
Bintang ITV’s The Motorbike Show Allen Millyard dan Henry Cole meraikan kejayaan mereka menerusi pemanduan motosikal dengan pembonceng terpantas di dunia dan diiktiraf secara rasmi oleh Guinness sebagai rekod dunia baharu.
Kedua-duanya kini memegang rekod untuk ‘fastest tandem motorcycle’, setelah mencapai kelajuan 295.31 km/j menggunakan jentera kustom Millyard yang dibina dengan enjin lapan liter, 500 kuasa kuda, Viper V10.
Menarik tentang motosikal ini, Millyard tidak dapat mencari fork yang cukup besar untuk menampung berat motosikal, jadi beliau membuat komponen tersebut sendiri daripada stanchion ram hidraulik JCB 75mm, rod peredam ditukar daripada model Lotus Vauxhall Carlton, dan spring daripada jenama Hagon. Sistem suspensi belakang menggunakan suspensi daripada model Yamaha R1 yang dibeli daripada eBay dan dipasang semula oleh K-Tech.
Motosikal ini tidak mempunyai bingkai, sebaliknya subframe hadapan keluli tiub diikat ke enjin, single swing arm
diikat ke kotak gear dan subframe aluminium diikat dibahagian belakang enjin.Menurut Millyard beliau pada masa akan datang mereka meletakkan sasaran yang lebih tinggi dan cuba untuk mencapai kelajuan 321 kmj. Rekod baharu dan kini diiktiraf secara rasmi menggantikan penanda aras 291.98 km/j sebelumnya yang dibuat oleh pasangan Amerika Erin Hunter dan Andy Sills di Bonneville Salt Flats pada 2011.
Rekod terbaru ini dibuat pada 25 Mei 2023, dengan pasangan itu menunggang dengan berat 630kg di Elvington Airfield di North Yorkshire. Mengharungi landasan sepanjang 3000 meter, pasangan itu menetapkan masa terbaik mereka pada pusingan keenam dan terakhir mereka.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.