Akhirnya BMW Motorrad secara rasmi mengumumkan model adventure R 1300 GS keluaran 2024 cukup dinantikan ramai selepas tampil ‘mencuit’ peminat motosikal kembara di seluruh dunia dengan gambar pandu uji motosikal tersebut.
Berbeza dengan model terdahulu, kali ini ia hadir dengan beberapa teknologi dan pembaharuan baharu. Di antaranya ialah kerangka yang 12 kg lebih ringan, sistem serba baharu dan yang paling kritikal, ianya lebih berkuasa berbanding model GS yang lain.
R 1300 GS dikuasakan oleh enjin boxer yang menghasilkan 145 HP dan daya kilas 149 Nm. Peningkatan prestasi ini dihasilkan daripada penggunaan dimensi silinder yang lebih besar, di ikuti dengan ruang bore lebih lebar dan sesondol baharu.
Selain lebih lincah, enjin ini juga menawarkan penggunaan bahan api yang sama jimat dengan R1250 GS.
Kredit Foto: Careta.my
Kedudukan posisi kotak gear juga telah diubah ke bahagian bawah enjin. Ia secara tidak langsung turut merendahkan pusat graviti bagi pengendalian yang lebih baik dan juga mengurangkan sehingga 6.49 kg berat enjin secara keseluruhan.
BMW turut menawarkan pilihan tambahan gear Shift Assistant Pro buat mereka yang ingin tunggangan yang jitu dan telus. Manakala untuk sistem suspensi, R 1300 GS menggunakan suspensi EVO Telelever yang baharu di hadapan dan Evo Paralever di bahagian belakang.
Ads
Fungsi Dynamic Suspension Adjustment (DSA) ditawarkan sebagai pilihan tambahan di mana ia menawarkan pelarasan dinamik bergantung kepada mod dan situasi tunggangan.
Untuk memberi kesesuaian kepada pelbagai fizikal penunggang, BMW R 1300 GS turut dilengkapi dengan pelarasan ketinggian adaptif, bar hendal yang boleh ditinggikan sehingga 30 mm, serta sistem suspensi sukan yang mampu menambah 20 mm jarak pergerakan roda.
Terdapat empat mod tunggangan yang terdapat pada model ini secara standard iaitu Enduro, Rain, Road dan Eco. Untuk yang berjiwa off-road, anda pasti menyukai mod Enduro kerana ia difokuskan untuk tunggangan seperti itu.
Kredit Foto: Careta.my
Antara perubahan besar yang dibuat BMW Motorrad ke atas model ini adalah dengan menukar keseluruhan lampu ikonik tidak simetri mereka dan menggantikan dengan rekaan lampu berbentuk X.
Ads
Sistem pencahayaan model ini menggunakan LED Matriks yang didatangi secara standard, dimana dua unit LED untuk suluhan rendah dan tinggi, serta empat unit LED tambahan sebagai lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk X.
Pilihan perincian tambahan lain seperti fungsi Headlight Pro yang membantu suluhan adaptif bergantung kepada arah motosikal bergerak turut ditawarkan untuk R 1300 GS ini.
Ciri keselamatan yang terdapat pada model ini juga boleh dikatakan canggih kerana ia menggunakan sistem brek terdiri dari angkup empat omboh di hadapan dan angkup dua omboh di bahagian belakang.
Menerusi penalaan ABS Pro, sistem ABS untuk bahagian belakang boleh dimatikan, manakala fungsi Dynamic Brake Control pula boleh menghalang pulasan pendikit yang tidak disengajakan untuk memaksimumkan kuasa brek pada roda belakang.
Ads
Kredit Foto: Careta.my
Skrin paparan maklumat masih mengekalkan skrin paparan TFT bersaiz 6.5 inci berwarna penuh yang menawarkan fungsi navigasi dan boleh dihubungkan kepada peranti pintar menerusi sambungan Bluetooth.
Ciri lain yang terdapat pada model ini termasuklah sistem tanpa kunci (keyless Ride), soket pengecasan USB, pemanas pendikit dan juga pelindung tangan yang lengkap dengan lampu indikasi membelok.
Terdapat tiga varian yang boleh dipilih iaitu Triple Black, GS Trophy dan Option 719 Tramuntana. Harganya pula masih tidak di dedahkan, namun dijangkakan ia bermula dari RM150,000 ke atas. Sama-sama kita nantikan!
1 of 53
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Porsche telah menggegarkan pasaran dengan pengenalan model EV terbaru mereka, yang dikenali sebagai Porsche Taycan Turbo GT. Menawarkan prestasi yang luar biasa, Taycan Turbo GT menempatkan Porsche di barisan hadapan teknologi kenderaan elektrik.
Dengan ciri-ciri teknikal yang memukau, Taycan Turbo GT mampu menghasilkan kuasa sehingga 777 HP dan tork sebanyak 1,339 Nm. Namun, dengan fungsi Attack Mode yang eksklusif untuk kegunaan litar sahaja, kuasa ini boleh dipertingkatkan lagi sehingga 1,019 HP. Fungsi Launch Control membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.2 saat atau 2.1 saat dengan pakej litar Weissach yang lebih ringan.
Keistimewaan lain Taycan Turbo GT adalah penggunaan tetapan dua motor, berbanding tetapan tiga motor yang digunakan oleh jenama lain. Motor belakang telah dipertingkatkan dan lebih ringan, dengan inverter yang menggunakan silikon karbida untuk meningkatkan kelajuan. Komponen gentian karbon turut digunakan untuk mengurangkan berat, sementara sistem brek seramik karbon dan tayar Pirelli P Zero Trofeo R memastikan prestasi maksimum.
Kredit Foto: Porsche
Di dalam, Taycan Turbo GT menawarkan kemudahan tempat duduk bucket sepenuhnya diperbuat dari gentian karbon, dengan fokus pada pengalaman pemanduan yang memuaskan. Ciri-ciri aerodinamik tambahan termasuk spoiler hadapan baharu dan spoiler belakang adaptif, memastikan keseimbangan dan kawalan yang optimum.
Prestasi Taycan Turbo GT tidak hanya diukur di jalan raya, tetapi juga di dalam litar. Pada awal Januari, pemandu uji Porsche, Lars Kern, mencatatkan masa litar Nurburgring yang mencengangkan, diikuti dengan rekod masa di litar WeatherTech Raceway Laguna Seca pada bulan Februari.
Dengan prestasi yang luar biasa dan rekod litar yang mengesankan, Porsche Taycan Turbo GT tidak hanya mengukuhkan kedudukan Porsche dalam pasaran EV, tetapi juga menggambarkan komitmen mereka terhadap inovasi dan keunggulan dalam dunia automotif.
ZEEKR Malaysia dengan rasminya memulakan operasi dan kini membuka tempahan untuk dua model kenderaan elektrik serba mewah. SUV kompak bandar ZEEKR X dan MPV ultra-luxurious ZEEKR 009.
Bagi mereka yang berminat, harga anggaran ZEEKR X adalah bawah RM180,000. Manakala ZEEKR 009 dijangka di bawah RM370,000. Yuran tempahan ditetapkan pada RM2,000 untuk ZEEKR X dan RM4,000 bagi ZEEKR 009.
ZEEKR X – SUV Bandar Elektrik Premium dan Berkuasa
ZEEKR X direka untuk pasaran global dan hadir dalam dua varian iaitu Premium dan Flagship AWD. Varian Flagship AWD dilengkapi dengan motor berkembar yang mampu menghasilkan 422 hp. Menjadikannya salah satu SUV elektrik paling berkuasa di segmennya. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.8 saat.
Bagi varian Premium, ia dikuasakan oleh motor belakang tunggal dengan 268 hp dan memerlukan 5.6 saat untuk mencapai kelajuan yang sama.
Kedua-dua varian ZEEKR X mempunyai bateri berkapasiti 66kWh dan menyokong pengecasan DC 150kW yang mampu mengecas dari 10% ke 80% dalam masa 30 minit. Terdapat lima pilihan warna luaran: Crystal White, Mist Grey, Grid Grey, Palace Beige, dan Pine Green, manakala bahagian dalaman pula ditawarkan dalam warna Charcoal Black dan Stone Grey.
Dari segi keselamatan, ZEEKR X menerima penilaian 5 bintang Euro NCAP dan Green NCAP. Ia dilengkapi dengan sistem keselamatan canggih seperti 7 beg udara, kamera 360°, dan Digital Video Recorder (DVR).
Ciri bantuan pemandu termaju seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keeping Assist (LKA), Blind Spot Detection (BSD), dan banyak lagi juga turut disertakan untuk menjamin keselamatan pemandu dan penumpang.
ZEEKR 009 – MPV Mewah yang Mendefinisikan Semula Kemewahan
ZEEKR 009 adalah MPV elektrik paling berkuasa di pasaran. Dilengkapi dengan motor berkembar berprestasi tinggi yang menghasilkan 603 hp dan 693 Nm tork. Mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.5 saat.
MPV ini tersedia dalam dua varian – 7 tempat duduk mewah dan 6 tempat duduk ultra-luxury. Dengan bateri 116kWh, ZEEKR 009 mampu mencapai jarak sehingga 582km dengan satu pengecasan penuh. Pengecasan pantas 150kW dari 10% ke 80% dalam hanya 30 minit.
