Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengumumkan harga runcit terkini bagi produk petroleum untuk minggu bermula 19 Jun hingga 25 Jun 2025.

Harga Runcit Produk Petroleum (19 – 25 Jun 2025):

  • RON95: Kekal pada RM2.05 seliter 
  • RON97: Naik 7 sen kepada RM3.14 seliter 
  • Diesel (Semenanjung Malaysia): Naik 7 sen kepada RM2.81 seliter 
  • Diesel (Sabah, Sarawak & Labuan): Kekal pada RM2.15 seliterHarga Minyak Mingguan Malaysia (19 – 25 Jun 2025)

Penetapan harga ini dibuat berdasarkan mekanisme Automatic Pricing Mechanism (APM) yang disemak setiap minggu. Walaupun berlaku kenaikan pada RON97 dan diesel di Semenanjung, harga RON95 kekal stabil demi menjaga kebajikan pengguna tempatan.

Nota Penting:

  • RON95 hanya untuk kenderaan berdaftar di Malaysia. 
  • RON97 boleh digunakan oleh semua kenderaan termasuk kenderaan asing. 

Harga Minyak Mingguan Malaysia (19 – 25 Jun 2025)

Ads

Penyelarasan Harga Diesel Tanpa Subsidi:
Bermula 10 Jun 2024, harga diesel di semua stesen runcit di Semenanjung Malaysia ditetapkan mengikut harga pasaran tanpa subsidi. Langkah ini dilaksanakan menerusi formula APM yang sedia ada.

Walaubagaimanapun, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal bersubsidi pada RM2.15 seliter sebagai sebahagian daripada pendekatan subsidi bersasar.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, langkah ini dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM4 bilion setahun.

Ads

Perbandingan Serantau:
Jika dibandingkan dengan negara-negara jiran, harga bahan api di Malaysia masih lagi antara yang paling rendah di rantau ini, hasil usaha kerajaan dalam memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos bahan api.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini harga mingguan, sila layari portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: www.mof.gov.my

Dari E-Central

Ads

Baca Juga Kaedah Terbaik Subsidi Petrol: Bantuan Tunai Kepada Golongan Sasar

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI