Selepas 11 tahun sejak kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, usaha pencarian diteruskan dengan sokongan Amerika Syarikat dan Australia.
Kedua-dua negara telah menghantar wakil bertauliah untuk membantu secara teknikal dalam misi terbaru ini.
Misi ini diketuai oleh firma penerokaan berpangkalan di United Kingdom, Ocean Infinity.
Langkah ini menandakan komitmen berterusan dalam menjejak pesawat yang hilang secara misteri pada 8 Mac 2014.
Pesawat ini telah hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Teknologi Baharu Dalam Pencarian
Misi terbaru ini akan menggunakan teknologi sonar dan kecerdasan buatan (AI) bagi meneliti kawasan seluas 15,000 kilometer persegi di Lautan Hindi.
Ads
Kerajaan Malaysia telah menerima cadangan Ocean Infinity berdasarkan perjanjian “no find, no fee” .
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS (NTSB) dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) akan membantu dalam menganalisis data dan menentukan kawasan pencarian yang lebih tepat.
Komitmen Malaysia Tidak Pernah Luntur
Kementerian Pengangkutan Malaysia menegaskan bahawa kerajaan tetap komited dalam mencari jawapan mengenai kehilangan MH370.
Ads
“Ini adalah tanggungjawab kami untuk meneliti setiap petunjuk yang boleh membawa kepada lokasi terakhir MH370 dan memberikan jawapan yang dinantikan oleh keluarga mangsa,” kata kementerian itu dalam kenyataan rasmi.
Misteri MH370 dan Keselamatan Penerbangan
Sejak tragedi ini, banyak peraturan keselamatan penerbangan telah diperketatkan.
Serpihan dipercayai daripada pesawat telah ditemui di beberapa lokasi seperti Pulau Réunion, namun lokasi sebenar bangkai utama pesawat masih belum dikenal pasti.
Ads
Dengan kerjasama Ocean Infinity dan pihak antarabangsa, harapan masih ada bahawa satu hari nanti misteri MH370 akan terungkai.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Kempen Selamat Raya with Volvo kembali dengan tawaran eksklusif sempena musim perayaan menerusi acara “Selamat Raya with Volvo” yang akan berlangsung pada 7 dan 8 Mac 2026 di semua bilik pameran sah seluruh negara.
Kempen ini menawarkan rebat tambahan khas acara sehingga RM60,000 merentasi beberapa model utama dalam barisan Volvo.
Kempen Selamat Raya with Volvo memberi tumpuan kepada tawaran masa terhad menjelang musim balik kampung, dengan penekanan terhadap keselamatan, keselesaan dan penjimatan tambahan kepada pelanggan yang ingin menaik taraf kenderaan.
Antara tawaran utama dalam Kempen Selamat Raya with Volvo ialah ganjaran tukar beli sehingga RM60,000 bergantung kepada model. Model SUV elektrik kompak Volvo EX30 ditawarkan dengan rebat sehingga RM33,888, manakala Volvo EC40 menerima rebat sehingga RM40,888.
Bagi model hibrid dan SUV bersaiz sederhana, Volvo XC60 ditawarkan dengan rebat sehingga RM54,800. Untuk model tujuh tempat duduk, Volvo XC90 menerima rebat RM60,000 bagi model tahun 2024 serta sehingga RM40,500 bagi model baharu.
Sementara itu, model SUV elektrik flagship Volvo EX90 turut ditawarkan dengan rebat sehingga RM30,000.
Selain barisan SUV, Kempen Selamat Raya with Volvo turut mengetengahkan sedan elektrik baharu Volvo ES90, yang ditawarkan pada harga bermula RM339,888. Model ini menerima insentif awal 2% bagi pelanggan terawal, sah sehingga 31 Mac 2026.
ES90 menjadi tambahan terkini dalam portfolio Volvo Malaysia, melengkapkan barisan sedan dan SUV premium yang kini merangkumi model elektrik sepenuhnya serta plug-in hybrid.
Bagi memudahkan proses tukar beli, Kempen Selamat Raya with Volvo menyaksikan kerjasama dengan Carro sebagai rakan rasmi penilaian kenderaan sepanjang acara ini.
Wakil Carro akan berada di lokasi untuk memberikan penilaian segera dan telus kepada pelanggan yang ingin menukar kenderaan lama mereka.
Pendekatan ini bertujuan mengurangkan proses rundingan yang panjang dan memberikan kepastian harga kepada pelanggan sebelum membuat keputusan pembelian.
Kempen Selamat Raya with Volvo turut mencerminkan strategi Volvo Malaysia yang kini memberi fokus besar kepada model elektrifikasi. Barisan semasa merangkumi model elektrik sepenuhnya seperti EX30, EC40 dan EX90, serta model plug-in hybrid seperti XC60 dan XC90.
Volvo Malaysia sebelum ini menjadi antara jenama terawal yang menawarkan rangkaian penuh plug-in hybrid dalam segmen premium, dan kini terus memperluaskan portfolio EV sepenuhnya sebagai sebahagian daripada komitmen global untuk mencapai neutral karbon menjelang 2040.
Pemilihan tarikh Kempen Selamat Raya with Volvo menjelang musim perayaan memberi peluang kepada pelanggan yang merancang perjalanan jauh untuk mempertimbangkan naik taraf kenderaan.
Model seperti XC90 dan XC60 menawarkan konfigurasi keluarga dengan ciri keselamatan aktif dan pasif menyeluruh, manakala model elektrik seperti EX30 dan EC40 menyasarkan pengguna bandar yang ingin beralih kepada mobiliti sifar emisi.
Dengan rebat yang ditawarkan, kempen dua hari ini dijangka menarik minat pembeli yang telah lama mempertimbangkan pembelian model Volvo.
Volvo Car Malaysia kini mempunyai rangkaian 14 pengedar di seluruh negara, menyokong jualan dan perkhidmatan selepas jualan bagi semua model yang ditawarkan.
Pengilang ini juga mengendalikan kemudahan pemasangan tempatan di Shah Alam, yang merupakan antara kilang pemasangan kenderaan terawal di Malaysia dan menyokong pemasangan model tertentu untuk pasaran tempatan.
Secara keseluruhan, Kempen Selamat Raya with Volvo menawarkan rebat signifikan merentasi model elektrik dan hibrid Volvo, dengan ganjaran tukar beli sehingga RM60,000 untuk tempoh terhad pada 7 dan 8 Mac.
Dengan insentif tambahan serta kerjasama tukar beli bersama Carro, acara ini memberi peluang kepada pembeli untuk menaik taraf kenderaan menjelang musim perayaan.
Maklumat lanjut mengenai Kempen Selamat Raya with Volvo boleh didapati di semua bilik pameran sah Volvo Malaysia sepanjang tempoh kempen.
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menzahirkan komitmen terhadap agenda kelestarian negara melalui satu kolaborasi strategik bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).
Dalam inisiatif terbaharu ini, UMWT menyerahkan lima kenderaan elektrifikasi sebagai simbol sokongan padu terhadap aspirasi negara ke arah mobiliti masa depan yang lebih bersih, cekap dan rendah karbon.
Penyerahan ini melibatkan tiga model kenderaan Hibrid Elektrik (HEV) – Toyota Alphard, Toyota Camry, dan Toyota Corolla Cross.
Terdapat juga dua model Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) iaitu Toyota bZ4X dan Lexus RZ.
Kesemua model ini akan digunakan oleh MOT sebagai sebahagian daripada penilaian praktikal terhadap teknologi elektrifikasi dari aspek prestasi, kesesuaian, dan manfaat penggunaan harian.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., menegaskan bahawa pendekatan Multipathway Toyota memberi tumpuan kepada kesediaan pelbagai segmen masyarakat untuk beralih kepada elektrifikasi.
Pendekatan ini bukan sahaja memberi pilihan teknologi yang pelbagai seperti HEV, BEV, PHEV, FCEV hingga bahan api alternatif seperti hidrogen, tetapi juga memastikan tiada pihak yang tercicir dalam peralihan ini.
Pengarah Eksekutif UMWT, Mohd Shamsor Mohd Zain menyatakan bahawa teknologi hibrid kekal sebagai penyelesaian ideal dalam konteks Malaysia.
Ia memberi impak pengurangan karbon secara serta-merta tanpa memerlukan perubahan besar terhadap infrastruktur sedia ada.
Selain itu, teknologi ini juga berperanan membina keyakinan pengguna dalam peralihan ke arah elektrifikasi sepenuhnya di masa depan.
Kerjasama ini selari dengan Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021–2030 dan Dasar Tenaga Negara 2022–2040.
Pelan ini mensasarkan peningkatan penggunaan kenderaan elektrifikasi sehingga 38% menjelang 2040.
Dengan memberi akses kepada pelbagai teknologi kuasa, MOT bukan sahaja dapat memahami selok-belok operasinya, malah mampu memberi panduan membina kepada pembangunan infrastruktur pengangkutan yang lebih mesra alam.
UMWT melalui visi “Move Your World” terus membuktikan bahawa inovasi mobiliti mampu menjangkaui batas teknologi semata-mata.
Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dasar, membentuk pemikiran dan mencorak landskap pengangkutan negara.
Dengan matlamat “Mencipta Kebahagiaan Untuk Semua”, UMWT menggabungkan penyelesaian teknologi dan nilai kemanusiaan dalam satu hala tuju transformasi.
UMWT tidak sekadar memperkenalkan produk elektrifikasi ke pasaran, malah aktif dalam sesi libat urus bersama kerajaan, industri dan masyarakat.
Ini termasuk penglibatan dalam program pendidikan awam dan wacana dasar yang menyeluruh.
Sekali gus menjadikan UMWT sebagai peneraju utama dalam mempercepatkan transformasi landskap mobiliti negara yang lebih hijau, pintar dan saling berhubung.
Kerjasama antara UMW Toyota Motor dan Kementerian Pengangkutan ini bukan sahaja simbolik, malah membawa implikasi besar terhadap masa depan mobiliti negara.
Ia menjadi contoh terbaik bagaimana sektor swasta mampu memainkan peranan penting dalam mempercepatkan misi karbon sifar.
Misi ini selaras dengan tuntutan global dan tanggungjawab alam sekitar yang kian mendesak.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan bahawa mulai bulan hadapan (Mac 2024), lebih daripada 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara akan menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Dalam sidang media selepas Majlis Sua Kasih MADANI Kementerian Pengangkutan (MOT), Loke menjelaskan bahawa 90 peratus daripada caruman tersebut akan ditanggung melalui peruntukan Kementerian Kewangan, manakala baki 10 peratus akan dibayar oleh MOT untuk tempoh setahun.
“Kita difahamkan Kementerian Kewangan ada memberikan satu dana kepada Perkeso sebanyak RM100 juta untuk mencarum sehingga 90 peratus bagi pemandu teksi, e-hailing, p-hailing dan sebagainya. Walaupun 90 peratus, tetapi 10 peratus perlu dicarum sendiri oleh pemandu sendiri, jadi untuk golongan ini, kita akan membuat caruman tambahan 10 peratus itu,” katanya.
Loke menegaskan bahawa usaha ini adalah untuk memberikan perlindungan sosial kepada golongan pemandu, di mana caruman tersebut akan memberi bantuan kepada mereka dan keluarga sekiranya berlaku kemalangan.
Beliau turut menyatakan bahawa beliau telah berbincang dengan Perkeso mengenai pelaksanaan inisiatif ini, selain meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menyediakan senarai pemandu dalam pangkalan data mereka kepada Perkeso untuk disemak.
“Kita jangka Mac ini dapat melancarkan inisiatif ini, maksudnya pemandu teksi dan pemandu bas sekolah tidak perlu mencarum satu sen pun untuk setahun, mereka cuma perlu daftar nama mereka. Jika sudah daftar sebelum itu, kita akan bagi slip caruman mereka,” akhirinya.
Musim Raya Parkir Elok, Semua Pun Senang
Aidilfitri sentiasa membawa makna yang cukup besar dalam kehidupan kita. Bukan sekadar pulang ke kampung halaman, tetapi juga...