Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka peluang kepada peminat nombor pendaftaran istimewa (NPI) dengan pengenalan siri GOLD melalui Sistem JPJeBid pada Khamis ini, 1 Februari 2024. Langkah ini diambil sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50, memberikan peluang kepada orang ramai untuk memiliki nombor pendaftaran istimewa yang eksklusif.
Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pro-rakyat, termasuklah bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar, dan subsidi FlySISWA.
Pendaftaran bagi NPI siri GOLD akan dibuka pada 1 Februari 2024, bermula jam 12.00 pagi, dan akan ditutup pada 5 Februari 2024, jam 10.00 malam. Keputusan bidaan akan diumumkan pada 6 Februari 2024, memberikan masa kepada peserta untuk menantikan nombor pilihan mereka.
Ads
Harga bidaan untuk NPI siri GOLD bermula dari RM300.00 untuk nombor biasa. Peminat yang berminat dengan nombor popular perlu menyediakan RM800.00, manakala untuk nombor menarik, harga bidaan adalah sebanyak RM3,000.00. Bagi mereka yang mengidamkan nombor bernilai utama, harga bidaan adalah sebanyak RM20,000.
Inisiatif ini menawarkan peluang kepada peminat nombor pendaftaran untuk memiliki sesuatu yang istimewa dan unik, serta turut menyokong program-program pro-rakyat yang diperkenalkan oleh kerajaan. Pastikan anda sedia untuk menyertai bidaan dan miliki NPI siri GOLD yang istimewa pada kali ini!
MINI Malaysia telah melancarkan tiga model terbaharu iaitu MINI Countryman SE ALL4 elektrik, MINI John Cooper Works (JCW) Countryman ALL4, dan MINI Cooper S di Pameran Auto Malaysia 2024.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Kami berasa amat teruja untuk merungkaikan ahli-ahli baharu dalam portfolio MINI, yakni di salah sebuah pameran kenderaan yang paling dinanti-nantikan oleh ramai di negara ini.
Seperti setiap model MINI yang muncul sebelumnya, MINI Countryman melangkaui batas dan memberi definisi baharu kepada konsep sebuah kereta.
Menggandingkan teknologi canggih dengan reka bentuk yang ikonik, ia melambangkan sulaman antara inovasi, prestasi, dan semangat kembara, yang turut mencerminkan visi kami untuk alaf mobiliti urban yang baharu.”
MINI Countryman Baharu
MINI Countryman baharu tampil dengan ruang yang lebih luas, ketinggian bertambah 6 cm dan panjang 13 cm, menjadikannya lebih selesa untuk keluarga.
Gril oktagon baharu dan lampu hadapan adaptif LED menambah karakter uniknya.
MINI Countryman SE ALL4 dilengkapi dengan trim Favoured, menampilkan roda Windmill 20 inci dwitona dan pelbagai ciri digital serta keselamatan yang canggih.
Model ini juga menawarkan ruang muatan 460 liter yang boleh diperluaskan hingga 1,350 liter.
MINI JCW Countryman ALL4 baharu hadir dengan trim JCW, menampilkan roda Flag JCW 20 inci dan prestasi sport yang lebih tinggi.
Ruang dalamanya menggunakan material berkualiti tinggi seperti fabrik poliester dikitar semula dan upholsteri kulit bukan haiwan Vescin.
Ruang belakang juga lebih luas dengan tempat duduk yang boleh dilaras dalam enam posisi.
MINI Countryman SE ALL4 elektrik menonjolkan keprihatinan terhadap alam sekitar dengan penggunaan elemen-elemen kitar semula dalam produksinya.
Motor elektriknya menjana 313 kuasa kuda dan tork 494 Nm, membolehkan pecutan dari 0 – 100 km/j dalam 5.6 saat dengan kelajuan tertinggi 180 km/j.
Jarak operasi elektriknya adalah sejauh 432 km dengan pengecasan pantas DC yang memenuhi bateri dari 10 hingga 80% dalam 30 minit.
MINI Cooper S Baharu
MINI Cooper S baharu mengekalkan ciri-ciri klasik dengan reka bentuk moden. Reka bentuk luaranya yang kompak dan lampu hadapan bulat memberikan satu penampilan yang ikonik.
Ruang dalaman yang minimalis dilengkapi dengan Paparan OLED berbentuk bulat pertama dalam dunia automotif. Dengan kuasa 204 kuasa kuda dan tork 300 Nm, ia mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam 6.6 saat.
Pemanduan Go-Kart yang Klasik
MINI Cooper S baharu menawarkan pengalaman pemanduan ala go-kart dengan casis dan sistem suspensi canggih.
Stering Servotronic meningkatkan kepekaan pemanduan, manakala sistem stabiliti membolehkan pemanduan yang lebih sporty atau selesa.
Ciri-Ciri Keselamatan Terbaru
MINI Cooper S dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu Driving Assistant dan Parking Assistant Plus untuk meningkatkan keselamatan dan kemudahan pemanduan.
Fungsi tambahan seperti Driving Assistant Plus juga disediakan untuk kemudahan kawalan pemanduan dan bantuan stering.
Harga Model Baharu
Anggaran harga runcit bagi model-model baharu MINI dengan SST (atas jalan, tanpa insurans) adalah seperti berikut:
Model-model baharu MINI ini bukan sahaja memperkayakan portfolio jenama tersebut, tetapi juga menawarkan pengalaman pemanduan yang unik dan inovatif.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Volvo Car Malaysia mencatat sejarah baharu dalam industri automotif negara dengan pencapaian luar biasa dalam segmen kenderaan elektrik bateri (BEV).
