Bersempena sambutan Aidilfitri bersama media baru-baru ini di Courtyard Kuala Lumpur, ARIIC Malaysia tampil bergaya dengan memperkenalkan model skuter terbaharu mereka – ARIIC 318GT

Gabungan rupa agresif, teknologi moden dan prestasi mantap menjadikan skuter ini calon serius untuk menambat hati penunggang tempatan yang mencari sesuatu lebih daripada sekadar gaya.

Warna & Prestasi

Ditawarkan dalam tiga warna menarik – Matt Black, Dark Grey dan Matt Grey. 318GT diletakkan pada harga permulaan RM22,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Ia boleh dimiliki melalui rangkaian pengedar sah Mforce di seluruh negara.

ARIIC 318GT – Skuter Bergaya, Pintar dan Berprestasi Tinggi

Jantung kepada 318GT ialah enjin silinder tunggal SOHC 330cc. Penyejukan cecair dengan kuasa 20.6kW pada 7,000rpm dan tork 30.8Nm pada 5,500rpm

Dipadankan bersama transmisi automatik CVT dan klac sentrifugal kering. Penukaran kuasa terasa lancar dan mesra tunggangan.

Ads

Rekaan Keseluruhan

Dari segi reka bentuk ARIIC. Garis aerodinamik dikemaskan dengan lampu LED bentuk-V di hadapan. Disambung ke lampu isyarat serta lampu belakang yang moden. 

Sistem paparan TFT digital memberikan info penting secara jelas. Manakala sistem pencucuhan ECU pula membantu penjimatan bahan api.

Dari sudut dimensi, skuter ini berdiri dengan ukuran 2,215mm panjang, 780mm lebar, dan 1,395mm tinggi, serta jarak roda 1,540mm. Cukup stabil untuk tunggangan dalam bandar atau lebuhraya. Tempat duduk setinggi 790mm dan tangki 16-liter menjadikannya rakan baik untuk perjalanan jauh. Berat kering pula dicatat pada 208kg

ARIIC 318GT – Skuter Bergaya, Pintar dan Berprestasi Tinggi

Suspensi, Brek & Tayar

Suspensi depan dan belakang menggunakan penyerap hentak berkembar. Memberikan keselesaan maksimum walau jalan tidak rata. Sistem brek pula menampilkan cakera berganda 260mm di depan dan cakera tunggal 240mm di belakang. Lengkap dengan ABS dwi-saluran dari BOSCH. Tayar pula bersaiz 120/70-14 (depan) dan 150/70-13 (belakang) jenis CST tanpa tiub.

Ads

Ruang simpanan? Banyak. Ada ruang di bahagian depan kiri siap dengan USB Type-A & C. kompartmen tengah, serta ruang bawah tempat duduk lengkap sistem pencahayaan dan boleh simpan satu helmet full-face dan satu helmet separuh. Ada juga pelindung angin boleh laras, butang kawalan berlampu dan kunci pintar PKE yang menyala automatik bila pemilik dekat.

ARIIC 318GT – Skuter Bergaya, Pintar dan Berprestasi Tinggi

Perincian Moden Lain

Lebih menarik, ARIIC turut melengkapkan skuter ini dengan kamera dashcam hadapan, TPMS (Tyre Pressure Monitoring System). Serta beberapa ciri premium lain seperti brek tangan boleh laras, footrest aluminium boleh lipat dan pemegang belakang praktikal.

Ads

Dengan jaminan tanpa had perbatuan selama dua tahun dan sokongan alat ganti atas talian daripada Mforce Bike Holdings, ARIIC 318GT bukan sekadar skuter – ia satu pakej lengkap untuk mereka yang mahu tampil bergaya sambil menikmati tunggangan selesa dan penuh keyakinan.

Dari ARIIC Malaysia/MFORCE Bike Holdings

Baca Juga MForce Perkenalkan VOGE DS900X, Harga Bermula RM49,998

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI