Seorang pegawai tinggi polis yang disyaki terlibat dalam kemalangan meragut nyawa seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Meru, Ipoh pada Jumaat lalu, telah dihadapkan pendakwaan di Mahkamah Majistret Ipoh semalam di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) atas tuduhan membunuh.
Dalam kenyataan malam Ahad oleh Jabatan Peguam Negara (AGC), hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan menunjukkan kecukupan bukti bagi mendakwa pegawai berpangkat DSP tersebut di bawah seksyen yang disebutkan.
Justeru, suspek akan didakwa secara sementara di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak. Kemudian, Mahkamah Majistret akan menetapkan tarikh perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Ads
Kredit Foto: Majoriti.com
Pada 15 Disember, kes seorang pelajar lelaki yang meninggal dunia selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, menjadi viral di media sosial. Pegawai polis berusia 44 tahun dipercayai memandu kereta pada ketika itu.
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan Muhammad Zaharif Affendi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius pada bahagian dada dan abdomen.
Ads
Berikutan insiden itu, pegawai polis tersebut ditahan reman selama tiga hari bermula Sabtu (16/12) bagi membantu siasatan.
Ketika SUV mendapat pujian, kereta sedan masih berdiri dengan kukuh sebagai pilihan utama bagi peminat automotif yang mencari prestasi dan kelincahan. Audi S3 Saloon dan Sportback, yang kini memasuki generasi keempat, tetap setia kepada warisan sedan yang kuat dengan prestasi tinggi.
Audi baru-baru ini berkongsi sepuluh perkara menarik mengenai S3 2024 yang menjadikan kereta ini pilihan yang menarik bagi peminat sedan berprestasi.
Dengan gabungan keunggulan prestasi dan inovasi terkini, Audi S3 2024 meneruskan warisan sedan yang cekap dan dinamik, memberikan pengalaman pemanduan yang memuaskan kepada peminat sedan berprestasi.
Peminat perlumbaan pasti gembira melihat Perodua Myvi S1K tampil dengan penuh semangat di acara International Automodified 2023 (IAM) yang berlangsung baru-baru ini.
Buat pertama kalinya, Myvi S1K ini tampil dengan ‘wajah’ baharu yang pasti memukau para pengunjung.
Pasukan yang sama juga telah menyertai Sepang 1000KM (S1K) tahun lalu kini tampil dengan nama baharu, DMM 204 Speedster dan ianya bakal disokong dan ditaja oleh beberapa jenama terkemuka. Ini adalah perubahan yang mendebarkan dan memberikan nafas segar kepada perlumbaan tempatan.
DMM 204 Speedster adalah entiti yang tidak asing lagi dalam dunia perlumbaan di Malaysia. Ini adalah Myvi pertama dan satu-satunya yang mempamerkan kekuatan ‘king’ di dalam acara lumba Sepang 1,000KM. Ia bukan sahaja berjaya menamatkan perlumbaan pada percubaan pertama, tetapi juga meraih tempat ke-10 dalam kategori SP2V yang sengit.
Bagi tahun 2023, DMM 204 Speedster akan diterajui Ketua Pasukan, Datuk Dr. Zahari Husin, yang akan dibantu oleh Shafiq Rosli sebagai Pengarah Perlumbaan, Fariqe Hairuman sebagai Pengarah Teknikal Perlumbaan, serta barisan pelumba terkenal seperti Faiz Sulaiman, Ashraff Dewal, dan Aiman Haziq.
DMM Performance, yang juga merupakan pengedar rasmi Perodua di Malaysia, telah menyokong pasukan ini sebagai penaja utama. Mereka juga menerima sokongan daripada jenama ternama seperti Vort-X Malaysia, EXN, Wrap Autowerks, Raxer Wheels, Max Racing, AES, 4 Qul, Fawster, Recaro Malaysia, RnR Autosport, 204 Autoworks, dan MS Racing.
Berikut adalah spesifikasi ringkas mengenai jentera Myvi S1K yang akan menyertai Sepang 1000KM pada tahun ini:
– Model Asas: Perodua Myvi Gen 3 AV pra-facelift
– Enjin: 1.5 liter standard tanpa sebarang modifikasi, penapis udara prestasi
– Transmisi: Automatik empat kelajuan
– ECU: standard
– Ekzos: spesifikasi perlumbaan
– Gantungan: Penyerap hentak boleh laras sepenuhnya
Myvi S1K adalah contoh yang hebat tentang bagaimana jentera tempatan dapat beraksi dengan cemerlang di arena perlumbaan. Kami pasti akan terus menyokong pasukan ini dalam pencapaian kejayaan yang lebih besar di masa depan!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Hari ini, Porsche Malaysia melancarkan simbol prestasi tertinggi dari keluarga 911 iaitu model 911 GT3 RS, dengan pelbagai penambahbaikan yang memukau kepada pemandu dan orang di sekelilingnya.
Diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, pelancaran model baharu ini turut bergandingan dengan Piala Porsche Carrera Asia 2023 pusingan sembilan dan 10 yang diadakan dari 25 Ogos hingga 27 Ogos ini.
911 GT3 RS digabungkan dengan kuasa dan kejituan yang boleh dibanggakan bersama enjin beraspirasi tinggi, komponen yang ringan dan ciri aerodinamik yang aktif. Antara penambahbaikan yang ketara ialah terletaknya radiator inovatif pada bahagian tengah hud yang diinspirasikan dari 911 RSR.
Selain itu, sayap (spoiler) belakang yang dilebarkan menyumbang kepada daya mendap (downforce) kereta sehingga 860kg, turut ditambah adalah elemen sayap hadapan yang boleh dilaraskan serta sayap dwi-bahagian di belakang.
Buat pertama kalinya, sistem pengurangan seretan (Drag Reduction System) atau DRS digunakan pada model GT3 RS untuk mencapai kelajuan yang lebih tinggi ketika bahagian litar yang lurus.
Dengan menekan butang khusus pada stereng GT3 RS, ia akan meratakan sayap belakang pada masa sama, fungsi brek udara turut diaktifkan. Setiap lekok dan komponen yang terdapat pada GT3 RS ini berfungsi sebagai satu pasukan untuk memaksimumkan kuasa pada model kali ini.
Selain perubahan posisi radiator, elemen paling terserlah pada model ini adalah reka bentuk sayap belakang yang menyerupai leher angsa (dipanggil swan-neck-support). Rekaan ini juga merupakan yang pertama kali dibina lebih tinggi dari bumbung kereta tersebut.
Dalam pada itu, bahagian hadapan 911 GT3 RS menampilkan pembahagi hadapan yang membelah aliran udara ke atas dan ke bawah, bersama bilah sisi (sideblades) bersudut melencong tepat ke luar bagi meningkatkan kestabilan sisi kereta.
Enjin beraspirasi semula jadi 4.0-liter telah ditambahbaik berbanding 911 GT3. Peningkatan ini menghasilkan lonjakan kuasa kepada 386 kW (525 PS) dengan daya kilas 465 Nm. Menggunakan transmisi Porsche Doppelkupplung (PDK) dengan tujuh kelajuan, prestasi model ini menjadi lebih ‘hidup’ dan bertenaga.
Mod pemanduan yang terdapat pada GT3 RS adalah mod Normal, Sport dan Track. Manakala pecutan dari 0-100km/j hanya mengambil masa 3.2 saat, Kelajuan maksimum pula hanya 296km/j, sedikit rendah berbanding GT3 namun lebih lincah.
Pada bahagian dalam pula, rekaannya tidak terlalu menyerlah seperti luarannya. Menggunakan komposisi permukaan kulit hitam, kemasan Racetex dan balutan karbon ia sengaja direka untuk kelihatan tulen dan sporty.
Menurut Christopher Hunter, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, “Penekanan terbaru 911 GT3 RS menunjukkan fokus yang luar biasa dengan dinamik kereta lumba, menghasilkan tahap prestasi hampir seperti kereta Cup yang sangat disanjung oleh komuniti peminat trek kami yang kian berkembang.”
Porsche 911 GT3 RS baharu boleh didapati pada harga bermula RM2,630,000. Untuk butiran lanjut, sila layari laman web kami di https://bit.ly/911GT3RS-launch.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Thunder Motorcycles Rasmi Masuk Malaysia, Tampilkan LS250-S di AOS 2026
Thunder Motorcycles secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Art of Speed 2026...