Sempena sambutan perayaan Thaipusam, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari kepada pengguna KTM Komuter di Lembah Klang bermula 10 Februari.
Ini merupakan inisiatif yang diambil untuk memudahkan penganut Hindu, pelancong, dan orang ramai yang ingin menyaksikan kemeriahan Thaipusam di Batu Caves.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan bahawa perkhidmatan ini akan beroperasi selama 24 jam selama empat hari berturut-turut. Bermula Ahad, bagi memenuhi permintaan tinggi sempena perayaan ini.
Laluan perkhidmatan yang terlibat termasuk Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang yang akan beroperasi mengikut jadual penuh.
500,000 Penumpang Dijangka Manfaatkan Perkhidmatan
Menurut Anthony, hampir 500,000 pengguna dijangka memanfaatkan perkhidmatan ini, iaitu peningkatan 10 peratus berbanding tahun lalu. Peningkatan jumlah penumpang dijangka mencapai kemuncak pada 11 Februari.
“Sebanyak 494 perjalanan tambahan akan disediakan sepanjang tempoh empat hari tiga malam ini,” katanya.
Ads
Antara laluan yang terlibat ialah:
Batu Caves – Pulau Sebang – Batu Caves (33 perkhidmatan)
Batu Caves – Pelabuhan Klang – Batu Caves (45 perkhidmatan)
KL Sentral – Batu Caves – KL Sentral (28 perkhidmatan)
Batu Caves – Bangi – Batu Caves (6 perkhidmatan)
Batu Caves – Sentul – Batu Caves (3 perkhidmatan)
Batu Caves – Subang Jaya – Batu Caves (3 perkhidmatan)
Perkhidmatan tren tambahan akan bermula selepas tren terakhir pada setiap hari. Sebagai contoh, tren dari Stesen Pulau Sebang ke Batu Caves akan beroperasi seawal 9.55 malam. Manakala tren dari Stesen Pelabuhan Klang ke Batu Caves akan bermula pada 9.30 malam.
Bagi pengguna dari KL Sentral, tren tambahan akan disediakan mulai jam 11 pagi dengan kekerapan setiap 30 minit berbanding sejam pada hari biasa.
KTM Komuter
Perkhidmatan Shuttle dan Feri Percuma
Selain perkhidmatan tren, RapidKL dan RapidPenang turut menyediakan perkhidmatan bas shuttle percuma pada 10 dan 11 Februari.
RapidKL akan menyediakan 30 bas yang bergerak dari Hab Bandar Pasar Seni, LRT Gombak dan MRT Kampung Batu ke Batu Caves dengan frekuensi setiap 10 minit.
Ads
RapidPenang pula menyediakan 12 bas shuttle dari jeti perkhidmatan feri ke Adventist dengan kekerapan 20 hingga 60 minit.
Di Pulau Pinang
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan feri percuma selama 24 jam pada 10 dan 11 Februari. Dengan lanjutan perkhidmatan sehingga jam 2.30 pagi pada 12 Februari.
Anthony turut mengumumkan bahawa pengendali BAS.MY akan menyediakan perkhidmatan tambahan secara percuma di sekitar Johor Bahru, Seremban dan Ipoh pada 11 Februari bagi memudahkan penganut Hindu ke lokasi perayaan di kuil.
Inisiatif tambang percuma dan perkhidmatan khas ini pastinya memberikan keselesaan serta kemudahan kepada ribuan pengguna untuk menyertai sambutan Thaipusam dengan lebih lancar dan selamat.
Ads
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati perkhidmatan percuma ini sambil menyaksikan keunikan tradisi Thaipusam yang penuh warna-warni di Malaysia.
myTukar mengumumkan penjenamaan semula acara tahunan mereka daripada AutoFair ke Tukar-Je CARnival.
Acara yang bakal dijadualkan berlangsung daripada 12 hingga 14 Januari di myTukar Retail Experience Centre, Puchong South. Pengunjung akan dihidangkan dengan pelbagai tawaran dan diskaun yang menarik, termasuk diskaun hingga RM8,888 pada kenderaan myTukar Certified terpilih, serta peluang memenangi hadiah yang menarik seperti Sony PlayStation 5, Nintendo Switch, dan Apple Watch.
Tukar-Je CARnival juga menyediakan hiburan tanpa henti dengan konsert daripada beberapa nama besar dalam industri muzik seperti Priscilla Abby dan SonaOne. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan yang disediakan, termasuk food truck dan pelbagai bentuk permainan. Ini menunjukkan komitmen myTukar dalam menyediakan pengalaman yang menyeluruh bukan hanya dalam aspek jual beli, tetapi juga dalam memberikan nilai hiburan dan kekeluargaan.
Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng, menyatakan kegembiraannya dalam penganjuran acara ini dan menekankan bahawa Tukar-Je CARnival lebih daripada sekadar acara automotif. Ia merupakan platform yang menyatukan peminat-peminat automotif untuk berkongsi keseronokan mereka, sambil menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembiayaan, perkhidmatan selepas jualan dan insurans. Ini menjadikan Tukar-Je CARnival sebagai destinasi holistik untuk semua keperluan automotif.
Selain itu, setiap kenderaan myTukar Certified telah menjalani pemeriksaan 160 poin yang ketat, memastikan kualiti kenderaan tersebut. Pelanggan juga diberikan jaminan dengan waranti 12 bulan untuk enjin dan kotak gear, serta jaminan pulangan wang dalam tempoh lima hari. Acara ini tidak hanya mengenai transaksi jual beli, tetapi juga tentang membangun kepercayaan dan kepuasan pelanggan.
Dengan pelbagai tawaran, aktiviti keluarga, dan hiburan, Tukar-Je CARnival diharapkan akan menarik ribuan pengunjung, menjadikannya acara wajib hadir bagi komuniti automotif di Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut, pelanggan boleh mengunjungi laman web myTukar.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pendekar, telah berjaya diapungkan semula. Ini selepas proses salvage yang mencabar, pada jam 4.38 petang Ahad.
Pihak TLDM dalam kenyataannya menyatakan bahawa kapal itu kini sedang menjalani proses pembaikan awal sebelum diserahkan semula kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.
Operasi salvage KD Pendekar dianggap sebagai satu kejayaan besar walaupun terdapat beberapa cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut. Lokasi kejadian di mana kapal ini tenggelam telah disahkan selamat.
Tanpa sebarang ancaman dari bahan letupan atau peluru yang boleh membahayakan komuniti maritim, khususnya kepada mereka yang kerap menggunakan laluan perairan terbabit.
Phasing Out Kapal Lama Selaras Transformasi TLDM
Dengan usia KD Pendekar yang telah melebihi 45 tahun, masa depan kapal ini masih menjadi tanda tanya. Pihak TLDM akan membuat keputusan berdasarkan pelan penggantian berperingkat atau “phasing in-phasing out” bagi kapal usang yang masih berkhidmat.
Pelan ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15to5 yang menekankan pengurangan jenis aset tentera laut daripada 15 kepada hanya 5 platform strategik.
Menurut kenyataan TLDM, punca sebenar insiden tenggelamnya KD Pendekar masih dalam siasatan Lembaga Siasatan Khas. Pasukan yang ditubuhkan sejurus selepas kejadian tersebut berlaku.
Insiden dan Tragedi Sebelum Ini
Insiden KD Pendekar bermula pada 25 Ogos lalu ketika kapal tersebut sedang menjalankan operasi. Kebocoran berlaku pada sekitar 12 tengah hari, dipercayai berpunca daripada pelanggaran dengan objek bawah air.
Kebocoran tersebut dikesan di bilik jentera kapal sebelum ia merebak dengan pantas dan tidak dapat dikawal.
Walaupun usaha keras dilakukan oleh kru kapal untuk mengawal situasi. Kebocoran yang semakin teruk menyebabkan KD Pendekar tidak dapat diselamatkan daripada tenggelam. Namun, semua 39 kru kapal berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan serius.
Tragedi seterusnya berlaku beberapa hari selepas kejadian apabila seorang Penyelam Ranjau TLDM, Laskar Kelas I PLM Arman San Hermansa, meninggal dunia ketika menjalankan operasi salvaj KD Pendekar di perairan Tanjung Pengelih.
Kehilangan nyawa ini menjadi titik hitam dalam misi penyelamatan tersebut.
Siasatan Masih Berjalan
Lembaga Siasatan Khas TLDM kini sedang bekerja keras untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian ini.
Faktor-faktor yang menyebabkan insiden tenggelamnya KD Pendekar sedang diperincikan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang pada masa hadapan.
Walaupun berdepan dengan cabaran dan kehilangan nyawa, usaha TLDM untuk mengapungkan kembali KD Pendekar dan memastikan keselamatan perairan Malaysia patut dipuji.
Insiden ini juga menjadi pengajaran kepada pihak tentera laut untuk lebih berhati-hati dalam menghadapi cabaran operasi yang tidak dijangka di masa depan.
Honda telah bekerjasama dengan The Pokémon Company untuk melancarkan Projek Honda Koraidon.
Projek ini merupakan satu inisiatif inovatif bagi membangunkan kenderaan masa depan yang diinspirasikan daripada Koraidon.
Koraidon adalah Pokémon legenda yang muncul dalam permainan Pokémon Scarlet.
Konsep & Pembangunan Honda Koraidon
Projek ini bermula dengan idea bahawa Honda mampu menghasilkan Koraidon versi Honda yang memiliki identiti tersendiri.
Projek ini berlandaskan falsafah “Monozukuri”, seni pembuatan yang menjadi tunjang kepada industri automotif Jepun.
Dalam usaha merealisasikan konsep ini, seramai 40 jurutera terpilih dari bahagian jentera dua roda, enjin, dan penyelidikan inovatif Honda telah dilibatkan.
Teknologi Honda & Impian Kanak-Kanak
Dengan slogan “Honda’s Devotion Makes Children’s Dreams Come True”, projek ini menggabungkan falsafah reka bentuk dan teknologi simulasi yang telah diterapkan oleh Honda dalam pengeluaran motosikal selama bertahun-tahun.
Teknologi penstabilan canggih yang dibangunkan oleh Innovative Research Excellence turut digunakan untuk membolehkan motosikal ini menampilkan pengalaman sebenar dari dunia permainan Pokémon ke alam realiti.
Pameran Perdana Honda Koraidon Telah Berlangsung
Honda Koraidon telah dipamerkan kepada umum di Honda Welcome Plaza Aoyama, Jepun pada 7 hingga 9 Mac 2025.
Acara ini telah memberi peluang kepada peminat automotif dan Pokémon untuk menyaksikan sendiri bagaimana teknologi dan imaginasi bergabung dalam inovasi terbaru Honda.
Walaupun pameran telah berakhir, impak projek ini terus mencetuskan perbincangan dalam dunia teknologi dan automotif
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
KEHANGATAN VIOS CHALLENGE 2025 BAKAL MEMUNCAK
Aksi Toyota GAZOO Racing Malaysia VIOS Challenge kembali dengan Pusingan 3 yang bakal berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos...