GoSun, syarikat yang terkenal dengan produk inovatif berasaskan tenaga solar, telah melancarkan produk terbarunya, Solar EV Charger.
Ini adalah penyelesaian pengecasan mudah alih yang direka khas untuk kenderaan elektrik (EV), menawarkan fleksibiliti dan kemudahan pengecasan di pelbagai lokasi.
Produk ini boleh digunakan di rumah, pejabat, atau bahkan di lokasi terpencil seperti tapak perkhemahan atau tapak kerja, menjadikannya alat yang serbaguna dan praktikal untuk pemilik EV.
Kredit Foto : Website gosun
Rekaan Kompak dan Mudah Dipasang
Salah satu ciri menonjol Solar EV Charger dari GoSun ialah rekaannya yang kompak.
Ia direka untuk memastikan pemasangan dan penggunaan yang mudah. Pengguna hanya perlu memarkir kenderaan elektrik mereka di bawah matahari, membuka panel solar, menyambungkannya, dan proses pengecasan akan bermula.
Rekaan ini memastikan pengguna tidak perlu bimbang tentang kerumitan pemasangan atau keperluan ruang yang besar.
Ads
Tambahan pula, charger ini boleh dipasang dengan mudah di atas rak bumbung kenderaan, memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada pengguna yang sering bergerak.
Kredit Foto : Website gosun
Kuasa Solar dan Kecekapan
Solar EV Charger ini menyediakan 1,200 watt kuasa solar dan mempunyai berat sekitar 32kg.
Menurut GoSun, dua orang boleh memasang charger ini dalam masa hanya 20 minit, menjadikannya sangat mudah dan cepat untuk dipasang.
Dengan kuasa solar yang ditawarkan, charger ini mampu menambah sehingga 30 batu jarak sehari untuk kenderaan elektrik, walaupun kebiasaannya memberikan tambahan antara 10 hingga 20 batu, bergantung kepada jenis kenderaan dan keadaan cuaca.
Ads
Ini menjadikan Solar EV Charger satu penyelesaian yang sangat praktikal untuk pengguna yang ingin memastikan kenderaan mereka sentiasa mempunyai bekalan kuasa yang mencukupi.
Kredit Foto : Website gosun
Keselamatan dan Kebolehpercayaan
Selain daripada kecekapan tenaga, GoSun juga menitik beratkan aspek keselamatan produk ini.
Solar EV Charger dilengkapi dengan kunci untuk mengelakkan kecurian apabila meninggalkan kenderaan mereka untuk dicas di tempat awam atau lokasi terpencil.
Ads
Ini menunjukkan komitmen GoSun dalam menghasilkan produk yang bukan sahaja mesra alam tetapi juga selamat dan boleh dipercayai.
Kredit Foto : Website gosun
Dengan pelancaran Solar EV Charger ini, GoSun terus menunjukkan komitmennya terhadap penyelesaian tenaga lestari dan inovasi teknologi.
Penyelesaian pengecasan ini bukan sahaja mesra alam tetapi juga memberikan fleksibiliti dan kemudahan kepada pengguna kenderaan elektrik di mana-mana sahaja.
Shark, pengeluar topi keledar yang terkenal, telah memperkenalkan topi keledar muka penuh (full face), Skwal-i3, yang dilengkapi dengan sistem lampu brek automatik yang inovatif. Sistem ini tidak memerlukan sebarang pendawaian yang rumit atau sambungan internet atau Bluetooth.
Skwal-i3, yang diperkenalkan pada tahun 2015, adalah pelopor dalam meningkatkan visibiliti penunggang dengan memasukkan empat LED di bahagian depan topi keledar. LED ini boleh ditetapkan ke pelbagai mod: sentiasa menyala, berkelip, atau mati.
Kredit Foto : Website skwal-i3.shark-helmets.com
Sebagai generasi kedua yang ditingkatkan, i3 diinovasikan dengan menambah dua lampu brek LED yang diintegrasikan ke dalam bahagian belakang pengudaraan atas topi keledar. Kehebatan sistem ini tidak hanya terletak pada pendawaian langsung ke motosikal. Sebaliknya, ia mengenal pasti kuasa membrek menggunakan accelerometer tiga paksi, sensor yang mengukur pergerakan dalam tiga arah yang berbeza.
Christophe Fontana, Pengurus R&D di Shark, berkongsi pandangan mengenai proses pembangunan yang mengambil masa 30 bulan yang menekankan fokus pada keselamatan dan fungsi-fungsi berkualiti tinggi.
Kredit Foto : Website skwal-i3.shark-helmets.com
Sistem brek pintar ini direka untuk memastikan lampu brek berkelip pada frekuensi yang berbeza berdasarkan intensiti Ketika membrek motosikal. Ciri ini boleh menjadi salah satu faktor penting untuk mencegah kemalangan, terutama semasa melakukan brek kecemasan.
Sumber kuasa topi keledar ini adalah bateri dalaman yang apabila dicas sepenuhnya. Ia boleh bertahan sehingga 12 jam.
Kredit Foto : Website skwal-i3.shark-helmets.com
Mengikut standard keselamatan ECE 22:06 yang baharu, topi keledar ini menggunakan lebih banyak padding dan untuk memastikan keselesaan pemakai, Shark memperkenalkan konsep ‘Best Fit’ yang menggunakan siri imbasan kepala 3D untuk menghaluskan padanan topi keledar tersebut kepada kepala penunggang.
Dengan pelbagai ciri teknologi yang ditawarkan, Skwal-i3 dijual dengan harga £239 (RM1400) dan ia merupakan harga yang berpatutan selaras dengan teknologi yang diberikan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
MotoGP™ Malaysia 2024 yang berlangsung dari 1 hingga 3 November lalu menjadi tumpuan lebih daripada 183,000 peminat sukan permotoran dari seluruh dunia.
Acara ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran jenama pelincir terkenal Motul.
Acara ini juga turut menyaksikan pelancaran produk baharu mereka iaitu Motul 300V 4T Factory Line.
Motul memanfaatkan acara ini sebagai platform untuk mendekati peminat motosikal serta memperkenalkan teknologi terkini produk mereka.
Kiosk Interaktif Motul Tarik Perhatian Peminat
Motul Malaysia membawa pengalaman baharu kepada para pengunjung melalui sebuah kiosk interaktif yang dipenuhi dengan aktiviti menarik.
Peminat dapat merasai pengalaman sebenar jenama ini, di mana mereka boleh menyertai pelbagai permainan, cabutan bertuah, dan berpeluang memenangi hadiah eksklusif.
Selain itu, peminat juga berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan pelumba terkenal dari pasukan GASGAS TECH3.
Antaranya Pedro Acosta (#31) dan Augusto Fernandez (#37), serta pelumba MOTO3, Daniel Holgado (#96) dan Jacob Roulstone (#12).
Kehadiran pelumba-pelumba ini menjadikan kiosk ini sebagai salah satu tarikan utama acara MotoGP kali ini.
Pelancaran Motul 300V 4T Factory Line: Piawaian Baharu dalam Prestasi
Salah satu kemuncak acara MotoGP™ Malaysia ialah pelancaran siri pelincir baharu, Motul 300V 4T Factory Line.
Produk ini direka khas untuk peminat motosikal yang mementingkan prestasi maksimum dan ketahanan enjin, baik di litar mahupun di jalan raya.
Menggunakan teknologi canggih ESTER Core®, pelincir ini bukan sahaja meningkatkan kuasa dan prestasi enjin tetapi juga melindungi komponen kritikal dalam keadaan ekstrem.
Siri ini menetapkan piawaian baharu dengan ciri-ciri tambahan yang meningkatkan kuasa dan mengurangkan kehausan enjin, sekali gus menjadikan pengalaman menunggang lebih mantap dan menyeronokkan.
