Vespa kembali membuat kejutan dalam dunia skuter dengan pelancaran GTS 310 baharu untuk tahun 2025.
Model ini adalah sebuah skuter dengan enjin terbesar dan paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh Vespa.
Evolusi Teknologi dalam Reka Bentuk Ikonik
Walaupun mengekalkan reka bentuk klasik yang menjadi ikon Vespa, GTS 310 hadir dengan enjin yang jauh lebih berkuasa.
Vespa telah meningkatkan saiz enjin dari model sebelumnya, menjadikan skuter ini yang paling berkuasa dalam sejarah hampir 80 tahun Vespa.
Enjin lama berkapasiti 278cc kini digantikan dengan enjin baharu berkapasiti 310cc.
Ads
Hasil daripada penambahan panjang lejang dari 63mm ke 70mm, peningkatan sebanyak 11.5%.
Walaupun bentuk asas enjin masih serupa, hampir tiga perempat daripada komponennya telah digantikan untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mantap dan berkuasa.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Penambahbaikan Kuasa dan Kecekapan
Dengan kuasa sebanyak 25bhp dan tork maksimum yang lebih tinggi, enjin ini memenuhi piawaian Euro 5+ yang lebih mesra alam dan cekap.
Vespa turut memperkenalkan komponen baharu seperti penyuntik yang lebih baik, silinder yang condong, sistem permulaan baharu, serta reka bentuk kotak engkol yang mengurangkan bunyi mekanikal dan tali sawat.
Ads
Ini menjadikan GTS 310 bukan sahaja lebih berkuasa, tetapi juga lebih tenang dan efisien.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Tiga Varian untuk Pelbagai Pilihan
Vespa GTS 310 ditawarkan dalam tiga varian: GTS standard, GTS Super, dan GTS SuperSport.
Ketiga-tiganya mengekalkan rangka dan casis yang sama dengan model sebelumnya.
Ads
Namun varian SuperSport hadir dengan kelebihan sambungan telefon pintar sebagai ciri standard.
GTS 310 turut dilengkapi dengan kawalan cengkaman, ABS, lampu depan LED, dan pilihan untuk sambungan telefon pintar pada varian tertentu.
Kesetiaan pada Warisan, Kesediaan untuk Masa Depan
Sejak penubuhannya, Vespa telah menjual lebih daripada 19 juta skuter di seluruh dunia, dengan dua juta unit terjual dalam dekad yang lalu.
Vespa GTS 310 baharu ini terus mempersembahkan gaya klasik yang disayangi peminat sambil mengintegrasikan teknologi moden yang diperlukan oleh penunggang hari ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Sempena ulang tahun ke-60 Mustang, Shelby American telah menghasilkan sebuah jentera berkuasa daripada model asas Ford Mustang yang dikenali sebagai Shelby Super Snake 2024.
Hadir dengan enjin V-8 supercharged yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 830 kuasa kuda, Super Snake telah mengatasi model Shelby sebelum ini iaitu GT500. Terhad hanya 250 unit, model eksklusif ini pasti bakal menjadi rebutan peminat Mustang di luar sana.
Tersedia dengan pilihan enjin Coyote V-8 5.0 liter yang menghasilkan 480 kuasa kuda atau varian supercharged Whipple yang menghasilkan 830 kuasa kuda, Super Snake memenuhi kriteria peminat model Mustang.
Kereta ini dilengkapi dengan suspensi yang telah ditala semula untuk membawa sebuah enjin yang sangat berkuasa, ekzos Borla yang pasti menghasilkan bunyi yang cukup mengancam, sistem brek daripada Brembo, dan sistem penyejukan yang ditingkatkan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi trenkuasa. Peminat yang memilih transmisi manual enam kelajuan akan menikmati short-throw shifter dan robust one-piece driveshaft.
Kenderaan ini menampilkan rim magnesium 20 inci, yang mampu mengurangkan berat kereta tersebut. Penambahbaikan aerodinamik seperti custom aluminum hood, carbon wide-body front fenders, dan komponen lain daripada gentian karbon seperti bumper piece, grille, side rockers, dan lower diffuser.
Bagi model fastback atau convertible pemilik akan menerima spoiler GT Wing besar karbon atau spoiler ekor itik yang lebih sederhana.
Untuk ruangan di dalam kokpit, Super Snake mempunyai beberapa modifikasi khusus Shelby. Ini termasuk tempat duduk dan lapik kaki yang disulam, Cobra-themed puddle lamps, Super Snake door sill plates, dan plak dash bersiri yang menunjukkan keunikan kereta tersebut. Model transmisi manual menerima Shelby-branded shifter ball yang menambah sentuhan kelas dan keunikan pada pengalaman memandu.
Walaupun butiran harga masih belum diumumkan, Shelby American telah mengesahkan bahawa pengeluaran Super Snake 2024 akan bermula pada pertengahan musim panas.
Dengan hanya 250 unit yang dirancang untuk pengeluaran, individu yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan dengan segera. Setiap Super Snake dilengkapi dengan jaminan 3 tahun/36,000 batu, dengan powertrain warranty asal Ford juga masih kekal.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Honda Malaysia mengumumkan perlantikan rasmi Encik Narushi Yazaki sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 1 April 2025.
Beliau menggantikan Encik Hironobu Yoshimura, yang telah memimpin Honda Malaysia selama tiga tahun dengan penuh cemerlang.
Pemimpin Berkaliber
Dengan pengalaman 25 tahun bersama jenama Jepun ikonik ini. Beliau telah menggalas pelbagai peranan kepimpinan di beberapa negara utama seperti Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat. Sebelum dilantik ke posisi tertinggi di Honda Malaysia. Yazaki bertugas dalam Bahagian Operasi Pentadbiran Korporat di ibu pejabat Honda Motor Co., Ltd. di Tokyo.
Dalam kenyataan rasminya, Yazaki melahirkan rasa teruja dan terhormat untuk memimpin Honda Malaysia. “Pasaran Malaysia bukan sahaja pesat membangun, malah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan jenama Honda di rantau Asia dan Oceania.
Saya berhasrat untuk meneruskan momentum positif yang telah dibina sebelum ini dan memastikan Honda Malaysia terus berkembang maju.” ujar beliau dengan penuh semangat.
Tugas Yoshimura Seterusnya
Sementara itu, Encik Yoshimura yang telah menamatkan tugasnya di Malaysia, kini menyambung khidmatnya di ibu pejabat Honda Motor Co., Ltd. di Tokyo.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya di sini. Yoshimura dikenang sebagai pemimpin yang berjaya mengekalkan kedudukan Honda Malaysia sebagai peneraju dalam segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional selama 11 tahun berturut-turut — satu pencapaian yang bukan calang-calang. Tambahan pula, beliau juga berjaya mengemudi syarikat ini menempuh fasa pemulihan pasca pandemik dengan strategi yang berkesan.
Honda Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada Yoshimura atas sumbangan besar beliau dalam memacu kejayaan syarikat selama ini. Kepimpinan beliau bukan sahaja membawa kestabilan tetapi juga menyuntik keyakinan dalam kalangan kakitangan serta pelanggan Honda di seluruh negara.
Encik Narushi Yazaki – Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia
Visi Lebih Segar
Dengan Yazaki mengambil alih, ramai yang menjangkakan pendekatan dan idea baharu akan diketengahkan untuk terus memperkukuh kedudukan Honda di pasaran Malaysia.
Dengan rekod prestasi yang kukuh dan pengalaman antarabangsa yang luas. Yazaki diyakini mampu membawa nafas baharu dan melangkah lebih jauh. Seiring dengan permintaan pasaran yang semakin mencabar dan dinamik.
Perlantikan ini menandakan satu lagi langkah strategik Honda Malaysia dalam memastikan mereka kekal relevan, inovatif dan terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Kita nantikan apakah langkah pertama Yazaki dalam meneruskan legasi kecemerlangan Honda di sini.
Permintaan terhadap skuter “Adventure” semakin meningkat di Malaysia.
Hal ini didorong oleh reka bentuk unik serta ciri yang berbeza berbanding skuter konvensional.
Bermula dengan Honda X-ADV 750, skuter “adventure” kini semakin popular, terutama dalam kategori enjin kecil yang lebih murah.
Terbaharu, Zontes telah membuka tempahan untuk model 368G ADV, sebuah skuter ADV dengan gabungan reka bentuk menawan, teknologi canggih, dan prestasi mantap, yang dijangka memasuki pasaran Malaysia pada 2025.
Enjin Berkuasa dengan Prestasi Terkawal
Zontes 368G ADV dilengkapi enjin satu silinder 368cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair.
Dengan bore dan stroke 79mm x 75mm, enjin ini mampu menghasilkan 38hp pada 7,500rpm serta tork maksimum 40Nm pada 6,000rpm.
Kelajuan maksimum yang dijangka melebihi 130km/j menunjukkan skuter ini bukan sahaja sesuai untuk tunggangan bandar tetapi juga perjalanan jarak jauh.
Teknologi dan Ciri Premium
368G ADV hadir dengan pelbagai ciri canggih, menjadikannya pilihan utama dalam segmen skuter bawah 400cc:
Sistem Kamera HD Depan dan Belakang (Belum ada kepastian untuk varian yang masuk ke pasaran Malaysia)
Dilengkapi sensor Sony STARVIS CMOS, kamera ini mampu merakam video berkualiti tinggi 1080p HD dan menyimpan sehingga 128GB data.
Panel Meter TFT Berwarna
Skrin TFT 8-inci dengan teknologi LCD IPS menawarkan empat tema berbeza dan boleh dihubungkan ke telefon pintar serta interkom helmet.
Mod Tunggang Adaptif
Dua mod tunggangan – Eco dan Sport – disediakan. Menariknya, mod Sport diaktifkan secara automatik apabila enjin mencecah 7,000rpm.
TPMS dan Sistem Keselamatan Termaju
Sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) serta kawalan cengkaman (traction control) hadir secara standard, meningkatkan keselamatan dan kestabilan semasa menunggang.
Reka Bentuk Ergonomik dan Praktikal
368G ADV menampilkan pelbagai elemen reka bentuk untuk keselesaan maksimum:
Penghadang Angin Laras
Boleh dilaraskan dalam lima tahap, memberikan perlindungan optimum terutama semasa perjalanan jarak jauh.
Lampu Kabus Standard
Menjamin penglihatan yang baik dalam cuaca buruk.
Sistem Tanpa Kunci Elektronik
Penutup tangki bahan api boleh dibuka dengan hanya satu butang elektronik.
Suspensi dan Sistem Brek Mantap
Suspensi depan jenis upside-down (USD) 41mm dengan pelarasan ‘rebound dan compression’ digandingkan dengan penyerap hentak belakang yang boleh dilaras pra-beban dan rebound.
Sistem brek pula menggunakan kaliper J.Juan, 4-piston di depan dan 2-piston di belakang, lengkap dengan ABS dwi-saluran.
Kapasiti Tangki dan Ruang Simpanan Luas
Kapasiti tangki bahan api 17.5L memastikan perjalanan lebih panjang tanpa kerap berhenti.
Tambahan lagi, ruang simpanan di bawah tempat duduk cukup luas untuk memuatkan dua helmet bersaiz penuh, sesuai untuk gaya hidup aktif.
Ciri Tambahan
Skuter ini juga dilengkapi pelbagai kelengkapan tambahan, termasuk:
Tayar depan 17-inci dan belakang 14-inci dengan rim lidi tubeless
Pencahayaan LED penuh dengan DRL
Sistem keyless untuk kemudahan
Pelindung tangan dan bar pelindung enjin
Port pengecas USB Type-A dan Type-C dengan fungsi fast-charging
Grip pemanas untuk keselesaan di cuaca sejuk
Sistem brek parkir
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
KEHANGATAN VIOS CHALLENGE 2025 BAKAL MEMUNCAK
Aksi Toyota GAZOO Racing Malaysia VIOS Challenge kembali dengan Pusingan 3 yang bakal berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos...