Maserati, sebuah nama yang telah sinonim dengan keunggulan dalam dunia automotif, kini kembali dengan jentera terbaharunya, Maserati GT2 Stradale.
Kereta ini bukan sebuah supercar biasa, tetapi merupakan jentera yang dihasilkan daripada pengalaman Maserati di litar perlumbaan yang kini boleh dinikmati di jalan raya.
Dengan pengaruh kuat daripada model MC20, GT2 Stradale membawa semua kekuatan dan prestasi dari GT2 litar ke jalan raya.
Menjadikannya sebuah kereta yang bukan sahaja berkuasa tetapi juga elegan dan sesuai untuk kegunaan harian.
Kelahiran Maserati GT2 Stradale: Dari Litar ke Jalanan
Sejak permulaan projek MC20, Maserati telah merancang untuk kembali ke litar perlumbaan.
Ini terbukti dengan pelancaran Maserati GT2 yang membawa kemenangan dalam Fanatec GT2 European Series Championship 2023.
Namun, Maserati tidak mahu membiarkan kuasa dan kecantikan ini terhad di litar sahaja.
Hasilnya, GT2 Stradale dilahirkan, sebuah kereta yang sah digunakan di jalan raya tetapi tetap membawa DNA perlumbaan yang hebat.
Maserati GT2 Stradale adalah hasil usaha pasukan yang sama yang membangunkan GT2 litar.
Kedua-dua model ini dibangunkan secara selari dengan pengetahuan teknologi yang sama dan beberapa komponen spesifik yang dikongsi.
Ini menjadikan GT2 Stradale pilihan utama bagi peminat kereta sukan yang mencari prestasi hebat dengan sentuhan eksklusiviti.
Prestasi Hebat di Litar dan Jalan Raya
Maserati GT2 Stradale bukan sahaja memukau di litar, tetapi juga menawarkan keselesaan dan prestasi luar biasa di jalan raya.
Kereta ini mampu mencapai kelajuan maksimum 324 km/j, dengan output maksimum 640 hp (471 kW).
Kereta ini mempunyai 10 hp lebih tinggi daripada MC20 dan pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.8 saat.
Ads
Ini menjadikannya kereta pacuan roda belakang (RWD) yang paling lincah dalam kategorinya.
Prestasi luar biasa ini dicapai melalui peningkatan aerodinamik yang membawa kepada daya tarikan 500 kg pada kelajuan 280 km/j.
Serta pengurangan berat sebanyak 60 kg berbanding konfigurasi standard MC20.
Dengan sistem suspensi, GT2 Stradale menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih dinamik.
Menjadikannya sesuai untuk pelbagai keadaan pemanduan, sama ada di litar atau di jalan raya.
Reka Bentuk yang Mengagumkan dan Fungsional
Maserati GT2 Stradale direka dengan penelitian yang mendalam terhadap setiap butiran.
Setiap elemen estetik mempunyai fungsi tersendiri dalam meningkatkan prestasi kereta.
Bahagian hadapan kereta ini menampilkan rekaan baru yang lebih lebar, dikenali sebagai “shark nose”.
Ianya bertujuan untuk memastikan aliran udara yang lebih baik dan meningkatkan aerodinamik kereta.
Bonet hadapan dan spoiler belakang yang diperbuat daripada gentian karbon direka semula untuk memenuhi keperluan aerodinamik yang spesifik.
Ads
Manakala sayap belakang dengan reka bentuk boomerang meningkatkan daya tarikan dan kestabilan pada kelajuan tinggi.
Keseluruhan rekaan GT2 Stradale adalah hasil kerja pasukan Maserati Centro Stile, yang memastikan kereta ini mengekalkan semangat sukan Maserati dengan prestasi yang luar biasa.
Maserati GT2 Stradale menawarkan pelbagai pilihan warna dan material yang mencerminkan semangat sporty dan elegan kereta ini.
Empat warna utama yang disediakan adalah Nero Essenza, Blu Infinito, Gloss Giallo Genio, dan Matte Bianco Audace, yang masing-masing membawa ciri-ciri unik Maserati.
Terdapat juga pilihan personifikasi melalui program Maserati Fuoriserie, yang menawarkan warna-warna tambahan seperti Grigio Lamiera Matte dan Digital Mint Matte.
Caliper brek boleh didapati dalam warna hitam, merah, perak, kuning, dan biru, manakala rim adalah dalam warna hitam matte.
Untuk pelancaran model ini, Maserati memilih warna Digital Aurora Matte, warna biru dengan bayangan merah dan mika magenta, yang memberikan penampilan teknikal dan elegan.
Ads
Interior yang Mengutamakan Pemandu
Bahagian dalaman GT2 Stradale direka dengan fokus utama pada pemandu, di mana setiap kawalan dan komponen direka secara fungsional untuk meningkatkan prestasi pemanduan.
Tempat duduk baru dengan cangkerang gentian karbon memberikan posisi duduk yang lebih rendah, menekankan karakter perlumbaan kereta ini.
Tempat duduk ini tersedia dalam dua saiz, besar dan kecil, dengan pilihan harness tiga atau empat titik, dan boleh disesuaikan secara manual untuk keselesaan dan prestasi maksimum.
Stereng GT2 Stradale adalah evolusi daripada stereng MC20, dengan input dari Andrea Bertolini, Pemandu Ujian Utama Maserati dan Juara Dunia dalam MC12.
Stereng ini dilengkapi dengan butang penting seperti Start dan Launch Control, serta dilapisi dengan Alcantara dan aksen gentian karbon, memberikan rasa sporty yang maksimum.
Teknologi Infotainment dan Sistem Bunyi Sonus faber
Maserati GT2 Stradale dilengkapi dengan sistem infotainment Maserati Intelligent Assistant (MIA) terbaru yang menggunakan sistem operasi Android Automotive.
Sistem ini menawarkan pelbagai fungsi termasuk mirroring Apple & Android, serta kemas kini peta Over the Air.
GT2 Stradale juga dilengkapi dengan sistem audio Sonus faber yang menawarkan pengalaman audio yang mengagumkan, menjadikan pemanduan lebih menyenangkan.
Gabungan Kuasa dan Kemewahan
Maserati GT2 Stradale adalah simbol keunggulan Maserati dalam menggabungkan prestasi litar dengan keselesaan jalan raya.
Dengan reka bentuk yang mengagumkan, prestasi yang luar biasa, dan teknologi terkini, GT2 Stradale adalah pilihan utama bagi mereka yang mencari pengalaman pemanduan yang tidak dapat ditandingi.
Maserati sekali lagi membuktikan bahawa mereka adalah peneraju dalam dunia kereta sukan mewah, menjadikan GT2 Stradale sebagai model yang sukar ditandingi.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
PROTON dengan bangganya mengumumkan bahawa tempahan untuk model terbaharu mereka, PROTON X50 Serba Baharu, kini telah dibuka secara rasmi!
Pelancaran penuh bertenaga di Setia City Mall memperkenalkan tema kempen utama: “PROTON X50 Serba Baharu: SEDIA UNTUK MENGGEGAR”.
Sejak dilancarkan pada tahun 2020, PROTON X50 telah menjadi pilihan utama dalam segmen SUV-B dengan lebih 140,000 unit terjual di Malaysia dan lebih 1.2 juta unit secara global.
Model ini turut dibangunkan bersama rakan strategik, Geely, dan turut dikenali sebagai Binyue dan Coolray di pasaran antarabangsa.
Naik Taraf Menyeluruh: Reka Bentuk, Prestasi & Teknologi
PROTON X50 Serba Baharu menampilkan:
Reka bentuk luar dan dalaman baharu yang lebih garang dan moden
Sistem bantuan pemandu (ADAS Tahap 2) yang dipertingkatkan
Skrin infotainmen 14.6 inci generasi baharu dengan fungsi pengecaman suara Bahasa Melayu – pertama di dunia!
Prestasi Yang Dipertingkatkan
Dikuasakan oleh enjin 1.5L TGDi i-GT dan transmisi DCT 7-kelajuan. SUV ini mampu menjana 178hp kuasa dan 290Nm tork. Dengan pecutan 0–100km/j dalam hanya 7.6 saat.
Tambahan pula, terdapat peningkatan kecekapan bahan api sebanyak 4.7% berbanding model terdahulu.
Tiga varian akan ditawarkan: Executive, Premium, dan Flagship – masing-masing disesuaikan untuk memenuhi gaya hidup moden dan keperluan pemandu hari ini. Kesemua ciri baharu ini dianggarkan memberi nilai tambahan melebihi RM10,000.
Pakej Istimewa “READY TO ROAR”
Sebagai ganjaran kepada pelanggan awal, PROTON menawarkan Tawaran Tempahan Awal eksklusif untuk 10,000 pelanggan pertama:
Rebat tunai RM1,000
Kad Touch ‘n Go edisi khas
Tawaran GEMPAK! yang akan diumumkan semasa pelancaran rasmi
(*Tertakluk kepada terma dan syarat.)
Kerjasama Muzik Bersama De Fam
PROTON turut berkolaborasi bersama kumpulan pop tempatan De Fam bagi melancarkan lagu tema rasmi “All-New PROTON X50: Ready, Set, Roar” – lagu yang mencerminkan semangat berani model ini dan bakal diperdengarkan dalam pelbagai saluran media sosial dan acara langsung.
Jelajah “ROAR OF AMAZEMENT” Bermula!
Mulai hujung minggu ini, PROTON akan memulakan Jelajah Gegar Kagum di seluruh negara, membawakan PROTON X50 Serba Baharu kepada rakyat Malaysia. Pengunjung berpeluang melihat SUV ini secara langsung, bertemu pempengaruh terkenal dan menyertai aktiviti interaktif serta cabutan hadiah menarik.
Tempah Sekarang & Jadi yang Terawal
Orang ramai dijemput hadir ke Setia City Mall pada 5 & 6 Julai, mengunjungi bilik pameran PROTON terpilih atau layari proton.com untuk membuat tempahan. Rebut peluang untuk menjadi antara pemilik pertama SUV yang bakal menggegarkan jalan raya Malaysia ini.
Ikuti Proton Cars Official di semua platform media sosial utama untuk info terkini, lokasi jelajah dan kandungan eksklusif PROTON X50 Serba Baharu!
Video yang tular minggu ini, menunjukkan sekumpulan mat rempit melawan arus di Lebuhraya BORR Bagan Ajam dari arah plaza tol menuju ke Terminal Kontena Butterworth (NBCT) di Pulau Pinang.
Jelas menggambarkan betapa mereka sudah tidak lagi mempedulikan undang-undang. Bukan sekadar melarikan diri daripada sekatan jalan raya, mereka juga meletakkan pengguna jalan lain dalam bahaya.
Minggu lalu, malam Ahad, dua remaja maut dalam satu kemalangan yang melibatkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, sekitar jam 4.30 pagi. Kejadian itu berlaku ketika beberapa kumpulan mat rempit berlumba dalam kelajuan tinggi.
Tangkap layar video tular yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal di Lebuhraya BORR – Sinar Harian
Malah, melakukan aksi berbahaya di sepanjang jalan dari Kompleks Sukan Pandamaran menuju ke Pelabuhan Klang sebelum berpatah balik dan membuat beberapa pusingan. Salah satu motosikal terbabas dan dirempuh oleh motosikal lain dalam kumpulan tersebut.
Insiden seperti ini semakin kerap berlaku, dan malangnya, majoriti mat rempit ini terdiri daripada remaja Melayu. Ini hanyalah salah satu daripada banyak masalah sosial yang menuntut perhatian serius, terutama daripada ibu bapa mereka sendiri.
Luahan Rakyat Prihatin
Merak Jalanan teringat perbualan dengan seorang rakan yang meluahkan kebimbangannya tentang masa depan remaja Melayu di tanah air sendiri. Terutamanya apabila melihat kegigihan anak-anak Rohingya yang berusaha meningkatkan taraf hidup mereka dengan menyertai bidang kemahiran.
Salah sebuah motosikal telah terbabas di atas jalan raya lalu dirempuh oleh beberapa motosikal dari kumpulan yang lain – Sinar Harian
Kisahnya, ketika rakan tersebut menghantar motosikal untuk dibaiki di sebuah bengkel di Shah Alam, dia mendapati pekerja bengkel tersebut kebanyakannya terdiri daripada remaja Rohingya. Mereka bukan sahaja mahir dalam membaiki pelbagai jenis motosikal, malah sudah menghafal harga setiap alat ganti di bengkel itu.
Mungkin lima hingga 10 tahun akan datang, kita akan menyaksikan di mana kedudukan anak-anak Melayu dan bagaimana masa depan anak-anak Rohingya di bumi Malaysia ini.
Malaysia kini menyaksikan kemasukan syarikat e-hailing terbaru, Bolt, yang bakal bersaing dengan perkhidmatan popular seperti Grab dan AirAsia Ride. Bolt Services My Sdn. Bhd. mendapat lesen operasinya daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan menjadi syarikat ke-34 dalam senarai penyedia e-hailing berlesen di negara ini.
Mengenali Bolt
Bolt merupakan syarikat mobiliti yang berpusat di Estonia dan telah ditubuhkan pada tahun 2013. Syarikat ini sudah beroperasi di 45 pasaran di seluruh Eropah, Afrika, Asia Barat, Asia Tenggara, dan Amerika Latin.
Malaysia menjadi pasaran kedua di Asia Tenggara selepas Thailand, dan pengguna boleh mengakses aplikasi Bolt melalui Apple App Store dan Google Play Store.
Selain perkhidmatan e-hailing, Bolt juga menawarkan penghantaran makanan, penghantaran barangan runcit, sewaan kereta, dan pengurusan perjalanan korporat di negara lain. Namun, buat masa ini, Bolt hanya menyediakan perkhidmatan e-hailing di Malaysia.
Harga Bolt Berbanding Grab
Bagi ramai pengguna, aspek harga adalah salah satu faktor utama. Sebagai contoh, untuk perjalanan dari GMBB ke Stadium Nasional Bukit Jalil yang berjarak sekitar 16km. Perkhidmatan asas Bolt boleh membawa sehingga empat penumpang dengan kos sekitar RM31 tanpa diskaun.
Sebagai perbandingan, perjalanan yang sama melalui Grab menggunakan “JustGrab” berharga sekitar RM19.30 untuk kapasiti penumpang yang sama.
Bolt kini menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk 7 perjalanan pertama pengguna baharu di seluruh Malaysia sehingga 16 November 2024, dengan had diskaun maksimum RM15 setiap perjalanan. Bagi pengguna di kawasan Lembah Klang pula, terdapat promosi 50% diskaun untuk 20 perjalanan pertama, sah sehingga 14 November.
Perbezaan Bolt dengan Grab
Walaupun kedua-dua platform menawarkan perkhidmatan yang serupa, Grab menyediakan pilihan lebih pelbagai seperti GrabCar Exec untuk MPV mewah seperti Toyota Vellfire dan Alphard, serta GrabTaxi Metered untuk teksi berkaunter.
Grab juga menawarkan pilihan “GrabSaver” yang menjanjikan tambang lebih murah dengan waktu menunggu yang lebih panjang.
Grab turut menyertakan ciri tambahan seperti “Quiet Ride” bagi mereka yang mahukan suasana tenang tanpa berbual semasa perjalanan.
Ciri “Ride Cover” pula menawarkan perlindungan insurans serta baucar sekiranya berlaku kelewatan penjemputan dengan bayaran tambahan RM0.30 atau RM1.00. Mengikut tahap perlindungan yang dikehendaki.
Grab juga mempunyai pilihan “Carbon Neutral Fee” sebanyak RM0.20 bagi yang mahu menyokong usaha penanaman pokok di Asia Tenggara.
Perkhidmatan Lain
Selain perkhidmatan e-hailing, Grab di Malaysia menawarkan pelbagai lagi perkhidmatan lain termasuk penghantaran barang runcit, penghantaran barangan, serta e-wallet.
Bolt pula setakat ini hanya menyediakan perkhidmatan e-hailing di Malaysia dan belum mengumumkan sebarang perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan tambahan yang disediakannya di luar negara.
Dengan kehadiran Bolt, pengguna di Malaysia kini mempunyai lebih banyak pilihan perkhidmatan e-hailing dengan tawaran promosi menarik yang sesuai untuk mereka yang mahu mencuba alternatif baharu selain Grab.
Revolusi Tempatan Dengan Aspirasi Global
PROTON sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan Saga Serba Baharu kepada pihak media sebelum pelancaran rasminya. Model ini bukan sekadar...