Porsche sekali lagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam dunia gaya hidup mewah dengan memperkenalkan mesin espresso edisi terhad hasil kerjasama bersama pengeluar mesin kopi Itali terkenal, La Marzocco.
Model istimewa ini, Linea Micra portafilter, hanya akan dikeluarkan sebanyak 911 unit – satu penghormatan kepada ikon Porsche, 911.
Mesin espresso ini hadir dengan dua reka bentuk unik – Slate Grey Neo, warna asal Porsche dan reka bentuk Martini Racing yang terkenal. Sebuah penghormatan kepada kerjasama lama Porsche dengan Martini Racing.
Reka bentuk Martini Racing ini diinspirasikan oleh 911 Carrera RSR. Kereta yang pernah memenangi perlumbaan endurance Targa Florio yang ikonik di Sicily pada tahun 1973.
Kredit – Porsche Newsroom
Menurut Deniz Keskin
Pengarah Pengurusan Jenama dan Perkongsian di Porsche AG. “Porsche dan La Marzocco mempunyai misi yang sama – kedua-duanya mengutamakan reka bentuk eksklusif, kualiti tinggi, dan nilai warisan.
Kami disatukan oleh perhatian yang teliti terhadap perincian, dan dengan kolaborasi ini, kami ingin menyatukan peminat kedua-dua jenama ini.”
Chris Salierno
Ketua Pegawai Pemasaran di La Marzocco pula menambah. “Sejak 1927, La Marzocco telah menjadi peneraju teknologi dalam mesin espresso. Kami menyatukan kraf tangan tradisional dengan teknologi inovatif dan reka bentuk yang unik, sama seperti Porsche.
Ads
Edisi khas Linea Micra ini ditujukan untuk peminat espresso dan semua yang mengimpikan gaya hidup eksklusif.”
Kredit – Porsche Newsroom
Inspirasi Reka Bentuk dari Kereta Sport Porsche
Mesin espresso kompak ini penuh dengan elemen rekaan yang diinspirasikan oleh kereta sport ikonik Porsche. Sebagai contoh, pemutar stim dan air panasnya mirip dengan tombol mode pemanduan Porsche.
Sementara dulang titisan magnetik dan pemanas cawan menggunakan skema warna Porsche 911 GT3 dengan Touring Package.
Malah, tolok tekanan analognya diilhamkan oleh meter kelajuan Porsche. Aluminium anodised digunakan pada pemegang putar serta pemegang portafilter. Manakala skru soket heksagon diwarnakan hitam untuk sentuhan elegan.
Ads
Edisi terhad mesin espresso ini telah dipersembahkan pada 21 Oktober 2024 di beberapa acara berprestij. Termasuk Soho Farmhouse di London, pop-up kafe di Los Angeles, dan Shanghai Coffee Festival beberapa hari kemudian.
Bagi penggemar yang ingin memilikinya, mesin ini boleh didapati di pusat Porsche, kedai dalam talian Porsche, dan kedai-kedai Porsche Design. Turut ditawarkan adalah pengisar kopi elektrik La Marzocco serta cawan espresso dan cappuccino yang sesuai dengan tema.
Kredit – Porsche Newsroom
Mengenai La Marzocco Linea Micra
Linea Micra menggabungkan teknologi canggih dengan reka bentuk abadi. Mesin ini kompak, mempunyai masa pemanasan yang pantas dan mudah digunakan. Membolehkan pengguna menikmati espresso sempurna dalam hanya beberapa langkah.
Sebagai model dwi-boiler, ia dilengkapi dengan dua boiler keluli tahan karat yang membolehkan kawalan suhu pembuatan dan tekanan stim secara berasingan. Tangki airnya mudah diisi dengan kapasiti dua liter, dan mesin ini juga boleh dihubungkan terus kepada paip air untuk kemudahan tambahan.
Ads
Bagi yang gemar susu berbuih, terdapat juga steam wand terbina dalam untuk hasil sempurna setiap kali. Aplikasi La Marzocco Home pula memudahkan pengguna dengan fungsi pengatur masa yang boleh diprogram, video tutorial, dan pelbagai kemudahan lain.
Kerjasama ini bukan sahaja meraikan tradisi kraf tangan dan inovasi, tetapi juga menyatukan dua jenama yang berkongsi minat terhadap kesempurnaan dalam gaya hidup eksklusif.
Valentino Rossi, nama yang tidak asing lagi dalam dunia perlumbaan motosikal, menyambut ulang tahunnya yang ke-46 tahun ini.
Sebagai juara dunia tujuh kali dan kini seorang pemilik pasukan, beliau terus menjadi ikon sukan permotoran.
Bagi meraikan detik istimewa ini, pembekal pakaian perlumbaannya, Dainese, dan pengeluar topi keledarnya, AGV, telah menghasilkan satu koleksi khas yang cukup istimewa.
Kredit Foto : Website .visordown
Inspirasi Rekaan
Koleksi eksklusif ini dikenali sebagai Soleluna Vale46 Anniversario, mengambil inspirasi daripada elemen reka bentuk ikonik Rossi—matahari dan bulan.
Simbol ini menggambarkan dua sisi personalitinya, sama ada di dalam atau di luar trek perlumbaan.
Sebagai seorang pelumba yang berani dan penuh strategi, rekaan ini mencerminkan karisma serta ketokohannya dalam arena perlumbaan motosikal.
Kredit Foto : Website hypebeast
Material Premium dan Teknologi Terkini
Pakaian perlumbaan ini dibuat menggunakan sut Dainese Demone GP D-air 3x yang terkenal dengan ketahanan dan fleksibilitinya.
Melengkapkan koleksi ini ialah topi keledar AGV Pista GP RR yang menampilkan kombinasi warna hitam dan karbon dengan butiran emas serta sentuhan kuning neon ikonik Rossi.
Sentuhan mewah ini menjadikan koleksi tersebut satu karya seni yang bukan sahaja eksklusif tetapi juga mempunyai nilai koleksi tinggi.
Kredit Foto : Website hypebeast
Hanya 46 Unit untuk Koleksi Terhad
Menambahkan lagi keunikan koleksi ini, hanya 46 unit sut perlumbaan akan dihasilkan.
Menariknya, nombor siri 01/46 tidak akan jatuh ke tangan Rossi sendiri tetapi akan dilelong dalam satu acara amal khas.
Hasil lelongan ini akan disalurkan kepada sebuah badan kebajikan yang akan dipilih secara eksklusif oleh Dainese dan The Doctor sendiri.
Kredit Foto : Website hypebeast
Koleksi untuk Pengumpul, Bukan untuk Trek
Keunikan lain koleksi ini ialah statusnya sebagai item koleksi dan bukan untuk kegunaan di jalan raya atau trek perlumbaan.
Sut dan topi keledar ini akan dijual secara eksklusif di cawangan terpilih Dainese, kedai VR46, muzium, litar perlumbaan, serta galeri seni.
Setiap pembelian akan disertakan dengan sijil keaslian, dan yang paling menarik, setiap sut dan topi keledar akan ditandatangani sendiri oleh Valentino Rossi.
Kredit Foto : Website .visordown
Harga? Sudah Pasti Bukan Murah!
Dalam kenyataan rasmi Dainese, harga koleksi ini tidak didedahkan, tetapi dengan material premium dan status eksklusifnya, tidak mustahil ia akan menjadi antara barangan koleksi paling mahal dalam dunia permotoran.
Bagi peminat sejati Valentino Rossi dan kolektor sukan bermotor, koleksi ini pastinya menjadi satu tarikan yang sukar untuk dilepaskan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Formula 1, sebagai salah satu sukan permotoran yang paling berprestij di dunia, sering mempamerkan teknologi canggih dalam setiap aspek perlumbaannya.
Salah satu komponen penting dalam F1 adalah tayar. Namun, tahukah anda bahawa harga sebiji tayar F1 boleh mencecah RM8000?
