeekr X
Era Baharu Mobiliti Elektrik di Malaysia
Dengan Zeekr 009 dan Zeekr X, Zeekr memperkenalkan standard baharu dalam teknologi elektrik dan kemewahan di Malaysia. Sama ada anda mencari MPV ultra mewah atau SUV bandar elektrik. Zeekr menawarkan pakej lengkap untuk pengalaman pemanduan masa depan.
Ads
Bagi maklumat lanjut, hubungi Sentinel Automotive di +6012-964 8495 atau lawati bilik pameran berhampiran anda.
Selama lebih 18 tahun, Yamaha Fino menjadi simbol motosikal automatik yang berjaya menawan hati rakyat Thailand dengan reka bentuk dan prestasinya, Model ini tampil dengan keluaran terbaharu Fino Final Edition dan mungkin ini adalah keluaran terakhir untuk Fino.
Pelancaran model ini juga adalah bersempena ulang tahun ke 60 tahun Syarikat Motor Yamaha Thailand. Model ini hadir dengan satu varian warna sahaja iaitu hitam menjadikan ia unik dan eksklusif.
Yamaha Fino Final Edition terhad dengan hanya pengeluaran 999 unit dan setiap satu dihiasi dengan logo Emblem emas serta nombor plat bersiri yang unik, menambah sentuhan eksklusiviti kepada daya tariknya.
Motosikal yang diispirasi daripada kebanyakkan model motosikal automatik daripada Jepun ini menggunakan lampu depan LED projector dengan dimmer Diamond Cut Lens. Selain itu, Yamaha Fino Final Edition juga dilengkapi kunci “Answer Back System”, memboleh ruangan penyimpanan boleh terbuka secara automatik.
Motosikal ini juga dilengkapi ruang penyimpanan seluas 7,2 liter, yang boleh memuatkan sebiji topi keledar biasa serta mempunyai tangki bahan api 4.2 liter.
Dengan harga disyorkan sebanyak 50,900 baht (RM6800), Yamaha Fino Final Edition juga turut disertakan dengan topi keledar khas Fino bewarna hitam serta jaminan 5 tahun atau 50,000 kilometer.
Meskipun kita tidak menerima model motosikal ini untuk pasaran tempatan tetapi kita tetap boleh melihat motosikal ini meluncur di jalan raya Malaysia. Ubahsuai daripada model asas Yamaha Ego membolehkan ianya menjadi sebuah model Yamah Fino melalui penukaran “coverset” serta bahagian-bahagian lain.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Perlumbaan yang mengasyikkan selama sembilan jam di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini, telah menyaksikan kejayaan gemilang oleh Toyota Gazoo Racing Malaysia yang menamatkan perlumbaan dengan tiga jentera mereka berada dalam kelompok lima teratas.
Toyota Gazoo Racing Malaysia memenangi tempat ketiga dalam perlumbaan yang sengit itu, sementara kemenangan keseluruhan jatuh kepada pasukan Amer Harris dan Nabil Azlan yang mengendalikan jentera Toyota Yaris untuk pasukan UMW Toyota Motor, Wing Hin Motorsport.
Amer Harris dan Nabil Azlan mencipta kejayaan dengan menamatkan perlumbaan dengan 169 pusingan, mengungguli pesaing dengan margin 5 pusingan.
Pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia, yang diketuai oleh Tengku Djan Ley Tengku Mahaleed dan Naquib Azlan, turut berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan jentera Toyota Vios, mewarnai kejayaan Toyota dalam acara ini.
Menurut Toyota, kemenangan podium ini merupakan pencapaian ketiga berturut-turut sejak penyertaannya pada tahun 2021. Dalam perlumbaan kali ini, sejumlah 13 buah Toyota dipertandingkan, terdiri dari 11 Vios dan 2 Yaris, dan kesemua jentera berjaya menamatkan perlumbaan dengan jayanya.
Kredit Foto: Siakapkeli.com
Dari 77 kereta yang memulakan perlumbaan, hanya 58 kereta yang berjaya menamatkan perlumbaan hingga ke garisan penamat, ini menunjukkan betapa mencabarnya perlumbaan endurance ini.
Datuk K. Ravindran, Presiden UMW Toyota Motor, menyatakan kejayaan Toyota dalam acara S1K ini adalah bukti kukuh prestasi dan pencapaian jenama Toyota dalam arena sukan permotoran.
Beliau berkata, “Kedua-dua Yaris dan Vios telah menunjukkan kebolehan sejati mereka dalam tiga tahun terakhir di trek. Ini membuktikan kesungguhan Toyota dalam pembinaan kereta yang lebih baik.”
Pada tahun 2024, generasi keempat Vios akan membuat debutnya dalam Siri ketujuh GR Vios Challenge 2024, menandakan sambutan yang dinanti-nantikan dalam acara-acara perlumbaan yang akan datang.
Di samping itu, Piala GAZOO Racing Vios Enduro menyaksikan Trio Axle Sports meraih tempat pertama, diikuti oleh Race Rally KL di tempat kedua, dan 23 Motors di tempat ketiga. Kesemua 10 kereta yang bertanding telah berjaya menyelesaikan cabaran 9 jam dan 1000KM yang mencabar itu.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Pusat Pameran GAC Motor telah rasmi dibuka melalui pengedar sah, Evo Cartech Sdn. Bhd., pihak yang dilantik untuk kenderaan GAC di Cyberjaya, telah memulakan operasi hari ini dengan pusat pameran seluas 4,434 kaki persegi di pusat bandar.
Sebagai sebahagian daripada rangkaian pengedar GAC Motor di Malaysia. Pusat pameran baru ini menawarkan rangkaian produk automotif terkini dari GAC Motor, bermula dengan SUV kompak GAC GS3 Emzoom, yang boleh dilihat dan diuji pandu oleh orang ramai mulai hari ini.
Diedarkan oleh WTC Automotif (M) Sdn. Bhd. di Malaysia. SUV GAC GS3 EMZOOM yang baru dilancarkan ini dikuasakan oleh enjin empat silinder turbocharged 1.5-liter yang menghasilkan 177PS dan 270Nm tork . Ia turut dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk Apple CarPlay™ tanpa wayar dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) untuk ciri keselamatan.
Model GAC GS3 Emzoom
Uji Pandu Model Terkini
Kami juga sempat uji pandu model ini dan pada pandangan kami model ini sangat memberangsangkan dari segi prestasi, keselesaan dan jarak penglihatan. Sebagai sebuah SUV, ia sangat lincah dan responsif ketika melalui selekoh.
Tambahan lain, jarak radius putaran tayar juga lebar, memberikan kita hanya sedikit ruang bagi melakukan pusingan U di persimpangan atau di kawasan komersial. Kualiti audio juga sangat bagus dan jelas, setanding dengan kualiti dari jenama eropah.
Model GS3 Emzoom ini, ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula dari RM118,900 untuk versi Exclusive dan RM128,900 bagi versi Premium-R.
Ng Tian Poh (tiga dari kanan) sejurus selepas upacara potong ribon di Pusat Pameran GAC Motors, Cyberjaya
Kata-Kata Pengarah Evolution Autotech…
Pengarah Evolution Autotech Sdn. Bhd, Ng Tian Poh, berkata “Kami adalah pemain baru dalam industri automotif dan kami berterima kasih dan berbesar hati dengan sokongan daripada pengedar seperti WTC Automotif yang membimbing kami ketika kami memulakan usaha automotif kami tahun ini,”.
Ng juga menjelaskan rasional pemilihan lokasi pengedaran automotif syarikatnya di Cyberjaya. “Dibina sebagai hab IT untuk Malaysia pada tahun 1997. Bandar seluas 7,000 ekar ini telah berkembang menjadi hab teknologi global. Menempatkan lebih 140,000 orang, dan populasi ini dijangka meningkat kepada 350,000 pada tahun 2039”.
Dari 16 hingga 19 Mei, pengunjung boleh merasai pengalaman GAC GS3 EMZOOM di pusat pameran GAC Cyberjaya setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Hubungi atau WhatsApp 019-385 7301 untuk uji pandu atau janji temu tempahan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari facebook.com/GACMotorCyberjaya.
Kempen Volvo Secret Sales Tawar Rebat dan Hadiah Istimewa Untuk Pelanggan Baharu
Volvo Car Malaysia bersedia menutup tirai tahun ini menerusi acara jualan istimewa yang...