Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan dua warna baharu untuk model skuter kompak popular Honda BeAT, iaitu Hitam dan Putih. Sementara itu, dua warna sedia ada Matte Silver dan Hijau masih kekal ditawarkan di pasaran.
Skuter baharu ini akan berada di pusat pameran Honda Impian X
serta pengedar sah Honda di seluruh negara bermula 20 September 2025. Harga runcit yang disyorkan ialah RM6,090, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.Honda BeAT menggunakan enjin 110cc PGM-FI suntikan bahan api, yang terkenal dengan kecekapan minyak dan mampu mencapai lebih 59 km/l mengikut ujian ECE R40.
Sistem Idling Stop (ISS) turut disertakan, membolehkan enjin berhenti secara automatik ketika berhenti seketika untuk menjimatkan bahan api. BeAT juga menggunakan kerangka eSAF (enhanced Smart Architecture Frame)
yang ringan tetapi kukuh, menjadikan pengendalian lebih mudah, terutama di jalan bandar yang sibuk.Tangki minyak berkapasiti 4.2 liter, manakala ruang simpanan di bawah pelana mampu memuatkan keperluan asas harian. Dari segi keselamatan, ia dilengkapi sistem brek CBS (Combi Brake System) yang membantu mengagihkan kuasa brek dengan lebih seimbang.
Dengan harga yang kompetitif, penggunaan minyak yang menjimatkan dan kini hadir dengan dua warna baharu, Honda BeAT terus menjadi pilihan utama penunggang muda yang mahukan skuter ringkas, bergaya dan praktikal untuk kegunaan harian.
Baca Juga : Honda CRF250 Rally Tampil dengan Warna Baharu Extreme Red
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.