Jenama automotif China, Zeekr, semakin serius melebarkan sayapnya ke pasaran Malaysia dengan pelancaran model terbaru mereka, Zeekr X.
Tempahan untuk model ini telah dibuka awal bulan ini, dan kini Zeekr menambah lagi keterujaan dengan memaparkan gambar varian Premium 2WD di laman Facebook mereka. Zeekr juga membuka pendaftaran minat bagi mereka yang mahu menjadi antara pemilik terawal.
Zeekr X Premium 2WD adalah model dengan pacuan motor tunggal dan merupakan versi yang lebih rendah daripada varian Flagship AWD yang berprestasi tinggi.
Di Malaysia,
Hanya dua varian ini ditawarkan kepada pengguna dengan harga bermula sekitar RM180,000 untuk varian Premium 2WD. Walaupun kedua-dua varian ini berbeza dari segi prestasi. Mereka berkongsi bateri jenis nickel manganese cobalt (NMC) yang sama. Berkapasiti bersih 66 kWh (atau 69 kWh kapasiti kasar).
Varian Premium 2WD dilengkapi motor tunggal yang menghasilkan kuasa sebanyak 272 PS dan tork 343 Nm, dihantar ke roda belakang. Dengan spesifikasi ini, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 5.6 saat.
Berbanding dengan varian Flagship AWD yang memiliki dua motor dan memacu keempat-empat roda, varian AWD menjana kuasa sebanyak 428 PS dan tork 543 Nm. Membolehkannya mencapai 0-100 km/j dalam hanya 3.8 saat.
Ads
Jarak Gerak
Disebabkan Premium 2WD lebih jimat dari segi tenaga, ia memberikan jarak perjalanan yang lebih jauh iaitu 440 km (berdasarkan ujian WLTP). Berbanding 420 km bagi varian Flagship AWD.
Kedua-dua varian ini mempunyai kelajuan maksimum yang sama iaitu 190 km/j dan menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150 kW. Dengan pengecasan pantas ini, bateri Zeekr X boleh dicas dari 10% ke 80% dalam masa 30 minit sahaja.
Pengecasan
Bagi pengecasan AC, spesifikasi dari pasaran Singapura menunjukkan varian Premium 2WD menyokong sehingga 7.2 kW. Manakala Flagship AWD pula boleh dicas dengan kapasiti maksimum 11 kW. Dengan pengecas AC, pengecasan penuh mengambil masa kira-kira tujuh jam.
Ads
Reka Bentuk
Dari segi kelengkapan luaran, Zeekr X menawarkan lampu dan DRL LED yang bergaya, memberikan penampilan yang elegan dan moden. Di bahagian dalam, ia dilengkapi dengan kluster instrumen digital berukuran 8.8 inci dan skrin sentuh besar 14.6 inci untuk sistem infotainment. Keselamatan penumpang turut menjadi keutamaan dengan adanya tujuh beg udara.
Ciri Keselamatan
Zeekr X juga dilengkapi dengan teknologi bantuan pemandu terkini (ADAS) yang merangkumi brek kecemasan automatik (AEB), kawalan melayar adaptif, bantuan menukar lorong, bantuan mengekalkan lorong, peninjau titik buta, amaran lintasan trafik depan dan belakang, bantuan parkir, serta peninjau pemandu. Ini memberikan pemandu keyakinan tambahan untuk perjalanan yang lebih selamat.
Zeekr X hadir dalam beberapa pilihan warna menarik. Termasuk Pine Green, Crystal White, Mist Grey, Grid Grey, dan Palace Beige. Bagi kemasan dalaman, Zeekr menawarkan pilihan dalam dua warna kombinasi, Charcoal Black dan Stone Grey.
Ads
Menggunakan platform SEA yang sama dengan model smart #1 dan #3 serta Volvo EX30. Zeekr X menunjukkan ia adalah pilihan yang menarik dalam pasaran kereta elektrik dengan teknologi terkini, reka bentuk moden, dan prestasi yang mantap.
UMW Toyota Motor sekali lagi mencatat pencapaian cukup mantap dengan mencapai jumlah penjualan bulanan sebanyak 10,931 unit. Ia merupakan pencapaian bulanan tertinggi dalam lima tahun terakhir. Dari jumlah itu, sebanyak 10,709 unit merupakan jualan untuk Toyota manakala 222 unit lagi adalah untuk Lexus.
Pencapaian gemilang ini mendorong jumlah jualan tahunan mereka hingga Oktober 2023 kepada 87,422 unit, berbanding dengan 80,153 unit dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, mewakili peningkatan sebanyak 9.1% dalam jualan tahunan untuk sepuluh bulan pertama tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Komitmen UMW Toyota Motor dalam penyempurnaan proses pengeluaran di kompleks Bukit Raja dan Shah Alam terus membuahkan hasil dengan operasi yang lebih efisien dan peningkatan kapasiti. Penambahbaikan terus dilakukan dalam proses CKD (Completely Knocked Down), menandakan tekad mereka untuk kecemerlangan dalam pengeluaran.
Kehadiran model Toyota Alphard & Vellfire 2023 menjadi lambang kejuruteraan yang tepat, mengimbangi kecekapan dan keanggunan. Enjin baharu 2.4L 16-valve DOHC dengan turbocharger dan intercooler memberikan prestasi unggul tanpa mengabaikan kemewahan yang menjadi ciri utama Toyota.
Kredit Foto: dsf.my
Sebagai komitmen untuk meningkatkan pengalaman membeli, UMW Toyota Motor turut melancarkan pelbagai promosi di bulan November di bawah tajuk “Celebrate the Symphony of Lights”. Pelanggan Toyota berpeluang mendapatkan pembiayaan sehingga 100% untuk model-model terpilih, dengan faedah promosi sehingga RM15,000 tersedia untuk pelbagai model Toyota, termasuk Vios facelift dan Toyota Yaris baharu. Program Toyota Service Savers turut ditawarkan dengan ansuran bulanan yang mudah bermula dari RM18.
Usaha memulihara alam sekitar menjadi fokus utama UMW Toyota Motor melalui penyertaan aktif dalam Inisiatif Pucuk Hijau UMW (UGS) di Hutan Simpan Kubang Badak, Langkawi. Mereka berusaha mencapai matlamat menanam 12,000 pokok pada tahun 2023, dengan penekanan khusus kepada pokok bakau yang memberikan manfaat alam sekitar yang besar. Langkah ini sejajar dengan komitmen Toyota dalam mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050, memperlahankan pelepasan CO2 dan membawa kepada masa depan yang lebih lestari.
UMW Toyota Motor sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam menjana prestasi, inovasi, dan kesedaran alam sekitar dalam industri automotif. Dengan terus mencipta impak positif, mereka terus mempertahankan kedudukan cemerlang dalam landskap automotif global.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Ramai di kalangan kita yang pernah ke Singapura pasti mengalami pengalaman dimana, situasi yang ‘meriah’ ketika melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands, terutamanya pada waktu puncak.
Terletak di tambak antara Singapura dan Johor Bahru, Pusat Pemeriksaan Woodlands dianggap sebagai salah satu pusat pemeriksaan darat terpadat di dunia. Namun, ada berita baik – terdapat perancangan besar-besaran untuk membangunkan semula pusat pemeriksaan tersebut, yang dijadualkan bermula pada tahun 2025.
Matlamat utama perluasan ini adalah untuk mengurangkan masa pelepasan dari satu jam kepada hanya 15 minit semasa waktu puncak. Pihak berkuasa merancang untuk memulakan pembangunan dalam beberapa fasa, yang dijangka mengambil masa 10 hingga 15 tahun.
Kredit Foto: Internet
Pusat pemeriksaan yang dibangunkan semula akan menjadi kira-kira lima kali ganda dari saiz semasa, mencerminkan hasrat untuk meningkatkan kecekapan dan kelancaran proses pemeriksaan. Automasi akan menjadi pemain utama, dengan sistem pelepasan imigresen dalam kereta automatik dan pemeriksaan keselamatan yang terintegrasi.
Tapak baharu juga dijangka menyediakan ruang untuk kenderaan, membantu mengatasi kesesakan di jalan raya sekitar dan Lebuhraya Bukit Timah. Dalam fasa pertama pembangunan, akan dibina 21 lorong kargo dua hala dan 78 lorong kereta ketibaan, memberikan lonjakan kapasiti sebanyak 30% untuk kargo dan 95% untuk kereta.
