TQ WULING Bingo EV Jelajah Beberapa Negeri Sebelum Pelancaran Rasmi Suku Keempat 2025
TQ WULING Bingo EV bakal mencetuskan persaingan baharu dalam segmen kenderaan elektrik bergaya dan mampu milik di pasaran Malaysia tahun ini.
Menerusi anak syarikatnya, TQ Manufacturing (TQ), Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) secara rasmi mengumumkan pelancaran siri jelajah #HelloTQWBingo bermula bulan ini.
Acara ini adalah sebagai permulaan sebelum pelancaran rasmi Bingo EV pada suku keempat tahun ini.
Model hatchback elektrik sepenuhnya ini bakal menjadi wajah baharu untuk mobiliti bandar di Malaysia.
Jelajah #HelloTQWBingo
Siri jelajah ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melihat lebih dekat rekaan fizikal dan ciri pintar Bingo EV yang akan ditawarkan di bawah harga RM100,000.
Pengunjung juga bakal disajikan dengan aktiviti interaktif, hadiah eksklusif dan persembahan langsung di lokasi-lokasi terpilih seperti PJ Atwater, The Campus Ampang, IOI City Mall Putrajaya, Queensbay Mall Pulau Pinang dan banyak lagi.
“Selepas sambutan hangat di Malaysia Autoshow baru-baru ini, kami ingin bawa keterujaan itu terus ke seluruh negara.
Inilah semangat #HelloTQWBingo dan EV ini dibangunkan untuk rakyat Malaysia dan kami mahu semua orang alami sendiri keistimewaannya,” ujar Wan Wei Sun, Ketua Bahagian Perniagaan TQ Manufacturing.
Apa Yang Menarik Pada Bingo EV?
TQ WULING Bingo bukan sekadar comel malah ia sebuah EV yangmempunyai rekaan yang ‘Instagram-worthy’.
Reka bentuk retro moden, aerodinamik dan pemilihan warna pastel dua tona menjadikannya pilihan bergaya untuk generasi muda dan urban.
Model ini bakal menjadi antara EV 5-pintu paling mampu milik di pasaran tempatan, dan direka untuk kos pemilikan jangka panjang yang rendah.
Teknologi Global, Dipasang di Malaysia
Model Bingo menandakan pelancaran rasmi jenama TQ WULING, hasil kerjasama strategik antara TCMH dan gergasi automotif China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).
Nama besar jenama ini telah menjual lebih 2 juta EV secara global.
Dengan pemasangan tempatan oleh Tan Chong yang sudah lebih 70 tahun terlibat dalam pengedaran dan pengeluaran automotif, pengguna boleh menjangkakan tahap kualiti yang tinggi.
Bateri MAGIC EV dari Wuling pula menjanjikan keselamatan kelas pertama dan tiada insiden kebakaran, pensijilan IP67 (kalis air & habuk), dan jaminan prestasi yang stabil.
Lokasi Jelajah #HelloTQWBingo
Lokasi | Tarikh | Masa |
---|---|---|
PJ ATWATER, Ping Min PJ | 4 – 6 Julai | 12 p.m. – 10 p.m. |
Finch Bazaar, The Campus Ampang | 10 – 13 Julai | 10 a.m. – 10 p.m. |
Ping Min Hub KL | 18 – 20 Julai | 5 p.m. – 12 a.m. |
IOI City Mall, Putrajaya | 23 – 27 Julai | 10 a.m. – 10 p.m. |
Sutera Mall, Johor | 8 – 10 Ogos | 10:30 a.m. – 10:30 p.m. |
Queensbay Mall, Pulau Pinang | 14 – 17 Ogos | 10:30 a.m. – 10:30 p.m. |
Untuk maklumat lanjut tentang Jelajah #HelloTQWBingo atau ingin melihat sendiri spesifikasi dan tawaran menarik dari model ini, layari www.tqwuling.my atau ikuti saluran rasmi TQ WULING di Facebook, Instagram dan TikTok.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Baca Juga : MBPJ Sasarkan 1,000 Pengecas EV di Petaling Jaya