PEUGEOT, salah satu jenama terkenal di bawah kumpulan Stellantis, telah memperkenalkan model PEUGEOT LANDTREK Allure dan LANDTREK Special Edition (SE) yang dipasang secara tempatan, baru-baru ini.
Dilengkapi dengan rangkaian aksesori baru dan sistem suspensi yang telah dinaik taraf. Pengendalian LANDTREK ini sekaligus menjadi lebih sporty. PEUGEOT LANDTREK SE direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan sambil mengekalkan nilai jenama PEUGEOT iaitu Allure (tarikan), Emotion (emosi), dan Excellence (kecemerlangan).
Jamie Francis Morais, Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, berkata, “PEUGEOT LANDTREK Allure dan Special Edition kini dipasang secara tempatan di kilang Stellantis Gurun di Kedah. Ia dilihat mampu memberi nilai luar biasa kepada pelanggan yang mahukan sebuah trak pikap versatil untuk pengembaraan mereka. Sama ada di kawasan bandar, merentasi negara, atau beriadah.”
Landtrek – Putih
Kemas dan Tahan Lasak
Dibina di atas rekaan PEUGEOT LANDTREK yang dinamik, varian SE baharu menyerlahkan lagi elemen dan gaya singa (feline) dengan rangkaian aksesori baharu. Siluet sisi PEUGEOT LANDTREK SE kini dipertingkatkan lagi dengan Peugeot Tag Bezels berwarna hitam, visor pintu, dan pemijak sisi juga berwarna hitam untuk memudahkan urusan masuk serta keluar.
Bahagian hadapan diserlahkan dengan bingkai gril krom bersama sepasang lampu nyalaan siang LED yang berbentuk taring singa dan diposisikan secara menegak. Lampu utama LED sepenuhnya dipadankan dengan rekaan bampar hadapan yang garang, bersama sepasang lampu kabus dan skid plate.
Landtrek – Hijau
Ruang Kargo Luas
Tarikan sebenar pada PEUGEOT LANDTREK SE terletak pada ruang kargo yang luas iaitu sepanjang 1,630 milimeter dan selebar 1,600 milimeter. Saiz ini membolehkannya membawa sehingga dua palet saiz Eropah atau mengangkut beban seberat satu tan.
Warna dan Reka Bentuk Menawan
PEUGEOT LANDTREK SE yang telah dipertingkatkan ini didatangkan dalam dua warna iaitu kelabu (Rockstone Grey) dan putih (Ceramic White). Rim aloi bersaiz 18 inci itu dibalut dengan tayar jenis all-terrain (A/T) bersama kemasan potongan berlian.
Prestasi Terbaik
Model ini deilengkapi dengan enjin 1.9-liter Turbo Diesel yang mampu menghasilkan kuasa 150hp (112kW) pada 4,000rpm dan tork 350Nm di antara 1,800-2,800rpm. Dilengkapi transmisi automatik PUNCH 6-kelajuan, kereta ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang menyenangkan dengan memberi kuasa apabila diperlukan. Ia juga mempunyai kapasiti menunda sehingga tiga tan.
Landtrek – Biru
Talaan sistem suspensi yang telah dinaik taraf pada jentera ini merangkumi suspensi dan peredam baharu yang direka untuk menawarkan pemanduan serta pengendalian luar biasa di atas apa jua bentuk permukaan jalan.
Ads
PEUGEOT LANDTREK SE dilengkapi dengan ciri keselamatan terbaik termasuk:
– 6 Beg Udara: Pemandu, penumpang hadapan, sisi, dan jenis Curtain.
– Poin ISOFIX
– Dynamic Stability Control (DSC)
– Anti-Skid Regulation (ASR)
Ads
– Electronic Brake-Force Distribution (EBD)
– Electronic Stability Program (ESP)
– Trailer Swing Control: Direka untuk mengesan, mengawal pergerakan treler, dan masalah bergoyang ketika menunda.
– Hill Start Assist: Berfungsi menghalang kenderaan daripada mengundur apabila pedal brek dilepaskan.
– Hill Descent Control: Berfungsi mengaktifkan brek secara automatik untuk mengawal kelajuan ketika menuruni bukit.
Ads
– Lane Departure Warning System
– Kamera 360° diintegrasikan dengan pandangan 3D, jarak parkir, dan panduan kelebaran ruang parkir.
Harga
PEUGEOT LANDTREK SE ditawarkan pada harga RM129,124* sementara PEUGEOT LANDTREK Allure pula berharga RM124,124*. Kedua-duanya hadir dengan jaminan selama tiga tahun dan perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.
Berita gembira bagi peminat kenderaan elektrik (EV) di Malaysia! Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, baru-baru ini mengumumkan perkembangan terkini melalui laman sosialnya. Beliau berkongsi bahawa pada hujung tahun 2025, Perodua akan melancarkan pengeluaran EV berskala besar ke seluruh negara.
Perodua telah mengambil langkah penting ke arah masa depan dengan membangunkan prototaip berkuasa elektrik. Ini bukan sahaja menandakan perubahan revolusioner dalam industri automotif Malaysia, tetapi juga merupakan hasil kerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa yang terkemuka.
Kredit Foto: X.com
Keputusan ini sejajar dengan pengiktirafan Perodua sebagai peneraju pengeluaran EV mampu milik di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030). Ini bermakna kita dapat menjangkakan pengenalan model-model EV dari Perodua yang lebih terjangkau.
Satu lagi perkara menarik yang perlu diambil perhatian ialah pelantikan Perodua sebagai peneraju dalam usaha mencapai matlamat kerajaan untuk membangunkan pasaran EV tempatan yang lebih mampu milik. Kerajaan telah menetapkan harga asas sebanyak RM100 ribu untuk setiap EV Completely Built-Up (CBU), memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki EV.
Kredit Foto: Zigwheels.com
Namun begitu, masih terdapat kekurangan maklumat rasmi mengenai model dan harga bagi EV yang bakal dilancarkan oleh Perodua. Walau bagaimanapun, pada Mei tahun lalu, peminat telah diberi gambaran awal menerusi pembangunan konsep.
Dalam menyambut ulang tahun ke-25 model GT3, Porsche memperkenalkan 911 GT3 baharu dengan dua varian menarik.
Versi sporty litar dan varian Touring Package yang lebih santai tetapi tetap mewah. Kedua-duanya dirancang untuk memberikan pengalaman memandu terbaik, baik di jalan biasa mahupun di litar perlumbaan.
Enjin Berprestasi Tinggi
Kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin boxer 4.0 liter aspirasi semula jadi yang menghasilkan 510 PS dan tork maksimum 450 Nm.
Dengan gear akhir yang 8% lebih pendek, model ini mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.4 saat (dengan transmisi PDK) dan mencapai kelajuan maksimum sehingga 313 km/j (dengan transmisi manual). Sistem ekzos baharu memenuhi piawaian emisi terkini tanpa mengorbankan bunyi enjin.
Reka bentuk luaran GT3 menonjol dengan spoiler baharu, diffuser, dan lampu Matrix LED yang memberikan pencahayaan optimum serta penampilan yang lebih moden.
Suspensi gandar depan dwilengan dilengkapi trailing arm berbentuk titisan air untuk meningkatkan daya turun dan penyejukan brek. Porsche turut menambah baik keseimbangan aerodinamik agar kekal stabil walaupun dalam situasi brek mendadak.
Ciri-Ciri Baharu pada Touring Package
Untuk kali pertama, Touring Package tersedia sejak pelancaran. Varian ini mengekalkan gaya klasik tanpa spoiler tetap. Menggantinya dengan spoiler boleh lipat dan elemen reka bentuk aerodinamik baharu.
Di bahagian dalam, Touring Package menawarkan pilihan tempat duduk belakang untuk meningkatkan kesesuaian harian. Serta kemasan kulit mewah yang mengangkat aura elegan.
Porsche 991 GT3 2025
Reka Bentuk Ringan untuk Pengendalian Maksimum
911 GT3 baharu berpegang kepada falsafah rekabentuk ringan, dengan penggunaan roda aluminium yang lebih ringan, bateri litium-ion, dan komponen CFRP (plastik bertetulang gentian karbon).
Dengan pakej Weissach atau Lightweight, model ini kehilangan sehingga 13 kilogram, menjadikannya hanya seberat 1,420 kilogram.
Pakej Individu untuk Pilihan Peribadi
Porsche menawarkan beberapa pakej eksklusif untuk kedua-dua model GT3. Pakej Weissach memberikan sentuhan premium dengan penggunaan CFRP pada banyak bahagian, termasuk roll cage pilihan.
Sementara itu, Lightweight Package menambah elemen seperti panel pintu ringan dan roda magnesium. Bagi pencinta litar, pakej Clubsport tersedia secara percuma, termasuk roll cage keluli dan tali pinggang enam mata.
Ruang kokpit 911 GT3
Pengalaman Memandu dan Teknologi Terkini
Di bahagian dalam, kabin dilengkapi panel instrumen digital dengan mod “Track Screen” yang memaparkan maklumat penting seperti tekanan tayar dan suhu minyak. Bucket seat sport baharu menawarkan reka bentuk ringan dengan fungsi lipat untuk akses mudah ke tempat duduk belakang (pilihan Touring). Pilihan kerusi Adaptive Sports Seats Plus turut tersedia untuk keselesaan maksimum.
Jam Tangan Eksklusif untuk Pemilik
Sebagai tambahan, pemilik 911 GT3 boleh memiliki jam tangan khas 911 GT3 Chronograph, hasil kerjasama Porsche Design. Dibina daripada titanium ringan, jam tangan ini menyerlahkan elemen reka bentuk GT3, menjadikannya simbol gaya dan prestasi di pergelangan tangan.
Kesimpulan
Porsche 911 GT3 baharu membawakan gabungan sempurna antara kuasa, reka bentuk inovatif, dan fungsi harian. Sama ada untuk memecut di litar atau berpeluang menikmati jalan berliku. Ia adalah jentera yang memenuhi pelbagai keinginan. Porsche terus membuktikan mengapa GT3 kekal sebagai ikon dunia automotif selama 25 tahun.
Pelumba muda Malaysia, Qabil Irfan Azlan mengharumkan nama negara selepas merangkul meraih gelaran juara keseluruhan di Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol.
Kemenangannya di Litar Kart Ricardo Tarmo menyaksikan pelumba berusia 11 tahun itu berdiri di podium untuk kali ketiga berturut-turut dalam kategori 160cc selepas perlumbaan pertama dan kedua yang berlangsung pada hari yang sama.
Dengan menamatkan kedua-dua perlumbaan pada kedudukan pertama, mengumpulkan jumlah mata sebanyak 50, anak kelahiran Kuala Terengganu itu menunjukkan konsistensi dan kemahiran yang luar biasa di trek.
Kredit Foto : Zulfahmi Khairuddin
Dalam perlumbaan Super Final beliau memperolehi mata berganda dan Qabil Irfan bermula dari barisan hadapan dan berjaya meletakkan dirinya dalam lima teratas sebelum melintasi garis penamat di tempat pertama untuk menambah lagi 50 mata.
Pelumba muda ini menamatkan perlumbaan dengan masa yang pantas, iaitu 14 minit dan 08.764 saat, meninggalkan pelumba Jepun Kotaro Togashi (14:10.057s) dan pelumba Sepanyol Enzo Zaragoza (14:10.289s) di belakang.
Kredit Foto : Zulfahmi Khairuddin
Prestasi cemerlang ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Qabil Irfan Azlan sebagai bintang muda dalam dunia perlumbaan MiniGP, tetapi juga membawa kebanggaan kepada Malaysia di pentas antarabangsa. Dengan terus mempamerkan bakat dan keazaman, pelumba muda ini tanpa ragu menjadi satu nama yang perlu diperhatikan untuk masa depan sukan permotoran Malaysia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Kempen Volvo Secret Sales Tawar Rebat dan Hadiah Istimewa Untuk Pelanggan Baharu
Volvo Car Malaysia bersedia menutup tirai tahun ini menerusi acara jualan istimewa yang...