Lorong ketibaan untuk kereta juga boleh diubah menjadi 156 lorong untuk motosikal, memberikan fleksibiliti dalam menguruskan kesesakan semasa waktu puncak. Lebuhraya Bukit Timah juga akan diperluaskan, memberikan laluan terus untuk kenderaan keluar dari pusat pemeriksaan.
Kredit Foto: Motorist.sg
Pihak berkuasa yakin bahawa langkah-langkah ini akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut pada waktu puncak. Rangkaian jalan juga akan diperbarui, termasuk sambungan Pusat Bandar Woodlands Lama dan BKE yang dijadualkan siap pada 2028.
Meskipun perancangan ini melibatkan perobohan Pusat Pemeriksaan Woodlands lama, pihak berkuasa yakin bahawa pembangunan semula ini akan memberikan penyelesaian yang lebih mampan dan jangka panjang kepada masalah kesesakan di lintasan darat ini. Dengan dijangkakan peningkatan pengguna harian kepada kira-kira 400,000 menjelang tahun 2050, revolusi ini adalah langkah yang sangat dihargai.
Suzuki V-Strom 250SX hadir ke pasaran tempatan sejak Ogos 2024. Ikutkan, pada hari penyerahan kunci batch pertama haritu, kami nak pandu uji namun kekangan masa. Jadi, kami pinjam pada minggu ini untuk tunggang uji motor sejauh 150 km – harapnya dapatlah memberi pandangan yang bermanfaat.
Reka Bentuk V-Strom 250SX
Secara kasar, model ini memang 100% nampak seperti adventure bike. Ya betul. Namun, sebab ada huruf ‘SX’ di belakang yang bermaksud ‘Sport Crossover’. Ia mempunyai jiwa kesukanan walaupun dimensi motor kembara.
Paruh adventure bike di depan memang sudah menjadi DNA bagi mana-mana motor sebegini. Lampu utama depan dan belakang sepenuhnya LED. Casis yang tirus dan tegap menambah keyakinan kepada penunggang – terutama yang baru.
Keyakinan menunggang, menyelit dalam apa jua keadaan yang boleh terjadi di atas jalan.
Tunggang Jarak Jauh
Cukup dengan mekanikal. Apa rasanya bawa 250SX? Lenguh ke tidak? Berbaloi ke dengan harga? Baiklah.
Kami telah pandu uji sejauh 150 km di sekitar Selangor dan mendapati model ini boleh dikatakan ‘All Rounder’. Sebabnya?
Penulis sengaja memilih jalan yang mungkin dilalui oleh pemilik 250SX iaitu jalan persekutuan, lebuhraya dan bandar. Apa yang boleh diperhati, setiap permukaan jalan yang dilalui, model ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Jalan Persekutuan – Hantaran kuasa sekata
Lebuhraya – Lincah
Jalan Bandar – Jarak penglihatan luas, lebih selamat
Bermula dari barat Selangor, penulis melalui lebuhraya dengan keadaan trafik yang sederhana. Berat motor hanya 167kg – sedikit membuang dan tidak stabil ketika melintasi kenderaan besar namun tidak kritikal.
Selepas itu, penulis cuba melalui jalan bandar ketika waktu sesak. Ketinggian tempat duduk 835mm sangat membantu ketika sesak – jarak penglihatan lebih luas dan hampir sama tinggi dengan 4×4.
Seterusnya, jalan persekutuan. Transmisi enam kelajuan dengan kuasa sekitar 26 HP & 22.2 Nm tork memberi hantaran yang sekata dan tidak agresif – sesuai ketika jalan sesak atau ketika anda nak santai.
Posisi badan menegak dengan handlebar yang tinggi sangat membantu dalam mengurangkan lenguh tapi bukan getaran. Jadi pakai glove yang mesra getaran. Kaki tiada masalah, tiada isu.
Harga Suzuki V-Strom 250SX bermula dari RM17,800 dengan tiga pilihan warna Kuning, Oren dan Hitam. Boleh kunjungi pengedar sah Suzuki Malaysia untuk ketahui lebih lanjut.
"Redefining Boundaries"
Aveta Malaysia melakar sejarah baharu apabila melancarkan cogan kata rasmi terbarunya, “Redefining Boundaries” atau Mentakrifkan Semula Sempadan. Slogan ini menjadi simbol kepada hala...