Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pelaksanaan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang diadakan dari 8 hingga 10 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, tawaran pengurangan kompaun ini tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan, dan kesalahan yang tidak boleh dikompaun.
“Pembayaran kompaun hanya boleh dilakukan di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada waktu operasi dari 9 pagi hingga 4 petang pada 8 Disember (Jumaat), serta dari 9 pagi hingga 6 petang pada 9 dan 10 Disember (Sabtu dan Ahad),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi memudahkan proses pembayaran, orang ramai digalakkan untuk menyemak saman yang dikenakan terlebih dahulu melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM sebelum menghadiri kaunter pembayaran saman. Langkah ini diambil untuk mengelakkan kesesakan serta mempercepatkan proses pembayaran saman trafik.
Program pengurangan kompaun trafik ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menyelesaikan kompaun saman dengan kadar yang lebih berpatutan, sekali gus membantu dalam memajukan keselamatan jalan raya di negara kita.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Continental EcoContact 6 & 6Q Dengan Teknologi Pengurangan Bunyi ContiSilent™

Continental EcoContact 6 & 6Q Lebih senyap, lebih jauh, lebih cekap
Continental sekali lagi mempamerkan keupayaannya sebagai peneraju teknologi tayar global dengan memperkenalkan dua model terbaharu iaitu EcoContact 6 dan EcoContact 6Q.
Model ini kini secara rasmi ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
Kedua-dua tayar ini adalah hasil gabungan kejuruteraan Jerman dan pemahaman mendalam terhadap keperluan pemandu moden dan tayar ini sesuai untuk kenderaan yang menggunakan enjin petrol, hibrid, mahupun elektrik.

EcoContact 6
EcoContact 6 direka khusus untuk memberikan rintangan golekan yang sangat rendah.
Kesanya, menjadikan kenderaan anda lebih jimat bahan api dan mampu memanjangkan jarak perjalanan.
Ciri yang sangat menarik untuk pemilik EV dan kereta hibrid yang inginkan lebih kilometer daripada setiap pengecasan.
Daripada segi cengkaman, rekaan asymmetric rib dan sipe geometry pada tayar ini memastikan prestasi memberangsangkan atas jalan kering mahupun basah dan menjadikan setiap perjalanan lebih selamat dan stabil.

EcoContact 6Q
Jika EcoContact 6 menfokuskan ketahanan dan kecekapan, maka EcoContact 6Q pula ibarat versi “business class” kepada jenama ini.
Model ini hadir dengan teknologi pengurangan bunyi canggih termasuk corak bunga baharu dan kompaun Advanced Green Chili 2.0 yang direka untuk mengadaptasi dengan keadaan jalan dan memberi keselesaan maksimum.
Tambahan pula, Continental hadir dengan teknologi ContiSilent™ satu inovasi penyerapan bunyi dalam tayar menggunakan “polyurethane foam absorber” yang boleh mengurangkan bunyi di dalam kabin sehingga 9dB(A).
Hasilnya, kabin lebih senyap walaupun kereta meluncur laju di atas jalan permukaan jalan raya yang kasar.

Keyakinan Dalam Setiap Perjalanan
Menurut Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, “EcoContact 6 dan 6Q direka untuk memberikan pemandu di Malaysia keyakinan maksimum, tidak kira sama ada memandu dalam kesesakan bandar, di lebuh raya, atau semasa perjalanan jauh merentasi negeri.”
Tayar-tayar ini bukan sahaja memberi penjimatan bahan api, malah juga memastikan kestabilan, cengkaman dan keselesaan dimana satu pakej lengkap untuk pengguna yang inginkan semuanya.

Digunakan oleh Pengeluar Kereta Jenama Premium
Continental EcoContact 6 dan 6Q ini telah dipasang sebagai tayar standard (OE) oleh jenama-jenama besar seperti BMW dan Mercedes-Benz dan ni merupakan satu penanda aras terhadap kualiti dan prestasi tayar ini.
Untuk pengguna di Malaysia, tayar ini tersedia dalam saiz 15″ hingga 21″ dan boleh dibeli di rangkaian pengedar sah Continental di seluruh negara.
Tayar ini juga tersedia di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TNG eWallet.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Baca Juga : Continental UltraContact UX7, Tayar SUV Baharu yang Lebih Selamat, Tahan Lama dan Senyap
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Porsche Malaysia Umum Model 911 GT3 RS Serba Baharu!
Hari ini, Porsche Malaysia melancarkan simbol prestasi tertinggi dari keluarga 911 iaitu model 911 GT3 RS, dengan pelbagai penambahbaikan yang memukau kepada pemandu dan orang di sekelilingnya.

Diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, pelancaran model baharu ini turut bergandingan dengan Piala Porsche Carrera Asia 2023 pusingan sembilan dan 10 yang diadakan dari 25 Ogos hingga 27 Ogos ini.

911 GT3 RS digabungkan dengan kuasa dan kejituan yang boleh dibanggakan bersama enjin beraspirasi tinggi, komponen yang ringan dan ciri aerodinamik yang aktif. Antara penambahbaikan yang ketara ialah terletaknya radiator inovatif pada bahagian tengah hud yang diinspirasikan dari 911 RSR.

Selain itu, sayap (spoiler) belakang yang dilebarkan menyumbang kepada daya mendap (downforce) kereta sehingga 860kg, turut ditambah adalah elemen sayap hadapan yang boleh dilaraskan serta sayap dwi-bahagian di belakang.

Buat pertama kalinya, sistem pengurangan seretan (Drag Reduction System) atau DRS digunakan pada model GT3 RS untuk mencapai kelajuan yang lebih tinggi ketika bahagian litar yang lurus.

Dengan menekan butang khusus pada stereng GT3 RS, ia akan meratakan sayap belakang pada masa sama, fungsi brek udara turut diaktifkan. Setiap lekok dan komponen yang terdapat pada GT3 RS ini berfungsi sebagai satu pasukan untuk memaksimumkan kuasa pada model kali ini.

Selain perubahan posisi radiator, elemen paling terserlah pada model ini adalah reka bentuk sayap belakang yang menyerupai leher angsa (dipanggil swan-neck-support). Rekaan ini juga merupakan yang pertama kali dibina lebih tinggi dari bumbung kereta tersebut.

Dalam pada itu, bahagian hadapan 911 GT3 RS menampilkan pembahagi hadapan yang membelah aliran udara ke atas dan ke bawah, bersama bilah sisi (sideblades) bersudut melencong tepat ke luar bagi meningkatkan kestabilan sisi kereta.

Enjin beraspirasi semula jadi 4.0-liter telah ditambahbaik berbanding 911 GT3. Peningkatan ini menghasilkan lonjakan kuasa kepada 386 kW (525 PS) dengan daya kilas 465 Nm. Menggunakan transmisi Porsche Doppelkupplung (PDK) dengan tujuh kelajuan, prestasi model ini menjadi lebih ‘hidup’ dan bertenaga.

Mod pemanduan yang terdapat pada GT3 RS adalah mod Normal, Sport dan Track. Manakala pecutan dari 0-100km/j hanya mengambil masa 3.2 saat, Kelajuan maksimum pula hanya 296km/j, sedikit rendah berbanding GT3 namun lebih lincah.

Pada bahagian dalam pula, rekaannya tidak terlalu menyerlah seperti luarannya. Menggunakan komposisi permukaan kulit hitam, kemasan Racetex dan balutan karbon ia sengaja direka untuk kelihatan tulen dan sporty.

Menurut Christopher Hunter, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, “Penekanan terbaru 911 GT3 RS menunjukkan fokus yang luar biasa dengan dinamik kereta lumba, menghasilkan tahap prestasi hampir seperti kereta Cup yang sangat disanjung oleh komuniti peminat trek kami yang kian berkembang.”

Porsche 911 GT3 RS baharu boleh didapati pada harga bermula RM2,630,000. Untuk butiran lanjut, sila layari laman web kami di https://bit.ly/911GT3RS-launch.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Adakah Boleh Guna Air Paip Untuk Radiator?

Radiator merupakan sistem penyejukan enjin kereta dan merupakan salah satu komponen penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik.
Namun, satu persoalan yang sering timbul Adakah lebih baik menggunakan air paip atau coolant untuk radiator? Artikel ini akan membincangkan kelebihan dan kekurangan kedua-dua pilihan tersebut.

Pilihan Mudah dan Murah
Air paip adalah pilihan yang mudah dan murah.
Kebanyakan pemilik kereta cenderung untuk menggunakan air paip kerana ia boleh didapati dengan mudah dan tidak memerlukan kos tambahan.
Air paip boleh digunakan untuk mengisi radiator apabila berlaku kecemasan atau kehabisan coolant.

Namun, air paip mempunyai beberapa kelemahan.
Pertama, air paip mengandungi mineral dan kekotoran yang boleh menyebabkan karat dan boleh menghakis bahagian dalam radiator dan sistem penyejukan.
Kedua, air paip tidak mempunyai sifat anti-beku atau anti-panas yang diperlukan untuk melindungi enjin dalam keadaan suhu ekstrem.
Baca Juga : Cara Guna Cermin Sisi & Cermin Pandang Belakang Kenderaan Dengan Betul
Pelindung yang Lebih Baik
Coolant, juga dikenali sebagai anti-beku, adalah cecair khas yang direka untuk sistem penyejukan enjin.
Coolant terdiri daripada campuran air dan bahan kimia seperti ethylene glycol atau propylene glycol yang membantu mengawal suhu enjin.
Salah satu kelebihan utama coolant adalah sifatnya yang anti-karat.

Coolant mengandungi bahan tambahan yang menghalang pembentukan karat dan penghakisan, melindungi komponen dalaman sistem penyejukan.
Selain itu, coolant juga mempunyai titik didih yang lebih tinggi berbanding air paip, menjadikannya lebih berkesan dalam mencegah enjin daripada terlalu panas.
Di samping itu, coolant mempunyai sifat anti-beku yang membolehkannya berfungsi dengan baik dalam suhu rendah, mengelakkan kerosakan pada enjin semasa cuaca sejuk.
Pilihan Terbaik untuk Radiator
Secara keseluruhan, walaupun air paip boleh digunakan dalam keadaan kecemasan, coolant adalah pilihan yang lebih baik dan lebih sesuai untuk radiator kereta dalam jangka masa panjang.
Coolant menawarkan perlindungan yang lebih baik terhadap karat, penghakisan, dan suhu ekstrem, memastikan enjin kereta anda berfungsi dengan lancar dan tahan lebih lama.
Oleh itu, sebagai pemilik kereta yang bijak, adalah disarankan untuk menggunakan coolant berkualiti tinggi dan mengikut jadual penyelenggaraan yang ditetapkan oleh pengeluar kereta anda.
Dengan cara ini, anda dapat memastikan sistem penyejukan kereta berfungsi dengan optimum dan memanjangkan jangka hayat enjin kereta anda.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!



