UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) mengakhiri tahun 2023 dengan mengekalkan kedudukan teratasnya sebagai pembuat kereta bukan tempatan, mempamerkan kepemimpinan pasaran yang berterusan untuk tahun ketiga berturut-turut.
Seiring dengan bulan pertama tahun 2024 yang terbentang, syarikat ini mencapai jumlah keseluruhan sebanyak 6,276 unit, untuk kedua-dua jenama Toyota dan Lexus.
Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor, menyatakan kepuasannya dengan prestasi tahun 2023, menyatakan, “Kejayaan kami adalah cerminan daripada dedikasi kami untuk memberikan kenderaan berkualiti tinggi dan perjalanan pemilikan yang tiada tandingannya. Sementara kami terus menetapkan piawaian baru, fokus kami terus pada menyediakan mobiliti yang bermakna dan inovatif.”
Kredit Foto: Toyota Malaysia
Pada tahun 2023, Toyota meneruskan kepemimpinannya sebagai pembuat kereta bukan tempatan teratas, dengan jumlah jualan tertinggi sebanyak 108,107 unit (Toyota dan Lexus), ia mengukuhkan lagi bahagian pasaran keseluruhan sebanyak 32% (Toyota sahaja) untuk kenderaan penumpang bukan tempatan.
Dalam segmen SUV, jenama ini menjual 22,533 unit dengan bahagian pasaran bukan tempatan sebanyak 19.6%.
Kepimpinan jenama ini meluas ke segmen pikap, di mana Toyota muncul sebagai pemimpin pasaran dengan 27,447 unit berdaftar pada tahun 2023, memberikan bahagian pasaran bukan tempatan sebanyak 47.2%.
Ads
Kredit Foto: Toyota Malaysia
Dalam segmen van panel, dominasi Toyota jelas dengan 3,424 pendaftaran dalam pasaran yang sama, mengukuhkan bahagian pasaran bukan tempatan sebanyak 100%.
Selari dengan pencapaian ini, UMWT bersedia untuk mendedahkan inisiatif revolusioner seterusnya pada bulan Februari, dalam acara Beyond Zero-nya. Acara ini menandakan komitmen kukuh Toyota untuk perjalanan menuju neutraliti karbon menjelang tahun 2050.
Semasa acara ini, UMWT akan memperlihatkan penyelesaian mobiliti pelbagai laluan yang menyasar kepada keperluan dan penggunaan yang berbeza, sejajar dengan visi Malaysia untuk gas rumah hijau net-zero.
Ads
Kredit Foto: Toyota Malaysia
Toyota juga terus memperluaskan akses pengguna kepada pemilikan kereta dalam tahun Naga yang baik ini melalui promosi “Aliran Keberuntungan”, menawarkan sehingga pinjaman 100% untuk model terpilih dengan rebat tunai dan aksesori percuma bernilai sehingga RM4,500 yang tersedia di seluruh rangkaian model Toyota.
Pembeli kereta boleh menikmati penjimatan promosi yang luas, termasuk bayaran ansuran bulanan sehingga hanya RM688 untuk All-New Vios dan ansuran bulanan serendah RM658 untuk sebuah Yaris baharu. Selain itu, program Penyelamat Perkhidmatan Toyota menawarkan ansuran bulanan yang mudah bermula dari serendah RM18.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota 1-800-8-TOYOTA (869682).
Edisi Terhad Suzuki Swift Sport Final Edition dengan Identiti Eksklusif
Suzuki Malaysia secara rasmi memperkenalkan Suzuki Swift Sport Final Edition, sebuah model edisi terhad yang hanya hadir 30 unit sahaja untuk pasaran tempatan.
Model ini tampil dengan warna istimewa Black Pearl, memberikan karakter lebih agresif dan eksklusif berbanding versi standard yang sudah dikenali peminat.
Harga Suzuki Swift Sport Final Edition: Lebih Mahal, Tapi Lebih Istimewa
Swift Sport Final Edition ditawarkan pada harga RM137,900 atas jalan tanpa insurans, iaitu sekitar RM7,000 lebih tinggi berbanding model asas Swift Sport (RM130,900).
Bezanya? Bukan pada enjin, tetapi pada sentuhan estetik serta kelengkapan tambahan yang menjadikannya lebih premium dan sesuai untuk dijadikan koleksi.
Enjin BOOSTERJET Kekal Sama
Dari aspek mekanikal, tiada perubahan dilakukan.
Swift Sport Final Edition masih mengekalkan nadi 1.4L BOOSTERJET turbo, berkuasa 140PS dan tork maksimum 230Nm, digandingkan bersama transmisi automatik 6-kelajuan.
Ia masih sebuah jentera yang lincah yang sinonim dengan DNA sporty Suzuki.
Perincian Eksklusif Suzuki Swift Sport Final Edition
Perbezaan terbesar antara model biasa dan Final Edition terletak pada sentuhan kosmetik luaran serta dalaman:
Luaran
Logo Final Edition di bahagian sisi dan belakang.
Jalur emas pada bonet sebagai penegasan eksklusif.
Kemasan gentian karbon pada lower spoiler depan, belakang dan sisi.
Door visor untuk penampilan lebih sporty.
Dalaman
Sistem audio Soundstream lengkap dengan keseluruhan speaker.
Panel pintu, konsol gear, dan papan pemuka dengan corak gentian karbon yang menambah aura prestij.
Sambutan Awal
Menurut pengedar rasmi, Naza Eastern Motors, pada hari pelancaran sahaja sudah ada dua unit ditempah awal, menjadikan baki hanya 28 unit yang masih boleh dimiliki.
Dengan jumlah produksi terhad ini, ia bukan sekadar kereta, tetapi juga boleh dianggap sebagai koleksi eksklusif.
Penutup Era Swift Sport ZC33S
Pelancaran edisi ini juga menandakan penghujung produksi bagi generasi Swift Sport ZC33S yang mula diperkenalkan sejak 2017.
Dengan ansuran bulanan sekitar RM1,400, ia menjadi pilihan ideal buat peminat jentera Jepun yang inginkan sesuatu yang unik, kompak dan bernilai koleksi.
HI-REV Triple Zed Racing dengan bangganya memperkenalkan barisan pelumba elit yang akan beraksi dalam MSF Superbike Championship 2025. Pasukan ini menampilkan tiga pelumba hebat: Saidatul Zakirah, bintang muda Malaysia, Heng Si Kiat, juara dari Singapura, dan Marcus Lee, pelumba supermoto yang semakin mencipta nama.
Saidatul Zakirah – Pelumba Termuda Dalam Pasukan
Pada usia muda 17 tahun, Saidatul Zakirah sudah mencuri perhatian di pentas antarabangsa. Beliau pernah menyertai Women’s European Championship (WEC) dan berjaya meraih tempat kedua dalam Qatar Superstock 600 Championship (QSTK) QSSP 300 class.
Kejayaan tersebut membuktikan bakat luar biasa beliau dalam dunia sukan permotoran. Saidatul akan bertanding dalam kategori Rookie menggunakan jentera Triumph Street Triple.
Saidatul Zakirah di atas Triumph Street Triple 675
Heng Si Kiat – Pelumba Berpengalaman dari Singapura
Menyertai pasukan ini sebagai juara GP Masters Overall MSF Superbike 2024. Heng yang akan bersaing dalam kategori All Stars pada musim 2025 bakal mengemudi jentera BMW S1000RR.
Dengan rekod cemerlang dan pengalaman luas, beliau dijangka menjadi antara pelumba yang perlu diberi perhatian.
Marcus Lee bersama jentera perlumbaannya -ZX-6R
Marcus Lee – Juara Supermoto Musim Lepas
Turut menyertai pasukan ini ialah Marcus Lee, pelumba supermoto berbakat besar yang kini mendahului Malaysian Supermoto Championship 2024 dalam kelas Advance.
Keupayaan Marcus menyesuaikan diri dalam pelbagai disiplin sukan permotoran, digabungkan dengan gaya tunggangan agresifnya. Pasti akan memberikan saingan sengit dalam MSF Superbike. Marcus akan beraksi menggunakan Kawasaki ZX6R.
Dengan MSF Superbike Championship 2025 yang semakin hampir, HI-REV Triple Zed Racing sedang giat melakukan persiapan untuk musim penuh aksi ini.
Mereka meletakkan sasaran tinggi untuk meraih podium dan mencipta kejayaan dalam kejohanan tersebut. Kejuaraan ini akan menjadi platform terbaik buat pasukan untuk memperlihatkan kemampuan pelumba dan jentera mereka. Serta ketahanan produk HI-REV Lubricants di bawah tekanan perlumbaan yang sengit.
Pasukan HI-REV Triple Zed Racing dikuasakan oleh HI-REV Lubricants dan torQe Performance Motor Oil. Produk yang terbukti memberikan prestasi terbaik di litar mahupun jalan raya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Zhafir di 018-7688064 atau ikuti media sosial HI-REV Triple Zed Racing untuk kemaskini terkini serta liputan acara sukan permotoran mereka.
HI-REV Triple Zed Racing
HI-REV Triple Zed Racing ialah pasukan perlumbaan motosikal terkemuka di Malaysia yang diasaskan oleh Zhafir Zamani. Bekas juara perlumbaan dengan rekod cemerlang di peringkat kebangsaan dan serantau.
Pasukan ini terkenal dengan dedikasi, inovasi, dan semangat berpasukan yang tinggi, terus memberi inspirasi kepada generasi pelumba akan datang di arena sukan permotoran.
Parkir ‘Emas’ Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Bandar Raya Shah Alam
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini memperkenalkan inisiatif parkir percuma.
Inisiatif ini khas untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas yang menetap di kawasan pentadbirannya.
Dianggarkan lebih 20,000 warga emas di Shah Alam layak memohon program digelar ‘Golden Parking’ ini.
Inisiatif ini diperkenalkan bersempena sambutan Jubli Perak 25 tahun Shah Alam sebagai bandar raya.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim, menyifatkan inisiatif bermula awal Mei 2025 ini sebagai salah satu cara MBSA “memulangkan semula” hasil kutipan cukai kepada golongan warga emas selaku pembayar cukai.
Pada masa sama, langkah ini diambil bagi menjadikan Shah Alam sebuah bandar raya yang lebih inklusif serta menghargai jasa komuniti berusia emas.
Syarat Kelayakan & Cara Permohonan
Sudah tentu, tidak semua individu berusia automatik layak menerima kemudahan ini.
MBSA menetapkan beberapa syarat kelayakan utama sebelum warga emas boleh menikmati pas parkir percuma ini:
Umur: Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas.
Pembayar Cukai MBSA: Pemohon merupakan pembayar cukai taksiran MBSA (contohnya pemilik harta yang membayar cukai pintu di Shah Alam).
Kenderaan Sendiri: Kenderaan hendaklah berdaftar atas nama pemohon sendiri (bukan milik anak atau pihak lain).
Satu Kereta Sahaja: Setiap pemohon hanya boleh mendaftarkan satu kereta sahaja di bawah inisiatif ini.
Kredit Foto : Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam
Bagi proses permohonan, terdapat dua kaedah utama yang disediakan.
Bagi warga emas atau ahli keluarga yang celik teknologi, permohonan boleh dilaksanakan secara dalam talian.
Mereka boleh memohon menerusi aplikasi telefon pintar Smart Selangor Parking atau Flexi Parking iaitu sistem e-parkir digital yang digunakan di Selangor.
Pendaftaran kenderaan melalui aplikasi tersebut akan memberikan pengecualian automatik di petak parkir MBSA kepada kenderaan yang didaftarkan.
Tempoh sah adalah selama dua tahun dari tarikh kelulusan.
Selepas tempoh dua tahun itu, pemohon perlu memperbaharui permohonan sekiranya masih ingin meneruskan kemudahan tersebut.
MBSA turut menyediakan borang permohonan secara manual.
Borang ini boleh dimuat turun melalui portal rasmi MBSA, dan setelah dilengkapkan, pemohon boleh menyerahkannya di kaunter sementara MBSA di Wisma MBSA (Seksyen 14, Shah Alam) atau menghantarnya melalui emel yang disediakan.
Pautan muat turun borang serta syarat terperinci juga disediakan melalui kod QR pada poster dan laman web MBSA.
Perlu diingat, keistimewaan parkir percuma ini hanya terpakai di petak letak kereta awam milik MBSA sahaja.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Revolusi Tempatan Dengan Aspirasi Global
PROTON sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan Saga Serba Baharu kepada pihak media sebelum pelancaran rasminya. Model ini bukan sekadar...