Mercedes-Benz baru-baru ini telah memperkenalkan satu lagi varian baharu dalam barisan model E-Class mereka. Varian yang dinamakan E-Class All Terrain akan berada di pasaran pada tahun 2024 ini diumumkan beberapa bulan selepas varian Estate diperkenalkan.
Bertemakan namanya, model crossover wagon ini dibina untuk golongan yang lebih cenderung untuk memiliki kereta pacuan semua roda (AWD) yang tidak besar namun, masih inginkan perincian off-road yang ringan untuk lebih keselesaan.
Kredit Foto: CarandDriver.com
Walaupun model ini kelihatan ‘sopan’ namun di bawah hud, terdapat enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 375 HP pada 5,800-6,100 rpm, dengan daya kilas setinggi 500 Nm.
Selain itu, varian ini turut mempunyai sistem hibrid berkuasa 23 HP dan 205 Nm, sudah pasti penggunana minyak akan lebih efisien. Pecutan 0-96km/j sepantas 4.6 saat dengan kelajuan maksimum sepantas 209 km/j.
Kredit Foto: CarandDriver.com
Dari segi luaran, wagon ini mempunyai kemasan yang sedikit berbeza dengan varian lain, sebagai contoh, jeriji hadapan dengan dua bar melintang, kemasan Perak Iridium, bampar yang sedikit berbeza dan juga penambahan pelindung pada sisi kereta.
Ads
Untuk varian ini, pakej paling asas didatangkan dengan rim bersaiz 18 inci namun, pembeli turut ditawarkan pilihan rim bersaiz 19 dan 20 inci jika itu yang menarik hati mereka. Selain itu, turut ditawarkan adalah pintu tailgate berkuasa elektrik, sesuai untuk mereka yang lebih berusia.
Kredit Foto: CarandDriver.com
Antara titik jualan unik pada model wagon ini adalah ruang penyimpanan kargo yang besar, iaitu seluas 614 liter, ia juga boleh diluaskan lagi sehingga 1,829 liter jika diturunkan tempat duduk baris kedua.
Ads
Tambahan lain, sistem suspensi E-Class All Terrain ini datang dari kilang jenis suspensi udara (air suspension) Airmatic dengan ciri pelarasan redaman berterusan (continous damping adjustment) demi memastikan jarak legaan bumi yang konsisten, tanpa mengira kira keadaan jalan dan muatan.
Kredit Foto: CarandDriver.com
Ruang kabin pada All Terrain 2024 ini, dilengkapi dengan sistem infohibur MBUX Superscreen 14.4 inci dan pilihan penambahan skrin penumpang hadapan. Selain itu, rekaan kayu semula jadi pada dashboard ini kelihatan sedikit seperti S-Class.
Ads
Pada mod pemanduan off-road, terdapat beberapa perincian yang dikhususkan seperti kompas, koordinat latitud, dan longitud, sudut kenderaan, tekanan tayar dan fungsi hud lutsinar sebagai-sebahagian daripada sistem kamera keliling 360 darjah.
Harga yang ditawarkan untuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat bermula dari $78,000 (RM365,327). Dijangka masuk pasaran Malaysia penghujung 2024 atau seawal 2025.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Triumph Tiger Sport 660 terus mencuri perhatian meskipun Triumph telah melancarkan model yang lebih besar, Tiger Sport 800. Untuk tahun 2025, motosikal adventure kelas pertengahan ini menerima beberapa peningkatan menarik. Terutamanya dari segi teknologi dan kelengkapan, menjadikannya pilihan yang lebih versatile bagi penunggang.
Teknologi Baharu untuk Pengalaman Lebih Pintar
Peningkatan utama pada Tiger Sport 660 ialah sistem sambungan telefon pintar. Kini membolehkan navigasi dipaparkan secara terus pada skrin. Bukan itu sahaja, model ini juga dilengkapi dengan ciri cruise control untuk keselesaan semasa perjalanan jauh, dan quickshifter dua hala yang membolehkan pertukaran gear lebih lancar, baik semasa menaikkan atau menurunkan gear.
Selain dua mod tunggangan asal, iaitu Road dan Rain, Triumph turut memperkenalkan mod Sport, memberikan respons enjin yang lebih agresif untuk pengalaman tunggangan yang menyeronokkan.
Tidak ketinggalan, ciri keselamatan seperti Optimised Cornering ABS dan kawalan cengkaman kini menjadi standard. Fungsi kawalan cengkaman boleh ditutup mengikut keperluan penunggang.
Triumph Tiger Sport 660
Prestasi Tetap Berkuasa
Dari segi prestasi, Tiger Sport 660 masih menggunakan enjin tiga silinder DOHC berkapasiti sederhana dengan transmisi enam kelajuan dan klac slip and assist. Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 81 PS pada 10,250 rpm dan 64 Nm tork pada 6,250 rpm. Cukup untuk memberikan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan bahan api.
Ciri-Ciri Rekaan yang Praktikal
Tiger Sport 660 direka untuk pelbagai kegunaan, sama ada untuk perjalanan jauh atau tunggangan harian. Ia dilengkapi dengan penghadang angin hadapan yang boleh dilaras secara manual dan tangki bahan api berkapasiti 17.2 liter. Membolehkan perjalanan lebih jauh tanpa perlu kerap mengisi minyak.
Suspensi Showa pula terdiri daripada fork USD 41 mm di hadapan dan monoshock dengan pelarasan pra beban di belakang. Memberikan keselesaan walaupun pada permukaan jalan yang tidak rata.
Triumph Tiger Sport 660
Sebagai motosikal yang lebih fokus kepada jalan raya, ia dipasang dengan rim aluminium 17 inci dan sistem brek cakera berkembar 310 mm di hadapan serta cakera 255 mm di belakang.
Reka Bentuk Kompak dan Ringkas
Keseluruhan rekaan Tiger Sport 660 mengekalkan identiti sporty dan praktikal. Semua lampu kini menggunakan teknologi LED. Berat keseluruhan motosikal ini adalah 207 kg dengan ketinggian tempat duduk 835 mm. Sesuai untuk pelbagai ketinggian penunggang.
Dengan peningkatan ini, Triumph Tiger Sport 660 terus menawarkan keseimbangan yang sempurna antara teknologi, prestasi, dan keselesaan. Untuk penunggang yang mencari motosikal adventure dengan keupayaan serba boleh, model ini kekal sebagai pilihan unggul.
Baru-baru ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) membawakan berita gembira kepada peminat mereka dengan pengumuman kemaskini terbaru hot hatch terlaris Golf GTI 2024.
Model terbaharu Golf GTI ini hadir dengan penyempurnaan yang mengagumkan, menampilkan skrin paparan head-up display (HUD) yang memukau serta sistem audio Harman Kardon 480-watt yang dilengkapi dengan 10 pembesar suara untuk memberikan pengalaman audio yang memukau.
Dari segi prestasi, Golf GTI dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 2.0TSI yang menghasilkan kuasa sebanyak 245 PS dan daya kilas setinggi 370 Nm, berpadanan dengan transmisi DSG tujuh nisbah kelajuan yang memberikan prestasi pemanduan yang mengasyikkan.
Kredit Foto: Careta.my
Golf GTI hadir dengan ciri-ciri standard yang memukau, termasuk rekaan kemasan GTI berwarna merah yang mencolok, jeriji hadapan dengan rekaan sarang lebah yang klasik, rim aloi 18 inci model Richmond, angkup brek berwarna merah serta sistem lampu LED sepenuhnya di bahagian depan dan belakang.
Untuk menjamin keselamatan, Golf GTI dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih IQ. Drive seperti Travel Assist, Adaptive Cruise Control (ACC), Side Assist (bantuan titik buta), Rear Cross Traffic Alert, Front Assist (brek kecemasan automatik, AEB), Lane Assist dan Adaptive Lane Guidance.
Bagi peminat yang tertarik, Golf GTI ditawarkan pada harga bermula dari RM252,990. Setiap pembelian juga disokong dengan jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun, bantuan tepi jalan (5 tahun), dan pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun.
Kredit Foto: Careta.my
VPCM turut mengumumkan bahawa bagi tahun ini, mereka akan memulakan program jelajah yang akan bermula di Pulau Pinang pada 4 hingga 7 Januari 2024, bertempat di Queensbay Mall. Di sana, pengunjung berpeluang untuk melihat secara dekat barisan model terbaru Volkswagen termasuklah Arteon R-Line, Golf R, Tiguan Allspace R-Line serta Golf GTI yang telah dinaiktaraf.
Ini adalah peluang terbaik untuk menjelajah dan menghayati kualiti serta kecanggihan terbaru yang ditawarkan oleh model-model terbaru Volkswagen. Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemajuan terkini dalam dunia kenderaan yang dipersembahkan oleh VPCM!
1 of 26
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Pada tahun 1965, Ford memperkenalkan sistem pemanduan “Wrist Twist” yang inovatif untuk kenderaan mereka.
Sistem ini bertujuan untuk menawarkan alternatif kepada stereng tradisional dan meningkatkan pengalaman pemanduan.
Kredit Foto : Facebook Màk Çÿme Rìche Chãr
Konsep “Wrist Twist”
Sistem “Wrist Twist” terdiri daripada dua dail kecil, yang berfungsi sebagai stereng mini, satu untuk setiap tangan.
Daripada menggunakan kaedah pemanduan klasik dengan tangan di atas stereng, pemandu boleh mengendalikan kereta hanya menggunakan tangan mereka. Dail ini diletakkan di tempat yang biasanya terletak hon pada stereng tradisional.
Kredit Foto : Facebook Màk Çÿme Rìche Chãr
Ergonomi dan Keselesaan
Dengan sistem ini, pemandu mempunyai tempat letak lengan di setiap sisi untuk merehatkan tangan mereka sambil menggunakan dail untuk mengawal kenderaan.
Ini membolehkan pemandu menikmati penglihatan yang lebih baik dan ruang yang lebih luas, kerana stereng tradisional tidak diperlukan.
Kredit Foto : Facebook Màk Çÿme Rìche Chãr
Sebab Kegagalan
Walaupun mempunyai potensi kelebihan, sistem “Wrist Twist” tidak pernah diadopsi secara meluas dan tidak pernah dikomersialkan.
Mungkin pemandu menghadapi kesukaran untuk membiasakan diri dengan kaedah pemanduan baharu ini, atau manfaat yang dirasakan tidak mencukupi untuk membenarkan perubahan tersebut.
Pada tahun 1960-an, industri automobil sedang berkembang dengan banyak inovasi dan eksperimen. Ford sedang mencari cara untuk menonjolkan diri dengan menawarkan ciri unik untuk menarik pembeli.
Walau bagaimanapun, walaupun sistem “Wrist Twist” gagal untuk diterapkan, ia tetap menjadi contoh menarik tentang keberanian dan keunikan industri automotif pada masa itu.
Kredit Foto : Facebook Màk Çÿme Rìche Chãr
Akhirnya, walaupun sistem “Wrist Twist” tidak berjaya, ia menggambarkan semangat inovasi dan keberanian yang wujud dalam industri automotif, menunjukkan bagaimana syarikat seperti Ford berusaha untuk membawa perubahan dan kemajuan dalam cara kita memandu.
MG Motor Malaysia kembali menggempur pasaran automotif tanah air sempena pertengahan tahun ini dengan tawaran hebat yang tidak wajar dilepaskan! Fokus utama diberikan kepada...