Bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan pada bulan Ogos, ramai mengambil inisiatif mengibarkan jalur gemilang pada kereta.
Namun ada segelintir daripada pengguna kereta memasang bendera dengan cara yang salah dan mungkin boleh membahayakan pegguna jalanraya di luar sana.
Hari ini penulis ingin berkongsi secara ringkas cara pemasangan bendera yang betul pada kenderaan anda.
Kredit Foto : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
1.Kedudukan Bendera
Pastikan kedudukan Jalur Gemilang tidak berada dalam keadaan terbalik. Tindakan memasang bendera secara terbalik seolah-olah menghina dan mempersendakan kedaulatan negara.
2.Pilih Tempat Yang Selamat
Ads
Pasang bendera anda di kawasan yang tidak menghalang pandangan semasa pemanduan. Tidak salah untuk menjadi seorang yang kreatif tetapi aspek keselamatan perlu dititikberatkan.
Acapkali terjadi, banyak jalur gemilang akan jatuh di atas jalan raya mungkin kerana penggunaan gam yang tidak kuat atau terdedah dengan cuaca panas yang agak lama. Periksa keadaan fizikal gam pada jalur gemilang tersebut dan jika mempunyai regangan pada gam, tukar gam yang baharu.
Ads
4.Periksa Sebelum Pasang
Terdapat juga sesetengah bendera yang tidak cukup sifatnya seperti kurang bilangan jalur, kurang bilangan bucu Bintang atau warna yang salah.
5.Hormati Bendera
Ads
Pastikan anda memeriksa keadaan bendera pada kereta anda. Jika lusuh tukarkan dengan bendera yang baharu. Sekiranya anda memandu di Lebuhraya dengan kelajuan tinggi, buka bendera anda supaya tidak tertanggal semasa pemanduan.
Kredit Foto : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Hormati bendera kita, bersama-sama kita semarakkan lagi bulan kemerdekaan dengan mengibarkan jalur gemilang pada kenderaan kita. Merdeka!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Sebelum ini, Roda Panas telah menunggang uji CFMOTO 250 DUAL semasa program MFORCE Media Trip di Zhejiang, China pada November 2025.
Kini, motosikal dwi-guna (Dual-purpose) tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi dan memasuki pasaran Malaysia bagi tahun 2026, sekali gus memberi persaingan baharu dalam segmen adventure ringan dengan harga mampu milik.
Pelancaran rasmi model ini dilakukan sempena pembukaan Pejabat dan Pusat Servis Mforce di Kuala Lumpur.
CFMOTO 250 DUAL merupakan model pertama jenama CFMOTO untuk tahun 2026 dan direka khusus bagi mereka yang inginkan sebuah motosikal serba boleh, sesuai untuk tunggangan harian serta laluan off-road.
Dari sudut harga, CFMOTO 250 DUAL ditawarkan pada RM9,888, menjadikannya antara motosikal adventure paling mampu milik di pasaran tempatan ketika ini.
Model ini boleh didapati di semua pengedar rasmi Mforce di Malaysia, dengan tiga pilihan warna iaitu Tundra Grey, Polar White dan Lime Green.
Motosikal ini hadir dengan enjin satu silinder 249 cc, 4-lejang dengan sistem penyejukan cecair. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 18 kW pada 8,000 rpm dan tork puncak 22.5 Nm pada 7,000 rpm.
Enjin motosikal ini menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) yang menawarkan penghantaran kuasa lebih lancar serta kecekapan bahan api yang baik untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak sederhana.
Bagi aspek pengendalian, motosikal ini dilengkapi fork teleskopik jenis terbalik di bahagian hadapan serta penyerap hentak monoshock di belakang.
Sistem suspensi ini direka untuk memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan, terutamanya ketika melalui jalan tidak rata.
Sistem brek pula menggunakan cakera tunggal di hadapan dan belakang, masing-masing bersaiz 265 mm dan 220 mm, lengkap dengan sistem ABS dwi-saluran sebagai ciri keselamatan standard.
CFMOTO 250 DUAL turut menggunakan rim jejari dengan tayar bersaiz 80/100-21 di hadapan dan 120/80-18 di belakang, sesuai untuk pelbagai permukaan jalan.
Rangka jenis tiub keluli membantu meningkatkan ketahanan keseluruhan motosikal tanpa menjejaskan kestabilan ketika menunggang.
Dari segi dimensi, motosikal ini mempunyai panjang 2,120 mm, lebar 910 mm dan tinggi 1,225 mm, dengan jarak roda 1,415 mm.
Ketinggian tempat duduk 840 mm serta jarak kelegaan tanah 245 mm menjadikannya sesuai untuk laluan lasak yang tidak terlalu ekstrim, manakala berat 154 kg memastikan pengendalian yang masih mudah dikawal.
Antara ciri moden yang ditawarkan termasuk paparan meter digital, lampu hadapan dan belakang LED, port pengecasan USB Type-A serta suis keselamatan tongkat sisi.
Ciri-ciri ini melengkapkan keperluan asas penunggang moden, terutamanya untuk kegunaan harian.
Secara keseluruhan, CFMOTO 250 DUAL tampil sebagai pilihan yang praktikal bagi mereka yang ingin mencuba dunia adventure tanpa perlu berbelanja besar.
Dengan harga kompetitif, spesifikasi lengkap dan waranti perbatuan tanpa had selama dua tahun, model ini berpotensi menjadi antara pemain penting dalam segmen motosikal dwi-guna aras permulaan di Malaysia.
MINIacs (gelaran untuk peminat MINI) sekalian, ini berita baik untuk anda semua. MINI Malaysia telah kembali sekali lagi dengan Mini Fest 2023 untuk diterokai. Festival yang bakal berlangsung pada 22 Julai 2023 nanti bakal menampilkan himpunan muzik tempatan, karya seni dan hiburan serta juadah yang enak.
Festival ini yang akan diadakan bermula 11 pagi sehingga 9 malam bertempat di Tiffin at The Yard @ Sentul Depot ini bertujuan untuk meraikan semangat komuniti yang gemilang di samping memperagakan barisan kenderaan MINI yang bersejarah, yang membolehkan warga MINIacs mengukir kenangan baharu berlandaskan raa cinta mereka ke atas jenama ini.
Para pengunjung yang hadir bakal merasai sebuah pengalaman yang diisi dengan semangat ‘Big Love’ dan ‘Big Fun’, dengan kepulangan MINIfest yang membariskan aktiviti-aktiviti seperti pameran kenderaan MINI, sesi pandu uji yang eksklusif, sesi melukis secara ‘live’, serta aneka program hiburan dan bengkel untuk membangkitkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga MINIacs sebagai sebuah keluarga besar.
Antara aktiviti yang bakal menarik perhatian adalah sejarah jenama MINI dan evolusinya yang mengagumkan melalui sebuah pameran di MINI Garage. Selain itu untuk pengalaman seisi keluarga pula, Menerusi kerjasama dengan Modle.play, MINI Malaysia telah merangka sebuah pengalaman yang mempesonakan untuk dinikmati oleh seisi keluarga termasuk anak-anak kecil.
Salah satu bengkel tersebut dirangka untuk memperkasa minda golongan muda dengan aktiviti membangunkan jentera MINI berkuasakan bateri, manakala bengkel yang kedua akan mencungkil kreativiti para pengunjung melalui aktiviti reka suai rantai kunci dan barang kemas MINI.
Sebagai pemanis acaram tidak sah sekiranya tiada pengalaman sebenar untuk merasai kehebatan MINI. Jadi, program pandu uji juga akan diadakan sepanjang hari bermula jam 11 pagi hingga 7 malam. Ini bertujuan memberi warga MINIacs peluang untuk mengalami sendiri kehebatan jentera MINI Countryman dan MINI Electric.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Ford Motor Company terus mengukuhkan reputasi Mustang sebagai ikon prestasi global dengan memperkenalkan Ford Mustang Dark Horse SC 2026.
Model ini diumumkan khas untuk pasaran Amerika Syarikat dan tampil sebagai versi lebih ekstrem berbanding Dark Horse standard, namun masih berada di bawah Mustang GTD berfungsi sebagai jentera flagship berprestasi tinggi yang merapatkan jurang antara Dark Horse dan GTD.
Dark Horse SC menampilkan pendekatan “race-bred for the road”, dengan fokus utama pada kuasa enjin, keupayaan litar dan aerodinamik menjadikannya antara Mustang paling hardcore pernah dihasilkan untuk kegunaan jalan awam.
Dark Horse SC menggunakan enjin V8 5.2 liter supercharged ‘Predator’, iaitu unit sama yang menjadi asas kepada Mustang GTD.
Dalam spesifikasi GTD, enjin ini menghasilkan sekitar 608 kW dan 900 Nm, dan walaupun angka rasmi Dark Horse SC belum diumumkan, jangkaan kuasanya jelas jauh mengatasi Dark Horse standard.
Sebagai perbandingan, Mustang Dark Horse biasa di pasaran Australia menghasilkan 350 kW dan 550 Nm daripada enjin V8 5.0 liter Coyote. Jurang prestasi ini sahaja sudah cukup menggambarkan tahap ekstrem Dark Horse SC.
Kuasa daripada enjin supercharged ini disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik dwi klac tujuh kelajuan.
Konfigurasi ini mengingatkan kepada Shelby GT500 generasi terdahulu, yang terkenal dengan pertukaran gear pantas serta keupayaan memecut agresif di litar.
Berbeza dengan GTD yang menggunakan susun atur transaxle dan transmisi lapan kelajuan, Dark Horse SC kekal dengan konfigurasi lebih “konvensional”, namun masih cukup radikal untuk sebuah kereta jalanan.
Dari sudut pengendalian, Dark Horse SC mewarisi asas casis Dark Horse yang telah dipertingkatkan.
Ia dilengkapi suspensi adaptif MagneRide generasi terkini, spring lebih keras, anti-roll bar yang ditala semula serta sistem brek Brembo enam omboh di hadapan dan empat omboh di belakang.
Rim aloi 20 inci pula dipadankan dengan tayar Pirelli P Zero R berprestasi tinggi.
Kesemua naik taraf ini bertujuan memastikan kuasa besar enjin dapat dikawal dengan yakin, sama ada di jalan berliku atau ketika sesi pemanduan litar.
Reka bentuk luaran Dark Horse SC bukan kosmetik semata-mata. Bahagian hadapan menerima bukaan udara tengah 65 peratus lebih besar, bersama saluran sisi bersaiz dua kali ganda bagi meningkatkan aliran udara ke enjin dan brek.
Bonet aluminium baharu dengan liang udara besar pula dikatakan menghasilkan sehingga 2.5 kali lebih daya mendap berbanding Dark Horse biasa.
Di belakang, diffuser baharu dan pilihan sayap gentian karbon membantu kestabilan pada kelajuan tinggi dan merupakan satu ciri penting bagi sebuah Mustang berkuasa supercharged.
Untuk pemilik yang benar-benar serius, Ford turut menawarkan Track Package. Pakej ini merangkumi rim gentian karbon 20 inci dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R, brek karbon-seramik Brembo berspesifikasi GTD, talaan suspensi khusus serta sistem kawalan cengkaman boleh laras dengan lima tahap.
Pakej ini juga mengurangkan berat sehingga 68 kg, selain menggantikan tempat duduk belakang dengan rak simpanan jelas memfokuskan Dark Horse SC sebagai jentera hujung minggu di litar.
Walaupun Dark Horse SC hanya diumumkan untuk pasaran AS, ramai peminat tempatan pasti tertanya-tanya soal harga sekiranya ia dibawa masuk ke Malaysia.
Sebagai rujukan, Mustang Dark Horse di Australia berharga sekitar AUD98,000, manakala Mustang GTD di AS mencecah USD328,000.
Jika Dark Horse SC diletakkan di antara kedua-duanya, anggaran harga asas di AS berkemungkinan sekitar USD180,000 hingga USD220,000.
Setelah ditukar kepada Ringgit Malaysia, ditambah duti import, cukai eksais dan Cukai Jualan serta Cukai Kenderaan Mewah, anggaran harganya mungkin boleh mencecah sekitar RM1.2 juta hingga RM1.5 juta itu pun jika ia dibawa masuk secara rasmi atau AP terhad.
Dengan harga sebegitu tinggi serta kekangan piawaian pelepasan dan kecekapan bahan api, Ford Mustang Dark Horse SC lebih realistik untuk kekal sebagai “poster car” buat peminat tempatan.
Namun, kewujudannya membuktikan satu perkara: legasi Mustang masih hidup dan terus berevolusi, walaupun dunia automotif semakin beralih ke arah elektrifikasi.
Aveta Perluas ‘Care on Wheels’, Servis Sokongan Buat Penunggang Motosikal Sempena Raya
Aveta Motor Malaysia terus mengukuhkan komitmennya terhadap komuniti penunggang motosikal tempatan dengan memperluas...