Acara tahunan terbesar Malaysia yang meraikan budaya kustom dan counter culture kini kembali! Art of Speed Malaysia 2025 (AOS 2025) akan berlangsung di lokasi keramat mereka di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 26 dan 27 Julai 2025. 

Dengan ruang dalaman seluas 452,084 kaki persegi dan kawasan luar mencecah 320 ekar. AOS 2025 menjanjikan hujung minggu penuh aktiviti, gaya, dan komuniti.

Tetamu Antarabangsa & VIP

AOS 2025 menampilkan barisan nama besar dari Jepun, Australia, Amerika Syarikat, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan Brunei. 

Antara yang akan hadir termasuk Shige Suganuma dan Hiro “Wildman” Ishii dari MOONEYES, Brendon Vetuskey dari Hot Wheels. Serta pembina motosikal dan artis kustom terkemuka seperti Yuichi Yoshizawa (Custom Works Zon), Ben Forster (Benflathead), dan ramai lagi.

Art of Speed Malaysia 2025 – Eksperimen Fesyen & Santuni Lokal Car Club

Jentera Kustom Kelas Dunia

AOS bawakan tiga motosikal kustom hebat dari Jepun dan Australia: BMW R18 “Ground 0” oleh Custom Works Zon, Knucklehead chopper oleh Luck MC, dan Flathead oleh Benflathead. Semua ini boleh dilihat secara eksklusif di AOS 2025.

Ads

Segmen Baharu & Kolaborasi Eksklusif


Tahun ini, AOS memperkenalkan World of Wheels (WOW) oleh MotorTakaful.com – Show & Shine eksklusif di Hall A, serta studio fotografi profesional di dalam dan luar dewan.

Terdapat 5 kolaborasi utama:

  1. Art of Speed x Hot Wheels
  2. Art of Speed x FK (rekaan kasut)
  3. Art of Speed x High Cultured (streetwear)
  4. Art of Speed x XOCKS
  5. Art of Speed x MOONEYES – meraikan 10 tahun kolaborasi

Art of Speed Malaysia 2025 – Eksperimen Fesyen & Santuni Lokal Car Club

Highlight Tambahan

  • Hot Wheels Collectors Convention Malaysia ke-3 di Dewan C, termasuk pelancaran kereta edisi “kiri & kanan”
  • Collectible Alley – lokasi baharu jualan barangan diecast dan koleksi
  • “BEETLE BATTLE” oleh Volkswagen Beetle Club Indonesia
  • Car Club Gathering dan parade kelab kereta sepanjang hujung minggu

ThunderCircus & Showcase Kenderaan

ThunderCircus “Brotherhood Rally” kembali untuk penggemar motosikal. Project Car Invitational Showcase oleh NoEqual.co pula akan memaparkan kereta ubah suai terbaik dari pelbagai genre.

Ads

Kulture Kartel & Gaya Hidup

Dewan D akan dihiasi vendor gaya hidup dan vintaj, pertandingan B-Boy peringkat SEA. Serta forum Kustom & Koffee Talk bersama tokoh industri.

Rangkaian Aktiviti Tambahan

  • Santai Scooterist
  • Perhimpunan kelab kereta klasik & moden
  • Roda Rumble 2025 bersama Retro Mania
  • Medan Selera & trak makanan
  • Payung Kopi dan Backdoor Soundsystem
  • Zon Uji Tunggang dari pelbagai jenama motosikal

SoundCircus Takeover 2025

Dimeriahkan oleh barisan artis tempatan seperti Noh Salleh, Ruffedge, Romantic Echoes dan ramai lagi. Berlangsung 26-27 Julai 2025 dari jam 2.00 petang hingga 7.00 malam di Dewan A.

Kembara Pasport & Hadiah Menarik

Tidak lagi membuat cabutan bertuah, tahun ini pengunjung perlu melengkapkan cabaran pasport dengan cop dari booth terpilih untuk peluang memenangi hadiah seperti tiket ke Jepun, Indonesia dan Thailand.

Ads

Tiket & Maklumat Lanjut


Tiket awal boleh dibeli di www.artofspeedmy.com dengan harga RM35 (Weekend Pass) dan RM40 (Sunday Pass). Tidak termasuk caj RM3. Kanak-kanak bawah 12 tahun dan pemegang kad OKU masuk PERCUMA. Tiket valet VIP Parking juga tersedia pada RM30.

Dari Art Of Speed Malaysia

Baca Juga Speed Limitation Device – Wajib Untuk Kenderaan Berat Bermula Oktober 2025

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI