Pengguna kenderaan yang mengakibatkan pencemaran bunyi dan udara kini bakal berdepan kompaun sehingga RM500,000. Pindaan peraturan ini adalah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 2024 (Akta 127). Ia telah mula berkuat kuasa sejak awal bulan lalu (Ogos 2024) .
Menurut Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, jumlah kompaun ini jauh lebih tinggi berbanding sebelum pindaan, di mana kompaun bagi kesalahan pencemaran bunyi dan udara hanyalah antara RM300 hingga RM2,000.
“Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 tidak hanya menyasarkan industri dan pengilang sebagai punca pencemaran. Pengguna kenderaan juga turut menjadi fokus dengan kadar denda yang lebih tinggi,” kata beliau.
Ekzos yang diubahsuai melebihi bacaan yang ditetapkan kerajaan bakal berdepan saman sehingga RM500,000
Beliau turut menjelaskan bahawa mengikut akta tersebut, kenderaan bermotor adalah salah satu punca utama pencemaran di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Oleh itu, JAS bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan operasi pemeriksaan kenderaan.
“Kita mempunyai peralatan untuk mengukur jumlah asap hitam dan bunyi bising yang dilepaskan. Jika bacaan melebihi standard yang ditetapkan, pengguna kenderaan, terutama motosikal, lori, dan bas, boleh dikenakan kompaun,” katanya dalam satu kenyataan kepada Berita Harian.
Jumlah Denda Sebelum Pindaan
Sebelum ini, pengguna motosikal hanya dikenakan kompaun RM300 untuk kesalahan bunyi bising, manakala lori atau bas yang melepaskan asap hitam dikenakan kompaun RM2,000. Namun, dengan pindaan akta ini, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.
Ads
Akta 127 yang berkuat kuasa sejak 7 Julai lalu melibatkan pindaan kepada 28 seksyen dengan jumlah denda sedia ada dinaikkan sehingga RM10 juta bagi kesalahan pencemaran air, pelepasan minyak ke perairan Malaysia, pelepasan buangan ke perairan Malaysia serta pelupusan haram buangan terjadual.
SJR Trafik
Sebelum ini, hukuman paling tinggi yang boleh dikenakan hanyalah denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Jumlah tawaran kompaun juga dinaikkan daripada RM2,000 kepada tidak melebihi lima puluh peratus daripada jumlah penalti maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan terbabit.
Operasi Separuh Tahun Pertama
Wan Abdul Latiff berkata, sepanjang enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 736 kompaun telah dikeluarkan, dengan 312 daripadanya melibatkan kenderaan yang melepaskan asap hitam melalui diesel, manakala selebihnya melibatkan motosikal yang menyebabkan bunyi bising.
Ads
Beliau menjelaskan bahawa kompaun ini dikeluarkan hasil daripada 23,227 pemeriksaan yang dilakukan sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Pada tahun lalu, sebanyak 36,077 pemeriksaan telah dilakukan dengan 1,415 kompaun dikeluarkan.
Operasi SJR diganding bersama JPJ, PDRM di seluruh negara
Katanya, kesalahan bunyi bising oleh motosikal biasanya berpunca daripada pengubahsuaian terhadap kenderaan tersebut. Sementara itu, pelepasan asap hitam berlebihan biasanya disebabkan oleh kegagalan pengguna kenderaan untuk membuat penyelenggaraan mengikut jadual yang ditetapkan.
“Bagi kenderaan diesel, kualiti bahan api di negara ini sudah tinggi. Jika berlaku pelepasan asap hitam, ia bermakna mereka tidak menukar minyak enjin mengikut jadual,” katanya.
Wan Abdul Latiff juga menyatakan bahawa JAS turut melakukan pemeriksaan ke atas stesen petrol. Ini bagi memastikan bahan api yang disediakan adalah mengikut standard yang ditetapkan.
Ads
Beliau menambah bahawa JAS kini hanya mempunyai 1,100 pegawai penguat kuasa di seluruh negara. Namun, bercadang untuk memohon 3,000 perjawatan baharu berikutan pertambahan tugasan.
Kesedihan terus menyelubungi keluarga dan rakan-rakan mangsa. Ini apabila seorang lagi remaja yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, meninggal dunia malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan bahawa mangsa berusia 17 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.23 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.
“Dengan pemergian mangsa ini, jumlah keseluruhan korban akibat kemalangan ini meningkat kepada tiga orang.” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mangsa merupakan penunggang motosikal Honda Vario yang ketika kejadian dinaiki bersama seorang rakan lelaki berusia 13 tahun. Kini, masih terdapat tiga mangsa lain yang mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di hospital sama. Mereka terdiri daripada rakan kepada Aisar Azim, pemandu Honda Jazz yang berusia 18 tahun, serta seorang lagi penumpang kenderaan itu yang berumur 17 tahun.
Jenazah Selamat Dikebumikan
Jenazah remaja tersebut telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Maqbarak Salimah, Taman Zaitun Indah, Sikamat, malam tadi.
Terdahulu, insiden yang berlaku pada Khamis lalu ini telah mengorbankan dua remaja berusia 15 dan 16 tahun selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh oleh sebuah kereta Honda Jazz.
Menurut laporan sebelum ini, kenderaan tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia 18 tahun yang tidak memiliki lesen memandu.
Berdasarkan siasatan awal, pemandu berkenaan dipercayai gagal berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah. Sebelum melanggar dua buah motosikal yang berada di persimpangan tersebut.
Kemalangan ini sekali lagi menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan berhati-hati ketika memandu. Khususnya di kawasan persimpangan lampu isyarat. Kecuaian sekecil mana pun boleh membawa akibat yang sangat tragis, lebih-lebih lagi apabila nyawa menjadi pertaruhan.
Pihak berkuasa kini masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap individu yang bertanggungjawab.
Bersempena sambutan Thaipusam pada minggu hadapan, Pulau Pinang menawarkan perkhidmatan feri secara percuma untuk jangka masa 50 jam. Bermula daripada 12.01 tengah malam, 24 Januari sehingga 2 pagi, 26 Januari. Perkhidmatan feri ini akan beroperasi selama 24 jam.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, mengumumkan bahawa inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan pergerakan ribuan pengunjung yang dijangka membanjiri Pulau Pinang sempena perayaan ini. Menurut beliau, perkhidmatan feri percuma ini sangat berguna, terutamanya bagi penduduk Seberang Perai yang ingin ke bahagian pulau tanpa perlu menggunakan kereta.
Perkhidmatan bas perantara secara percuma juga turut akan disediakan. Bas-bas ini akan beroperasi dari 2 petang hingga 1 pagi pada 24 Januari dan daripada jam 5.30 pagi sehingga jam 1 pagi pada 25 Januari.
Kredit Foto : BH Online
Inisiatif pengangkutan percuma ini juga turut ditawarkan dari Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), yang menyediakan tambang percuma untuk penumpang KTM Komuter Lembah Klang pada 24 dan 25 Januari. Selain itu, perkhidmatan KTM Komuter tambahan akan beroperasi tanpa henti selama empat hari, dari 23 hingga 26 Januari, dengan 28 stesen beroperasi selama 24 jam – peningkatan dari 26 stesen yang beroperasi tahun lalu.
Inisiatif ini diharapkan dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan masalah kesesakan trafik selama musim perayaan.Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya akan mengumumkan perkhidmatan percuma serupa untuk perayaan utama di masa hadapan, sebagai usaha meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.
Sumber : Harian Metro
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Great Wall Motor (GWM) Malaysia dengan bangga membawa semangat patriotik Merdeka dan Hari Malaysia melalui promosi eksklusif ‘Merdeka Exclusive Book & Win’. Peraduan diadakan dari 15 Ogos hingga 30 September 2024 untuk pelanggan yang dihormati.
Pemilik kenderaan elektrik (EV) GWM ORA berpeluang memenangi baucar percutian mewah bernilai sehingga RM30,000. Pemenang bertuah semestinya dapat menerokai destinasi baru dengan penuh gaya.
Sama ada anda mengimpikan percutian tropika atau pengembaraan antarabangsa, GWM Malaysia memberi peluang untuk mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Cara Sertai ‘Merdeka Exclusive Book & Win’
Untuk mengambil bahagian, kunjungi mana-mana pengedar rasmi GWM Malaysia untuk menempah dan mendaftarkan GWM ORA GOOD CAT atau GWM ORA 07 anda sebelum 31 Oktober 2024, dan anda berpeluang memenangi cabutan bertuah ini.
Hadiah:
GWM Malaysia menawarkan sejumlah lapan baucar percutian:
Selain daripada keterujaan promosi ini, GWM Malaysia dengan bangganya mempersembahkan ciri-ciri canggih model GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07.
Kenderaan elektrik ini direka dengan teknologi terkini yang bukan sahaja menawarkan pengalaman pemanduan mesra alam, malah memberikan keselesaan dan prestasi yang unggul.
Spesifikasi Ringkas
GWM ORA GOOD CAT terkenal dengan reka bentuk retro-futuristiknya, jarak perjalanan yang mengagumkan, dan ciri keselamatan tercanggih, menjadikannya pilihan sempurna untuk pemandu moden. Sementara itu, GWM ORA 07 menggabungkan kejuruteraan inovatif dengan bahagian dalaman yang mewah, memastikan setiap perjalanan anda lancar dan bergaya.
Kedua-dua model ini didatangkan dengan pakej jaminan komprehensif daripada GWM Malaysia. Komitmen terhadap kualiti dan kebolehpercayaan ini memastikan pelanggan dapat menikmati kenderaan elektrik GWM ORA mereka dengan ketenangan fikiran sepenuhnya.
Pakej Jaminan GWM ORA GOOD CAT:
– Bateri Kuasa 8 tahun/180,000 km
– Motor Elektrik 8 tahun/180,000 km
– Unit Kawalan Motor Elektrik 8 tahun/180,000 km
– Jaminan Penuh Kenderaan 5 tahun/150,000 km (kecuali bahagian Wear and Tear)
– Penggantian Pek Bateri 1-untuk-1 (apabila SOH bateri jatuh di bawah 70%)
– Jaminan Badan 12 tahun (Lindungan Karat dan Hakisan)
Pakej Jaminan GWM ORA 07:
– Bateri Kuasa 8 tahun/180,000 km
– Motor Elektrik 8 tahun/180,000 km
– Unit Kawalan Motor Elektrik 8 tahun/180,000 km
– Jaminan Penuh Kenderaan 6+2 tahun/180,000 km*
– Penggantian Pek Bateri 1-untuk-1 (apabila SOH bateri jatuh di bawah 70%)
– Jaminan Badan 12 tahun (Lindungan Karat dan Hakisan)
“Promosi hebat ini adalah tanda penghargaan kami kepada pelanggan. Ia adalah peluang bagi kami untuk merayakan kebanggaan nasional sambil memberi kembali kepada komuniti,” kata Cui An Qi, Pengarah Urusan GWM Malaysia.
Untuk maklumat lanjut atau untuk menjadualkan pandu uji, layari GWM Malaysia Test Drive. Tawaran Masa Terhad. Terma dan Syarat Dikenakan.
Dua warna tambahan untuk pilihan lebih segar
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan dua warna baharu untuk model skuter kompak popular Honda BeAT, iaitu Hitam...