Berdasarkan video oleh Dr. Hasbullah Syarah di saluran YouTube beliau, beliau menerangkan dengan terperinci mengapa tayar F1 mempunyai harga yang sangat tinggi.
Mari kita lihat sebab-sebab di sebalik harganya yang tinggi.
Teknologi dan Bahan Berkualiti Tinggi
Tayar F1 bukanlah tayar biasa yang kita lihat pada kereta harian. Ia dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti tinggi yang direka khusus untuk memberikan prestasi optimum dalam keadaan ekstrem.
Bahan yang digunakan termasuk campuran getah khas yang memberikan cengkaman maksimum, sama ada dalam keadaan kering atau basah.
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang Intensif
Penghasilan tayar F1 melibatkan penyelidikan dan pembangunan yang intensif.
Setiap tayar perlu menjalani pelbagai ujian untuk memastikan ia dapat bertahan pada kelajuan tinggi dan memberikan cengkaman yang konsisten di pelbagai jenis litar.
Proses R&D ini memerlukan kos yang sangat besar, yang pastinya menyumbang kepada harga akhir tayar tersebut.
Kustom dan Pembuatan Tangan
Tidak seperti tayar biasa yang dihasilkan secara besar-besaran, tayar Formula 1 sering kali dibuat secara khusus untuk pasukan tertentu dan keadaan perlumbaan tertentu.
Proses ini melibatkan kustomisasi dan pembuatan tangan, yang bermaksud setiap tayar dihasilkan dengan perhatian yang sangat teliti.
Ini memastikan tayar tersebut dapat memenuhi keperluan spesifik setiap pasukan dan pemandu.
Prestasi dan Keselamatan
Tayar F1 perlu memberikan prestasi yang luar biasa sambil memastikan keselamatan pemandu.
Dengan kelajuan yang boleh mencecah lebih daripada 300 km/jam, tayar mesti mampu memberikan cengkaman maksimum, mencegah tergelincir, dan bertahan dalam suhu yang sangat tinggi.
Ini memerlukan teknologi canggih dan ujian yang ketat.
Kesimpulan
Harga RM8000 untuk sebiji tayar F1 mungkin kelihatan sangat mahal, namun apabila kita mempertimbangkan teknologi, penyelidikan, bahan, dan kustomisasi yang terlibat dalam penghasilannya, harga tersebut menjadi munasabah.
Tayar F1 adalah contoh bagaimana teknologi tinggi dan perhatian terhadap perincian dapat menghasilkan komponen yang luar biasa untuk keperluan sukan yang sangat mencabar.
GIVI Malaysia terkenal dengan pelbagai aksesori perlindungan kepada penunggang motosikal seperti topi keledar, sarung tangan, baju hujan dan bermacam lagi. Menyahut saranan kerajaan Malaysia, GIVI tampil dengan “top box” rahmah mampu milik untuk pengguna motosikal di Malaysia.
Kredit Foto : Facebook GIVI Malaysia
Kotak simpanan E450N2 ini mempunyai ruangan simpanan 45 liter, cukup besar untuk menyimpan dua unit topi keledar dan juga barangan-barangan sederhana besar yang lain. Mempunyai beban maksimum sehingga 5kg (bergantung kepada rak), produk ini diperbuat daripada Technopolymer yang tahan lasak dan mempunyai jangka hayat yang lama.
Kredit Foto : Laman Sesawang GIVI Malaysia
Hadir dengan warna hitam dan mempunyai reflector smoke, harga permulaan untuk produk ini adalah RM198. Namun begitu, kuantiti yang dijual terhad dan anda boleh dapatkannya daripada wakil sah GIVI atau GIVI Point berdekatan anda.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
KEHANGATAN VIOS CHALLENGE 2025 BAKAL MEMUNCAK
Aksi Toyota GAZOO Racing Malaysia VIOS Challenge kembali dengan Pusingan 3 yang bakal berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos...