Aveta Motor Malaysia ingin menjelaskan secara tuntas isu berlarutan berkaitan kekeliruan tentang struktur pemilikan dan hubungan korporat mereka dengan entiti pengedaran motosikal lain di Malaysia.
Dengan ini, mereka menegaskan bahawa Aveta Motor Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan korporat, perniagaan, atau operasi dengan jenama Demak
mahupun mana-mana pengeluar dan pengedar motosikal lain yang beroperasi di Malaysia.Aveta Motor Malaysia ialah sebuah entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat tempatan dan dikendalikan oleh Aveta Global Marketing Sdn. Bhd., di bawah naungan Kumpulan MAG.
Semua aspek operasi kami, termasuk reka bentuk dan pembangunan produk, strategi pemasaran, dan pengurusan harian. Dilaksanakan oleh pasukan profesional tempatan yang berpengalaman dan komited dalam membangunkan produk yang relevan dengan keperluan serta citarasa pengguna Malaysia.
Sebagai entiti yang berteraskan nilai nasional, kami kekal komited untuk membina jenama Aveta sebagai simbol kepercayaan dan aspirasi pengguna tempatan. Di samping memperkukuhkan kehadiran kami dalam pasaran domestik.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pengguna, rangkaian pengedar serta rakan-rakan niaga kami atas sokongan dan keyakinan berterusan terhadap Aveta Motor Malaysia.
Dari Aveta Motor
Baca Juga Aveta Malaysia Perkenal Skuter Terbaharu – Nova 125 dan Nova 160
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok