Sime Motors 45 Tahun, Terus Menerajui Pasaran Automotif Malaysia

Sime Motors kini meraikan ulang tahun ke-45, satu perjalanan hampir lima dekad dalam industri automotif Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1980, syarikat ini hari ini berdiri sebagai peruncit automotif terbesar negara, membentuk landskap mobiliti tempatan dengan rangkaian jenama serta perkhidmatan bertaraf dunia.

Portfolio Jenama Bertaraf Global

Sime Motors kini mewakili barisan jenama antarabangsa terkemuka di Malaysia antaranya BMW, MINI, BMW Motorrad, BYD, DENZA, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover, Volvo dan Porsche. Tidak ketinggalan, Sime Motors juga mengendalikan Auto Selection untuk kereta terpakai, Drivecare serta EV Next bagi pasaran EV pra-milik.

Kepelbagaian portfolio ini menjadikan syarikat ini sebuah “mobility powerhouse” daripada prestasi mewah sehinggalah mobiliti harian yang lebih praktikal.

Sime Motors Meraikan Ulang Tahun Ke-45

Ads

Daripada 1980 ke 2025

Sejak empat dekad lalu, syarikat ini banyak mencatat pencapaian yang membentuk wajah industri automotif Malaysia:

  • 1980-an – 1990-an: Membina asas kukuh sebagai peruncit automotif premium dengan jaringan pelanggan di seluruh negara.

  • 2000-an: Era pengembangan pantas, mengukuhkan kedudukan dalam segmen mewah, premium dan pasaran massa.

  • 2010-an: Menambah rangkaian pengedar, memperkenalkan lebih banyak jenama global serta memperkayakan pengalaman pemilikan pelanggan.

  • 2020-an: Membuka Sime Motors City di Ara Damansara yang kini diiktiraf sebagai kompleks automotif terbesar di Asia Tenggara. Dalam dekad ini juga Sime Motors mula serius memacu mobiliti elektrik dengan memperkenalkan jenama seperti BYD.

Tulang Belakang Kejayaan

Syarikat ini juga menekankan kepentingan modal insan. Latihan, pembangunan dan peluang pertumbuhan untuk kakitangan sentiasa menjadi keutamaan, agar setiap pekerja mampu memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik dalam era automotif yang semakin dinamik.

Ads

Sime Motors Meraikan Ulang Tahun Ke-45

Sambutan 45 Tahun: Eksklusif & Meriah

Sempena ulang tahun ke-45, Sime Motors menganjurkan siri acara istimewa untuk pelanggan dan komuniti, antaranya:

Ads
  • Karnival Jualan Ulang Tahun ke-45 (5–7 September di Sime Motors City) dengan promosi eksklusif, hiburan dan pandu uji.

  • Cabutan bertuah BMW 2 Series sebagai hadiah utama, selain hadiah bulanan sehingga Disember 2025.

  • Konsert Orkestra “Orchestrating Excellence” meraikan kecemerlangan 45 tahun.

  • Jualan Maraton 45 Jam pada bulan Oktober.

  • Aktiviti komuniti seperti malam bertema retro, acara sukan dan perjumpaan pelanggan & staf.

Selepas 45 tahun, Sime Motors bukan sekadar nama besar dalam automotif Malaysia ia sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan mobiliti rakyat Malaysia. Dari zaman sedan klasik hingga era SUV mewah dan kini memasuki fasa elektrifikasi, Syarikat ini terus konsisten dengan membawa inovasi, membina kepercayaan dan memacu masa depan mobiliti negara.

Baca Juga : BYD Sime Motors Perkukuh Kedudukan di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI