Seorang penghantar makanan telah ditahan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara awal pagi semalam selepas disyaki terlibat dalam kejadian membakar kereta polis bantuan.
Tindakan kontroversi itu dipercayai dilakukan dengan tujuan meningkatkan rating di aplikasi popular, TikTok.
Dalam satu kenyataan petang semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesahkan suspek berusia 26 tahun itu sengaja melakukan perbuatan tersebut untuk merakamkan video yang kemudiannya dimuat naik melalui telefon bimbitnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, menjelaskan bahawa siasatan awal juga menunjukkan suspek turut terlibat dalam aktiviti melukis carutan antikerajaan di dinding hentian bas berhampiran dengan kereta yang terbakar.
Ads
Kredit Foto: Harian Metro
Sementara itu, pihak berkuasa polis sedang mengkaji sama ada suspek mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik atau kumpulan pelampau.
Tindakan membakar kereta polis bantuan tersebut dilihat sebagai suatu kesalahan serius, dan pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 435/427 Kanun Keseksaan berkenaan khianat dengan api.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan juga denda jika sabit kesalahan.
Ads
Kejadian ini menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai berkenaan dengan keselamatan awam serta keselamatan harta benda, dan pihak berkuasa diharapkan dapat menyelesaikan siasatan dengan segera bagi memastikan keadilan dijalankan.
Dalam dunia penerbangan moden, kehilangan bagasi bukanlah perkara luar biasa.
Statistik global menunjukkan kira-kira 7.6 bagasi hilang bagi setiap 1,000 penumpang sama ada tersalah destinasi, tertinggal di lapangan terbang asal, atau tersangkut di persimpangan penerbangan sambungan (transit).
Namun, sebuah lapangan terbang di Jepun mencatat pencapaian luar biasa: tiada satu pun bagasi hilang dalam tempoh 30 tahun operasi.
Lebih 10 Juta Bagasi Setahun, Tapi Tiada Hilang
Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX) yang terletak di Teluk Osaka merupakan salah satu daripada dua lapangan terbang utama yang berkhidmat untuk bandar ketiga terbesar di Jepun.
Lapangan Terbang ini telah mengendalikan lebih 10 juta bagasi sepanjang tahun 2023, dan setiap satu daripadanya sampai ke pemiliknya tanpa sebarang isu.
Pencapaian ini bukan berlaku secara kebetulan, tetapi hasil daripada sistem dan budaya kerja yang sangat teliti.
Pemeriksaan Berlapis, Tiada Kompromi
Menurut laporan Nikkei Asia, rahsia kejayaan Kansai terletak pada beberapa lapisan pengesahan.
Setiap bagasi diperiksa berkali-kali dari saat ia diterima hingga saat ia tiba di tempat tuntutan.
Petugas darat memastikan jumlah bagasi yang dimuat naik sepadan dengan jumlah pada rekod keberangkatan.
Jika ada ketidaksesuaian, pencarian akan dilakukan termasuk di ruang kargo, apron pesawat, dan bilik pengasingan.
15 Minit ke Tangan Penumpang
Petugas di Kansai menyasarkan untuk menghantar bagasi ke kawasan tuntutan dalam tempoh 15 minit selepas pesawat mendarat.
Selain itu, mereka tidak meletakkan barang mudah rosak seperti alat muzik di atas tali pengangkut, sebaliknya menyerahkannya terus ke tangan penumpang.
Langkah ini meningkatkan kecekapan serta mengurangkan risiko kerosakan.
Lapan Kali Juara Dunia Dalam Penghantaran Bagasi
Rekod cemerlang ini bukan sahaja menakjubkan, malah diiktiraf dunia.
Skytrax, badan penyelidik penerbangan dari UK, telah menobatkan Kansai sebagai Lapangan Terbang Terbaik untuk Penghantaran Bagasi dalam World Airport Awards 2024.
Lebih mengagumkan, ini merupakan kemenangan kali kelapan untuk Kansai dalam kategori tersebut.
🇺🇸 Perbandingan: AS Catat 3 Juta Bagasi Hilang Setahun
Di Amerika Syarikat pula, statistik yang dilaporkan oleh Bureau of Transportation Statistics menunjukkan bahawa 3 juta bagasi telah mishandled sepanjang tahun 2023, bersamaan 0.58% daripada keseluruhan bagasi domestik.
Dalam bulan paling sibuk seperti Julai, kadar itu meningkat kepada 0.75%.
Lapangan Terbang Terapung Yang Semakin Tenggelam
Selain pencapaian dalam pengurusan bagasi, Kansai juga terkenal kerana keunikannya sebagai lapangan terbang terapung pertama di dunia, dibina di atas kawasan tambakan laut di Teluk Osaka pada tahun 1994.
Namun, pembinaan atas tanah tambak turut membawa kesan jangka panjang dimana struktur lapangan terbang ini kini tenggelam antara 2 hingga 4 cm setiap tahun, dengan jumlah penurunan lebih daripada 8 meter sejak pembukaannya.
Osaka Bersedia Hadapi World Expo 2025
Ujian sebenar menanti apabila Osaka menjadi tuan rumah kepada World Expo 2025 bermula April sehingga oktober 2025.
Perhimpunan antarabangsa ini menampilkan pemimpin dunia untuk membincangkan penyelesaian global.
Kansai dijangka menerima lonjakan penumpang kepada 37.33 juta orang, berbanding hanya 13.99 juta pada 2023.
Persoalannya, mampukah Kansai mengekalkan rekod sempurna tanpa kehilangan satu pun bagasi?
