Jenama kereta Smart yang pernah terkenal dengan model dua pintu kecilnya bakal memperkenalkan sebuah model crossover elektrik terbaharu menjelang acara IAA Mobility yang bakal berlangsung di Munich September ini.
Kredit Foto: insideevs.com
Perkenalan model tersebut sudah tentunya untuk pasaran Eropah terlebih dahulu kemudian China seterusnya ke pasaran Malaysia yang dijangkakan menjelang tahun 2025. Model Smart #3 adalah model kedua yang dilancarkan dari syarikat rakan niaga Geely-Mercedes Benz yang mana mereka memfokuskan untuk pembangunan jenama kereta elektrik (Smart).
Kredit Foto: insideevs.com
Secara dasarnya, Smart #3 lebih besar sedikit berbanding Smart #1 dan ia menjadi pesaing kepada Toyota Corolla Cross dan model seangkatan dengannya. Dari segi hantaran kuasa, ia menggunakan motor elektrik tunggal di belakang dengan kuasa 272PS dan 0-100km/j dalam masa 5.8 saat.
Kredit Foto: insideevs.com
Namun, jika itu tidak memadai,Smart turut menawarkan varian pacuan semua roda talaan Brabus yang akan menambah kuasa roda hadapan sebanyak 156 PS menjadikan keseluruhan kuasa elektriknya 428 PS.
Ads
Kredit Foto: insideevs.com
Selain itu, varian Brabus turut diberi kit badan yang lebih sporty dengan pecutan 0-100km/j dalam masa 3.7 saat. Pek bateri berkapasiti 66kWh pula membenarkan jarak perjalanan sehingga 455km untuk sekali pengecasan penuh.
Kredit Foto: insideevs.com
Smart #3 turut tersedia pengecasan pantas DC sehingga 150kW, dimana pengecasan 10% – 80% hanya memerlukan 30 minit sahaja. Selain Smart #3 biasa dan versi Brabus, syarikat itu akan melancarkan versi edisi khas di IAA Mobility sempena ulang tahun ke 25 syarikat terbabit.
Ads
Kredit Foto: insideevs.com
Dibina berdasarkan model Brabus, Smart #3 25th Anniversary Edition didatangkan dengan ciri premium seperti bumbung panorama, unit lampu LED yang dinaik taraf, kemasan warna dwi tona serta tempat duduk balutan kulit.
Kredit Foto: insideevs.com
Untuk ruang dalaman, Smart #3 dipadankan dengan sistem audio Beats dengan 13 pembesar suara, skrin paparan head-up 10 inci, skirn kluster digital 9.2 inci serta skrin sentuh pada bahagian tengah bersaiz 12.8 inci.
Ads
Kredit Foto: insideevs.com
Smart #3 akan tersedia untuk tempahan menjelang akhir tahun ini, dimana penghantaran pertama akan dilakukan pada awal tahun 2024. Namun, ia hanya untuk pasaran Eropah terlebih dahulu.
Dalam pasaran automotif Malaysia, istilah kereta recond bukanlah sesuatu yang asing. Ramai pembeli tertarik dengan kereta recond kerana ia biasanya menawarkan model yang tidak dijual secara rasmi, spesifikasi lebih menarik dan harga yang lebih rendah berbanding kereta baharu daripada pengedar rasmi.
Namun, kereta recond juga sering disalah faham. Ada yang menganggap semua kereta recond sama seperti kereta terpakai biasa, sedangkan ia sebenarnya mempunyai proses, kategori dan risiko tersendiri yang perlu difahami sebelum membeli.
Ia merujuk kepada kenderaan terpakai yang diimport dari luar negara, biasanya dari Jepun atau United Kingdom, kemudian dijual semula di Malaysia. Perkataan recond berasal daripada reconditioned, iaitu kenderaan yang sudah digunakan sebelum ini dan melalui proses pemeriksaan atau baik pulih sebelum dijual.
Berbeza dengan kereta terpakai tempatan, kereta recond biasanya belum pernah didaftarkan di Malaysia. Ia dibawa masuk melalui syarikat yang mempunyai Approved Permit atau AP sebelum didaftarkan sebagai kenderaan import terpakai.
Ada juga penjual yang melakukan proses baik pulih kosmetik seperti membersihkan dalaman, mengecat semula bahagian tertentu atau menggantikan komponen kecil supaya keadaan kereta kelihatan lebih baik sebelum dijual kepada pelanggan.
Antara sebab utama kereta recond popular ialah pilihan model yang lebih luas. Contohnya, model seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Toyota Harrier, Toyota Estima atau Nissan Elgrand sering dibawa masuk dalam bentuk recond kerana permintaannya tinggi di Malaysia.
Selain itu, pembeli juga boleh mendapatkan varian atau spesifikasi yang tidak ditawarkan oleh pengedar rasmi. Ada model pasaran Jepun yang hadir dengan ciri tambahan seperti sunroof, powered seat, kamera 360 darjah, sistem bantuan pemanduan dan kemasan dalaman premium.
Perbezaan paling jelas antara kereta recond dan used car tempatan ialah sejarah pendaftaran. Used car tempatan sudah pernah didaftarkan dan digunakan di Malaysia, manakala kereta recond berasal dari luar negara dan baru pertama kali didaftarkan di sini selepas dibawa masuk.
Ini memberi kelebihan dari segi pilihan model dan kondisi, tetapi pada masa sama menyukarkan pembeli untuk menyemak sejarah sebenar kenderaan. Mileage, rekod servis, sejarah kemalangan dan keadaan asal kereta perlu diperiksa dengan lebih teliti.
Sebelum membeli kereta recond, antara perkara penting untuk disemak ialah dokumen import, tahun pembuatan sebenar, tahun pendaftaran, laporan pemeriksaan dan status AP.
Pembeli juga perlu memeriksa keadaan fizikal kenderaan termasuk struktur casis, bahagian enjin, transmisi, sistem suspensi dan keadaan dalaman. Jika boleh, bawa mekanik atau individu yang berpengalaman untuk membuat pemeriksaan sebelum membuat bayaran.
Mileage juga perlu dilihat secara berhati-hati. Kereta dengan mileage rendah belum tentu bebas masalah, terutama jika pernah disimpan lama atau tidak diselenggara dengan baik.
Pastikan nombor casis dan nombor enjin sepadan dengan dokumen rasmi. Pembeli juga disarankan meminta laporan pemeriksaan bebas sekiranya ada.
Elakkan membeli hanya berdasarkan promosi atau harga terlalu murah kerana ada kemungkinan kereta tersebut pernah mengalami kerosakan serius atau masalah banjir.
Satu perkara yang sering terlepas pandang ialah waranti. Kereta recond biasanya tidak datang dengan waranti pengeluar rasmi seperti kereta baharu daripada pengedar sah. Sebaliknya, waranti diberikan oleh penjual atau syarikat tertentu dan terma perlindungan boleh berbeza.
Selain itu, alat ganti untuk sesetengah model mungkin lebih mahal atau mengambil masa untuk diperoleh, terutama jika model tersebut tidak dijual secara rasmi di Malaysia.
Jawapannya bergantung kepada keperluan dan bajet pembeli. Jika mahukan model unik, spesifikasi premium dan harga lebih rendah berbanding unit baharu, kereta recond boleh menjadi pilihan menarik.
Namun, pembeli perlu lebih teliti dari segi pemeriksaan dan semakan dokumen kerana risiko pembelian tetap wujud seperti mana-mana kenderaan terpakai lain.
Kereta recond boleh menjadi pilihan menarik jika dibeli dengan pengetahuan yang betul. Ia menawarkan model lebih pelbagai, spesifikasi menarik dan harga yang kadangkala lebih berbaloi.
Namun, pembeli perlu faham bahawa kereta recond tetap kenderaan terpakai yang mempunyai sejarah penggunaan sebelum tiba di Malaysia. Pemeriksaan menyeluruh, semakan dokumen dan pemilihan penjual yang dipercayai sangat penting bagi mengurangkan risiko.
Bagi para peminat kereta mewah di seluruh dunia, peluang untuk memiliki sebuah G-Class yang unik dan eksklusif kini menjadi kenyataan. Dalam sambutan Hari Valentine, 300 orang pemilik bertuah berpeluang untuk memiliki sebuah G-Class yang diberi nama yang, G-Class Stronger Than Diamonds Edition.
Model G-Class edisi terhad ini mengambil asas daripada varian G 550 yang cukup terkenal dengan kuasa V8 turbo berkembarnya, mampu menghasilkan 416 hp dan 610 Nm tork. Diperkuat dengan transmisi automatik sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda, G-Class edisi berlian ini mampu memecut dari 0-96 km/j dalam masa hanya 5.6 saat.
Antara ciri eksklusif yang membezakan G-Class edisi terhad ini adalah warna luaran merah jambu Manufaktur Rosewood Gray Magno, serta panel bumbung dan rim berwarna hitam. Logo berlian turut ditemui pada setiap pemegang pintu di bahagian luar, menambah lagi aura kemewahan.
Sebagaimana namanya, G-Class Stronger Than Diamonds ini turut memaparkan empat unit berlian 0.25 karat pada bahagian pin kunci pintu keluli tahan karat. Setiap pembelian turut disertakan dengan sijil rasmi daripada Responsible Jewelry Council (RJC) untuk memastikan berlian yang digunakan diperoleh daripada sumber yang bertanggungjawab secara beretika.
Ciri lain termasuk plet ambang pintu yang bercahaya serta emblem “Stronger Than Diamonds” yang terdapat pada fob kunci. Kesemua ini menambah nilai estetika dan keunikannya. Untuk keselamatan, tiada sebarang berlian asli diletakkan di bahagian luar kereta bagi mengelakkan perhatian daripada golongan pencuri.
Harga untuk G-Class edisi terhad ini bermula dari $201,100 (sekitar RM961,560), menjadikannya lebih mahal berbanding dengan sebuah G 550 standard sebanyak $56,950 (sekitar RM272,306). Walaupun harganya tinggi, namun keunikan dan kemewahan yang ditawarkan pastinya memberi kepuasan kepada mereka yang mampu memilikinya.
Bagi peminat kelajuan, motosikal supersport adalah simbol prestasi dan adrenalin. Di Malaysia, terdapat pelbagai pilihan motosikal dalam segmen ini. Daripada model 600cc yang lincah hingga 1000cc yang penuh kuasa. Berikut adalah 6 motosikal supersport terbaik yang boleh didapati di pasaran Malaysia hari ini, lengkap dengan spesifikasi ringkas dan harga terkini.
Yamaha YZF-R1 adalah antara jentera paling berkuasa dalam segmen supersport. Ia diinspirasikan daripada teknologi MotoGP dan menampilkan enjin crossplane 998cc yang memberikan prestasi luar biasa dengan bunyi yang unik.
Spesifikasi Ringkas:
CBR1000RR-R Fireblade adalah motosikal supersport Honda paling maju setakat ini. Dengan aerodinamik agresif dan enjin berprestasi tinggi, ia sangat sesuai untuk penunggang yang mahukan pengalaman seperti di litar.
Spesifikasi Ringkas:
Kawasaki ZX-10R telah terbukti di pentas WorldSBK dengan pelbagai kejuaraan. Ia menawarkan keseimbangan antara kuasa dan kawalan, menjadikannya pilihan hebat untuk penunggang yang gemar menunggang laju tetapi masih mahukan kestabilan.
Spesifikasi Ringkas:
Suzuki GSX-R1000R merupakan motosikal yang mengekalkan identiti GSX-R sebagai jentera jalanan yang boleh digunakan di litar. Dengan teknologi terkini seperti quickshifter dan kawalan traksi, motosikal ini adalah pilihan tepat bagi mereka yang mahukan kelajuan tetapi masih boleh dikawal.
Spesifikasi Ringkas:
Ducati Panigale V4 adalah motosikal supersport yang bukan sahaja berprestasi tinggi, tetapi juga direka dengan estetika yang menawan. Dengan enjin Desmosedici Stradale yang diambil terus dari MotoGP, ia adalah jentera paling eksklusif dalam senarai ini.
Spesifikasi Ringkas:
BMW S 1000 RR terkenal dengan rekaan moden dan teknologi tinggi yang menjadikannya antara superbike paling canggih di dunia. Dilengkapi dengan enjin ShiftCam 999cc, ia menawarkan prestasi luar biasa di atas jalan dan litar.
Spesifikasi Ringkas:
Bagi mereka yang mencari motosikal supersport terbaik, pilihan di atas menawarkan pelbagai kombinasi kuasa, teknologi, dan gaya. Jika anda mahukan motosikal yang berorientasikan litar, Honda CBR1000RR-R atau Yamaha YZF-R1 adalah pilihan terbaik. Jika mahukan sesuatu yang lebih ikonik dan mewah, Ducati Panigale V4 pasti tidak mengecewakan. Untuk yang inginkan keseimbangan teknologi dan prestasi tinggi, BMW S 1000 RR adalah pilihan yang sangat berbaloi.
Apa pun pilihan anda, pastikan anda memilih motosikal yang sesuai dengan gaya tunggangan dan bajet anda. Yang penting, tunggang dengan selamat!
Tidur Dalam Kereta Dengan Pendingin Hawa Terbuka, Kenal Pasti Bahaya Keracunan Karbon Monoksida Yang Ramai Masih Ambil Ringan
Bagi sesetengah pemandu kereta yang berehat di...