PROTON telah mengumumkan pembukaan rasmi Pusat Pemasangan Cermin Gelap PROTON di Tanjung Malim, menandakan usaha firma tersebut dalam meningkatkan kemampuan pemasangan cermin gelap sendiri. Fasiliti baru ini memiliki kapasiti untuk memasang hingga 5,000 unit kenderaan sebulan.
Pemasangan cermin gelap keselamatan telah diperkenalkan sebagai aksesori standard untuk varian Flagship dan Premium Proton X90 sejak pelancarannya pada 7 Mei 2023.
Ini juga berlaku untuk varian Flagship Proton S70 dan Flagship X, di mana cermin gelap keselamatan menjadi sebahagian daripada pakej aksesori standard.
Ads
PROTON berhasrat untuk menawarkan pilihan ini kepada model lain dalam masa terdekat, dengan tujuan memberikan nilai tambah kepada pelanggan. Kelebihan pemasangan cermin gelap oleh OEM termasuk ketepatan dan kemasan yang lebih baik dengan menggunakan cetakan pra-potong, serta mematuhi peraturan JPJ dan mengurangkan risiko kerosakan sekunder yang biasa berlaku dengan pemasangan selepas pasaran.
Pelanggan juga akan mendapat manfaat dari waranti tanpa had selama 5 tahun untuk semua perkhidmatan pemasangan cermin gelap.
Ads
Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, menyatakan bahawa pembukaan pusat pemasangan cermin gelap di Tanjung Malim merupakan langkah penting dalam komitmen PROTON untuk menyampaikan produk berkualiti dan nilai tambah kepada pelanggan. Dengan kapasiti yang besar, pusat ini dapat menangani peningkatan volum yang mendadak dengan cekap.
Pengumuman ini dibuat selepas termeterainya perjanjian antara HARO Sports & Entertainment, selaku pemegang hak dan penganjur pusingan SUPER GT di Malaysia, dan GT Association (GTA), pemegang hak rasmi untuk perlumbaan SUPER GT.
Perjanjian ini ditandatangani oleh Fahrizal Hasan, Pengurus Rakan Kongsi HARO Sports & Entertainment dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif GTA, Masaaki Bandoh.
Majlis ini turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berhormat Khairul Firdaus Akbar Khan.
Pusingan Malaysia untuk musim perlumbaan 2025 akan menjadi pusingan ketiga daripada keseluruhan lapan pusingan yang dijadualkan.
Tujuh pusingan perlumbaan ini akan berlangsung di pelbagai litar di Jepun.
Perlumbaan pembukaan akan diadakan di Litar Antarabangsa Okayama pada 12-13 April, diikuti dengan pusingan kedua di Fuji Speedway pada 3-4 Mei.
Selepas pusingan di Malaysia, Fuji Speedway akan sekali lagi menjadi tuan rumah pada 2-3 Ogos sebelum bergerak ke Litar Suzuka untuk pusingan kelima pada 23-24 Ogos.
Tiga pusingan akhir akan berlangsung di Sportsland Sugo (20-21 September), Autopolis International Racing Course (18-19 Oktober) dan Mobility Resort Motegi (1-2 November).
SUPER GT bukan sahaja menampilkan pengeluar dan pemandu terkemuka dari Jepun, malah perlumbaan ini juga membahagikan peserta kepada dua kategori utama, GT500 dan GT300.
Pengeluar terkemuka seperti Toyota, Honda dan Nissan akan bersaing dalam kelas GT500, manakala Subaru dan Lexus akan bertanding dalam kelas GT300.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah untuk SUPER GT adalah pada Jun 2013.
Namun, Malaysia telah menjadi sebahagian daripada sejarah perlumbaan ini sejak tahun 2000 dan 2001.
Ketika ia dikenali sebagai All-Japan Grand Touring Championship, sebelum secara rasmi dimasukkan sebagai pusingan penuh kejuaraan pada 2002.
Perlumbaan ini sepatutnya kembali ke Malaysia pada tahun 2020, tetapi terpaksa dibatalkan akibat pandemik COVID-19.
Perlumbaan di Litar Sepang sentiasa diingati oleh pasukan dan pemandu kerana cabarannya yang unik.
Suhu panas yang melampau serta keadaan cuaca yang tidak menentu menjadi cabaran utama jika dibandingkan dengan pusingan di Jepun.
Suhu yang tinggi serta hujan lebat bukan sahaja menguji ketahanan pemandu, tetapi juga enjin, tayar, dan pasukan teknikal yang terlibat.
Malaysia sebagai Destinasi Pelancongan Sukan
Fahrizal Hasan, dalam ucapannya, menyatakan rasa bangga kerana Malaysia sekali lagi terpilih sebagai lokasi pusingan SUPER GT.
“Sebagai satu-satunya pusingan luar Jepun, Malaysia mempunyai kelebihan untuk menempatkan diri sebagai destinasi utama Pelancongan Sukan, bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di peringkat global,” kata beliau.
Tambahnya lagi, perlumbaan ini akan dipromosikan secara meluas di Malaysia serta seluruh Asia dan peringkat antarabangsa.
HARO Sports & Entertainment menyasarkan untuk menarik sekurang-kurangnya 80,000 penonton sepanjang dua hari perlumbaan tersebut.
Perlumbaan ini juga unik, kerana acara ini membolehkan peminat mendekati secara langsung pemandu, pasukan, dan kereta kegemaran mereka.
Salah satu tarikan utama yang bakal diperkenalkan di Malaysia ialah ‘Circuit Safari’.
Peminat akan berpeluang berada di dalam kenderaan yang bergerak di litar semasa kereta-kereta perlumbaan beraksi.
Tiket Akan Mula Dijual Tidak Lama Lagi.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Pada tahun 1967, dunia automotif menyaksikan kehadiran salah satu supercar paling ikonik, Lamborghini Miura P400, yang direka oleh Marcello Gandini. Lamborghini Miura bukan sekadar kereta, ia adalah revolusi dalam dunia automobil yang mengubah pandangan industri terhadap sports car.
Dibina dari tahun 1966 hingga 1973, hanya 764 unit Lamborghini Miura yang pernah dibuat. Keunikan dan keistimewaan Miura menjadikannya lebih dari sekadar kereta, ia adalah simbol prestasi dan gaya.
Enam puluh tahun yang lalu, pada Mei 1963, syarikat “Automobili Ferruccio Lamborghini SAS” didaftarkan, menandakan bermulanya pengembaraan industri yang merevolusikan industri automotif dan mencipta ikon gaya. Syarikat ini kemudian berkembang menjadi “Automobili Lamborghini S.p.A,” yang kita kenali hari ini.
Pada Pameran Auto Turin 1965, Lamborghini Automobili memperkenalkan sesuatu yang luar biasa, sebuah karya yang belum pernah dilihat sebelumnya iaitu bukan kereta, tetapi rangka kereta. Nuccio Bertone, yang terpesona dengan rangka tersebut, mendekati Ferruccio Lamborghini dan berkata, “Saya orang yang dapat membuat kasut yang sesuai untuk kaki anda.” Ferruccio setuju tanpa ragu.
Dalam masa hanya empat bulan, Marcello Gandini, yang masih muda pada waktu itu, telah merancang badan untuk rangka tersebut. Kereta akhir, Lamborghini Miura, diperkenalkan pada Pameran Motor Geneva 1966 dan menjadi tumpuan utama pameran tersebut.
Namun, reaksi Ferruccio adalah kekecewaan. Saat pertama kali melihat kereta itu, beliau berkata, “Bagaimana saya harus memasukkan kaki saya ke dalamnya? Tidak ada lubang, lihat?”
Mereka kemudian kembali bekerja, dan dua tahun kemudian, pada Pameran Auto Brussels 1968, Bertone memperkenalkan Miura Roadster, yang dikonfigurasi sebagai targa. Dengan warna biru metalik yang cerah, bahagian belakang yang direka sedikit berbeza, tanpa penutup enjin dan yang paling penting, tanpa bumbung.
Di antara pemilik terkenal Miura termasuk bintang-bintang terkenal seperti Miles Davis, Frank Sinatra, Elton John, dan Rod Stewart.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Grand Prix Qatar 2025 menyaksikan satu lagi babak epik dalam sejarah MotoGP apabila Marc Marquez menawan litar Lusail dengan kemenangan penuh dramatik. Meskipun berdepan detik cemas seawal pusingan pertama apabila bertembung dengan adiknya sendiri, Alex Marquez.
Masuk ke hujung minggu perlumbaan, ramai menjangka cabaran sebenar buat Marc akan datang daripada Alex serta juara bertahan Pecco Bagnaia. Lagipun, litar Qatar bukanlah ‘padang permainan’ terbaik untuk Marc, hanya satu kemenangan MotoGP di sini sebelum ini.
Tapi seperti biasa, Marquez sentiasa ada kejutan. Dia sapu bersih dari petak utama, menang perlumbaan sprint, dan akhirnya berjaya juara dalam perlumbaan penuh 22 pusingan!
Namun, bukan mudah untuk Marquez meraih kemenangan ketiganya musim ini. Tindakan agresif Alex Marquez di selekoh pertama menyebabkan berlaku sentuhan yang merosakkan bahagian aero belakang jentera Ducati Marc.
Akibatnya, Franco Morbidelli dari pasukan VR46 sempat merampas pendahuluan, dan Marc sempat tercicir di belakang Morbidelli, Bagnaia, serta Maverick Vinales dari Tech3 KTM.
Walaupun begitu, Marc bermain strategi — tenang urus tayar, tunggu saat sesuai. Apabila semua pelumba lain mula kehilangan cengkaman, Marc mula menekan. Satu demi satu, dia memotong lawan dan akhirnya kembali ke hadapan.
Beliau menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 1.8 saat, mengesahkan statusnya sebagai pencabar kejuaraan musim ini.
Vinales pula pada awalnya tampak mencuri tumpuan dengan podium pertama buat KTM tahun ini. Tapi malangnya, penalti 16 saat akibat tekanan tayar tidak mengikut peraturan menyingkirkan dia ke tempat ke-14. Bagnaia pula berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas bermula dari petak ke-11, satu pencapaian yang tidak kurang hebat.
Di belakang, Morbidelli yang mengetuai hampir separuh perlumbaan akhirnya sekadar di tempat keempat, tapi naik ke podium ketiga selepas penalti Vinales.
Zarco dari LCR Honda pula mengekori rapat di tempat kelima, manakala Fermin Aldeguer dari Gresini melengkapkan enam terbaik.
Alex Marquez, walaupun bermula dengan penuh semangat, terpalit insiden dengan Fabio Di Giannantonio (VR46) di Turn 12, pusingan ketiga. Akibatnya, Alex dikenakan penalti long-lap dan merudum ke kedudukan ke-12.
Walau bagaimanapun, dia sempat bangkit semula dan menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh — namun rekod podium 100% musim ini musnah begitu saja.
Fabio Quartararo menamatkan saingan di tempat kelapan untuk Yamaha. Diikuti Pedro Acosta (KTM) dan Marco Bezzecchi (Aprilia) melengkapkan 10 terbaik. Pelumba Honda, Luca Marini berada di tempat ke-11.
Malang buat Jorge Martin, juara dunia bertahan. Beliau terbabas di pusingan ke-14 dan dikejarkan ke pusat perubatan. Beberapa pelumba lain seperti Jack Miller, Augusto Fernandez dan Joan Mir juga gagal menamatkan perlumbaan.
Dengan kemenangan ini, Marc Marquez kini mendahului kejuaraan dengan kelebihan 17 mata berbanding Alex Marquez. Manakala Bagnaia ketinggalan 26 mata. Jelas sekali, musim 2025 makin panas, dan jika Qatar ini petanda, drama musim ini baru saja bermula!
10 EV Paling Popular Di Malaysia Tahun 2025
EV paling popular Malaysia tahun ini mencatat perubahan besar dalam industri automotif negara.
Tahun Paling Penting Untuk EV...