Pada awal tahun lalu, jenama BYD YangWang telah memperkenalkan sebuah model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diberi nama U8 . Jentera hebat ini tampil menggunakan konsep elektrik 100% dan diyakini mampu menjadi pesaing kepada jenama SUV elektrik yang lain seperti Land Rover dan Mercedes-Benz.
Memetik laporan terbitan akhbar China, ia dilengkapi dengan motor elektrik pada U8 menghasilkan 220-240 kW (299 PS-326PS) dan daya kilas dari 320 Nm hingga 420 Nm. Gabungan ini menghasilkan hingga 1,304 PS dan daya kilas 1,680 Nm.
YangWang U8 mempunyai dimensi 5,300 mm panjang dengan jarak antara roda 3,050 mm yang dipadankan dengan rim bersaiz 20 inci bersama tayar berukuran 275/60. Sebagai perbandingan, Land Rover Defender berukuran 5,018 mm panjang, lebar 2,105mm dan 1,967 mm tinggi dengan jarak antara roda adalah 3,022 mm.
Ads
Kredit Foto: Paultan.org
Model U8 ini menggunakan BYD Blade Baterries, dimana platform kuasa elektriknya dikenali sebagai platform E4. Menariknya, komponen ini bergerak secara individu untuk setiap motor, lalu menghasilkan pengendalian yang responsif termasuk mod pemanduan semasa salji, berpasir dan paling tidak disangka, model ini mampu terapung dalam air selama 30 minit!
Fungsi terapung di atas air ini bukanlah bermakna anda boleh pergi memancing dengan U8, ia bertujuan untuk membantu anda mengemudinya jika tersangkut di dalam banjir. Kelajuan semasa menggunakan mod ini pula tidaklah laju, hanya 3 km/j sahaja.
Ads
Menurut BYD, U8 mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3 saat sahaja dan motor individunya membantu kawal hamburan kuasa tork sehingga 1,000 kali per saat. Ia bagi memastikan pemandu sentiasa dalam kawalan kenderaan ini walaupun dalam situasi tayar pancit.
Kredit Foto: Paultan.org
Tambah BYD lagi, YangWang U8 boleh meluncur sehingga mencapai kelajuan 120 km/j walaupun dengan tayar pancit. Selain itu, U8 adalah model pertama yang dilancarkan dari jenama YangWang dan SUV elektrik ini ditawarkan bermula dari 1 juta Yuan atau RM642,000 untuk pasaran China.
Ads
1 of 5
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Buat masa sekarang, Toyota dilihat sedang giat berusaha untuk menambah baik barisan GR mereka yang sedia ada. Ini termasuklah Toyota GR Yaris yang dikatakan di antara model paling hangat di pasaran tempatan bagi segmen ‘hot hatch’ JDM (Japanese Domestic Market).
Jika dilihat secara kasar, Toyota bolehlah dikatakan sedang menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan mereka dalam sukan permotoran bagi menjadikan barisan GR sentiasa dikemaskini dan memenangi hati pelbagai pihak terutama pemandunya.
Berdasarkan laporan terkini daripada laman automotif Japan Best Car Web, GR Yaris bakal berada di pasaran sekitar pertengahan tahun hadapan.
Kebiasaannya, pengeluar kereta yang mengemaskini model sedia ada, mereka akan lebih menitikberatkan soal rupa dan aksesori. Namun, Toyota turut membawakan perubahan dari sudut prestasi.
GR Yaris bakal mendapat peningkatan kuasa serta pilihan transmisi automatik buat kali pertama. Lebih yakin untuk bergerak di sekitar Lembah Klang lepas ini dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.
Toyota mempertingkatkan angka output bagi GR Yaris supaya ia dapat menyaingi kuasa GR Corolla yang menghasilkan sekitar 300 HP.
Perubahan kosmetik akan dihadkan kepada bahagian bampar, diikuti dengan pemasangan spoiler belakang yang besar. Menambahkan lagi daya mendapan supaya kereta lebih ‘melekat’ di jalan dan mudah untuk dikendalikan.
Ruang dalaman GR Yaris ditambah baik dengan menggunakan skrin kluster digital bagi menggantikan meter analog sedia ada, sama seperti apa yang ditawarkan pada GR Corolla. GR Yaris ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula dari RM 299,000.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Royal Enfield, peneraju global dalam segmen motosikal bersaiz sederhana (250cc-750cc), semalam melancarkan Shotgun 650. Model ini akan tersedia di pasaran tempatan mulai hari ini dengan harga MYR 34,900 sebelum insurans.
Dengan reka bentuk retro-futuristik, Shotgun 650 diilhamkan oleh pendahulunya, SG650 Concept dan direka untuk meraikan kreativiti, bertindak sebagai kanvas kosong untuk pengubahsuaian dan personalisasi bagi ribuan peminat motosikal di seluruh dunia.
Motosikal yang diilhamkan oleh budaya pengubahsuaian ini, tersedia dalam empat warna unik – Stencil White, Plasma Blue, Green Drill, dan Sheet Metal Grey.
Shotgun 650 adalah kanvas terbaik untuk personalisasi, mencerminkan gabungan tenaga kreatif mentah, budaya pengubahsuaian anarkis, dan DNA ikonik Royal Enfield.
Dibina di atas platform 650-Twin yang terbukti di peringkat global, Shotgun 650 adalah penghormatan kepada budaya pengubahsuaian dan bab baru dalam reka bentuk Royal Enfield dengan visi masa depan yang menarik.
Ketua Pegawai Eksekutif Didi Group, Encik Rewi Hamid Bugo, menyatakan, “Saya sangat teruja untuk memperkenalkan Royal Enfield Shotgun 650 kepada pelanggan kami.
Mesin ini direka untuk memberikan pengalaman menunggang yang tiada tandingan. Menggabungkan kuasa, prestasi, dan gaya dengan cara yang hanya Royal Enfield boleh berikan.
Penunggang Malaysia sangat sesuai dengan motosikal rekreasi, dan kami telah membina komuniti penunggang yang setia. Kami yakin bahawa seperti di bahagian lain dunia, Shotgun 650 akan membawa keseronokan kepada perjalanan menunggang.”
Beliau juga mengumumkan, “Sejak pertama kali memperkenalkan Himalayan yang serba baharu pada akhir 2023, kami menerima sambutan yang luar biasa dengan permintaan yang kuat di peringkat global dan di Malaysia.
Oleh itu, kami sangat gembira untuk mengumumkan bahawa motosikal pengembaraan ini akan tersedia pada Julai 2024, dengan pra-tempahan dibuka sekarang.”
Beralih ke penggunaan lampu utama, ia diterangi dengan LED yang dipasang dalam nacelle custom neo-moden menawarkan penglihatan yang lebih baik.
Motosikal ini mempunyai kluster instrumen digi-analog yang dilengkapi dengan sistem navigasi Tripper dan direka untuk memberikan semua maklumat yang diperlukan semasa anda keluar.
Shotgun 650 juga hadir dengan ciri baru Royal Enfield Wingman. Ciri dalam aplikasi yang memberi anda kemas kini mengenai lokasi motosikal, paras minyak dan minyak enjin, peringatan servis dan banyak lagi. Ia juga dilengkapi dengan port pengecas USB untuk memastikan peranti anda sentiasa dicas semasa perjalanan.
Dalam pada itu, ia dioptimumkan secara ergonomik, dengan posisi kaki set tengah. Ketinggian tempat duduk rendah 795mm dan posisi tangan intuitif yang memberikan penunggang kawalan yang stabil.
Suspensi yang ditala khas dengan fork piston besar Showa 43mm di hadapan. RSU pelarasan pratetap 5-tiang di belakang, jarak roda 1465mm dan pusat graviti yang rendah. Ia menjadikan perjalanan di trafik, di lebuh raya dan jalan belakang yang berliku sama seronok, dengan keselesaan penunggang.
Tayar tubeless lebar 18″ depan dan 17″ belakang, digabungkan dengan brek cakera 320mm dan 300mm, turut memberi cengkaman yang mantap.
Mengikut cogan kata model Shotgun 650. Terdapat 31 pilihan aksesori motosikal yang tersedia untuk menonjolkan daya tarikan budaya custom seperti, cermin bar end, tempat duduk solo dan rim potongan-bil berbeza, antara lainnya, tersedia.
Royal Enfield juga mengumumkan pembukaan pra-tempahan untuk Himalayan yang serba baru di Malaysia. Tayangan perdana Himalayan yang serba baru akan diadakan pada 8 Jun 2024, di JioSpace Petaling Jaya.
Himalayan serba baru ini mencapai keseimbangan sempurna antara kemampuan dan kegunaan. Ia adalah motosikal pengembaraan yang mempunyai segala yang anda perlukan, dan tiada yang anda tidak perlukan.
Dibina dengan tujuan, memberi keyakinan dan mampu pergi ke mana sahaja, Himalayan telah membuktikan dirinya berulang kali sebagai motosikal yang ideal untuk tunggangan pengembaraan. Himalayan yang baru ini berkembang dari itu, membina proposisi ini, dan membawanya beberapa tahap lebih tinggi.
Xpeng, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, sekali lagi mencetuskan inovasi luar biasa dengan memperkenalkan “land aircraft carrier”. Iaitu van enam roda dilengkapi dengan quadkopter dua tempat duduk yang disimpan di bahagian belakangnya.
Kenderaan futuristik ini, dijual pada harga 2 juta yuan (kira-kira RM1.27 juta). Memberikan gambaran tentang masa depan pengangkutan yang lebih kreatif dan berteknologi tinggi.
Projek revolusioner ini didedahkan kepada umum buat pertama kali semasa Zhuhai Air Show. Acara penerbangan tahunan yang disokong oleh kerajaan China.
Dalam demonstrasi tersebut, quadkopter yang tersimpan di bahagian belakang van berjaya dikeluarkan dan dikerahkan secara automatik sebelum memulakan penerbangan tanpa pemandu. Ketika selesai, quadkopter kembali ke kenderaan dengan bantuan teknologi pendaratan automatik.
Demonstrasi ini ternyata menarik perhatian ramai. Menurut Xpeng Huitian, cabang teknologi penerbangan syarikat itu, mereka telah menerima 2,000 tempahan awal di acara tersebut. Menjadikannya pencapaian terbesar dalam industri kenderaan terbang setakat ini. Tempahan awam pula akan dibuka mulai Disember tahun ini.
Xpeng optimis tentang potensi besar kenderaan ini. Menurut laporan media tempatan, syarikat ini merancang untuk mencapai kapasiti pengeluaran 10,000 unit setahun menjelang suku ketiga 2025, dengan penghantaran dijangka bermula pada 2026.
Langkah ini menunjukkan keyakinan Xpeng dalam membawa teknologi kenderaan terbang kepada pasaran pengguna, sesuatu yang masih dianggap eksklusif dan eksperimen oleh pesaing lain.
Diasaskan oleh jurutera Henry Xia, Xpeng telah mencipta reputasi kukuh dalam pasaran EV China, yang kini semakin padat dengan persaingan.
Strategi mereka termasuk penggunaan teknologi hibrid jarak jauh untuk mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan.
Pada Ogos lalu, syarikat ini melancarkan kereta berharga sekitar RM103,000 yang dilengkapi teknologi pemanduan automatik, sekali gus mengatasi pesaing seperti Xiaomi, BYD, dan Tesla.
Selain itu, Xpeng Huitian turut membangunkan kenderaan elektrik terbang dua tempat duduk dengan teknologi lepas landas dan pendaratan menegak (VTOL), memacu lagi agenda inovasi mereka.
“Land aircraft carrier” Xpeng merupakan bukti usaha syarikat ini untuk menjadikan kenderaan terbang sebagai sebahagian daripada kehidupan harian. Walaupun harga RM1.27 juta mungkin di luar jangkauan pengguna biasa. Visi jangka panjang Xpeng adalah untuk menjadikan teknologi ini lebih mampu milik dan praktikal.
Dengan perancangan pengeluaran besar-besaran, gabungan pengangkutan darat dan udara ini tidak lagi sekadar fiksyen sains tetapi kini menghampiri realiti.
Xpeng membuktikan bahawa mereka bukan sahaja mampu bersaing dalam pasaran EV yang sesak, tetapi juga bersedia mengubah landskap mobiliti masa depan.
Mforce Buka Pusat Servis Mega Di Segambut, Sasar Tahap Servis Lebih Tinggi
Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri dua roda tempatan...