Suzuki Motor Corporation telah mengumumkan penyertaan mereka dalam Suzuka 8 Hours Endurance Race ke-45, yang berlangsung dari 19 hingga 21 Julai 2024. Mereka akan bersaing dengan menggunakan 40% bahan api daripada sumber bio dan sesuai dengan teknologi mesra alam.
Pilihan Suzuki untuk berlumba menggunakan bahan api berunsurkan kelestarian, yang disahkan oleh FIM (International Motorcycling Federation), meletakkan mereka dalam kelas eksperimen perlumbaan, sebuah kategori yang sesuai untuk inovasi yang mungkin menentukan masa depan sukan permotoran.
Kredit Foto : Facebook Suzuki
“Team SUZUKI CN CHALLENGE,” merupakan bukti kebolehan dalaman Suzuki yang terdiri daripada pekerja Suzuki, dan melambangkan langkah bersama ke arah inovasi. Kolaborasi dengan Yoshimura Jepun lebih memperkuatkan usaha ini dengan menggabungkan kepakaran daripada seluruh dunia.
Ads
Kredit Foto : Facebook Suzuki
Namun, komitmen terhadap kelestarian tidak berhenti kepada bahan api. Suzuki dan rakan penaja mereka mengimbangkan teknologi lestari secara menyeluruh. Daripada muffler ke tayar, minyak, fairing, dan brek, setiap komponen motosikal sedang diteliti dan dibangunkan semula dalam cara yang lebih hijau dan lestari. Pendekatan komprehensif ini tidak hanya menonjolkan dedikasi Suzuki kepada tanggungjawab alam sekitar tetapi juga membuka jalan untuk kemajuan masa depan dalam teknologi motosikal.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Ads
Ads
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Aveta Malaysia telah mencipta sejarah apabila berjaya menganjurkan acara penyerahan motosikal terbesar di Malaysia. Ia secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.
Acara gilang-gemilang ini dianjurkan bersama pengedar sah Aveta, CKT Motor, dan berlangsung di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Sebanyak 168 unit motosikal Aveta diserahkan kepada pemilik baharu dalam majlis tersebut. Melibatkan model Vanguard 250 dan Nova 160. Acara ini bukan sahaja menjadi tanda aras baharu buat Aveta. Malah turut membuktikan penerimaan luar biasa rakyat Malaysia terhadap produk-produk terbaharu mereka.
Sejak pelancarannya awal tahun ini, kedua-dua model tersebut telah mencatatkan lebih daripada 10,000 tempahan di seluruh negara. Menunjukkan peningkatan pengaruh dan keyakinan pengguna terhadap jenama Aveta dalam industri dua roda tempatan.
Menurut Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta: “Hari ini bukan sekadar penyerahan motosikal – ia adalah satu perayaan inovasi, komuniti dan visi Aveta untuk menetapkan penanda aras baharu dalam industri. Kami amat berbesar hati berkongsi kejayaan ini bersama para penunggang, pengedar dan rakan kongsi kami.”
Turut hadir memeriahkan acara ialah YB Dato’ Haji Rashidi Bin Zinol, EXCO Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar Pulau Pinang.
Bersama beberapa pemimpin kerajaan dan komuniti. Kehadiran mereka mengiktiraf kepentingan pencapaian Aveta bukan sahaja kepada syarikat. Malah, kepada landskap automotif nasional.
Komitmen Aveta – Kualiti, Khidmat & Komuniti
Aveta kekal komited untuk menghasilkan motosikal yang berkualiti tinggi, berprestasi dan dipercayai. Selari dengan keperluan penunggang masa kini.
Melalui rangkaian pengedar dan pusat servis yang kian berkembang, serta inisiatif Aveta Care on Wheels. Perkhidmatan servis dari pintu ke pintu, pelanggan kini boleh menikmati pengalaman pemilikan yang lebih lancar dan menyenangkan.
Tunggang Dengan Selamat. Tunggang Dengan Bangga. Aveta Sentiasa Bersama Anda.
Lambretta, jenama skuter lagenda dari Itali yang terkenal dengan reka bentuk klasik dan semangat retro moden, kembali menyerlah di pentas automotif negara menerusi pelancaran dua model terbaharu mereka Lambretta X300 GT dan G350 Series II.
Bukan sekadar memperkenal model baharu, Lambretta Malaysia turut memberi bayangan masa depan melalui pendedahan awal model elektrik pertama mereka, Elettra, serta model penuh gaya, J200 ‘Starwave’, yang bakal memasuki pasaran tempatan tahun hadapan.
Model Lambretta X300 GT (Grand Touring) tampil dengan rekaan baharu yang serba lengkap, menggabungkan gaya klasik abadi dengan elemen fungsi yang praktikal.
Antara ciri menarik termasuk rekaan tempat duduk baharu yang memelihara garisan klasik Lambretta.
Selain itu rak belakang rekaan terkini yang bukan sahaja tampil bergaya malah praktikal untuk membawa bagasi harian mahupun keperluan percutian.
Kemasan sisi diperbuat daripada besi berkualiti tinggi dengan corak papan dam ‘Checker Board’.
Logo X300 GT menjadikan rekaan ini bukan sahaja estetik, malah menyampaikan warisan Lambretta yang penuh nilai seni dan sejarah.
Skrin hadapan unik khas untuk model ini dipadankan dengan sistem lampu FULL LED yang menampilkan rekaan lampu heksagonik satu lagi identiti eksklusif Lambretta.
Lampu belakang pula hadir dengan rekaan 7-bar kristal yang mewah, lengkap dengan sistem IFS (Integrate-Function Signals).
Gabungan isyarat membelok, lampu kecemasan dan brek dalam satu lampu, menjamin keselamatan dan gaya dalam satu pakej.
Teknologi juga tidak dipinggirkan.
Panel TFT interaktif yang boleh disambung ke telefon pintar disediakan, dengan lima tema antaramuka dan enam tahap kecerahan berbeza.
Bahagian mekanikal pula dilengkapi sistem Double Arm-Link Suspension yang boleh dilaras sehingga tujuh tahap, bersama brek cakera ABS saluran berkembar.
Di sebalik gayanya, enjin 275cc Lambretta Super Performance (LSP) dengan teknologi suntikan bahan api terkini memberikan kuasa responsif dan licin, dihiasi logo Lambretta yang digabungkan dengan elemen budaya MOD.
Sementara X300 GT menawan dengan gaya Grand Touring, Lambretta G350 Series II pula membawa kesinambungan klasik yang telah diperhalusi.
Masih mengekalkan identiti asal G350, model generasi kedua ini tampil dengan kemasan lencana sisi baharu serta rekaan warna yang diperbaharui.
Sistem brek ABS terkini serta suspensi Double Arm-Link memberikan tunggangan yang lebih stabil dan selesa — bukti gabungan teknologi moden dengan reka bentuk vintaj.
Sistem pencahayaan LED sepenuhnya bukan sekadar memastikan penglihatan yang lebih jelas dan selamat, malah mencerminkan ketelitian reka bentuk Lambretta.
Identiti heksagonik yang terletak di tengah lampu, menjadi simbol ikonik jenama ini sejak dahulu hingga kini.
Lampu belakang pula menampilkan gabungan klasik dan moden, dengan logo Lambretta tersemat dalam cahaya.
Ianya merupakan satu penghormatan kepada legasi jenama yang tidak pudar dek zaman.
Tambahan ciri moden seperti port pengecas USB yang tersembunyi di dalam ruang sarung tangan menambah nilai praktikal untuk penunggang era digital.
Lambretta turut mencuri perhatian dengan pendedahan pertama model Elettra, skuter elektrik sepenuhnya yang akan membawa jenama ini ke dimensi mobiliti baharu.
Direka dengan garisan tajam di hadapan dan lengkungan lembut di bahagian belakang, Elettra mempersembahkan dialog estetik antara tradisi dan inovasi.
Panel meter futuristik yang disepadukan dalam pemegang, serta lampu belakang yang menyatu dalam struktur badan, menjadikan Elettra bukan sekadar skuter, tetapi karya seni bergerak.
Rekaan tempat duduk yang anggun dan ergonomik pula menyampaikan mesej: inovasi tanpa melupakan akar warisan.
Manakala J200 ‘Starwave’ pula meraikan era keemasan siri J dengan sentuhan moden.
Ciri-ciri seperti garisan hadapan yang boleh ditukar, mudguard boleh suai, serta komponen boleh cabut yang bertukar menjadi beg bergaya.
Sekaligus menjadikan model ini benar-benar tepat untuk penunggang yang ingin tampil unik.
Model baharu Lambretta kini telah pun memasuki pasaran Malaysia, masing-masing dengan pilihan warna menarik:
Lambretta X300 GT: RM 26,800 – Warna: Light Grey dan Super Black
Lambretta G350 Series II: RM 29,800 – Warna: Bianco-Rosso, Grigio-Bianco dan Nero-Bianco
Dengan barisan model baharu ini, Lambretta membuktikan bahawa jenama klasik ini terus berevolusi.
Sama ada anda seorang pencinta gaya retro, penggemar teknologi moden, atau peneroka bandar yang berjiwa bebas Lambretta kini kembali dengan lebih garang dan relevan.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengambil langkah tegas dengan menggantung semua operasi penerbangan yang melibatkan pesawat model Blackshape, iaitu BS 115, BK 160, BK 60-200, dan BK 160TR, di ruang udara Malaysia.
Keputusan ini berkuat kuasa serta-merta selepas penerbitan Arahan Kelayakan Udara Kecemasan (EAD) oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) pada Isnin lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, menyatakan bahawa tindakan penggantungan ini selaras dengan EAD yang dikeluarkan oleh EASA sebagai respons terhadap kemalangan tragis yang melibatkan pesawat Blackshape baru-baru ini.
Beliau menegaskan bahawa keselamatan penerbangan adalah keutamaan utama, dan CAAM akan mengambil segala langkah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan operasi penerbangan di Malaysia.
Kemalangan yang berlaku pada 13 Februari yang melibatkan pesawat Blackshape Gabriél BK 160TR telah menimbulkan kebimbangan yang serius terhadap tahap keselamatan penerbangan.
Pesawat tersebut, yang dikendalikan oleh Aviation Safety Technology Pte Ltd dari Singapura, mengalami kemalangan di kawasan Kapar, Selangor, yang mengakibatkan kematian kedua-dua individu yang berada di dalamnya.
Menurut laporan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan, kecuaian dalam penyelenggaraan dan pelepasan had berat adalah antara faktor yang menyebabkan kemalangan tersebut.
Turut dinyatakan dalam laporan itu bahawa pesawat terbabit tidak mempunyai perakam data penerbangan yang memadai. Tindakan penggantungan operasi penerbangan pesawat Blackshape ini merupakan langkah proaktif yang diambil untuk memastikan keselamatan penerbangan yang lebih baik di Malaysia.
CAAM menekankan bahawa mereka akan terus memantau perkembangan situasi dan mengambil langkah-langkah selanjutnya yang diperlukan demi kepentingan keselamatan semua pihak yang terlibat dalam industri penerbangan negara.
Musim Raya Parkir Elok, Semua Pun Senang
Aidilfitri sentiasa membawa makna yang cukup besar dalam kehidupan kita. Bukan sekadar pulang ke kampung halaman, tetapi juga...