Red Bull telah mengumumkan perubahan besar dalam barisan pemandu mereka apabila Yuki Tsunoda akan menggantikan Liam Lawson di pasukan utama, bermula dari Grand Prix Jepun. Lawson, yang sebelum ini dipilih untuk mengisi tempat Sergio Perez bagi musim 2025, kini akan kembali ke Racing Bulls selepas hanya dua perlumbaan bersama Red Bull.
Lawson Bergelut di Awal Musim
Beliau yang menemani Max Verstappen dalam dua perlumbaan awal musim ini, menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan jentera RB21. Perlumbaan di Australia menjadi mimpi ngeri apabila dia terlibat dalam kemalangan akibat keadaan litar yang mencabar. Sementara itu, di GP China, dia hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 sebelum naik ke kedudukan ke-12 selepas beberapa pemandu lain disingkirkan.
Dengan prestasi yang kurang memberangsangkan, spekulasi mula bertebaran bahawa Lawson mungkin akan digantikan seawal pusingan ketiga di Jepun. Kini, perkara itu disahkan, dan Tsunoda akan mengambil alih tempatnya bermula perlumbaan di Suzuka pada 4-6 April.
Tsunoda Naik Pangkat ke Red Bull
Tsunoda, yang membuat debut dalam Formula 1 bersama AlphaTauri pada tahun 2021, telah menunjukkan perkembangan ketara sebagai pemandu. Musim 2024 dianggap sebagai salah satu musim terbaiknya, dengan menyumbang 30 daripada 46 mata yang diperoleh pasukannya.
Pada penghujung musim lalu, dia diberi peluang menguji jentera Red Bull dalam sesi ujian di Abu Dhabi. Namun, pasukan memutuskan untuk memilih Lawson sebagai pemandu utama bagi tahun 2025. Walaupun kecewa, Tsunoda menerima keputusan itu dengan terbuka.
Ads
Namun, selepas hanya dua perlumbaan, Red Bull memutuskan untuk memberi peluang kepada Tsunoda untuk bersaing bersama Verstappen dalam pasukan utama. Ini satu peluang besar buat pemandu Jepun itu, lebih-lebih lagi kerana perlumbaan pertamanya sebagai pemandu Red Bull akan berlangsung di tanah airnya sendiri.
Lawson Kembali ke Racing Bulls
Keputusan ini juga menyaksikan Lawson kembali ke Racing Bulls dan akan bergandingan dengan pelumba rookie, Isack Hadjar. Situasi ini mengingatkan kepada kes Daniil Kvyat dan Pierre Gasly, yang sebelum ini pernah dihantar semula ke pasukan junior selepas tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan.
Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner
Menjelaskan bahawa keputusan ini dibuat demi kepentingan pasukan dan untuk mencapai matlamat utama mereka – mengekalkan kejuaraan pemandu serta merebut kembali kejuaraan pengeluar. Dia juga percaya pengalaman Tsunoda akan membantu dalam membangunkan jentera RB21.
“Kami sedar ada banyak kerja yang perlu dilakukan dengan RB21, dan pengalaman Yuki akan memberi manfaat besar dalam pembangunan kereta ini,” kata Horner. “Kami juga mahu memastikan Lawson terus berkembang dalam persekitaran yang lebih sesuai, dan Racing Bulls adalah tempat yang terbaik untuknya.”
Ads
Ketua Pasukan Racing Bulls, Laurent Mekies
Sementara itu, beliau menyatakan kebanggaannya melihat Tsunoda mendapat peluang di Red Bull dan berjanji akan memberikan sokongan penuh kepada Lawson.
“Kami sangat bangga dengan pencapaian Yuki dan berharap dia berjaya di Red Bull. Pada masa yang sama, kami akan bekerja keras untuk memberikan Lawson persekitaran terbaik agar dia dapat menyerlahkan bakatnya,” katanya.
Keputusan ini pastinya menjadi perbualan hangat dalam dunia Formula 1. Adakah Tsunoda mampu memberi saingan kepada Verstappen dan membantu Red Bull mempertahankan kejuaraan? Dan mampukah Lawson bangkit semula di Racing Bulls? Semua ini akan terjawab dalam perlumbaan seterusnya di Suzuka!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Ikuti ulasan mendalam kami mengenai Aveta Ranger Max Explorer, motor cup adventure yang pertama kali menggegarkan pasaran Malaysia! Benarkah ia mampu menguasai medan off-road seperti yang digembar-gemburkan? Soalan paling lazim, Senang ke nak cari spare part ? kalau rosak kat mana nak repair?
Semua kami dah jawab, tonton video ni sampai habis okay?
Jangan lupa follow semua platform sosial media Roda Panas di Facebook, Instagram, TikTok dan X” />
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Gergasi automotif Jepun, Toyota, terus mengekalkan dominasinya dalam industri dengan mencatatkan rekod jualan terbaharu pada tahun 2023. Dengan pencapaian membanggakan sebanyak 11,233,039 unit, peningkatan sebanyak 7.2 peratus dari tahun sebelumnya, Toyota mengekalkan gelaran sebagai pengeluar automotif terbesar di dunia untuk tahun keempat berturut-turut.
Toyota dan anak syarikatnya, Lexus, turut menyumbang kepada kejayaan tersebut dengan menjual sebanyak 10,307,395 unit kenderaan, merekodkan peningkatan sebanyak 7.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. Walaupun terlibat dalam skandal penipuan data, Daihatsu turut menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan sebanyak 3.2 peratus kepada 790,441 unit.
Walau bagaimanapun, divisyen kenderaan komersial Hino tidak beruntung dengan penurunan jualan sebanyak 9.8 peratus kepada 135,203 unit. Sementara itu, Nissan mencatatkan peningkatan yang signifikan sebanyak 4.6 peratus dengan mencapai 3,225,632 unit kenderaan sepanjang tahun 2023.
Kredit Foto: Toyota Malaysia
Manakala, dalam perkembangan lain, Kumpulan Volkswagen turut mengumumkan pencapaian cemerlang dengan menjual sebanyak 9.24 juta unit, sementara pengeluar automotif Korea (Hyundai/Kia/Geneses) mencapai jumlah sebanyak 7.32 juta unit.
Toyota terus membuktikan keunggulannya dalam pasaran global, mengekalkan kestabilan dan kecemerlangan dalam prestasi jualannya. Prestasi syarikat ini memberikan impak positif kepada imej dan kepercayaan pelanggan terhadap jenama Toyota sebagai pilihan utama dalam dunia automotif.
Tahun 2025 ini memang cukup istimewa buat Mitsubishi Motors Malaysia (MMM). Mana tidaknya, syarikat yang bawa masuk kenderaan Mitsubishi secara rasmi ke negara kita ini kini genap 20 tahun beroperasi!
Dua Dekad Bawa “Drive Your Ambition” ke Malaysia
Sejak mula ditubuhkan pada tahun 2005, MMM kekal konsisten membawakan model-model yang tahan lasak, berprestasi tinggi, dan sesuai dengan gaya hidup rakyat Malaysia. Sehingga hari ini, lebih 200,000 unit kenderaan Mitsubishi telah diserahkan kepada pemilik di seluruh negara. Satu pencapaian yang membuktikan kepercayaan rakyat terhadap jenama ini.
Antara model yang paling mencuri tumpuan semestinya Mitsubishi Triton. Dengan gabungan keupayaan 4WD, ketahanan, dan gaya pemanduan dinamik. Triton bukan sahaja jadi pilihan pengguna bandar – malah juga kegemaran mereka yang kerap ke kawasan mencabar. Menariknya, lebih 54% daripada semua Mitsubishi yang dijual di Malaysia sejak 20 tahun lepas adalah Triton!
Triton dengan kuasa yang diyakini
Dengan rangkaian lebih 60 pusat jualan dan servis di seluruh negara, MMM juga pastikan sokongan selepas jualan sentiasa mantap.
“Sambutan 20 tahun ini bukti kepercayaan dan sokongan padu pelanggan, rakan kongsi dan pengedar kami,” kata Shinya Ikeda, CEO Mitsubishi Motors Malaysia. “Kami akan terus komited menyediakan kenderaan yang boleh diharap, penuh prestasi dan menyeronokkan untuk dipandu.”
Promosi Ulang Tahun ke-20 – Masa Terbaik Untuk Dapatkan Mitsubishi Baru
Sempena ulang tahun ke-20 ini, MMM tampilkan promosi hebat untuk barisan model popular mereka:
Triton Athlete Edisi Terhad (200 unit sahaja)
Rebat tunai RM8,000 ATAU 5 tahun penyelenggaraan percuma
XPander dengan tempat duduk diturunkan
Model Triton lain turut nikmati rebat menarik:
Triton AT Premium – Rebat hingga RM12,000
Triton AT GL – Rebat RM10,000
Triton MT GL – Rebat RM9,000
Triton Single Cab – Rebat RM5,000
XPander terbaharu dari Mitsubishi
XPANDER Pun Tak Ketinggalan
XPANDER Plus – Rebat RM4,000
XPANDER biasa – Rebat RM2,000
Lebih Banyak Kejutan Akan Datang!
MMM janji – sambutan belum habis lagi! Nantikan lebih banyak promosi, ganjaran dan pengumuman menarik sepanjang tahun ini. Jadi jangan lupa follow mereka di media sosial:
Lambretta, simbol kemegahan Itali, kini kembali ke pasaran Malaysia secara rasmi. Dikenali sebagai gabungan sempurna antara keanggunan klasik Itali dan gaya moden-retro, Lambretta menjanjikan rangkaian skuter yang menawarkan gaya klasik yang menarik bagi setiap generasi.
Jenama ini telah berjaya menarik minat peminat motosikal di seluruh dunia dengan keunikkan rekaannya yang klasik namun kontemporari. Untuk lebih mendekatkan produk mereka kepada peminat di Malaysia, mereka akan membuka lima cawangan rasmi yang terletak di lokasi strategik termasuk Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Kuching.
Kredit Foto : Website paultan
Berdiri sejak 1947, Lambretta terinspirasi oleh skuter Cushman yang bewarna hijau zaitun yang pernah popular semasa zaman peperangan di Itali. Visi mereka adalah untuk mencipta skuter yang mudah dikendalikan oleh semua.
Pengasan Lambretta, Ferdinando Innocenti memperkenalkan pelbagai model yang menawarkan alternatif yang tidak hanya berpatutan tetapi juga penuh gaya. Skuter ini dilengkapi dengan enjin dua lejang yang inovatif, dilengkapi dengan reka bentuk yang elegan yang membuatnya menonjol daripada motosikal konvensional yang lain.
Kredit Foto : Website paultan
Lambretta kini memasuki era baru dengan memperkenalkan skuter yang tidak hanya mengekalkan estetik klasik tetapi juga menonjolkan inovasi modern. Rangkaian terbaru ini menampilkan seni bina monocoque yang unik, melambangkan kekuatan dan ketangkasan melalui setiap lengkung dan struktur reka bentuknya.
Model terbaru, Lambretta X250 dan G350, yang akan dilancarkan di Malaysia, menjanjikan kombinasi keanggunan dan eksklusif kepada peminat dan pengguna skuter di Malaysia.
"Redefining Boundaries"
Aveta Malaysia melakar sejarah baharu apabila melancarkan cogan kata rasmi terbarunya, “Redefining Boundaries” atau Mentakrifkan Semula Sempadan. Slogan ini menjadi simbol kepada hala...