Tesla baru sahaja melancarkan stesen Supercharger pertamanya di kawasan Pantai Timur Semenanjung yang bertempat di Majlis Bandaraya Kuantan (MPK), Pahang.
Kehadiran stesen pengecasan terbaru ini akan memenuhi keperluan pengecasan dan memudahkan perjalanan rentas negeri dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.
Kini, pemilik kenderaan Tesla boleh menikmati perjalanan yang lebih lancar tanpa perlu risau tentang kehabisan bateri di tengah jalan.
Port pengecas pada Tesla
Kapasiti Supercharger
Stesen Supercharger Majlis Bandaraya Kuantan menawarkan empat pengecas, menjadikannya stesen pengecasan super pertama di negeri Pahang.
Ini merupakan satu langkah signifikan dalam usaha Tesla untuk mengembangkan jaringan pengecasan di Malaysia. Dengan teknologi yang canggih, stesen ini direka untuk memberikan pengalaman pengecasan yang cepat dan efisien.
Ungkapan “plug in, charge and go” benar-benar menggambarkan betapa mudahnya proses pengecasan di stesen Supercharger Tesla.
Aplikasi Tesla
Melalui Aplikasi Tesla, pengguna boleh memantau status caj Superchargers dengan mudah, menavigasi ke stesen pengecasan terdekat, melihat ketersediaan pengecas, dan melakukan pembayaran secara automatik.
Ads
Ini semua dilakukan tanpa sebarang kerumitan, menjadikan pengalaman pemilikan Tesla lebih menyenangkan. Kadar bayaran setiap penggunaan Supercharging adalah RM1.25/kWj, menjadikannya salah satu kaedah pengecasan paling menjimatkan kos di pasaran.
Dengan harga yang kompetitif ini, lebih ramai pengguna akan merasa lebih selesa menggunakan kenderaan elektrik.
Ruang tempat letak kereta dan stesen pengecas di MPK, Kuantan
Sehingga kini, Tesla telah memiliki 11 stesen Supercharging dengan sejumlah 52 pengecas dan 11 stesen Pengecasan Destinasi yang menempatkan 57 pengecas di seluruh Malaysia.
Jaringan ini bukan sahaja memudahkan perjalanan di dalam negara tetapi juga merentasi sempadan ke Singapura.
Ads
Perkembangan ini menunjukkan komitmen Tesla untuk memperluas infrastruktur pengecasannya di Malaysia, seiring dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik.
Kehadiran stesen Supercharger di Kuantan ini juga memberi manfaat besar kepada pelancong dan penduduk tempatan. Bagi mereka yang sering berulang-alik antara Pantai Timur dan Kuala Lumpur, stesen ini pastinya akan menjadi kemudahan yang sangat dialu-alukan.
Selain itu, ia juga menunjukkan sokongan terhadap inisiatif hijau dan pengurangan jejak karbon, sejajar dengan matlamat global untuk menjaga alam sekitar.
Tesla terus komited untuk membawa teknologi dan penyelesaian pengecasan termaju ke Malaysia. Dengan pelancaran stesen Supercharger di Kuantan ini, mereka sekali lagi menunjukkan bahawa masa depan automotif adalah elektrik.
Ads
Terminal pengecas super Tesla
Kepada semua pemilik Tesla di Malaysia, ini adalah masa yang sesuai untuk merasai sendiri kehebatan dan kecekapan pengecasan Supercharger Tesla.
Jadi, jika anda merancang perjalanan ke Pantai Timur, pastikan untuk singgah dan mencuba stesen Supercharging terbaru ini. Plug in, charge and go!
Toyota Menakrif Semula Cita Rasa Pemanduan dengan Pelancaran GR Yaris, GR Corolla, dan Corolla GR Sport 2025
UMW Toyota Motor Sdn Bhd melakar sejarah dengan pelancaran tiga model GR yang sentiasa dinantikan oleh peminat model toyota di Malaysia.
Model tersebut adalah GR Yaris 2025, GR Corolla 2025, dan Corolla GR Sport 2025.
Acara ini adalah bersempena perlumbaan Toyota Gazoo Racing Musim Ke-7.
Pengenalan model ini menjadi lambang inovasi serta kejuruteraan termaju Toyota, membawa teknologi litar perlumbaan terus ke jalan raya.
Pelancaran ini merupakan simbol komitmen Toyota dalam memberikan pengalaman pemanduan yang mendebarkan kepada rakyat Malaysia.
Dengan kejuruteraan inovatif, reka bentuk aerodinamik, dan teknologi keselamatan terkini, model-model ini menandakan era baharu bagi segmen kenderaan berprestasi tinggi di negara ini.
GR Yaris 2025
GR Yaris 2025 merupakan sebuah kereta yang menfokuskan kepada prestasi dan kawalan.
Jentera ini dikuasakan oleh enjin pengecas turbo G16E-GTS 1.6-liter, menghasilkan 300PS dan 400Nm tork, memberikan kuasa yang mencengkam di atas jalan raya.
Prestasi Enjin: Dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan, sistem GR-Four AWD membolehkan pengagihan tork yang optimum, diinspirasikan oleh legasi Toyota dalam World Rally Championship (WRC).
Reka Bentuk Aerodinamik: Dilengkapi dengan Functional MATRIX Ver.2 untuk aliran udara maksimum, sistem penyejukan canggih seperti sub-radiator dan semburan intercooler memastikan enjin kekal pada prestasi tertinggi.
Suspensi Termaju: Teknologi suspensi dipertingkatkan memberikan kawalan mantap di selekoh tajam dan kestabilan luar biasa pada kelajuan tinggi.
Bahagian Dalaman: Kabin serba moden dengan paparan GR Full TFT 12.3 inci, kedudukan pemandu yang lebih rendah, dan tali pinggang keselamatan merah menambahkan elemen sporty.
Pilihan Warna: Ditawarkan dalam empat warna menarik termasuk warna baharu Precious Metal.
Harga: Bermula pada RM315,600.
GR Corolla 2025
GR Corolla 2025 adalah manifestasi kejuruteraan moden dengan prestasi luar biasa.
Jentera ini dilengkapi enjin pengecas turbo G16E-GTS 1.6-liter yang menghasilkan 300PS dan 400Nm tork.
Teknologi Prestasi: Dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan dan sistem GR-Four AWD, GR Corolla memastikan kawalan optimum di setiap permukaan jalan. Teknologi ini membolehkan pengagihan tork dinamik, memberikan pengalaman pemanduan yang lancar dan stabil.
Suspensi dan Aerodinamik: Sistem suspensi baharu memberikan keseimbangan sempurna antara ketangkasan dan kestabilan, manakala reka bentuk aerodinamik menonjolkan postur rendah dan lebar, lengkap dengan corong udara besar dan bampar hadapan berprofil tinggi.
Reka Bentuk Dalaman: Tempat duduk berinspirasikan rali, trim gun-metallic, dan paparan digital masa nyata memberikan pengalaman futuristik.
Pilihan Warna: Ditawarkan dalam warna ikonik seperti Platinum White Pearl Mica, Precious Black, Precious Metal, dan Emotional Red 2.
Harga: Bermula pada RM367,000.
Corolla GR Sport 2025
Bagi mereka yang mencari keseimbangan antara gaya sporty dan praktikaliti harian, Corolla GR Sport 2025 adalah pilihan ideal.
Model ini dikuasakan oleh enjin 1.8-liter dengan transmisi Sport Sequential Shiftmatic CVT 10-kelajuan, menghasilkan pecutan lancar dan peralihan gear pantas.
Reka Bentuk Luar: Skema warna dua tona termasuk bumbung hitam, roda aloi 18-inci baharu dengan corak multi-spoke, dan gril khas GR Sport memberikan penampilan sporty yang menarik.
Bahagian Dalaman: Tempat duduk suede dan kulit premium dengan jahitan merah, stereng GR, dan sistem audio 10-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto menjadikan ruang kabin moden dan selesa.
Teknologi Keselamatan: Dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS), termasuk sistem pra-perlanggaran, bantuan jejak lorong, dan kawalan jelajah dinamik. Ciri tambahan seperti amaran lintasan trafik belakang dan paparan panorama 3D meningkatkan keselamatan dalam pelbagai keadaan.
Pilihan Warna: Termasuk Platinum White Pearl Mica, Red Mica Metallic, dan Attitude Black Mica dengan bumbung hitam.
Harga: Bermula pada RM149,800.
Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor, menegaskan, “Toyota sentiasa komited untuk membawa inovasi dan pengalaman pemanduan yang luar biasa kepada rakyat Malaysia. Pelancaran model GR dan GR Sport ini adalah bukti dedikasi kami dalam menghubungkan jiwa pemandu dengan jalan raya.”
Info lebih lanjut anda boleh melayari laman sesawang www.toyota.com.my.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Kerajaan ditekan untuk menghapuskan sekurang-kurangnya dua tol di Gombak dan Karak sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) menyuarakan keperluan ini dengan menyatakan bahawa terdapat empat tol di LPT yang menyebabkan kesesakan yang tidak perlu. Beliau menekankan bahawa hanya dua plaza tol sahaja yang sepatutnya diperlukan untuk memasuki dan keluar dari lebuh raya tersebut.
“Menghapuskan dua plaza tol di LPT, iaitu Gombak dan Karak, adalah penting kerana ini akan membantu mengurangkan kesesakan yang sering berlaku di lebuh raya tersebut,” katanya semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Beliau juga menyokong cadangan untuk menghapuskan semua tol di negara ini, sejajar dengan janji kerajaan. Tol Gombak, yang merupakan salah satu tol paling awal di Malaysia, disebut sebagai salah satu tol yang perlu dihapuskan terlebih dahulu.
Isu penggunaan kenderaan elektrik juga dibangkitkan, dengan Tuan Ibrahim menyambut baik langkah itu tetapi menekankan bahawa bilangan stesen pengecas masih kurang. Beliau menyatakan bahawa terdapat kekurangan stesen pengecas di LPT dan menyeru untuk penambahbaikan dalam aspek ini.
Mengenai isu pelepasan karbon, Tuan Ibrahim menyatakan bahawa penggunaan pengangkutan awam masih rendah dan meminta kerajaan mencari jalan untuk meningkatkannya demi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau.
Pada 22 hingga 23 Jun 2024, KL Base Kuala Lumpur akan menjadi pusat tumpuan penggemar permotoran dengan penganjuran program BOTK3.0 x CORE Autofest x Taste & Drive 2024.
Acara ini akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam. Dianjurkan oleh Kelab MUSC Motorsports yang berdaftar dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Program ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk acara drag racing, autoshow kereta dan motosikal. Selain itu, karnival makanan dan konsert turut diadakan.
Poster rasmi Core Autofest
BOTK3.0 x CORE Autofest x Taste & Drive 2024 akan menjadi perhimpunan gergasi permotoran terbesar yang pertama kali diadakan di Malaysia, menggabungkan elemen sukan dan rekreasi yang sihat.
Antara segmen menarik yang akan diadakan termasuk acara drag racing, “test n tune”, CORE Autofest bagi autoshow kereta dan motosikal. Selain itu, Brew & Camp Autofest untuk peminat Camper Malaysia. Tidak ketinggalan, akan diadakan juga perhimpunan kelab-kelab kereta dan motosikal serta konsert kumpulan rock terkenal, XPDC.
Program ini menyasarkan penyertaan 1,000 peserta dan dihadiri sekurang-kurangnya 10,000 pengunjung dari seluruh negara dan luar negara. Ini termasuk peserta dari negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Pameran motosikal pelbagai kelas
Selain menyediakan ruang promosi dan jualan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan. Program ini juga diharapkan dapat membantu merancakkan sektor pelancongan domestik melalui kehadiran ribuan pengunjung dari luar Kuala Lumpur dan negara-negara jiran.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai dan menyaksikan festival permotoran terbesar di Malaysia ini!
UMW Toyota Motor Perkukuh Usaha Mobiliti Hijau Negara
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menzahirkan komitmen terhadap agenda kelestarian negara melalui satu kolaborasi strategik bersama...