Honda Malaysia hari ini memperkenalkan dua model edisi khas, iaitu City dan WR-V, yang direka khas untuk pasaran Malaysia.
Apa yang membuat edisi ini lebih istimewa ialah hanya 99 unit bagi setiap model edisi khas ini akan ditawarkan.
Ini menjadikannya antara model yang paling eksklusif di jalan raya Malaysia.
Namun untuk Honda City Edisi Khas bakal tiba di semua pengedar Honda pada hujung bulan ini.
Honda WR-V Edisi Khas: SUV Kecil dengan Sentuhan Eksklusif
Selain itu, bagi mereka yang inginkan SUV kecil dengan sentuhan eksklusif, jenama ini turut memperkenalkan Honda WR-V RS Edisi Khas.
Ads
SUV kecil yang serba boleh ini dilengkapi dengan beberapa penambahbaikan baharu seperti “skirting” depan, sisi, dan belakang, emblem Edisi Khas, serta perakam video digital (DVR) depan.
Penambahan lain termasuk pelindung paip ekzos, penutup pelapik panel belakang, dan hiasan langkah belakang yang menambah nilai praktikaliti serta reka bentuk yang menarik.
WR-V Edisi Khas ini direka untuk menarik perhatian pemandu dan penumpang yang mengutamakan gabungan prestasi, fungsi, dan gaya dalam sebuah SUV kecil yang kompak tetapi serba lengkap.
Ads
Penawaran Harga Eksklusif Untuk Model Edisi Khas
Honda City V Edisi Khas ditawarkan dalam warna Platinum White Pearl dengan harga RM94,9001.
Manakala WR-V RS Edisi Khas hadir dalam warna Stellar Diamond Pearl dengan harga RM107,9001.
Menariknya, Honda Malaysia mengekalkan harga asal walaupun dengan penambahbaikan tambahan.
Ads
Ini menjadikannya peluang eksklusif bagi mereka yang ingin memiliki model edisi khas ini.
Dapatkan WR-V anda Sekarang!
Honda sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam memenuhi kehendak pasaran tempatan.
Dengan memperkenalkan model edisi khas yang bukan sahaja eksklusif, tetapi juga mengekalkan harga berpatutan untuk pengguna Malaysia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Bermula 9 September 2024 hingga 13 September 2024, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan siri Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) dengan tanda “EV”, dikhaskan untuk kenderaan elektrik sepenuhnya (Zero Emission Vehicle – ZEV).
Langkah ini menjadi sebahagian daripada usaha JPJePlate untuk memperkenalkan plat nombor khas yang mencerminkan status kenderaan mesra alam.
Peluang kini terbuka kepada orang ramai untuk membida nombor plat eksklusif siri “EV”.
Namun, satu nombor istimewa, “EV1”, telahpun dimiliki oleh seorang individu kenamaan (VVIP) yang bakal diumumkan kelak, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Selain “EV1”, semua nombor dalam siri ini tersedia untuk bidaan sehingga tarikh akhir yang ditetapkan.
Yang membezakan siri “EV” daripada plat pendaftaran biasa adalah ia hanya boleh digunakan oleh kenderaan elektrik.
Dengan pengenalan siri ini, JPJ turut merancang untuk meneruskan dengan siri sambungan seperti “EVA” dan “EVB” setelah semua nombor “EV” terjual.
Dalam usaha memastikan ketelusan proses, JPJ menegaskan bahawa bidaan yang berjaya adalah muktamad.
Tiada permohonan rayuan atau pembatalan bidaan akan dipertimbangkan.
Lebih penting lagi, nombor “EV” tidak boleh dipindahkan atau digunakan pada kenderaan bukan elektrik.
Segala yuran dan caj bidaan juga tidak akan dikembalikan, menjadikannya satu komitmen serius bagi mereka yang ingin menyertainya.
Ramai mungkin keliru dengan JPJePlate, tetapi penting untuk difahami bahawa nombor plat “EV” bukanlah rekaan fizikal baharu.
Sebaliknya, ia merupakan siri nombor eksklusif yang menunjukkan bahawa kenderaan tersebut adalah elektrik.
Rekaan fizikal JPJePlate pula melibatkan ciri plat khas yang turut diberikan kepada kenderaan EV, menjadikan identiti kenderaan tersebut lebih menonjol di jalan raya.
Menariknya, sebahagian daripada hasil bidaan akan disalurkan kepada pelbagai program kebajikan rakyat, seperti pemberian topi keledar percuma dan latihan lesen motosikal B2 untuk golongan B40.
Inisiatif ini menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan pengguna jalan raya, khususnya untuk mereka yang kurang berkemampuan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengumumkan harga runcit terkini bagi produk petroleum untuk minggu bermula 19 Jun hingga 25 Jun 2025.
Harga Runcit Produk Petroleum (19 – 25 Jun 2025):
Penetapan harga ini dibuat berdasarkan mekanisme Automatic Pricing Mechanism (APM) yang disemak setiap minggu. Walaupun berlaku kenaikan pada RON97 dan diesel di Semenanjung, harga RON95 kekal stabil demi menjaga kebajikan pengguna tempatan.
Nota Penting:
Penyelarasan Harga Diesel Tanpa Subsidi: Bermula 10 Jun 2024, harga diesel di semua stesen runcit di Semenanjung Malaysia ditetapkan mengikut harga pasaran tanpa subsidi. Langkah ini dilaksanakan menerusi formula APM yang sedia ada.
Walaubagaimanapun, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal bersubsidi pada RM2.15 seliter sebagai sebahagian daripada pendekatan subsidi bersasar.
Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, langkah ini dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM4 bilion setahun.
Perbandingan Serantau: Jika dibandingkan dengan negara-negara jiran, harga bahan api di Malaysia masih lagi antara yang paling rendah di rantau ini, hasil usaha kerajaan dalam memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos bahan api.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini harga mingguan, sila layari portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: www.mof.gov.my
MODENAS (Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd), anak syarikat kepada DRB-HICOM Berhad telah melancarkan empat model motosikal baharu di Malaysia Auto Show yang mencerminkan hala tuju masa depan jenama ini yang lebih mesra alam, lebih versatil, dan penuh gaya.
Pelancaran ini merangkumi tiga segmen utama iaitu skuter elektrik, skuter urban premium, serta motosikal sport touring berprestasi tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, En. Roslan Roskan berkata,
“Pelancaran ini menandakan detik penting selaras dengan wawasan MODENAS untuk melangkah ke hadapan, terutamanya dalam segmen mobiliti yang lebih mesra alam. Kami berharap dengan model-model baharu yang menarik termasuk siri motosikal elektrik MEV, MODENAS dapat memenuhi keperluan semua lapisan penunggang.”
Model pertama dalam siri MEV ialah MEV-2, direka khusus untuk mobiliti bandar yang cekap dan lestari.
Dikuasakan oleh motor elektrik 4.0 kW (dengan kuasa puncak 5.1 kW), skuter ini mampu mencapai kelajuan maksimum 80 km/j dan menempuh jarak sejauh 107 km dengan sekali cas.
Ia menggunakan bateri ATL Litium 74V30Ah dan boleh dipadankan dengan dua unit bateri bagi jangka hayat lebih panjang.
Antara ciri utama MEV-2 termasuk pengecas atas papan (on-board charger), brek cakera hidraulik dengan sistem CBS, suspensi depan teleskopik, serta lampu LED sepenuhnya.
Dengan harga bermula RM9,878 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), MEV-2 menjadi pilihan bijak bagi penunggang urban yang mencari penyelesaian mobiliti moden tanpa mengorbankan gaya.
Penunggang yang memerlukan skuter dengan kemampuan jarak yang lebih jauh dan prestasi yang lebih lasak ini jawapanya.
Skuter MEV-1 PRO dan MEV-1 PRO SX menawarkan penyelesaian sempurna.
Kedua-dua model ini menawarkan jarak perjalanan sejauh 135 km dan kelajuan sehingga 85 km/j, menjadikannya sesuai untuk penggunaan dalam dan luar bandar.
Dikuasakan motor 4.3 kW (puncak 4.9 kW) dengan bateri ATL Litium 60V45Ah (juga dengan pilihan dua bateri), model ini menampilkan tork dipertingkat untuk pecutan yang lebih responsif.
Ciri-ciri seperti brek cakera dengan CBS, pengecas atas papan dan suspensi teleskopik terus dikekalkan.
Harga bermula dari RM13,470, menjadikan MEV-1 PRO dan PRO SX antara skuter elektrik paling kompetitif dalam kelasnya.
Model dwi-guna berkuasa yang mampu menyesuaikan diri antara kesesakan kota dan pengembaraan hujung minggu.
Dengan enjin 246 cc berpenyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api, jentera ini menjana 17.0 kW kuasa pada 7500 rpm dan 23.0 Nm tork pada 6000 rpm.
Disokong oleh transmisi automatik CVT, DTX 250 turut menawarkan ciri-ciri premium.
Antaranya sistem keyless, paparan meter LED, lampu depan dan belakang LED, serta ruang simpan yang luas di bawah tempat duduk.
Dengan harga RM22,500, skuter ini menonjol sebagai pilihan utama bagi penunggang yang mengutamakan gaya dan kebolehgunaan dalam satu pakej.
Kemuncak pelancaran MODENAS di Malaysia Auto Show 2025 pastinya Kawasaki Ninja H2 SX SE.
Model ini adalah motosikal sport touring yang menjadi simbol kejuruteraan berprestasi tinggi.
Motosikal ini dilengkapi enjin 998 cc supercharged empat silinder.
Jentera ini mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 210 PS (dengan Ram Air) pada 11,000 rpm serta tork setinggi 137 Nm pada 8,500 rpm.
Selain reka bentuk aerodinamik yang agresif, H2 SX SE turut dilengkapi pelbagai teknologi canggih Kawasaki.
Antaranya sistem pengendalian elektronik (KECS), brek cakera Brembo, sistem keselamatan canggih (KIBS, KCMF), dan sistem kunci pintar (KIPASS).
Dengan harga RM129,400, motosikal ini menyasarkan peminat motosikal touring berprestasi tinggi yang tidak berkompromi terhadap kuasa dan keselesaan.
Mforce Buka Pusat Servis Mega Di Segambut, Sasar Tahap Servis Lebih Tinggi
Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri dua roda tempatan...