Off The Grid (OTG) adalah salah satu inisiatif di bawah payung Art of Speed (AOS), acara besar dalam dunia automotif di Malaysia. Dilancarkan sebagai acara sampingan dalam AOS pada tahun 2022, OTG telah mencapai kejayaan yang menggalakkan dengan sambutan yang positif dari peminat baru dan lama. Dengan pengalaman yang kukuh dalam membina komuniti, OTG bertujuan untuk mengumpulkan pelbagai komuniti gaya hidup outdoor di Malaysia dalam satu acara berskala besar.
Inspirasi OTG datang daripada FIELDSTYLE, acara gaya hidup outdoor terbesar di Jepun. Dengan minat yang semakin meningkat dalam gaya hidup outdoor di Malaysia, OTG menjadi platform untuk memperkenalkan gaya hidup ini kepada peminat baru. Pada tahun 2024, OTG menjangkakan kehadiran kira-kira 30,000 pengunjung.
Off The Grid 2024 (OTG 2024) akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) – Dewan A dan kawasan sekitarnya pada 23, 24 & 25 Februari 2024 dari jam 10:00 pagi – 10:00 malam.
Disini kami senaraikan 5 tarikan terbaik di Off The Grid 2024 untuk pengunjung yang berhasrat untuk ke sana;
Pilihan Jenama Gaya Hidup Outdoor Terbesar: Di Dewan A, pengunjung dapat menemui jenama-jenama popular seperti Montanic Adventure Store, ANBOT STORE, CampGuru, dan Eiger Adventure. Mereka menawarkan pelbagai peralatan dan produk berkaitan gaya hidup outdoor dan jika anda bertuah mungkin anda dapat harga diskaun semasa hari acara.
Brew Festa – Oasis Pencinta Kopi Brew Festa adalah tempat yang sempurna bagi pencinta kopi untuk menikmati suasana outdoor sambil menikmati kopi berkualiti dari barista terlatih.
BBQ Showdown – Acara memasak BBQ terbuka ini pasti menjadi daya tarikan utama bagi pengunjung yang menyukai daging panggang.
Makers Jamboree & Pasar Dinda Ladies Market: Di sini, pengunjung dapat mencari barangan unik dan ‘rare’ pada harga yang berpatutan, sambil menikmati dekorasi seni yang menarik.
Aktiviti Keluarga: Terdapat pelbagai aktiviti yang sesuai untuk keseronokan seisi keluarga, termasuk Skimpool, Surf Skate, Roller Disko, dan Piala Strider.
Selain itu, OTG juga menawarkan pelbagai booth dan vendor yang menawarkan pelbagai produk berkaitan gaya hidup outdoor, makanan, dan banyak lagi. Pemenang Pertandingan Booth Terbaik akan menerima tiket perjalanan ke Jambori FIELDSTYLE 2024 di Nagoya, Jepun.
Pembelian tiket boleh dilakukan secara dalam talian atau pada tarikh acara dengan harga yang munasabah. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi https://artofspeedmy.com/ atau cari mereka di laman media sosial @artofspeedmy .
MODENAS Perkenalkan Kempen Istimewa Sempena Musim Perayaan
Menjelang musim perayaan yang bakal tiba, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-Hicom Berhad, melancarkan kempen eksklusif ‘Mai Servis Motor Sambut Raya’.
Kempen ini sedang berlangsung dari 14 hingga 28 Mac 2025 ini bertujuan memastikan motosikal pengguna berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman.
Kempen ini terbuka kepada semua pemilik motosikal MODENAS di pusat servis rasmi MODENAS seluruh negara.
Pelbagai tawaran istimewa yang diberikan bagi menjamin pengalaman menunggang yang lebih selamat dan lancar sepanjang musim perayaan.
Manfaat Eksklusif Kempen
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosialnya, MODENAS menawarkan pelbagai keistimewaan kepada pelanggan, antaranya:
Percuma Caj Upah Kerja – Servis asas tanpa sebarang caj tambahan.
Diskaun Istimewa – Potongan harga menarik untuk servis dan penyelenggaraan motosikal.
Diskaun Tambahan Eksklusif – Tawaran lebih hebat khas untuk ahli E-Keahlian MODENAS.
Konsultasi Percuma – Mekanik bertauliah MODENAS sedia memberikan nasihat berkenaan penjagaan dan penyelenggaraan motosikal.
Komitmen MODENAS Terhadap Keselamatan Pengguna
Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, menegaskan kepentingan keselamatan pengguna jalan raya dalam kenyataannya:
“Di MODENAS, keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami. Dengan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya semasa musim perayaan, kami mahu memastikan setiap motosikal berada dalam keadaan optimum bagi mengurangkan risiko kerosakan atau kemalangan. Kempen ini adalah cara kami untuk memberikan kembali kepada komuniti dan memperkukuhkan komitmen terhadap mobiliti yang selamat dan boleh dipercayai.”
Lokasi & Waktu Operasi
Pelanggan yang ingin menikmati tawaran eksklusif ini boleh mengunjungi mana-mana pusat servis MODENAS sepanjang tempoh kempen dengan waktu operasi berikut:
Isnin – Jumaat: 8:30 pagi – 4:30 petang
Sabtu: 8:30 pagi – 1:00 petang
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai kempen ini, pelanggan boleh:
Dua warna tambahan untuk pilihan lebih segar
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan dua warna baharu untuk model skuter kompak popular Honda BeAT, iaitu Hitam...