Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen motosikal sukan tempatan dengan memperkenalkan dua model baharu Modenas Ninja 500 dan Modenas Ninja 500 SE.
Kedua-dua model ini bukan sahaja membawakan teknologi serta reka bentuk moden, malah menawarkan pengalaman tunggangan yang lebih mengujakan kepada penunggang baru dan berpengalaman.
Motosikal ini direka untuk memberikan keseimbangan terbaik antara prestasi, kelincahan dan keselesaan.
Enjin selari berkembar 500cc yang baharu dibangunkan memastikan penghantaran kuasa yang lancar dan responsif, sesuai untuk tunggangan harian mahupun perjalanan jauh.
Antara ciri utama model ini adalah:
Modenas Ninja 500 boleh didapati dalam warna Hitam dengan harga RM28,100 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Modenas Ninja 500 SE hadir pula dilengkapi dengan pelbagai peningkatan untuk pengalaman tunggangan yang lebih selesa.
Varian SE ini menawarkan lebih banyak kelebihan berbanding model standard, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang inginkan fungsi tambahan.
Ciri eksklusif pada model SE ini adalah:
Modenas Ninja 500 SE boleh didapati dalam dua pilihan warna menarik, Lime Green dan Hitam/Merah, dengan harga RM30,100 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Dengan pelancaran dua model baharu ini, MODENAS bukan sahaja memperkukuh kedudukannya dalam segmen motosikal sukan tetapi turut membawakan teknologi inovatif serta kebolehpercayaan jenama Kawasaki kepada pasaran Malaysia.
Gabungan reka bentuk moden, prestasi dinamik dan ciri premium menjadikan motosikal sebagai pilihan menarik bagi peminat motosikal tempatan.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, layari laman web rasmi MODENAS atau Kawasaki Malaysia.
Baca Juga : Modenas Memperkenalkan Modenas Versys 650 SE dan Kawasaki Z900RS SE untuk Pasaran Malaysia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.