Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar diskaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.
Acara akan berlangsung di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor, Ahad ini.
Menurut hantaran Jabatan Penerangan di Facebook, pembayaran saman hanya boleh dibuat di tapak program yang bermula dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.
Contoh surat saman Polis Trafik
Tawaran ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PDRM.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil kesempatan ini dengan hadir awal bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan mereka dapat menikmati diskaun yang ditawarkan.
Ads
Selain daripada tawaran diskaun saman PDRM, acara ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik. Antara yang paling dinantikan adalah Jualan Kombo Agro MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jualan Ehsan Rahmah MADANI.
Kedua-dua jualan ini menawarkan pelbagai produk pada harga yang murah dan berpatutan. Antara barangan yang dijual termasuk ayam, ikan, daging, telur, minyak masak botol 5 kilogram (kg), dan beras 5 kg.
Polis Trafik sedang bertugas – SJR
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berkonsepkan karnival rakyat dijadualkan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ads
Majlis pelancaran ini juga adalah permulaan kepada kiraan detik menuju sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya. Sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di Sabah.
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024. Pelbagai program yang akan diadakan sepanjang tempoh tersebut, mereka boleh melayari laman sesawang rasmi di www.merdeka360.my
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 (TASKL2025) kembali dengan skala yang lebih besar.
Acara ini bakal berlangsung daripada 8 hingga 10 Ogos 2025 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC).
Lebih mengujakan, pihak penganjur memastikan harga tiket pada tahun ini bakal dijual dengan harga yang mampu milik supaya lebih ramai peminat kereta, keluarga, dan pencinta modifikasi dapat merasai kehangatan acara automotif paling berprestij ini!
Mulai 19 Mac, anda boleh mendapatkan tiket TASKL2025 dengan harga istimewa:
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara 1,000 pembeli tiket pertama kerana anda akan menerima lanyard edisi terhad “First at TASKL2025” secara eksklusif!
TASKL2025 bukan sekadar pameran kereta biasa, tetapi satu perayaan gaya hidup automotif yang membawa jenama Tokyo Auto Salon ke pentas Malaysia!
Dengan lebih 90,000 pengunjung setiap tahun, acara ini menjanjikan pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.
Menurut Jason Yap, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Element X Strategies,
“Tahun ini, kami menawarkan harga tiket lebih rendah sebagai penghargaan kepada peminat serta para peserta dan pempamer yang terus memberi sokongan luar biasa. Kami mahu lebih ramai keluarga dan penggemar automotif dapat menyertai acara ini dan merasai keterujaan sebenar dunia modifikasi!”
Sebagai satu-satunya acara rasmi Tokyo Auto Salon di luar Jepun, TASKL2025 dianjurkan oleh Element X Strategies dengan kerjasama San Ei Corporation dan Tokyo Auto Salon Association.
Acara ini bakal menjanjikan pengalaman yang tidak kurang hebatnya sama seperti “vibe” Tokyo Auto Salon di Jepun!
Antara tarikan utama yang akan menghangatkan pentas TASKL2025 termasuk:
Tahun ini, TASKL2025 akan membawa pengalaman lebih dekat dengan suasana Tokyo Auto Salon yang sebenar.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara berprestij ini!
Untuk maklumat lanjut, layari www.tokyoautosalonkl.com atau ikuti sosial media rasmi Facebook, Instagram, dan TikTok.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Tahun 2025 boleh dianggap sebagai salah satu tahun penting buat Mercedes-Benz Malaysia, apabila jenama mewah ini berjaya mencatat pelbagai pencapaian bermakna dari segi inovasi produk, pengalaman pelanggan serta usaha kelestarian. Dalam landskap automotif yang semakin berubah dengan kehadiran teknologi elektrik dan keperluan pengguna yang semakin pelbagai, Mercedes-Benz Malaysia terus membuktikan keupayaannya untuk kekal relevan dan ke hadapan.
Industri automotif Malaysia kini berada dalam fasa peralihan, khususnya dengan peningkatan minat terhadap kenderaan elektrik dan teknologi hijau. Sepanjang 2025, Mercedes-Benz Malaysia memberi fokus kepada pengembangan portfolio produk yang lebih luas bagi memenuhi keperluan pasaran. Pelanggan kini mempunyai lebih banyak pilihan, sama ada model enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid plug-in atau kenderaan elektrik sepenuhnya (BEV).
Sehingga kini, sebanyak 11 model BEV telah diperkenalkan di pasaran tempatan. Antara yang paling mencuri perhatian ialah Mercedes-Maybach EQS SUV elektrik sepenuhnya. Model hibrid plug-in seperti GLE 400 e 4MATIC pula menawarkan jarak pemanduan elektrik sehingga 114 kilometer (WLTP), sesuai untuk kegunaan harian yang lebih cekap tenaga.
Selain model elektrik, Mercedes-Benz Malaysia turut memperkenalkan pelbagai model baharu merangkumi segmen mewah dan prestasi tinggi. Antaranya termasuk barisan Mercedes-Maybach, model Mercedes-AMG berprestasi tinggi serta sedan dan SUV premium untuk kegunaan harian. Kepelbagaian ini membolehkan jenama tersebut mengekalkan kedudukan sebagai salah satu jenama mewah paling digemari di Malaysia, dengan pilihan yang sesuai untuk pelbagai gaya hidup dan keutamaan pelanggan.