Bahagian dalaman ZEEKR 009 menawarkan keselesaan luar biasa, termasuk kerusi hadapan dengan fungsi urutan dan pengudaraan. Tempat duduk barisan kedua yang boleh dilaras dengan ultra long electric slide rail sepanjang 1.1 meter.
Ciri-ciri lain termasuk sistem bunyi mewah YAMAHA dengan 30 pembesar suara, layar infotainment OLED 15.05 inci. Serta paparan kepala realiti terimbuh (AR) yang canggih.
Seperti ZEEKR X, ZEEKR 009 juga dilengkapi dengan sistem keselamatan ADAS canggih, termasuk Lane Centering Control (LCC), Collision Mitigation Support dan banyak lagi, menjadikan pemanduan lebih selamat dan selesa.
Untuk maklumat lanjut atau menempah model pilihan anda, layarihttps://booking.zeekr.my/booknow atau hubungi ZEEKR Malaysia di +6012-964 8495.
Aprilia RS457, model sport yang mencuri tumpuan di peringkat global sejak pelancarannya tahun lalu. Kini rasmi berada di Malaysia dengan harga bermula RM33,900.
Untuk harga tersebut, anda boleh memilih antara warna Prismatic Dark dan Opalescent Light. Manakala warna Racing Stripes berharga sedikit lebih tinggi, iaitu RM35,900.
Direka dengan penuh ketelitian, RS457 adalah model yang membawa elemen prestasi tinggi dengan gaya sporty dalam pakej yang kompak dan menyeronokkan untuk ditunggang.
Bahagian belakang RS457
Prestasi
RS457 ini dilengkapi enjin dua silinder selari DOHC berkapasiti 457 cc. Dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Ia mampu menghasilkan kuasa hingga 47 hp pada 9,400 rpm dan tork maksimum 43.5 Nm pada 6,700 rpm.
Berat
Dengan berat keseluruhan hanya 175 kg (termasuk minyak), Aprilia memastikan nisbah kuasa kepada berat yang sangat mengagumkan, menjadikan RS457 ini setanding dengan model sport terkenal seperti KTM RC390, Kawasaki Ninja 400/ZX-4R dan CFMoto 450SR.
Bahagian hadapan RS457
Kendalian
Dari segi pengendalian, RS457 tidak ketinggalan untuk menawarkan pengalaman menunggang yang lincah dan stabil. Bahagian hadapan dilengkapi dengan fork USD yang mempunyai pelarasan pra beban dan jarak gerak 120 mm.
Di bahagian belakang pula, terdapat monoshock dengan pelarasan pra beban, serta jarak gerak 130 mm. Memberikan kestabilan semasa mengambil selekoh tajam atau melalui jalan yang kurang rata.
Sistem Brek
Sistem brek RS457 juga sangat mantap, menggunakan angkup Bybre empat piston dan cakera berukuran 320 mm di bahagian hadapan. Manakala di belakang terdapat angkup satu piston dan cakera 220 mm. Dengan sistem ABS standard, penunggang boleh memilih antara mod dual-channel atau single-channel mengikut kesesuaian dan keperluan menunggang.
Kokpit RS457
Gaya Tunggangan
Untuk memenuhi pelbagai gaya menunggang, RS457 menyediakan tiga mod tunggangan dan tiga tahap kawalan cengkaman yang boleh diubah atau ditutup sepenuhnya.
Bagi yang inginkan lebih kelancaran dalam peralihan gear, quickshifter turut ditawarkan sebagai pilihan aksesori tambahan. Motosikal ini hadir dengan tangki bahan api berkapasiti 13 liter, cukup untuk perjalanan jarak jauh tanpa perlu sering berhenti mengisi minyak.
Paparan
Aprilia RS457 dilengkapi skrin TFT berwarna 5 inci yang menyediakan informasi penting secara jelas dan mudah dibaca. Jika anda mahukan lebih fungsi, seperti sambungan kepada telefon pintar untuk navigasi, notifikasi, atau kawalan muzik. Sistem Aprilia MIA juga boleh ditambah tetapi dijual secara berasingan.
Dengan spesifikasi hebat dan harga yang kompetitif, Aprilia RS457 menawarkan satu lagi pilihan menarik dalam segmen motosikal sport untuk penunggang di Malaysia. Bukan sahaja tampil dengan reka bentuk yang memukau. Tetapi juga dilengkapi dengan teknologi dan ciri prestasi yang pasti memenuhi keperluan peminat motosikal yang inginkan sesuatu yang berbeza.
Revolusi Tempatan Dengan Aspirasi Global
PROTON sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan Saga Serba Baharu kepada pihak media sebelum pelancaran rasminya. Model ini bukan sekadar...