Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengumumkan harga runcit terkini bagi produk petroleum untuk minggu bermula 19 Jun hingga 25 Jun 2025.
Harga Runcit Produk Petroleum (19 – 25 Jun 2025):
RON95: Kekal pada RM2.05 seliter
RON97: Naik 7 sen kepada RM3.14 seliter
Diesel (Semenanjung Malaysia): Naik 7 sen kepada RM2.81 seliter
Diesel (Sabah, Sarawak & Labuan): Kekal pada RM2.15 seliter
Penetapan harga ini dibuat berdasarkan mekanisme Automatic Pricing Mechanism (APM) yang disemak setiap minggu. Walaupun berlaku kenaikan pada RON97 dan diesel di Semenanjung, harga RON95 kekal stabil demi menjaga kebajikan pengguna tempatan.
Nota Penting:
RON95 hanya untuk kenderaan berdaftar di Malaysia.
RON97 boleh digunakan oleh semua kenderaan termasuk kenderaan asing.
Ads
Penyelarasan Harga Diesel Tanpa Subsidi: Bermula 10 Jun 2024, harga diesel di semua stesen runcit di Semenanjung Malaysia ditetapkan mengikut harga pasaran tanpa subsidi. Langkah ini dilaksanakan menerusi formula APM yang sedia ada.
Walaubagaimanapun, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal bersubsidi pada RM2.15 seliter sebagai sebahagian daripada pendekatan subsidi bersasar.
Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, langkah ini dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM4 bilion setahun.
Ads
Perbandingan Serantau: Jika dibandingkan dengan negara-negara jiran, harga bahan api di Malaysia masih lagi antara yang paling rendah di rantau ini, hasil usaha kerajaan dalam memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos bahan api.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini harga mingguan, sila layari portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: www.mof.gov.my
Menjelang musim perayaan Aidilfitri sudah pasti ramai yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman. Berita baik untuk pengguna lebuh raya, kerajaan telah mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua hari bagi meringankan kos perjalanan rakyat yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya aidilfitri tahun ini.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, dengan kerajaan menanggung implikasi kewangan berjumlah RM21.03 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.
Diskaun ini akan mula berkuat kuasa tepat jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) dan berakhir pada 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis).
Ia melibatkan semua kenderaan persendirian Kelas 1 di seluruh lebuh raya di Malaysia, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Langkah ini dijangka memberi kelegaan kepada jutaan pengguna lebuh raya yang bakal bergerak serentak pulang ke kampung halaman, sekali gus membantu mengurangkan tekanan kos perjalanan terutama dalam keadaan harga bahan api dan kos sara hidup yang meningkat.
Dengan diskaun tol ini, perjalanan jauh menggunakan lebuh raya bukan sahaja lebih menjimatkan, malah memberi peluang kepada pengguna merancang perjalanan dengan lebih efisien terutamanya bagi mereka yang memandu jarak jauh merentas negeri.
Bagi pengguna jalan raya, inilah masa terbaik untuk merancang perjalanan awal, memastikan kenderaan berada dalam kondisi optimum, dan menikmati perjalanan pulang ke kampung dengan lebih lancar dan selamat.
Dikesempatan ini Roda Panas ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Semoga anda selamat sampai ke kampung halaman dan berhati-hati ketika memandu.
Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini berkongsi berberapa gambar di laman sosial mereka dengan memuat naik gambar sebuah pesawat Airbus A330 NEO dengan logo MAS yang sedang memulakan fasa pemasangan akhir di Toulouse.
Pesawat canggih ini menjadi simbol kemajuan terkini syarikat penerbangan nasional dalam usaha memperkukuhkan armada mereka.
Pesawat yang dinanti-nantikan ini menandakan pencapaian penting bagi Malaysia Airlines dalam usaha memodenkan armada pesawat mereka. Bahagian utama fuselage, sayap, dan ekor setiap satunya dihiasi dengan logo wau ikonik syarikat penerbangan ini kini telah dipasang sepenuhnya.
Proses pemasangan diteruskan dengan pemasangan kokpit, enjin, gear pendaratan, pendawaian elektrik, avionics, serta sistem bahan api dan hidraulik. Setiap langkah dilakukan dengan teliti untuk memastikan piawaian keselamatan dan kecekapan yang tertinggi.
Pesawat ini kemudian akan menjalani pemeriksaan darat yang teliti dan pemasangan kabin, sebagai persediaan untuk penerbangan ujian pertamanya.
Penambahan baharu kepada armada Malaysia Airlines ini dijangka meningkatkan keselesaan penumpang dan kecekapan operasi.
A330 NEO terkenal dengan aerodinamik yang canggih, enjin generasi baharu, dan kabin yang lebih luas, menjanjikan pengalaman penerbangan yang tiada tandingan.
A330 NEO ini dijadualkan untuk penghantaran pada suku ketiga tahun ini, menandakan babak baharu dalam komitmen Malaysia Airlines untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia.
Sebelum ni Malaysia Airlines telah menggunakan pesawat Airbus A380 sebagai pesawat penumpang terbesar milik mereka dan A330 NEO merupakan pengganti kepada pesawat komersial tersebut.
UMW Toyota Motor memperkenalkan Toyota bZ4X Malaysia sebagai model SUV elektrik sepenuhnya pertama dalam siri Beyond Zero.
Model ini menjadi antara langkah penting Toyota dalam memperluaskan penawaran kenderaan elektrik, selari dengan pendekatan Multi Pathway yang menekankan kepelbagaian teknologi mobiliti rendah emisi.
Di Malaysia, Toyota bZ4X Malaysia ditawarkan pada harga sekitar RM220000, meletakkannya dalam segmen SUV elektrik premium yang memfokuskan kepada teknologi, jarak pemanduan serta keselesaan penggunaan harian.
Toyota bZ4X Malaysia dibangunkan menggunakan platform e TNGA, iaitu seni bina khas untuk kenderaan elektrik. Berbeza dengan platform konvensional, e TNGA direka sepenuhnya untuk EV, membolehkan susun atur bateri dan komponen elektrik dioptimumkan tanpa kompromi.
Bateri dipasang di bawah lantai, menghasilkan pusat graviti rendah yang membantu meningkatkan kestabilan dan pengendalian. Struktur ini turut menyumbang kepada ketegaran badan yang lebih baik serta memberikan pengalaman pemanduan yang lebih stabil.
Model ini dilengkapi bateri lithium ion berkapasiti 73.1 kWh, dengan jarak pemanduan sehingga 525 km bagi sekali cas penuh. Ini menjadikan Toyota bZ4X Malaysia sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh tanpa kebimbangan kehabisan tenaga.
Toyota turut menetapkan sasaran ketahanan bateri sekitar 90 peratus kapasiti selepas 10 tahun atau 250000 km penggunaan. Pendekatan ini menunjukkan fokus terhadap kebolehpercayaan jangka panjang.
Dari segi pengecasan, Toyota bZ4X Malaysia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150 kW, membolehkan bateri dicas hingga 80 peratus dalam masa sekitar 30 minit.
Untuk pengecasan AC, model ini dilengkapi pengecas onboard sehingga 22 kW, memberikan fleksibiliti kepada pengguna bergantung kepada kemudahan pengecasan yang tersedia.
Model ini menggunakan motor elektrik hadapan dengan output sekitar 167 kW dan 269 Nm tork. Kuasa dihantar secara linear dan segera, memberikan pecutan yang lancar dan responsif terutama dalam pemanduan bandar.
Pemandu juga boleh memilih mod Normal atau Eco untuk menyesuaikan prestasi serta kecekapan tenaga mengikut gaya pemanduan masing-masing.
Dari segi rekaan, Toyota bZ4X Malaysia menampilkan identiti baharu Toyota dengan konsep hammerhead di bahagian hadapan. Reka bentuk ini bukan sahaja futuristik tetapi juga membantu meningkatkan kecekapan aerodinamik.
Dengan pekali seretan sekitar 0.27 Cd, aliran udara dioptimumkan untuk mengurangkan rintangan. Model ini turut dilengkapi rim 20 inci dengan tayar rintangan rendah bagi meningkatkan kecekapan tenaga keseluruhan.
Bahagian dalaman direka dengan pendekatan moden dan minimalis. Paparan infotainmen bersaiz 14 inci menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, memberikan pengalaman pengguna yang lebih mudah dan lancar.
Panel meter digital 7 inci ditempatkan lebih rendah untuk memberikan pandangan lebih jelas kepada pemandu. Susun atur kabin juga memberi ruang lebih luas dan praktikal.
Untuk keselesaan, Toyota bZ4X Malaysia dilengkapi tempat duduk larasan kuasa dengan fungsi ventilasi, sesuai dengan cuaca panas tempatan. Turut disediakan bumbung kaca panoramik, pencahayaan ambien serta sistem penulen udara nanoeX.
Gabungan ciri ini memberikan pengalaman pemanduan yang lebih premium sama ada untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh.
Dari segi keselamatan, model ini hadir dengan pakej Toyota Safety Sense yang merangkumi Pre Collision System, Dynamic Radar Cruise Control, Lane Tracing Assist dan Blind Spot Monitor.
Selain itu, terdapat juga sistem parkir automatik, paparan 360 darjah serta 8 beg udara sebagai ciri keselamatan tambahan untuk perlindungan menyeluruh.
Secara keseluruhan, Toyota bZ4X Malaysia menawarkan gabungan teknologi, jarak pemanduan dan keselesaan dalam satu pakej SUV elektrik moden. Dengan harga sekitar RM220000, ia menyasarkan pengguna yang mahu beralih kepada EV tanpa mengorbankan praktikaliti.
Sebagai model EV yang dibangunkan sepenuhnya dari asas, ia mencerminkan hala tuju Toyota dalam mobiliti elektrik serta membuka lebih banyak pilihan kepada pengguna di Malaysia.
Petunjuk baharu mengenai model akan datang Proton, dikenali sebagai Proton AMA02, mula muncul apabila Feytech Holdings Berhad mengumumkan penerimaan kontrak bernilai RM96.83 juta untuk...