Manaus, ibu kota negeri Amazonas di Brazil, terkenal dengan keindahan alam semula jadinya yang dikelilingi oleh hutan hujan Amazon yang luas.
Satu aspek unik yang menjadikan Manaus berbeza ialah sistem stesen minyak terapung yang beroperasi di sepanjang sungai Amazon.
Dengan kedudukan geografinya yang dikelilingi oleh air sebagai laluan utama, stesen minyak ini menjadi nadi penting bagi penduduk tempatan, nelayan, dan kapal yang berlayar di sungai terbesar di dunia ini.
Mengapa Perlu Stesen Minyak Terapung?
Manaus terletak di tengah-tengah hutan Amazon, jauh dari rangkaian lebuh raya utama di Brazil.
Disebabkan akses jalan raya yang terhad, pergerakan di kawasan ini dilakukan melalui sungai, sama ada menggunakan bot kecil, kapal kargo, atau feri.
Oleh itu, kenderaan air ini memerlukan bekalan bahan api yang mencukupi untuk perjalanan jauh dan stesen minyak ini memainkan peranan penting.
Ads
Kredit Foto : Website commons.wikimedia.org
Ciri-Ciri Unik
Struktur Terapung Sepenuhnya Stesen minyak ini dibina di atas platform terapung yang diletakkan di tebing sungai atau di tengah laluan air. Ia direka khas untuk disesuaikan dengan paras air yang berubah-ubah sepanjang tahun, terutamanya ketika musim hujan dan kemarau di Amazon.
Kemudahan Lengkap Seperti Stesen Minyak Biasa Sama seperti stesen minyak di darat, versi terapung ini menyediakan pelbagai jenis bahan api termasuk petrol, diesel, dan minyak enjin untuk bot dan kapal. Beberapa stesen juga menawarkan perkhidmatan tambahan seperti kedai runcit kecil dan bengkel penyelenggaraan.
Bekalan Bahan Api Secara Berterusan Bahan api diangkut menggunakan kapal tangki yang membekalkan stok secara berkala bagi memastikan keperluan masyarakat setempat dan pelancong yang melalui kawasan ini sentiasa dipenuhi.
Kepentingan Stesen Minyak Terapung di Manaus
Menyokong Aktiviti Ekonomi
Ekonomi di kawasan Amazon sangat bergantung kepada laluan sungai.
Nelayan, pengusaha bot pelancong, dan pedagang yang menjual barangan ke perkampungan sekitar memerlukan bekalan bahan api yang cukup.
Tanpa stesen minyak terapung, operasi harian mereka akan menjadi sukar.
Kredit Foto : Website reddit
Pembangunan Infrastruktur Tanpa Merosakkan Hutan
Jika stesen minyak biasa dibina di darat, ia memerlukan penebangan hutan yang luas untuk membina jalan raya dan paip saluran untuk penyimpanan bahan api.
Dengan sistem terapung ini, keperluan infrastruktur darat dapat dikurangkan, sekali gus membantu pemuliharaan alam sekitar.
Ads
Memudahkan Perjalanan Jarak Jauh
Bagi sesiapa yang merentasi sungai Amazon dengan bot atau kapal kargo, mendapatkan bahan api boleh menjadi satu cabaran.
Kehadiran stesen minyak ini membolehkan mereka mengisi minyak tanpa perlu berpatah balik ke darat.
Cabaran Stesen Minyak Terapung
Walaupun inovatif, stesen minyak ini tetap menghadapi beberapa cabaran:
Kos Operasi Tinggi – Penghantaran bahan api ke kawasan terpencil melibatkan kos logistik yang tinggi.
Risiko Pencemaran – Jika berlaku tumpahan minyak, ia boleh memberi kesan negatif kepada ekosistem sungai Amazon.
Keselamatan – Kawasan sungai Amazon juga terkenal dengan kegiatan lanun sungai yang boleh menjejaskan operasi sesetengah stesen minyak.
Konklusi
Stesen minyak ini merupakan satu contoh inovasi yang dibina sesuai dengan keadaan geografi dan keperluan tempatan.
Ads
Ia juga dapat membantu penduduk dan industri di kawasan sungai Amazon.
Dalam masa yang sama stesen minyak ini membuktikan bagaimana manusia boleh membangunkan teknologi tanpa merosakkan alam sekitar.
Dengan pemantauan yang ketat dan langkah keselamatan yang baik, stesen minyak ini berpotensi menjadi contoh bagi kawasan lain yang menghadapi cabaran geografi yang serupa.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Hyundai sekali lagi menunjukkan kesungguhan mereka dalam dunia sukan permotoran dengan memperkenalkan kereta lumba IONIQ 5 N eN1 Cup.
Menggunakan platform dari model IONIQ 5 yang popular, kereta lumba ini mengekalkan ciri-ciri sistem elektronik kuasa (PE) yang sama seperti versi pemanduannya di jalan raya.
Dengan motor elektrik depan berkuasa 166 kW (226 ps) dan motor belakang 282 kW (383 ps), kereta ini menghasilkan kuasa keseluruhan sehingga 650 ps, menjadikannya lebih berkuasa daripada model IONIQ 5 biasa.
Hyundai merancang kereta lumba ini untuk bersaing dalam kelas eN1 yang baru diwujudkan di dalam acara Hyundai N Festival, satu siri perlumbaan terbesar bagi pelumba profesional di Korea.
Kredit: Hyundai
Kelas eN1 ini khusus untuk perlumbaan kereta lumba yang tidak boleh dipandu di jalan raya dan menunjukkan komitmen Hyundai dalam memajukan perlumbaan hijau dan teknologi elektrik.
Dengan pasukan diberi kebebasan menggunakan pelbagai produk tayar dan peraturan terbuka, ini menjanjikan persaingan yang sengit dan inovasi yang berterusan.
Kereta lumba IONIQ 5 N eN1 Cup dilengkapi dengan kit badan lebar dan spoiler besar untuk meningkatkan prestasi aerodinamik, sementara teknologi seperti N e-Shift, N Active Sound+, dan N Grin Boost menambahkan elemen keseronokan kepada pengalaman perlumbaan.
Kredit: Hyundai
Dari aspek keselamatan, kereta ini dilengkapi dengan rangka keselamatan mengikut piawaian FIA, pemadam api khusus untuk kebakaran elektrik, dan pemindahan port pengecasan.
Dengan spesifikasi yang mengagumkan dan teknologi terkini dari keluarga IONIQ, Hyundai IONIQ 5 N eN1 Cup menjanjikan pengalaman perlumbaan elektrik yang serba canggih dan mengasyikkan.
Buat peminat skuter premium, Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda Forza NSS250 versi 2025 ke pasaran Malaysia dengan harga RM25,888 (tidak termasuk insurans).
Walaupun harga kekal sama seperti model terdahulu, Forza NSS250 kali ini hadir dengan beberapa penambahbaikan yang pasti menarik perhatian.
Skrin TFT & Teknologi Honda RoadSync
Antara ciri baharu yang diperkenalkan pada model ini adalah skrin TFT bersaiz lima inci, yang kini menyokong sistem Honda RoadSync. Dengan sistem ini, penunggang boleh mengakses navigasi, mengawal muzik, serta menjawab panggilan telefon dengan lebih mudah apabila dihubungkan dengan sistem komunikasi dalam helmet. Teknologi ini memberi pengalaman tunggangan yang lebih moden dan praktikal.
Reka Bentuk Kekal, Enjin Berkuasa
Dari segi reka bentuk, Forza NSS250 masih mengekalkan rupa yang sama dengan model sebelumnya. Jentera ini dikuasakan oleh enjin satu silinder SOHC 249.5 cc dengan sistem penyejukan cecair. Menghasilkan kuasa 22.8 hp pada 7,750 rpm dan tork 24 Nm pada 6,250 rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik CVT eSP+ untuk tunggangan lancar dan cekap bahan api.
Penghadang Angin Elektronik & Ciri Kemudahan
Satu lagi ciri baharu yang pasti dihargai adalah penghadang angin hadapan yang kini boleh dilaras secara elektronik. Memberikan keselesaan tambahan terutama untuk tunggangan jarak jauh. Selain itu, Forza NSS250 turut dilengkapi dengan pengecas USB, sistem tanpa kunci, serta ruang simpanan bawah tempat duduk yang cukup luas untuk menempatkan dua helmet.
Suspensi Mantap & Sistem Brek Canggih
Untuk memastikan kestabilan dan keselesaan maksimum, skuter ini dilengkapi dengan fork teleskopik 33 mm di bahagian hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang. Ia menggunakan rim 15 inci di hadapan dan 14 inci di belakang.
Dipadankan dengan sistem brek cakera 256 mm bersama angkup dua piston di hadapan serta cakera 240 mm dengan angkup satu piston di belakang. Sistem brek ABS dua saluran turut disertakan bagi memastikan keselamatan yang lebih baik.
Spesifikasi Tambahan & Ciri Keselamatan
Dari segi berat, Honda Forza NSS250 mencatatkan 185 kg, dengan kapasiti tangki bahan api sebanyak 11.7 liter – cukup untuk perjalanan jarak jauh tanpa perlu kerap mengisi minyak.
Bagi aspek keselamatan, skuter ini dilengkapi dengan sistem kawalan cengkaman Honda Selectable Torque Control (HSTC). Memberikan kawalan lebih baik terutama di permukaan jalan yang licin.
Pilihan Warna & Jaminan
Untuk versi 2025 ini, Honda menawarkan lima pilihan warna menarik bagi Forza NSS250, memberikan lebih banyak pilihan kepada pembeli. Skuter ini turut didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km, memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik.
Secara keseluruhannya, Honda Forza NSS250 2025 menampilkan gabungan teknologi moden, keselesaan premium dan prestasi mantap – menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mencari skuter dengan gaya, kemudahan dan kuasa yang seimbang!
Berita terkini dari Korea Selatan, Kia sedang dalam pembangunan sebuah kenderaan elektrik baharu, yang diberi nama Kia EV8, sebagaimana yang didedahkan dalam Butiran Pertama Kia EV8.
Kenderaan ini dilihat sebagai pengganti spiritual kepada Kia Stinger, dengan perubahan kuasa ke arah tenaga elektrik, Kia EV8 bakal mewakili perubahan besar dalam arah tuju automotif, mereka berusaha untuk mengekalkan peralihan industri ke elektrifikasi sementara mengekalkan warisan pendahulunya.
Kia EV8 akan direka berdasarkan Platform Kia Stinger dan akan menampilkan reka bentuk yang elegan, menandakan era baharu dalam mobiliti elektrik. Dengan sistem penggerak elektriknya yang inovatif, EV8 adalah bukti komitmen Kia terhadap elektrifikasi dan kemajuan teknologi, dijangka menggemparkan pasaran pada tahun 2026.
Kredit Foto: Kia 2022 Stinger PE
Dalam pendedahan Butiran Pertama Kia EV8, dinyatakan bahawa EV8, yang dikenali sebagai GT1 secara dalaman, bersiap siaga untuk pengeluaran menggunakan platform kenderaan elektrik generasi terkini Hyundai-Kia.
Maklumat ini, diperolehi daripada jadual pengeluaran yang tersebar yang diterbitkan oleh Korean Car Blog, menunjukkan tarikh mula pengeluaran pada tahun 2026 di Pabrik Hwaseong Plant 3 milik Kia.
EV8 akan berkongsi platform eM dengan SUV Genesis GV90. Aspek menarik EV8 adalah pek bateri 113.2 kWh yang mengagumkan, dijangkakan memberikan jarak 700 hingga 804 kilometer. Ini bakal menetapkan standard baru dalam industri kenderaan elektrik.
Kredit Foto: Kia 2022 Stinger PE
Menurut Butiran Pertama Kia EV8, kenderaan ini dijangka akan ditawarkan pelbagai konfigurasi penggerak kuasa. Versi tertinggi Kia EV8 dijangka akan menampilkan motor dwi, memberikan jumlah kuasa sebanyak 603 HP, dengan 335 HP ke roda hadapan dan 268 HP ke roda belakang.
Di sisi lain, model-standard EV8 kemungkinan akan dilengkapi dengan motor tunggal 215HP untuk penggerak roda belakang. Selain itu, varian pacuan empat roda EV8 dijangkakan akan termasuk motor tambahan 215HP untuk roda hadapan.
Dari segi harga, Kia EV8 akan diletakkan secara kompetitif di antara model EV6 dan EV9 sedia ada, dengan harga bermula pada RM205,000 ($42,600) dan RM264,000 ($54,900), masing-masing, menunjukkan kedudukannya sebagai pilihan sederhana di pasaran.
UMW Toyota Motor Perkukuh Usaha Mobiliti Hijau Negara
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menzahirkan komitmen terhadap agenda kelestarian negara melalui satu kolaborasi strategik bersama...