BMW Motorrad Vision CE
BMW Motorrad memperkenalkan konsep baharu mereka, Vision CE. Berbeza daripada motosikal tradisional, Vision CE merupakan sebuah motosikal gaya hidup yang menggabungkan keselamatan, keselesaan dan ekspresi diri.
Reka Bentuk Berinspirasikan “Beach Buggy”
BMW Vision CE hadir dengan bahasa reka bentuk unik yang diinspirasikan daripada beach buggy vibes, menekankan elemen keseronokan santai tetapi selamat. Bahagian hadapan menampilkan rangka tubular keluli yang memberi perlindungan kepada kaki dan bahagian sisi penunggang, manakala struktur pelindung berbentuk sangkar menawarkan lapisan tambahan keselamatan untuk pinggul serta bahu.
Lebih menarik, motosikal ini mampu berdiri sendiri tanpa perlu tongkat. Ciri ini menambah kemudahan harian, membolehkan penunggang hanya perlu “hop on and ride” sama ada mengenakan pakaian formal atau kasual.
Mobiliti Selamat, Tanpa Perlu Kompromi
Tidak seperti motosikal konvensional, Vision CE dibangunkan untuk realiti urban sebenar. Ia memberi ruang kepada penunggang untuk bergerak bebas, dengan keselamatan masih menjadi keutamaan. Keselesaan aliran trafik bandar menjadi teras, menjadikannya alternatif gaya hidup yang lebih relaks berbanding dua roda tradisional. Tetapi di Malaysia sudah pasti pemakaian topi keledar adalah wajib ketika menunggang motosikal.
Fleksibiliti Mengikut Kesesuaian Gaya Hidup
BMW menekankan bahawa motosikal ini bukan hanya sebuah motosikal konsep teknikal, tetapi juga sebuah kanvas gaya hidup. Ia disesuaikan dengan pelbagai personaliti:
The DJ – Dari mesyuarat siang ke acara malam, Vision CE menjadi kenderaan ekspresif yang menghubungkan kerja dan hiburan.
The Camper – Bekerja di bandar pada pagi, memecut ke pergunungan menjelang tengah hari. Mobiliti fleksibel memberi ruang untuk mengejar kebahagiaan.
The Los Angeles – Simbol spontaniti urban, dari mesyuarat ke butik fesyen, sebelum ke acara eksklusif pada malam hari.
BMW Motorrad Vision CE bukan sekadar prototaip, tetapi Ia menandakan hala tuju baharu terhadap mobiliti urban iaitu selamat, praktikal, bergaya, dan menyeronokkan. Masa depan mobiliti? Menurut BMW, ia jelas kelihatan semakin cerah.
Baca Juga : BMW Motorrad Dedah Konsep RR – Petanda Awal Generasi Superbike Masa Depan
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.