Pada minggu lalu, tirai Malaysian Motocross International Festival 2023 telah melabuhkan tirainya dengan kemuncaknya penganjuran di Medini Motocross Circuit, Johor Bharu.
Pusingan akhir kejuaraan ini turut menyaksikan persaingan sengit dalam tujuh kategori utama, di mana 170 peserta bergabung untuk bersaing dalam acara ini.
Pelumba Malaysia, Mohamad Khairul Afif telah dinobatkan sebagai JUARA dalam kategori MX2 Open secara tidak langsung membuktikan prestasi luar biasa Mohamad Khairul Afif dalam arena motocross dalam bersaing dengan pelumba hebat dari luar negara apabila beliau berlumba bersama peserta tempatan dan luar negara dari Singapura dan Indonesia.
Ads
Walaupun cuaca pada sebelah petang agak mencabar, namun mereka tetap memberikan aksi terbaik dan menyajikan satu corak perlumbaan yang penuh ketegangan dan kejutan kepada peminat motocross yang hadir.
Ads
Sokongan daripada peminat dan penyokong setia amat diperlukan untuk memastikan kesinambungan kejayaan daripada Malaysian Motocross International Festival disamping merapatkan hubungan silaturrahim diantara negara luar seperti Indonesia & Singapura.
Mazda terus memperkukuhkan kehadiran mereka dalam pasaran SUV saiz besar dengan melancarkan model terbaru, Mazda CX-70 2025. Model ini, pada dasarnya, merupakan versi SUV tempat duduk dua baris yang memberikan alternatif kepada CX-90 yang menawarkan tiga baris tempat duduk, dengan dimensi yang hampir serupa di antara keduanya.
Meskipun berkongsi dimensi jarak antara roda sepanjang 3,119 mm, CX-70 memaparkan pendekatan rekaan yang lebih sporti berbanding CX-90. Perincian seperti kemasan krom hitam, mesh jeriji hadapan berwarna hitam, struktur bampar depan dan belakang yang unik, serta kemasan warna gelap pada perumah cermin sisi, pemegang pintu, rel bumbung, dan rim 21 inci, memberikan tampilan yang dinamik.
Susun atur ruang kabin CX-70 menyerupai CX-90, tetapi dengan penekanan pada keselesaan dan praktikaliti untuk kegunaan keluarga yang lebih kecil. Dengan ketiadaan tempat duduk baris ketiga, CX-70 menawarkan ruang kargo yang lebih besar, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk keluarga kecil.
Pelanggan juga berpeluang memilih tempat duduk yang dilapisi kulit merah dengan aksen hitam dan jahitan merah pada panel pintu dan roda stereng, atau tempat duduk dengan balutan kulit hitam, aksen emas, dan jahitan yang elegan.
Seperti CX-90, Mazda CX-70 hadir dalam versi enjin enam silinder sebaris dengan teknologi hibrid ringan atau varian plug-in hybrid berkuasa 2.5 liter. Enjin inline-6 3.3 liter mampu menghasilkan kuasa sehingga 280 hp/450 Nm atau 340 hp/500 Nm, sementara versi PHEV menawarkan kuasa setinggi 323 hp dan daya kilas 500 Nm.
Maklumat lanjut akan disediakan menjelang pelancaran rasmi model ini. Sementara itu, CX-70 memberikan pilihan yang menarik bagi peminat SUV yang mencari kombinasi kecanggihan, sportiviti, dan ruang yang besar untuk kegunaan harian mereka.
PROTON telah memperkenalkan PROTON X50 terbaharu kepada pihak media Malaysia sebagai persediaan syarikat untuk pelancaran model pertamanya bagi tahun 2025. Dengan lebih 134,000 unit terjual sejak diperkenalkan pada Oktober 2020.
SUV segmen-B ini telah menjadi model nombor satu dalam kelasnya selama lima tahun berturut-turut. Kini ia menerima kemas kini menyeluruh yang menampilkan gaya serba baharu secara menyeluruh.
Ciri ADAS Tahap 2 yang dinaik taraf, sistem IHU yang dipertingkatkan dengan skrin besar 14.6 inci dan buat pertama kalinya, pengecaman suara (VR) Bahasa Melayu.
Tersedia dalam tiga varian iaitu Executive, Premium, dan Flagship, PROTON bakal memulakan aktiviti pra-pelancaran tidak lama lagi menjelang pelancaran rasmi model ini. Ia bertujuan untuk memperkenalkan ciri-ciri baharunya serta menerima tempahan awal daripada bakal pembeli.
PROTON X50 terbaharu menampilkan reka bentuk luaran yang diperbaharui semula dengan gril dan bampar hadapan baharu, spoiler belakang yang lebih sporty, empat saluran ekzos, skema warna dwi-tona, dan set rim aloi bertekstur yang direka bentuk baharu.
Bahagian dalaman kenderaan juga telah dinaik taraf dengan ketara untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih premium dan berpusatkan pemandu. Termasuk bahan sentuhan lembut. Konsol lantai terapung. Column shifter yang diinspirasikan daripada kereta mewah dan lampu suasana irama 72 warna.
Pelanggan boleh memilih daripada empat warna sedia ada: Snow White, Passion Red, Jet Grey, Armour Silver, dan penambahan baharu yang menarik, Teal Bayou Green.
Kecerdasan dalam kabin adalah teras kepada daya tarikan PROTON X50 terbaharu. Fokus utamanya ialah paparan infotainmen 14.6 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay. Kini dipertingkatkan dengan pengecaman suara dalam Bahasa Melayu yang mengukuhkan komitmen PROTON terhadap antara muka yang lebih setempat dan mesra pengguna.
Aplikasi PROTON Link 2.0 terkini seterusnya meningkatkan kemudahan. Menawarkan pengaktifan enjin dan penghawa dingin dari jauh. Kemas kini status kenderaan masa nyata, dan penjadualan temu janji servis – semuanya boleh diakses melalui peranti mudah alih.
Melengkapi ini ialah suite ciri-ciri keselamatan yang teliti. Termasuk column shifter yang diinspirasikan daripada kereta mewah, fungsi tambahan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 dengan Sistem Radar Sisi Belakang (RSRS).
Sistem Bantuan Parkir Automatik (APA) yang dipertingkatkan dan Kamera HD 360 darjah + paparan telus bawah kenderaan 180 darjah. Ini memastikan X50 memberikan kecerdasan dan keyakinan di belakang roda. Disokong oleh penarafan keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang, pemandu boleh menikmati ketenangan fikiran yang sebenar, mengetahui kenderaan kekal responsif dan boleh dipercayai dalam semua keadaan pemanduan.
Dikuasakan oleh gabungan enjin i-GT 1.5 TD baharu yang canggih. Ia hadir dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan yang responsif. Model terbaharu ini menjana kuasa 133 kW dan 290 Nm tork.
Ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 7.6 saat — mengatasi PROTON X50 2025 sebanyak 0.3 saat. Dengan peningkatan ketara 4.7% dalam kecekapan bahan api, ia menetapkan penanda aras baharu untuk prestasi dan ekonomi dalam kelasnya.
“Sebagai model SUV terkemuka dalam rangkaian PROTON, harapan adalah tinggi untuk PROTON X50 terbaharu untuk meneruskan legasi kecemerlangan model ini. Dengan menawarkan pelanggan peningkatan teknologi dan prestasi yang menyeluruh bersama ciri-ciri mewah dan menggabungkannya dengan gaya luaran baharu yang menarik dan sporty.
Kami fikir tawaran terbaru Proton akan menarik minat pelanggan dari semua lapisan masyarakat dan menetapkan semula penanda aras dalam kelas SUV segmen B.
“Dengan evolusinya yang dipacu inovasi. PROTON X50 terbaharu akan mengukuhkan kedudukan jenama yang kuat sambil menarik pelanggan. Dari keluarga kecil dan golongan profesional muda hingga pembeli kali pertama dan penduduk bandar yang celik teknologi.” kata Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SUV baharu yang menarik ini. Lawati laman web rasmi kami untuk mendaftarkan minat anda. Jangan lupa untuk mengikuti Proton Cars Official di semua platform media sosial utama untuk kemas kini terkini, promosi, dan aktiviti pemasaran menarik untuk PROTON X50 terbaharu.
MODENAS, melalui anak syarikatnya, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), telah membuat kejutan hebat dalam dunia motosikal tempatan dengan melancarkan pusat 4S terbaharunya di Kuching, Sarawak. Terletak di bawah pengurusan Ghee Hua Co Sdn Bhd, Kawasaki Kuching bakal menjadi destinasi utama peminat motosikal di Malaysia Timur.
Pusat 4S yang baru dibuka ini memaparkan keseluruhan jajaran model motosikal Kawasaki, menjadikannya pusat pameran yang lengkap bagi para pecinta motosikal. Ghee Hua Co Sdn Bhd, sebagai Pengedar All-Star pertama di Malaysia Timur, membawa perkongsian strategik dengan EMOS dan MODENAS ke peringkat yang lebih tinggi.
Pelancaran cawangan ini menjadi sejarah baru kepada lanskap motosikal timur, dihadiri oleh Pengarah Kawasaki Kuching dan Ghee Hua Group, Law Kin Hin, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abd Karim Rahman Hamzah.
Selain daripada kehebatan pembukaan pusat 4S, acara ini juga menyambut ulang tahun ke-40 Kawasaki Ninja dengan penuh meriah. Lebih 700 orang hadir untuk menyaksikan pertunjukan permotoran, aktiviti kebudayaan Sarawak, dan menikmati hidangan tempatan.
Pusat 4S Kawasaki Kuching tidak hanya menjadi destinasi utama pembelian motosikal Kawasaki di Kuching tetapi juga menawarkan pelbagai aksesori motosikal seperti pakaian, jaket, sarung tangan, ekzos, dan barangan keperluan motosikal lain.
Ghee Hua, dengan asal usul penjualan basikal pada 1968, telah berkembang menjadi pengedar rasmi Kawasaki sejak 2021. Sebagai Pengedar Kawasaki All-Star rasmi, mereka menjadi pusat 4S eksklusif di Malaysia Timur, menjadikan mereka salah satu daripada 10 pengedar pertama yang diiktiraf.
Dengan langkah ini, EMOS yakin pasaran motosikal Kawasaki dan MODENAS di Sabah dan Sarawak akan berkembang dengan pesat. Kawasaki Kuching membawa semangat baru dan gaya kepada peminat motosikal di Malaysia Timur, mewujudkan terobosan yang penuh semangat dalam dunia motosikal tempatan.
Thunder Motorcycles Rasmi Masuk Malaysia, Tampilkan LS250-S di AOS 2026
Thunder Motorcycles secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Art of Speed 2026...