
Jenama motosikal tempatan, Aveta, terus memperkukuhkan kehadirannya menerusi pembukaan rasmi Pusat Servis Teknikal baharu yang dikendalikan terus oleh ibu pejabat syarikat.
Kemudahan ini diwujudkan sebagai pusat sokongan teknikal lanjutan bagi pemilik motosikal Aveta dan Peugeot di seluruh negara.
Tidak sekadar berfungsi sebagai pusat servis biasa, fasiliti ini dibangunkan bagi mengendalikan kes-kes teknikal lebih kompleks termasuk diagnostik lanjutan, kerja pembaikan besar serta urusan berkaitan tuntutan waranti yang memerlukan kepakaran khusus.
Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada pelaburan jangka panjang Aveta dalam memperkukuhkan pengalaman pemilikan pelanggan selain meningkatkan tahap keyakinan terhadap sokongan selepas jualan jenama tersebut di Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia, Steven Lim, pusat berkenaan diwujudkan bagi memastikan pelanggan mendapat sokongan teknikal yang lebih menyeluruh dan efisien.
Beliau menjelaskan bahawa sokongan lepas jualan kini menjadi antara faktor penting dalam menentukan kepercayaan pelanggan terhadap sesebuah jenama motosikal, seiring peningkatan jangkaan pengguna dalam pasaran semasa.
Pusat Servis Teknikal ini akan memainkan peranan sebagai hab sokongan teknikal utama bagi menyelesaikan isu yang tidak dapat dikendalikan di peringkat pengedar biasa.
Berbeza dengan pusat servis konvensional yang lebih tertumpu kepada penyelenggaraan berkala, fasiliti baharu Aveta ini memberi fokus kepada:
Pendekatan ini secara tidak langsung melengkapkan rangkaian pengedar Aveta di seluruh negara dengan menyediakan lapisan sokongan tambahan kepada pelanggan yang memerlukan bantuan lebih mendalam.
Dari sudut fasiliti, pusat ini dilengkapi bengkel servis lengkap serta ruang kerja khas bagi membolehkan proses pembaikan dan penyelenggaraan dijalankan dengan lebih sistematik.
Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan
Pelanggan turut disediakan ruang menunggu yang lebih selesa sebagai sebahagian daripada usaha Aveta meningkatkan pengalaman selepas jualan secara keseluruhan.
Bagi memastikan operasi lebih efisien, semua urusan servis di pusat ini dilaksanakan sepenuhnya menerusi sistem temujanji.
Selain pusat servis teknikal ini, Aveta turut memperkukuhkan ekosistem selepas jualannya menerusi rangkaian bantuan tepi jalan Aveta Care On Wheels (ACOW).
Melalui peluasan terkini ACOW, pelanggan kini boleh menikmati liputan bantuan lebih meluas dan masa tindak balas yang lebih pantas sekiranya berlaku kecemasan atau kerosakan ketika berada di jalan raya.
Dalam masa sama, Aveta turut menyatakan bahawa pelaburan berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan terus membantu meningkatkan aspek prestasi, kebolehpercayaan serta pengalaman pemilikan motosikal jenama itu untuk jangka panjang.
Pusat Servis Teknikal Aveta beroperasi:
Semua kunjungan adalah berdasarkan temujanji bagi memastikan proses servis lebih lancar dan teratur.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok
Baca Juga : Aveta Perluas Rangkaian Bantuan “Care on Wheels”