Untuk satu hujung minggu sahaja alami pameran terbesar dan belum pernah terjadi di Mercedes-Benz World! Di sini Mercedes-Benz meraikan kemewahan tanpa tandingan, inovasi, dan kepelbagaian, menawarkan fleksibiliti dan kemewahan pilihan dalam kecemerlangan automotif, dengan barisan lebih 30 model dari semua segmen.
Mercedes-Benz World – Di Mana Warisan Bertemu Inovasi
Mercedes-Benz World yang berlangsung di KL Base, Sungai Besi dari 5 hingga 7 Julai 2024 merupakan pameran keseluruhan portfolio keluarga Mercedes-Benz. Dari kenderaan terbaru dan terpantas hingga yang paling mewah. Merangkumi enjin pembakaran berteknologi tinggi dan Kenderaan Elektrik (EV) canggih hingga pilihan Hibrid Plug-in.
Pelancaran tiga model AMG pada Pameran Mercedes-Benz World
Pelancaran Model AMG Berprestasi Tinggi
Sorotan acara ini adalah pelancaran tiga model Mercedes-AMG berprestasi tinggi yang baharu – Mercedes-AMG C 63 S E PERFORMANCE F1 Edition, Mercedes-AMG GLA 45 S 4MATIC+, dan Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC.
Mercedes-Benz turut mempersembahkan rangkaian kenderaan elektrik dan hibrid plug-in yang diperluas. Seperti EQA, EQB, EQC, EQE dan EQS.
Ads
Sisi belakang C63 S E Performance F1 Edition
Pelbagai Aktiviti Menarik untuk Semua
Nikmati tawaran eksklusif apabila anda menempah Mercedes-Benz anda. Serta alami tiga hari penuh dengan aktiviti menarik untuk semua peringkat umur, termasuk rock climbing, pemanduan slalom dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara luar biasa ini. Di mana anda boleh merasai kemewahan, inovasi, dan prestasi yang menjadikan Mercedes-Benz sebagai jenama automotif terunggul di dunia.
PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON Holdings Berhad, mencatat dua perkembangan signifikan sempena Penang Autoshow 2026 apabila memperkenalkan warna baharu Jade Green untuk Proton e.MAS 5 serta membawa buat pertama kali platform Global Modular Architecture (GMA) ke rantau Utara Malaysia.
Sebagai model EV nombor satu di Malaysia dengan lebih 8,000 unit telah diserahkan setakat tahun ini, Proton e.MAS 5 menjadi tarikan utama dengan penampilan warna baharu Jade Green yang lebih segar dan moden.
Model ini turut dipamerkan bersama Proton e.MAS 7 PHEV yang hadir dengan warna Emerald Green, sekali gus memperluaskan pilihan dalam barisan e.MAS.
Selain model kenderaan, PRO-NET turut mempamerkan platform Global Modular Architecture (GMA) buat kali pertama di Malaysia.
Platform ini menjadi asas kepada pembangunan model EV dan PHEV jenama tersebut, direka dengan fokus kepada fleksibiliti, keselamatan dan prestasi.
Ia dilengkapi teknologi seperti motor bersepadu tinggi, struktur keluli berkekuatan tinggi sekali gus memberikan gambaran lebih jelas kepada pengguna tentang kelebihan teknologi elektrifikasi berbanding enjin pembakaran dalaman konvensional.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, pengenalan warna baharu serta pameran platform GMA ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memperluaskan penerimaan EV di Malaysia.
Inisiatif ini juga bertujuan membantu pengguna memahami teknologi EV dengan lebih mudah dan praktikal.
Pengunjung Penang Autoshow 2026 turut berpeluang mencuba sendiri rangkaian model Proton e.MAS termasuk e.MAS 5, e.MAS 7 dan e.MAS 7 PHEV menerusi sesi pandu uji yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mei 2026.
Menariknya, kempen “Golden Test Drive” turut dianjurkan, memberi peluang kepada peserta memenangi jongkong emas menerusi konsep “30 Gold Bars in 30 Days”.
Kempen ini berlangsung dari 13 April hingga 17 Mei, dengan sejumlah 30 unit jongkong emas seberat 3 gram ditawarkan sepanjang tempoh lima minggu.
Pengeluar pesawat China, COMAC, baru-baru ini mengumumkan bahawa Air China menjadi pelanggan pertama bagi pesawat badan lebar C929 yang sedang dibangunkan.
Pesawat ini direka untuk bersaing dengan model pesawat dua lorong keluaran Airbus dan Boeing.
Sekali gus menandakan langkah besar COMAC dalam industri penerbangan global.
Pengumuman ini dibuat oleh Timbalan Pengarah Pemasaran COMAC, Liu Yan, semasa pameran udara terbesar China di Zhuhai.
Liu tidak mendedahkan jumlah pesawat yang akan dibeli oleh Air China yang berpusat di Beijing atau tarikh penghantaran yang dirancang.
Dalam perkembangan lain, COMAC turut mengumumkan pesanan besar daripada Hainan Airlines dan Colorful Guizhou Airlines.
Hainan Airlines mengesahkan pembelian 60 unit pesawat C919 dan 40 unit pesawat C909 untuk penerbangan serantau.
Sementara itu, Colorful Guizhou Airlines telah menandatangani perjanjian pembelian 30 pesawat C909, dengan 20 daripadanya sebagai pesanan tetap manakala selebihnya bersifat sementara.
Pesawat C929 dijangka mampu membawa antara 280 hingga 400 penumpang dengan jarak penerbangan maksimum sejauh 12,000 km (7,500 batu).
Spesifikasi ini meletakkannya dalam kategori yang sama dengan Boeing 787 Dreamliner, yang telah lama mendominasi pasaran pesawat badan lebar.
C929 sebelum ini dikenali sebagai CR929, tetapi namanya ditukar pada tahun 2023 selepas Rusia menarik diri daripada usaha sama dengan China dalam membangunkan pesawat tersebut.
Menurut laporan April daripada pengeluar fiuslaj C929, bahagian fiuslaj pertama dijangka dihantar menjelang September 2027.
Dalam satu kenyataan pada Mei lalu, Timbalan Pengurus Besar COMAC, Tong Yu, memaklumkan kepada wartawan Hong Kong bahawa prototaip pesawat ini akan dapat dilihat dalam masa terdekat.
Beliau turut menyatakan bahawa ujian penerbangan untuk C929 dijangka berlaku tidak lama lagi.
Pelancaran pesawat C929 merupakan langkah strategik untuk COMAC memasuki pasaran global yang dikuasai oleh pemain utama seperti Airbus dan Boeing.
Dengan sokongan daripada syarikat penerbangan domestik seperti Air China, Hainan Airlines, dan Colorful Guizhou Airlines, COMAC berada di landasan yang kukuh untuk meningkatkan daya saingnya dalam sektor penerbangan komersial.
Pengumuman ini bukan sahaja mencerminkan keyakinan syarikat penerbangan tempatan terhadap keupayaan teknologi COMAC, malah mencetuskan saingan baharu dalam industri penerbangan antarabangsa.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Kejohanan Toyota GR Malaysia eRacing Championship Grand Finals 2025 yang berlangsung di Sunway University menyaksikan aksi sengit apabila pelumba simulator terbaik Malaysia berentap bagi merebut kejuaraan dan sebahagian daripada hadiah wang tunai berjumlah RM123,000.
Dianjurkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT), kejohanan ini menjadi pentas dalam pencarian generasi baharu pelumba negara. Ia menampilkan dua kategori utama Pro Championship, khusus buat pelumba sim elit Malaysia, serta Campus Tour, inisiatif yang membawa simulator profesional ke universiti seluruh negara untuk mencari bakat baharu.
Selepas tiga perlumbaan yang juga merupakan pusingan keempat dan terakhir musim ini, dua beradik Nabil dan Naquib Azlan mengungguli kedudukan keseluruhan Pro Class, masing-masing di tempat pertama dan kedua, manakala Taj Izrin Aiman menamatkan saingan di tempat ketiga selepas berjaya mempertahankan gelaran GT miliknya.
Taj, yang kini berusia 26 tahun, akan mengetuai cabaran Malaysia bersama naib juara Iqbal Suji dan Chong Kai Chang untuk ke Toyota GR Asia eSports GT Championship di Bangkok, November ini.
“Kejohanan tahun ini benar-benar menguji strategi dan pelaksanaan. Persaingan sangat sengit dari awal hingga akhir,” kata Taj.
“Kami akan berjuang di Bangkok bagi mempertahankan kejuaraan Asia yang Malaysia menangi tahun lalu.”
Tahun 2024 menjadi detik bersejarah apabila Taj muncul sebagai juara Asia pertama Malaysia dalam dunia eRacing, membuka laluan buat lebih ramai bakat tempatan ke arena serantau.
Untuk 2025, kejohanan ini memperkenalkan format pelbagai platform yang merangkumi Assetto Corsa, RaceRoom, iRacing dan Gran Turismo 7 satu pendekatan profesional yang mencerminkan standard liga antarabangsa. Setiap platform menampilkan dinamik pengendalian berbeza, memaksa peserta menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya pemanduan dan keadaan perlumbaan.
Menariknya, 35% peserta separuh akhir tahun ini merupakan wajah baharu, ramai antara mereka sudahpun aktif dalam komuniti sim racing tempatan.
“Format baharu ini memang luar biasa mencabar dan mendidik kami untuk belajar serta mempertingkatkan diri,” kata juara Pro Class, Nabil Azlan, yang membawa pulang hadiah RM25,000.
“Sim racing mengubah hidup saya. Ia menjadi asas kepada karier sebenar saya di litar sebenar.”
Selain aksi utama, Toyota Campus Tour turut menjelajah ke lapan universiti di seluruh negara, memperkukuh komitmen Toyota terhadap pembangunan bakat akar umbi. Sepuluh peserta terpantas dari setiap universiti mara ke Grand Finals, dan Randy Goh dari INTI Subang muncul sebagai juara kategori pelajar.
Menambah warna pada acara, Media Exhibition Race turut dianjurkan, melibatkan sepuluh peserta media yang buat pertama kali merasai pengalaman memandu simulator profesional. Perlumbaan santai tetapi mencabar ini bukan sahaja dipenuhi gelak tawa, malah meningkatkan penghargaan terhadap kemahiran dan ketepatan yang dimiliki pelumba sebenar.
Toyota GR Malaysia eRacing Championship Grand Finals 2025 turut menandakan pembukaan pendaftaran bagi Program Bakat Muda Toyota GAZOO Racing 2026, khas untuk mereka berumur 16 hingga 22 tahun yang bercita-cita menjadi pelumba profesional.
Peserta berpeluang menyertai Rookie Class Toyota GAZOO Racing Vios Challenge 2026 dan menjalani latihan intensif bersama jurulatih profesional dan ini merupakan platform yang telah melahirkan ramai pelumba ternama Malaysia.
Pendaftaran dibuka sekarang di laman sesawang Toyota GAZOO Racing Malaysia dan juga melalui saluran media sosial rasmi Toyota. Tarikh tutup penyertaan ialah 26 Oktober 2025.
Apa Sebenarnya Maksud Angin Lintang?
Kalau anda selalu memandu di lebuh raya, pasti pernah nampak papan tanda amaran “Angin Lintang”. Ramai yang tahu ia berkaitan...