Mercedes-Benz Malaysia juga tidak hanya menumpukan kepada produk semata-mata. Sepanjang tahun ini, pelbagai pengalaman eksklusif dianjurkan untuk pelanggan, antaranya G-Class Experience yang menampilkan keupayaan sebenar G-Class elektrik, Mercedes-Benz FashionWeek Kuala Lumpur, AMG Defensive Driving Experience di Sepang serta kejohanan golf MercedesTrophy.
Dalam usaha mengekalkan standard perkhidmatan premium, Mercedes-Benz Malaysia terus melabur dalam pembangunan bakat tempatan. Pada 2025, seramai 42 juruteknik bertauliah global berjaya menamatkan Program Advanced Modern Apprenticeship (AMA), selain pengiktirafan kepada kakitangan runcit dari Malaysia dan Singapura. Rangkaian pengedar pula kekal sebagai tulang belakang utama dalam menyampaikan pengalaman pemilikan bertaraf dunia.
Sokongan terhadap ekosistem EV turut diperkukuh melalui peluasan rangkaian pengecas EV berjenama Mercedes-Benz dengan kerjasama rakan seperti Gentari, JomCharge, DC Handal dan chargeEV. Lokasi strategik seperti Bamboo Hills, Eco Ardence dan hotel mewah turut dilengkapi kemudahan pengecasan. Dalam masa sama, pendigitalan perkhidmatan seperti operasi bengkel tanpa kertas dan perkhidmatan digital dalam kenderaan meningkatkan kemudahan serta ketelusan kepada pelanggan.
Mercedes-Benz Malaysia juga aktif dalam program tanggungjawab sosial korporat, khususnya dalam pendidikan keselamatan jalan raya melalui inisiatif MobileKids bersama Nicol David Organisation. Program Grants for Good pula menyokong pertubuhan bukan kerajaan dan perusahaan sosial dalam bidang pendidikan, alam sekitar dan kebajikan.
Menutup tirai 2025, Mercedes-Benz Malaysia kekal kukuh sebagai peneraju dalam segmen automotif mewah dengan gabungan inovasi, perkhidmatan pelanggan dan kelestarian. Melangkah ke tahun 2026, jenama ini bersedia untuk meneruskan momentum dengan produk dan pengalaman yang lebih relevan, selari dengan keperluan serta aspirasi pengguna di Malaysia.
Boon Siew Honda baru-baru ini mengadakan sebuah majlis penyerahan eksklusif bagi meraikan pemilik edisi terhad Honda Gold Wing 50th Anniversary. Acara ini berlangsung di Metal Bees, Petaling Jaya, menghimpunkan barisan pemilik bertuah yang kini menjadi sebahagian daripada komuniti istimewa Gold Wing di Malaysia.
Sejak kemunculannya pada tahun 1975, Gold Wing telah melakar legasi sebagai motosikal jelajah jarak jauh paling mewah di dunia. Dengan reputasi sebagai simbol kebebasan, keselesaan dan kejuruteraan premium, model ulang tahun ke-50 ini melambangkan setengah abad pencapaian yang tiada tandingan dalam segmen touring. Honda Gold Wing telah menjadi ikon yang melambangkan status, gaya hidup dan rasa kebanggaan tersendiri.
Honda Gold Wing 50th Anniversary ini hanya diperuntukkan sebanyak 15 unit untuk pasaran Malaysia, menjadikannya antara koleksi paling eksklusif yang pernah ditawarkan oleh Honda. Model ini menampilkan sentuhan khas termasuk dua pilihan warna istimewa Eternal Gold dan Bordeaux Red Metallic, lencana 50th Anniversary pada fairing sisi dan kotak pannier, logo Gold Wing yang tertera kemas di bahagian badan, serta rekaan konsol tengah dan kunci pintar dengan perincian eksklusif.
Setiap pemilik juga menerima pakej kotak peringatan edisi khas yang mengandungi model motosikal Gold Wing, buku 50th Anniversary, kotak peringatan dan sijil plat emas peringatan rasmi.
Menurut Kunitomo Asano, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, kehadiran Honda Gold Wing 50th Anniversary ini bukan sahaja menandakan pencapaian besar dalam sejarah Honda, tetapi juga meraikan semangat pemilik yang menjadi nadi kepada komuniti Gold Wing di seluruh dunia.
“Dengan rekaan elegan dan karisma yang tersendiri, Gold Wing 50th Anniversary Edition berdiri sebagai simbol kejayaan, semangat dan legasi. Kami berbesar hati dapat meraikan detik emas ini bersama pemilik di Malaysia,” jelas beliau.
Majlis penyerahan ini bukan sahaja memperkukuh komitmen Honda untuk terus menawarkan produk premium, teknologi terkini dan servis berkualiti tinggi, malah turut mengeratkan ikatan komuniti Gold Wing di Malaysia.
Ia sekali lagi menegaskan bahawa Gold Wing bukan sekadar jentera dua roda, tetapi sebuah ikon abadi yang terus terbang tinggi membawa legasi 50 tahun ke hadapan.
Tidur Dalam Kereta Dengan Pendingin Hawa Terbuka, Kenal Pasti Bahaya Keracunan Karbon Monoksida Yang Ramai Masih Ambil Ringan
Bagi sesetengah pemandu kereta yang berehat di...