Tahun 2024 menyaksikan peningkatan ketara dalam jualan model elektrik sepenuhnya, yang menyumbang 30 peratus daripada jumlah jualan runcit syarikat, melepasi penanda aras global Volvo Cars sebanyak 23 peratus.
Volvo Car Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam elektrifikasi, dengan model BEV dan hibrid plug-in (PHEV) membentuk 83 peratus daripada jumlah jualan tahun lalu.
Ini menunjukkan peningkatan signifikan berbanding 71 peratus pada tahun 2023.
Peningkatan ini seiring dengan aspirasi global Volvo Cars untuk mencapai antara 90 hingga 100 peratus jualan kenderaan elektrifikasi menjelang tahun 2030.
Sepanjang tahun 2024, Volvo Car Malaysia berjaya menjual sebanyak 1,953 unit kenderaan, dengan model MHEV hanya merangkumi kurang daripada satu perlima jumlah jualan keseluruhan.
Sebagai perbandingan, pada tahun sebelumnya, MHEV membentuk satu pertiga daripada jumlah jualan tahunan syarikat.
Chris Tan, Pengarah Jualan Volvo Car Malaysia, menyatakan bahawa meskipun tahun lalu merupakan tempoh yang lebih kompetitif bagi industri, Volvo Car Malaysia tetap berusaha untuk merealisasikan visi mobiliti yang lebih peribadi, selamat dan lestari.
Pengeluaran model elektrik sepenuhnya Volvo EX30 mendapat sambutan hangat di pasaran Malaysia.
Lebih menarik kumpulan pertama model import habis terjual sebelum pemasangan tempatan bermula.
Kini, Volvo Car Malaysia bersedia untuk memperkenalkan model elektrik utama mereka yang seterusnya, iaitu Volvo EX90.
Volvo EX90 bakal menjadi SUV elektrik terbesar syarikat.
Model ini dilengkapi teknologi keselamatan tercanggih Volvo Cars termasuk sistem Light Detection and Ranging (LiDAR) , pengkomputeran teras, serta pemantauan pemandu dan penumpang.
Model ini dijangka mengukuhkan lagi reputasi Volvo dalam aspek keselamatan dan inovasi teknologi.
Sepanjang 2024, Volvo Car Malaysia juga memperluaskan pengalaman pelanggan menerusi pelbagai acara eksklusif.
Antaranya sesi pandu uji Volvo EX30, Volvo Safety Driving Experience yang pertama, serta kejohanan sukan Volvo Padel Open yang julung kali diadakan.
Pada peringkat global, Volvo Cars turut mencatat rekod jualan baharu dengan 763,389 unit kenderaan terjual pada tahun 2024.
Rekod jualan ini meningkat 8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Jualan model BEV meningkat 54 peratus kepada 175,194 unit, manakala jualan PHEV meningkat 16 peratus kepada 177,593 unit.
Secara keseluruhan, kenderaan elektrifikasi menyumbang 46 peratus daripada jumlah jualan global Volvo Cars.
Model BEV sahaja menyumbang 23 peratus daripada keseluruhan jualan, meningkat daripada 16 peratus pada tahun 2023.
Elektrifikasi kekal sebagai strategi utama Volvo Cars, dengan lima model BEV telah diperkenalkan secara global, dan lima lagi dalam perancangan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Triumph Motorcycles Malaysia secara rasminya memperkenalkan dua model baharu, Triumph Speed 400 dan Scrambler 400 X untuk pasaran Malaysia dengan harga permulaan RM26,900.
Model motosikal hasil kerjasama dengan syarikat automotif terkemuka dari India, Bajaj Auto, dan setelah hampir setahun kedua-dua model ini diperkenalkan di pasaran global, akhirnya motosikal ini mendarat di Malaysia.
Model Triumph Speed 400 menggunakan enjin T-Series satu silinder 398cc yang dilengkapi dengan suntikan bahan api dan penyejukan cecair. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 39.5 kuasa kuda pada 8,000rpm dan 37Nm tork pada 6,500rpm. Ia juga dilengkapi dengan transmisi manual 6-kelajuan yang menjanjikan pengendalian yang lancar dan responsif.
Reka bentuk chasis baharu termasuk kerangka jenis perimeter yang dibina dari tiub keluli dan subframe jenis bolt-in. Triumph Speed 400 juga memiliki fork USD 43mm dengan jarak pergerakan 140mm dan monoshock belakang dengan fungsi preload yang boleh dilaras.
Sistem breknya termasuk kaliper brek 4-pot di depan dengan cakera brek 300mm dan kaliper brek 1-pot di belakang dengan cakera brek 230mm. Model ini juga dilengkapi dengan ABS standard dan hos brek jenis steel-braided untuk peningkatan keselamatan.
Triumph tidak mengabaikan aspek teknologi tinggi, memasukkan ciri seperti sistem ride-by-wire, traction control yang boleh dimatikan, dan klac jenis torque-assist. Panel meter digital LCD dan port USB juga turut disertakan pada model ini.
Acara perasmian model motosikal ini telah berlangsung di Ace Cafe di Kuala Lumpur. Turut diraikan adalah 10 pemilik pertama Triumph Speed 400 dan Scrambler 400 X dan mereka berpeluang untuk menunggang motosikal baru mereka di sekitar Kuala Lumpur bersama dengan pengamal media.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Mforce Buka Pusat Servis Mega Di Segambut, Sasar Tahap Servis Lebih Tinggi
Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri dua roda tempatan...