CR-V Dual-Tone Tampil Lebih Premium & Sporty
Bagi menandakan 25 tahun kehadirannya di Malaysia, Honda Malaysia tampil dengan kejutan istimewa menerusi model CR-V Dual-Tone Edition, edisi terhad yang hanya ditawarkan sebanyak 300 unit di seluruh negara.
Langkah ini bukan sekadar sambutan ulang tahun, ia adalah penghargaan buat ratusan ribu pelanggan yang terus mempercayai jenama Honda sejak 2003, tahun yang menyaksikan CR-V menjadi model pertama dipasang di kilang Honda Melaka. Sehingga kini, hampir 149,000 unit CR-V sudah berada di jalan raya Malaysia, mengukuhkan statusnya sebagai SUV pilihan keluarga di Malaysia.
Edisi Dual-Tone ini merupakan kali pertama dalam rangkaian CR-V ditawarkan dengan gaya bumbung dua tona. Ditawarkan untuk varian E dan V, model ini hadir dengan padanan warna bumbung hitam, termasuk tiang sisi dan cermin sisi yang memberi imej lebih garang dan premium.
Sentuhan ini melengkapkan rekaan agresif CR-V generasi keenam yang terkenal dengan aerodinamik tajam, kabin luas, dan teknologi keselamatan moden.

Model ini dipacu dengan enjin 1.5L VTEC Turbo yang terkenal dengan prestasi bertenaga dan pemanduan lancar sesuai untuk pemandu yang mahukan SUV bergaya tanpa mengorbankan respons keupayaan enjin.
Walaupun tampil dengan imej lebih eksklusif, Honda Malaysia mengekalkan harga tanpa sebarang perubahan sebagai sebahagian daripada kempen 25th Anniversary “Because of You”:
CR-V Dual-Tone Edition (E Variant): RM169,900
CR-V Dual-Tone Edition (V Variant): RM181,900
(Harga atas jalan tanpa insurans)
Pilihan warna pula terdiri daripada dua tona premium:
Ignite Red Metallic
Platinum White Pearl
25 Tahun Legasi: Dari Pemasangan Pertama ke No.1 Segmen SUV Sederhana
CR-V bukan sekadar model, ia adalah tulang belakang kepada perkembangan Honda Malaysia. Sejak 2003, setiap generasi hadir dengan pembaharuan besar:
2003 – Generasi ke-2
✔ Model pertama dipasang di Melaka, menandakan era baharu Honda Malaysia
2013 – Generasi ke-4
✔ Dilancar bersempena ulang tahun produksi ke-10
✔ Ditabalkan sebagai “Premium Smart SUV” yang mendominasi pasaran
2017 – Generasi ke-5
✔ Pertama di Asia Tenggara guna Honda SENSING pada SUV
✔ Pertama hadir dengan enjin 1.5L VTEC Turbo
2023 – Generasi ke-6
✔ Pengenalan CR-V e:HEV RS, SUV hibrid pemasangan tempatan pertama Honda
✔ Lebih 11,300 unit di jalan raya
✔ Pegangan pasaran 36% dalam segmen Mid-Size SUV pada 2024
✔ Pelbagai anugerah termasuk:
Malaysia Car of The Year 2024
Allianz DSF.my SUV of The Year
Carlist.my & Wapcar.my People’s Choice Awards
StarCarSifu Editors’ Choice
Dengan pencapaian ini, model ini terus mengekalkan kedudukannya sebagai SUV sederhana No.1 di Malaysia.
Bagi mereka yang berminat melihat atau memandu uji CR-V Dual-Tone Edition, kunjungi mana-mana pengedar sah Honda di seluruh negara atau layari laman rasmi Honda.
Baca Juga : Honda CR-V Kekal Mendominasi Segmen SUV Sederhana di Malaysia pada 2024
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!












