Indian Motorcycle baru sahaja menutup tirai pertandingan ‘First 6’.
Pertandingan eksklusif ini memberi peluang kepada 6 pengedar rasmi untuk menampilkan versi tersendiri bagi model Sport Chief RT.
Selepas undian awam berakhir pada 11 Februari, MotoStrada Porto dari Portugal berjaya merangkul gelaran juara.
Model istimewa mereka diberi nama ‘Bastard’.
Kredit Foto : Website autoevolution
Pengumuman pemenang dibuat dua hari kemudian semasa acara Salon Du 2 Roues di Lyon, Perancis.
Kejayaan MotoStrada Porto ini menonjolkan kepakaran mereka dalam mengolah estetika dan prestasi motosikal, menjadikannya pilihan utama dalam kalangan peminat serta komuniti Indian Motorcycle.
Kredit Foto : Website autoevolution
Proses Kreatif & Keunikan ‘Bastard’
Keenam-enam pengedar yang bertanding sebelum ini mempersembahkan ciptaan masing-masing di Moto Bike Expo di Itali, iaitu platform yang turut menjadi pentas pelancaran rasmi model baharu Indian Sport Chief RT untuk tahun 2025.
Setiap pengedar diberikan tempoh enam minggu untuk mengubah suai motosikal mereka sebelum sesi pameran secara rasmi.
MotoStrada Porto, yang telah menjadi pengedar eksklusif Indian Motorcycle sejak 2015, memilih pendekatan agresif dalam meningkatkan aspek prestasi dan estetika Sport Chief RT.
Ads
Antara perubahan utama yang dilakukan termasuk pemasangan fork hadapan Ohlins serta penyerap hentakan belakang Ohlins yang sepadan.
Kredit Foto : Website autoevolution
Untuk sistem brek, model ini menggunakan angkup Brembo sedia ada.
Namun sistem brek ini ditingkatkan dengan silinder induk Brembo yang diambil daripada model Indian FTR.
Selain itu, beberapa komponen prestasi turut dipasang, seperti penapis udara Performance Machine, sistem ekzos Dr. Jekill & Mr. Hyde, serta rim jejari khas daripada Kineo.
Kredit Foto : Website autoevolution
Sentuhan terakhir diberikan melalui aksesori rasmi Indian Motorcycle.
Ads
Anataranya pemegang handlebar yang lebih tinggi, tuil brek dan klac FTR, cermin hadapan yang lebih besar, serta sistem audio Bluetooth PowerBand yang direka khusus untuk siri Indian Chief.
Saingan Sengit dari UK dan Perancis
Dalam pertandingan ini, tempat kedua menjadi milik model ‘No Comply Society’ yang dihasilkan oleh pengedar dari United Kingdom, Krazy Horse.
Sementara itu, kedudukan ketiga diraih oleh Indian Motorcycle Metz dari Perancis dengan model ‘Top Fuel’ mereka yang turut mempamerkan rekaan unik dan inovatif.
Menurut Pengarah Rekaan Indian Motorcycle, Ola Stenegärd, sambutan terhadap pertandingan ini sangat luar biasa.
“Saya amat berterima kasih kepada semua pengedar yang menerima cabaran ini dan menghasilkan rekaan yang begitu menakjubkan. Setiap motosikal yang ditampilkan mempunyai elemen kreatif, fabrikasi yang luar biasa, serta kombinasi warna yang mencuri perhatian.
Ads
Keputusan yang dibuat melalui undian awam membuktikan betapa MotoStrada Porto benar-benar berjaya menangkap semangat prestasi, gaya dan keperibadian mentah yang menjadi identiti Sport Chief RT.”
Kredit Foto : Website autoevolution
Kesimpulan
Indian Motorcycle terus menampilkan inovasi dalam dunia motosikal dengan memperkenalkan pertandingan yang menguji daya kreatif pengedarnya.
Dengan kemenangan ‘Bastard’ dari MotoStrada Porto, jenama ini sekali lagi membuktikan bahawa keunikan dan prestasi boleh digabungkan dalam satu pakej yang menawan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Great Wall Motor (GWM) Malaysia akan mengadakan acara pandu uji off-road pada 20 dan 21 Julai 2024, di M4TREC, sebuah pusat latihan dan pengalaman 4WD di Semenyih.
Acara ini diadakan bersempena dengan pelancaran terbaru GWM TANK 300 di Malaysia. SUV off-road ini yang diimport sepenuhnya (CBU) ditawarkan pada harga kompetitif RM 250,000 di atas jalan tanpa insurans.
Datang dalam empat warna menarik, Dusk Orange, Fossil Grey, Crystal Black, dan Pearl White.
Ruang kokpit GWM Tank 300
Acara ini memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri halangan dan cabaran yang direka khas untuk menunjukkan kemampuan GWM TANK 300. Selain itu, peserta boleh menerima latihan daripada jurulatih pakar tentang cara menghadapi apa jua rupa bumi lasak semasa pengembaraan luar mereka.
Terdapat beberapa halangan hebat di pusat tersebut yang boleh diatasi oleh orang ramai dengan GWM TANK 300. Seperti Jambatan Kayu, Axle Twister, Ridge Crossing, Trek Kayu, Turun Bukit, Mendaki Bukit dan lain-lain.
Selain itu, semua peserta yang datang untuk pandu uji akan menerima hadiah eksklusif barangan GWM. Untuk memastikan tempat anda untuk pengalaman pandu uji off-road ini, RSVP sekarang di https://forms.gle/Xi7ZuvMPo9jDJwEW9.
Off-road track test di M4TRADE, Semenyih
Tawaran Tambahan..
Tambahan lagi, GWM menawarkan kepada 300 pelanggan pertama GWM TANK 300:
Lima tahun/100,000km penyelenggaraan perkhidmatan percuma, termasuk buruh dan alat ganti, terpakai setiap 10,000 KM atau setiap enam bulan, yang mana datang dahulu.
Nikmati Waranti Sepanjang Hayat untuk Enjin & Transmisi dengan jarak tanpa had (terhad kepada pemilik pertama).
Terima Kit Pengembaraan GWM x Thule, yang termasuk Baucar Thule bernilai RM8,000 dan Beg Galas Thule Paramount bernilai RM999.
Siri Pengembaraan dengan GWM TANK – Stesen 1: ChongQing dan ChengDu, China. Bersempena dengan pelancaran GWM TANK 300. Pelanggan yang telah melengkapkan pendaftaran kenderaan mereka sebelum 12 Ogos 2024, berpeluang memenangi Pengembaraan dengan GWM TANK ke ChengDu dan ChongQing, China. Sepuluh pelanggan akan dipilih melalui cabutan bertuah.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.gwm.com.my atau hubungi talian bebas tol GWM 1-800-8-GWM (496).
Lando Norris tampil sebagai juara di Grand Prix Monaco yang penuh dengan strategi licik. Bermula dari petak utama, pelumba McLaren itu berjaya mengekalkan kedudukan di hadapan sepanjang perlumbaan. Walaupun dikejar rapat oleh Charles Leclerc dari Ferrari dan rakan sepasukan, Oscar Piastri.
Perlumbaan kali ini bukan sekadar siapa paling laju, tapi siapa paling bijak membaca situasi. Dengan peraturan dua hentian wajib dan fasa Virtual Safety Car (VSC) yang mengganggu rentak. Norris kekal tenang walaupun sempat melakukan kesilapan besar apabila tayarnya terkunci di selekoh pertama.
Cubaan Leclerc & Piastri
Leclerc yang beraksi di ‘rumah sendiri’ tidak memberikan laluan mudah. Dia memberi tekanan hebat di awal perlumbaan menuju ke Sainte Devote. Sekali lagi di penghujung apabila Verstappen sengaja memperlahankan kelompok depan. Namun akhirnya, pemandu Ferrari itu terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Oscar Piastri pula melengkapkan podium di tempat ketiga, dan kini hanya tiga mata di hadapan Norris dalam kedudukan kejuaraan. Menunjukkan perebutan gelaran musim ini semakin sengit!
Verstappen Tarik Perhatian Dengan Strategi Pelik
Juara bertahan Max Verstappen mencuri tumpuan dengan strategi tayar yang berbeza – dia menunggu sehingga ke pusingan kedua terakhir untuk hentian kedua. Itu membolehkannya mendahului perlumbaan seketika, tetapi akhirnya jatuh ke tangga keempat selepas pit stop wajib. Risiko yang berani, tapi kali ini tidak menjadi.
Pendatang Baru Curi Tumpuan
Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat kelima dengan agak sunyi. Sementara pelumba muda Isack Hadjar mencatat keputusan cemerlang di tempat keenam – mengatasi Esteban Ocon (Haas) dan rakan sepasukan Liam Lawson.
Pasukan Williams turut membawa pulang hasil berganda dengan Alex Albon dan Carlos Sainz masing-masing di tempat kesembilan dan kesepuluh. Sekali gus mengecewakan George Russell yang dikenakan penalti ‘drive-through’ selepas memotong secara tidak sah.
Drama & Kebangkitan
Ollie Bearman (Haas) bangkit dari penalti grid 10 tempat dan insiden awal untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. Di belakangnya, dua lagi pelumba rookie – Franco Colapinto (Alpine) dan Gabriel Bortoleto (Kick Sauber). Mereka berjaya menamatkan perlumbaan dengan baik walaupun Bortoleto terlibat dalam perlanggaran awal di Portier bersama Kimi Antonelli.
Antonelli menjadi pelumba terakhir yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 selepas keretanya terpaksa bersara awal akibat masalah teknikal. Manakala Fernando Alonso terpaksa berundur kerana masalah enjin dan Pierre Gasly (Alpine) tersingkir selepas insiden dengan Yuki Tsunoda.
Apa Seterusnya?
F1 akan terus bergerak ke destinasi ketiga dalam jadual tiga perlumbaan berturut-turut, kali ini ke Barcelona untuk Grand Prix Sepanyol dari 30 Mei hingga 1 Jun 2025. Siap sedia untuk aksi panas seterusnya – musim 2025 semakin menggila!
Kumpulan Berjaya, sebuah syarikat awam yang terkenal, kini dikatakan sedang mencari sokongan daripada syarikat konsesi lebuh raya dalam usahanya untuk memasang sistem tol tanpa palang. Langkah ini dipercayai sebagai alternatif kepada cadangan sebelum ini yang melibatkan YTL Holdings.
Sumber berkata bahawa cadangan ini muncul selepas 32 syarikat konsesi tol lebuh raya menolak langkah kerajaan untuk melantik YTL Holdings untuk membangunkan sistem tol tanpa palang. Pihak Berjaya telah menjalankan mesyuarat dengan wakil dari 32 syarikat konsesi untuk menjelaskan cadangan mereka sebelum mempersembahkan kepada Kementerian Kerja Raya.
Menurut sumber tersebut, cadangan Kumpulan Berjaya lebih menarik daripada cadangan sebelum ini yang masih dalam pertimbangan kerajaan. Rancangan mereka bertujuan untuk membenarkan syarikat lebuh raya membina plaza tol yang lebih lancar, sementara syarikat seperti Berjaya akan menyediakan perkhidmatan kutipan tol.
Sumber itu turut menyatakan bahawa syarikat konsesi ingin sistem bebas halangan hanya diperkenalkan di plaza tol utama, terutamanya di kawasan yang padat seperti Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor. Dengan pengaturan ini, kos pelaksanaan sistem aliran bebas berbilang lorong dijangka dapat dipotong sehingga 30 peratus.
Pada Mac 2023, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa sejumlah RM3.46 bilion telah diluluskan untuk melaksanakan sistem tol tanpa palang di plaza tol lebuh raya menjelang tahun 2025. Tahun sebelumnya, kerajaan dilaporkan telah menandatangani perjanjian dengan YTL Holdings untuk membina sistem aliran bebas dan menguruskan kutipan tol dengan nilai kira-kira RM6 bilion setahun.
Namun, terdapat bantahan daripada Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia, yang berpendapat bahawa langkah tersebut akan melanggar perjanjian mereka dengan kerajaan. Persatuan tersebut juga berpendapat bahawa mereka mampu melaksanakan sistem aliran bebas dengan kos sekurang-kurangnya 30 peratus lebih rendah daripada cadangan YTL Holdings.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada syarikat lebuh raya bahawa kerajaan belum membuat keputusan muktamad mengenai perkara tersebut, menyusuli bantahan yang diberikan oleh Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia.
Kempen Volvo Secret Sales Tawar Rebat dan Hadiah Istimewa Untuk Pelanggan Baharu
Volvo Car Malaysia bersedia menutup tirai tahun ini menerusi acara jualan istimewa yang...