Kelebihan Motul 300V 4T Factory Line
Motul 300V 4T Factory Line bukan sekadar pelincir biasa. Antara kelebihan utama pelincir ini adalah:
Kuasa Dipertingkatkan: Teknologi unik Motul mampu mengurangkan geseran dalaman enjin, meningkatkan tork dan mempercepatkan pecutan sehingga 1.9% berbanding pelincir konvensional.
Ketahanan Lebih Baik: Pelincir ini menggunakan teknologi ESTER Core® yang menjamin kestabilan tekanan minyak serta mengurangkan volatiliti, memberi perlindungan sehingga 12,000 km bergantung kepada spesifikasi OEM.
Perlindungan Dipertingkatkan: ESTER Core® menghasilkan lapisan minyak lebih tebal untuk mengurangkan kehausan pada komponen enjin dan kotak gear.
Mesra Alam: Motul komited untuk mengurangkan jejak karbon melalui pembungkusan botol yang ringan dan menggunakan 50% plastik kitar semula, sejajar dengan amalan lestari yang semakin mendapat perhatian.
Pelbagai Pilihan Kelikatan untuk Semua Jenis Motosikal
Motul 300V 4T Factory Line ditawarkan dalam pelbagai kelikatan untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis motosikal.
Untuk siri 300V FL Road-Racing, kelikatan termasuk 0W-30, 5W-40, 10W-30, 10W-40, 10W-50, dan 15W-50.
Untuk siri 300V FL Off-Road menawarkan pilihan kelikatan 5W-40, 10W-30, 10W-40, 10W-50, dan 15W-60.
Peminat motosikal di seluruh Asia boleh mendapatkan produk ini di peruncit sah Motul yang terdekat.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Masalah serangga dalam kereta memang boleh jadi menyusahkan, kan? Jadi, kami nak kongsi tips halau serangga, semut dan seangkatan dengannya, tapi kita kena kreatif sikit. Pertama sekali, kalau korang nak yang simple, boleh la pasang tinted yang berkualiti untuk tingkap kereta. Tapi kalau nak lagi power, baca ni;
Minyak Peppermint:
Serangga tak suka bau peppermint. Campurkan beberapa titis minyak peppermint dengan air dalam botol semburan. Semburkan campuran ni kat dalam kereta, terutama kat kawasan tingkap. Bau wangi, serangga pun lari terus!
Serbuk Kopi:
Serbuk kopi boleh bertindak sebagai pengusir serangga. Letakkan beberapa bekas serbuk kopi dalam kereta, terutama kat tempat-tempat yang serangga selalu lalu/lepak. Mungkin bau kopi tu pun boleh buat korang rasa lebih bertenaga!
Bunga Lavender:
Serangga juga tak suka bau lavender. Letak pokok lavender atau letakkan pouch lavender dalam kereta anda. Selain halau serangga, korang pun boleh enjoy bau yang menyegarkan.
Kredit Foto: Taylor Auto Glass
Cuka dan Air:
Campurkan air dengan cuka (vinegar) dalam peratusan 1:1. Letak dalam bekas semburan dan semburkan dalam kereta. Bau cuka tu bukan sahaja halau serangga, tapi juga boleh hilangkan bau yang tak best.
Jaga Kebersihan Kereta:
Jangan bagi makanan bersepah dalam kereta. Serangga suka cari makanan, so kalau kereta bersih, kuranglah peluang diorang nak datang ‘beraya’.
Cuci Kereta:
Buat regular car wash. Kalau kereta bersih, peluang serangga nak lekat kurang. Lagipun, kereta bersih tu memang nampak lebih tenang, untuk anda dan penumpang.
Jadi, itulah beberapa tips untuk halau serangga dalam kereta. Selamat mencuba dan semoga kereta korang sentiasa bersih dari serangga yang tak diundang!
Kempen Volvo Secret Sales Tawar Rebat dan Hadiah Istimewa Untuk Pelanggan Baharu
Volvo Car Malaysia bersedia menutup tirai tahun ini menerusi acara jualan istimewa yang...