Ads

Vespa 946 Horse Tiba di Malaysia, Hanya Tiga Unit Ditawarkan Pada Harga RM108,999

Vespa 946 Horse Tiba di Malaysia, Hanya Tiga Unit Ditawarkan

Vespa Malaysia meneruskan tradisi penghasilan model eksklusif menerusi pelancaran Vespa 946 Horse, edisi terbaharu dalam siri Lunar Collection yang diraikan sempena Tahun Kuda.

Model istimewa tersebut diperkenalkan oleh Didi Group, pengimport dan pengedar rasmi Vespa di Malaysia, dalam satu majlis eksklusif yang berlangsung di Xu Yan, The Starhill Kuala Lumpur.

Vespa 946 Horse Tiba di Malaysia, Hanya Tiga Unit Ditawarkan Pada Harga RM108,999

Sebagai sebahagian daripada keluarga Vespa 946, Vespa 946 Horse menampilkan gabungan seni reka Itali, kemewahan dan elemen inspirasi zodiak Cina yang menjadikannya antara model Vespa paling eksklusif pernah dihasilkan.

Mengambil inspirasi daripada karakter kuda yang sinonim dengan kebebasan, kekuatan, ketahanan dan keanggunan, model ini tampil dengan kemasan warna Deep Bay Brown yang diinspirasikan daripada warna bulu kuda. Penampilannya turut diperkemaskan dengan sentuhan kemasan emas, penggunaan material kulit premium serta beberapa elemen reka bentuk bertemakan ekuestrian yang menyerlahkan statusnya sebagai model koleksi.

Vespa 946 Horse Meneruskan Legasi Lunar Collection

Vespa 946 Horse meneruskan legasi Lunar Collection yang sebelum ini menampilkan edisi khas Rabbit, Dragon dan Snake. Siri ini bukan sahaja meraikan budaya dan tradisi, malah berjaya menjadikan Vespa 946 sebagai antara skuter koleksi paling bernilai dalam kalangan peminat jenama tersebut di seluruh dunia.

Ads

Menurut Pengarah Urusan Didi Group, Mr. Goh, Vespa 946 Horse bukan sekadar sebuah skuter, tetapi simbol kepada semangat, keunikan dan ketelitian hasil kerja tangan yang menjadi identiti Vespa sejak sekian lama.

Vespa 946 Horse mewakili lebih daripada sekadar sebuah skuter. Ia adalah simbol kepada semangat, ketukangan dan personaliti pemiliknya. Kami berbangga dapat memperkenalkan model koleksi luar biasa ini kepada pasaran Malaysia,” katanya.

Vespa 946 Horse Tiba di Malaysia, Hanya Tiga Unit Ditawarkan Pada Harga RM108,999

Ads

Majlis pelancaran yang berlangsung dalam suasana eksklusif di Xu Yan turut memberi peluang kepada tetamu jemputan melihat dengan lebih dekat kehalusan rekaan serta kemewahan yang ditawarkan oleh model tersebut.

Pengalaman pelancaran turut diserikan dengan sajian premium dan layanan bertaraf tinggi yang mencerminkan karakter Vespa 946 Horse sebagai sebuah karya seni bergerak.

Vespa 946 Horse Tiba di Malaysia, Hanya Tiga Unit Ditawarkan Pada Harga RM108,999

Ads

Sejak diperkenalkan, Vespa 946 sentiasa dianggap sebagai model paling premium dalam rangkaian Vespa. Rekaan asalnya diinspirasikan daripada prototaip MP6 yang menjadi asas kepada kelahiran Vespa moden, namun dipadankan dengan teknologi semasa, material berkualiti tinggi dan tahap kemasan yang jauh lebih eksklusif.

Vespa 946 Horse Hanya Tiga Unit Untuk Malaysia

Bagi pasaran Malaysia, Vespa 946 Horse ditawarkan dalam jumlah yang amat terhad dengan hanya tiga unit diperuntukkan kepada pelanggan tempatan. Faktor eksklusiviti ini menjadikannya antara model Vespa paling sukar dimiliki di negara ini.

Vespa 946 Horse ditawarkan pada harga RM108,999 dan disasarkan kepada pengumpul, peminat jenama Vespa.

Baca Juga : Vespa Sprint Tech 2025, Skuter Premium untuk Gaya Hidup Moden

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

JPJ Bandar Tasik Selatan Beroperasi Hingga 10 Malam Setiap Hari

JPJ Kini Lebih Dekat Dengan Rakyat, Cawangan Baharu Dibuka Di Bandar Tasik Selatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus memperkukuh usaha meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada...