Acara tahunan yang dinanti-nantikan, Pameran BMW Premium Selection (BPS) kembali lagi dengan penuh bergaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang pastinya ia tidak akan mengecewakan peminat kenderaan premium.
Kali ini, BMW Group Malaysia membawa lebih banyak kegembiraan dengan pelbagai pilihan kenderaan premium pra-milik serta model baharu yang termasuk dalam kategori Kenderaan Elektrik Bateri (BEV). Jangan lepaskan peluang untuk melihat dengan dekat sehingga 500 unit kenderaan yang tersedia untuk dipilih oleh pengunjung!
Selain daripada barisan kenderaan BMW, turut dipamerkan adalah kenderaan premium pra-milik daripada MINI dan BMW Motorrad. Jadi, tidak kira samada anda peminat kereta, motosikal, atau kedua-duanya, pasti terdapat sesuatu yang menarik untuk dilihat di acara ini.
Yang pasti, bukan sahaja anda berpeluang untuk melihat kenderaan-kenderaan menarik, tetapi terdapat juga tawaran yang tidak boleh dilepaskan. Dengan rebat segera sebanyak RM5,000 dan peluang untuk memenangi barangan eksklusif melalui cabutan bertuah, jangan biarkan peluang ini terlepas dari genggaman anda!
Kredit: BMW
Bagi yang mahu menikmati kemudahan lebih, pelanggan juga berpeluang untuk menikmati sehingga 10 peratus diskaun untuk peningkatan perincian Connected Drive, serta pra-kelulusan pembiayaan segera melalui BMW Engage oleh BMW Group Financial Services Malaysia.
Ads
Dan bagi pemilik kenderaan daripada rangkaian BMW Premium Selection, terdapat lebih banyak kelebihan yang menanti. Diantaranya adalah:
– Waranti Pilihan hingga tujuh tahun yang dijamin oleh Allianz Malaysia
– Pemeriksaan teknikal oleh juruteknik BMW yang bertauliah
Ads
– Rekod Servis dan Rekod Kenderaan yang disahkan
– Tawaran tukar beli yang kompetitif
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Pameran BMW Premium Selection 2024 yang akan diadakan di Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil dari jam 9:00 pagi hingga 7:00 malam, pada 1 hingga 3 Mac. Sertailah kami untuk pengalaman membeli kenderaan premium yang tidak akan anda lupakan!
Nabil Karam yang lebih dikenali sebagai Billy telah mengumpul dan mempamerkan ribuan model kereta mini di Muzium Billy Karam
Muzium ini kini diiktiraf sebagai salah satu tarikan utama negara itu.
Muzium Billy Karam yang mempamerkan pelbagai jenis mainan kereta mini. Kredit Foto : Website guide.moovtoo
Bagaimana ianya bermula?
Bermula dengan beberapa kereta mini yang disimpan di rumahnya kini koleksi beliau telah bertambah sehingga mencapai sekitar 50,000 model dari seluruh dunia.
Keghairahan dan dedikasinya telah membawa beliau memperoleh tiga Rekod Dunia Guinness termasuk untuk koleksi setem terbesar yang memaparkan automobil dan koleksi diorama terbesar.
Muzium Billy Karam yang terletak di Zouk Mosbeh merangkumi lebih dari 1,500 meter persegi dengan dua tingkat.
Ia mempamerkan pelbagai jenis model kereta, dari kereta sport dan klasik hingga model awam dan tentera.
Kredit Foto : Website guide.moovtoo
Antara tarikan utama muzium ini ialah sebuah kereta Formula Satu dari pasukan Red Bull, yang memenangi Kejohanan beberapa tahun lalu dengan pemandu terkenal Sebastian Vettel dan Carlos Sainz.
Kredit Foto : Website porscheclubnews
Minat Billy terhadap kereta juga membawa beliau ke arena perlumbaan di mana beliau berjaya memenangi kejuaraan Lebanon dalam rali dan perlumbaan kelajuan selama lapan tahun berturut-turut.
Kredit Foto : Website porscheclubnews
Beliau sering mengundang pelajar sekolah dan universiti untuk melawat muzium dan mereka akan membincangkan tentang langkah-langkah keselamatan jalan raya dan kepentingan penggunaan tali pinggang keledar.
Kredit Foto : Website guide.moovtoo
Billy yang juga merupakan naib presiden Kelab Automobil dan Pelancongan Lebanon (ATCL) menekankan bahawa muzium beliau beroperasi tanpa tujuan keuntungan.
Sesiapa sahaja yang hadir ke museum beliau boleh masuk secara percuma.
Kredit Foto : Website guide.moovtoo
“Masuk ke muzium saya adalah percuma. Ini adalah cara saya untuk menggalakkan pelancongan di Lebanon kerana pelancongan adalah sumber pendapatan utama negara ini,” katanya.
Tidak dinafikan di negara kita terdapat golongan kurang berkemampuan merasa agak terbeban dengan kenaikan harga minyak petrol. Akan tetapi tahukah anda Malaysia sebenarnya di antara negara yang mempunyai harga petrol yang paling rendah di dunia?
Namun begitu pelbagai cara yang masyarakat akan cuba untuk lakukan supaya mendapat penjimatan maksimum sewaktu mengisi petrol.
Terdapat beberapa cara tradisional yang sering diamalkan oleh orang ramai, namun adakah semua cara tersebut benar-benar berkesan atau hanyalah mitos semata-mata?
Mari kita kupas beberapa mitos popular tentang penjimatan minyak sama ada ia berkesan atau tidak.
Isi Minyak Pada Waktu Malam Lebih Jimat
Banyak yang percaya mengisi minyak pada waktu malam dapat menjimatkan minyak kereta. Ini mungkin disebabkan kepercayaan bahawa minyak akan menjadi lebih tumpat pada suhu yang lebih sejuk. Namun, hakikatnya, perbezaan cuaca tidak memberikan impak yang ketara. Penjimatan yang diperoleh mungkin hanya dalam lingkungan 2 hingga 3 sen sahaja.
Letak Gear ‘N’ Ketika Mengisi Minyak
Pengguna kereta automatik sering kali meletakkan gear dalam kedudukan ‘N’ atau neutral semasa mengisi minyak, percaya bahawa ini dapat mengelakkan minyak daripada disalurkan ke dalam enjin. Walau bagaimanapun, hakikatnya, kedudukan gear tidak mempunyai kaitan langsung dengan proses penyaluran minyak ke dalam enjin.
3.Menggoncang Kereta Selepas Mengisi Minyak
Ada yang mengamalkan tabiat mengisi minyak sehingga penuh dan menggoncang kereta untuk memastikan tangki penuh. Namun, jika tangki sudah penuh, menggoncang kereta tidak akan memberi ruang ekstra. Amalan ini sebaiknya dielakkan kerana ia tidak memberikan manfaat tambahan dan boleh menjadi bahaya.
Jangan Isi Minyak Ketika Tanker Sedang Loading
Beberapa orang percaya bahawa tidak sepatutnya mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi bekalan minyak petrol ke stesen minyak. Mereka risau minyak yang disalurkan akan berkeladak. Namun, setiap stesen pam dilengkapi dengan penapis in-line, memastikan minyak yang disalurkan ke kenderaan sudah ditapis dengan baik.
Sebelum mengamalkan sebarang teknik atau cara, penting untuk melakukan kajian sendiri. Cari sumber bacaan yang dipercayai dan gunakan logik akal.
Dengan memahami mitos dan fakta seputar penjimatan minyak, kita dapat membuat keputusan yang lebih bijak dalam menguruskan penggunaan minyak kereta kita. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Bayangkan ketika anda memandu ketika hujan dan secara tiba-tiba power window kereta anda tidak berfungsi, pasti akan mengundang perasaan panik dan cemas. Kebanyakkan kereta yang berusia lima tahun ke atas kerap kali mengalami masalah ini. Namun, dengan pemeriksaan berkala dan sedikit ilmu mengenai komponen-komponennya, anda boleh mengatasi masalah ini dengan lebih mudah.
Kredit Foto : Website counterman
1. Periksa dan Ganti Fius
Langkah pertama dalam menangani masalah power window adalah memeriksa fiusnya. Fius memainkan peranan penting dalam melindungi litar elektrik dengan memutus aliran elektrik apabila berlaku litar pintas. Tukar fius yang rosak dan lakukan pemeriksaan sekiranya punca masalah tersebut adalah daripada fius. Jika power window masih tidak berfungsi, kemungkinan besar terdapat masalah pada komponen lain.
2. Semak Voltan dan Suis Power Window
Jika penggantian fius tidak menyelesaikan masalah, langkah berikutnya adalah memeriksa sistem elektrik power window. Semak voltan bateri untuk memastikan aliran kuasa yang mencukupi ke litar. Jika voltan stabil tetapi power window masih tidak berfungsi, kemungkinan masalah terletak pada suis. Suis yang rosak sering disebabkan oleh litar pintas yang mungkin telah menyebabkan komponen tersebut terbakar dan perlu diganti.
Setelah memastikan bahawa masalah tidak berkaitan dengan arus elektrik atau suis, langkah seterusnya adalah memeriksa motor dan regulator power window. Kedua-dua komponen ini bertanggungjawab dalam menggerakkan cermin untuk naik dan turun.
Motor yang lemah atau regulator yang rosak dapat menyebabkan cermin tidak bergerak dengan lancar. Pemeriksaan ini mungkin memerlukan penggantian beberapa bahagian yang telah mengalami kerosakan.
Tetapi sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, anda boleh terus ke bengkel kereta berhampiran untuk pemeriksaan. Semoga informasi ini bermanfaat untuk anda sekiranya anda ingin membaiki kerosakkan tersebut sendiri.
Revolusi Tempatan Dengan Aspirasi Global
PROTON sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan Saga Serba Baharu kepada pihak media sebelum pelancaran rasminya. Model ini bukan sekadar...