Ads

Karnival GenBlu Yamaha 2026 Himpun Lebih 16,000 Pengunjung

Karnival GenBlu Yamaha 2026 Satukan Lebih 16,000 Peminat Dua Roda

Lebih 16,000 peminat dan komuniti Yamaha membanjiri Setia Alam sempena Karnival GenBlu Yamaha 2026, sekali gus menjadikan edisi ketujuh acara berkenaan antara perhimpunan komuniti Yamaha terbesar yang pernah dianjurkan.

Berlangsung pada 9 Ogos lalu, karnival bertemakan “The Journey with Yamaha” itu bukan sahaja menghimpunkan pemilik dan peminat motosikal Yamaha dari seluruh negara, malah menjadi pentas kepada pengenalan tiga model baharu, pelancaran Yamaha Collector’s Club (YCC) serta beberapa aktiviti berkaitan sukan dan komuniti.

Karnival GenBlu Yamaha 2026 Himpun Lebih 16,000 Pengunjung

Yamaha Y16ZR-R Kini Lebih Berprestasi

Antara tumpuan utama ialah pengenalan Yamaha Y16ZR-R, model yang kini menjadi antara tawaran tertinggi dalam keluarga moped Yamaha di Malaysia.

Y16ZR-R turut menjadi moped Yamaha pertama yang dilengkapi Traction Control System serta Simple Communication Control Unit.

Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Raijin Green, Yoru Black dan Kouka Grey, dengan harga jualan disyorkan RM10,888, tidak termasuk insurans dan fi pendaftaran.

Menurut Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), harga berkenaan dapat ditawarkan hasil insentif Energy Efficient Vehicle (EEV) kerajaan yang membolehkan penjimatan kos diteruskan terus kepada pelanggan.

Karnival GenBlu Yamaha 2026 Himpun Lebih 16,000 Pengunjung

Y16ZR-R Pramac Racing Replica Terhad 3,000 Unit

Bagi peminat MotoGP pula, Yamaha turut memperkenalkan Y16ZR-R Limited Edition Pramac Racing Replica yang dihasilkan dalam jumlah hanya 3,000 unit di seluruh dunia.

Model edisi terhad itu tampil dengan grafik khas Yamaha Prima Pramac MotoGP Team, emblem nombor siri individu serta sistem suspensi Öhlins yang ditala khusus untuk Y16ZR-R baharu.

Karnival GenBlu Yamaha 2026 Himpun Lebih 16,000 Pengunjung

Y16ZR-R Pramac Racing Replica ditawarkan pada harga RM13,388, tidak termasuk insurans dan fi pendaftaran.

Ads

Kedua-dua varian Y16ZR-R dijadualkan berada di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula pertengahan Ogos 2026.

Yamaha XMAX 300 Tech Max Masuki Segmen Mid-Scooter

Turut diperkenalkan ialah Yamaha XMAX 300 Tech Max, sekali gus menandakan kemasukan Yamaha ke dalam segmen mid-scooter 300cc di Malaysia.

Melengkapkan pilihan XMAX 250 sedia ada, XMAX 300 Tech Max menawarkan prestasi lebih tinggi di samping tahap keselesaan premium menerusi kedudukan tempat duduk lebih ergonomik dan kemasan yang lebih eksklusif.

Karakter tersebut membolehkan model berkenaan digunakan sebagai skuter harian selain sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Karnival GenBlu Yamaha 2026 Himpun Lebih 16,000 Pengunjung

Untuk pasaran Malaysia, XMAX 300 Tech Max hanya ditawarkan dalam warna Crystal Graphite dengan harga RM28,499, tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Ia turut akan berada di pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula pertengahan Ogos ini.

Yamaha XSR155 Buat Kemunculan Awal

Satu lagi model yang mencuri perhatian ialah Yamaha XSR155, yang dipertontonkan menerusi sesi pra-pelancaran khas sebelum diperkenalkan secara rasmi ke pasaran tempatan.

Ads

XSR155 mengetengahkan konsep motosikal bergaya retro yang digabungkan dengan teknologi moden, sekali gus menyasarkan penunggang yang mahukan motosikal beridentiti klasik tetapi masih sesuai digunakan dalam rutin harian.

Model berkenaan bakal ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Malar Hijau, Perak Klasik dan Royale Hitam.

Harga jualan disyorkan ditetapkan pada RM12,998, tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

XSR155 dijangka mula berada di pengedar sah Yamaha seluruh negara pada suku keempat 2026.

Karnival GenBlu Yamaha 2026 Himpun Lebih 16,000 Pengunjung

Karnival GenBlu Yamaha 2026 , Yamaha Collector’s Club Raikan Model Bernilai Koleksi

Selain memperkenalkan model baharu, HLYM turut melancarkan Yamaha Collector’s Club (YCC), sebuah program yang diwujudkan bagi mengiktiraf motosikal Yamaha yang mempunyai nilai warisan, koleksi dan nilai sentimental dalam kalangan pemilik.

YCC dibahagikan kepada empat kategori iaitu Classic, Limited Edition, Custom dan Convoy.

Bagi kategori Classic dan Limited Edition, motosikal yang memenuhi kriteria akan menerima pengiktirafan rasmi sebagai tanda keaslian, sekali gus berpotensi meningkatkan nilai koleksi serta nilai jualan semula.

Ads

Pemilik motosikal yang mendapat pengiktirafan itu turut menikmati perlindungan insurans tambahan menerusi rakan insurans HLYM, Berjaya Sompo Insurance.

Kategori YCC Custom pula memberi pengiktirafan kepada kreativiti dan hasil kerja modifikasi motosikal, manakala YCC Convoy memberi tumpuan kepada kelab serta kumpulan penunggang Yamaha yang aktif membawa budaya konvoi dan semangat komuniti.

Karnival GenBlu Yamaha 2026, Yamaha Raikan Atlet Malaysia Menuju Sukan Asia 2026

Dalam masa sama, HLYM turut mengetengahkan program “Spirit of Challenge: Road to Asian Games 2026” bagi meraikan atlet negara serta memberi inspirasi kepada generasi muda.

Antara yang terlibat ialah pasukan Bunga Raya Lelaki dan Wanita Ragbi Tujuh Sebelah Kebangsaan, pemain sepak takraw negara Mohd Syahir Mohd Rosdi yang diiktiraf Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) sebagai antara tekong terbaik dunia, serta pemain daripada Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia.

Turut membuat penampilan ialah Presiden kelab ragbi profesional Yamaha Motor di Jepun, Shizuoka BlueRevs, Takashi Yamaya.

Karnival tersebut turut menyaksikan komuniti Yamaha mencatat dua pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi kategori “Highest Tekong Achieved” dan “Most Participants Challenging Tekong in a Single Event”.

Memasuki penganjuran tahun ketujuh, Karnival GenBlu Yamaha terus berkembang sebagai platform yang menyatukan pemilik, kelab motosikal dan peminat jenama Yamaha menerusi pelbagai aktiviti komuniti.

Bagi edisi kali ini, pihak penganjur turut mengambil langkah membawa ke hadapan sesi cabutan bertuah hadiah utama supaya peserta mempunyai masa mencukupi untuk memulakan perjalanan pulang sebelum malam.

Dengan kehadiran melebihi 16,000 orang serta pengenalan beberapa model baharu, Karnival GenBlu Yamaha 2026 sekali lagi memperlihatkan skala komuniti Yamaha di Malaysia yang terus berkembang dari tahun ke tahun.

Baca Juga : Yamaha Perluas Rangkaian YQS kepada 300 Pusat Servis di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Yamaha XSR155 Rasmi Masuk Malaysia, Harga Bermula RM12,998!

Yamaha XSR155 Kini Tiba! Selepas sekian lama menjadi antara model yang cukup mencuri perhatian dalam keluarga Yamaha, Yamaha XSR155 akhirnya diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.Membawa konsep...