Sime Motors baru sahaja melancarkan bilik pameran flagship DENZA di Jalan Klang Lama.
Bilik Pameran DENZA ini direka khas sebagai fasiliti moden yang memfokuskan kepada inovasi, kemewahan dan pengalaman pelanggan yang hadir ke pusat ini.
Bilik Pameran DENZA ini meliputi keluasan 8,165 kaki persegi dan menampilkan enam buah kenderaan premium untuk dipamerkan.
Ia turut dilengkapi ruang santai pelanggan yang elegan serta lima ruang servis yang moden dan serba lengkap.
Setiap elemen direka dengan teliti bagi memastikan pengalaman yang lancar dan mengujakan bagi setiap pengunjung.
Majlis pelancaran disambut meriah dengan satu malam gala eksklusif. Tetamu jemputan diberi peluang pertama untuk merasai suasana bilik pameran ini, sambil menikmati hiburan khas dan sajian gastronomi istimewa.
Acara ini turut menyaksikan bilik pameran yang dijangka menetapkan standard baharu dalam industri automotif tempatan.
Menurut Encik Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors bagi Asia Tenggara,
“Bilik pameran ini bukan sekadar ruang jualan. Ia adalah simbol kepada aspirasi Sime Motors dalam membentuk masa depan mobiliti. Kami mahu setiap pengunjung merasai gabungan reka bentuk, teknologi dan layanan bertaraf dunia.”
Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap kecekapan dan kepuasan pelanggan, DENZA akan memulakan jadual penyelenggaraan pertama pada 20,000 km atau satu tahun, bermula 1 Julai 2025.
Ini bukan sahaja mencerminkan kejuruteraan berkualiti tinggi, tetapi juga memudahkan pemilikan kenderaan jangka panjang.
Baca Juga : DENZA Perkenal Waranti Rentas Sempadan di Malaysia, Singapura & Thailand
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.