Honda Malaysia hari ini memperkenalkan dua model edisi khas, iaitu City dan WR-V, yang direka khas untuk pasaran Malaysia.
Apa yang membuat edisi ini lebih istimewa ialah hanya 99 unit bagi setiap model edisi khas ini akan ditawarkan.
Ini menjadikannya antara model yang paling eksklusif di jalan raya Malaysia.
Namun untuk Honda City Edisi Khas bakal tiba di semua pengedar Honda pada hujung bulan ini.
Honda WR-V Edisi Khas: SUV Kecil dengan Sentuhan Eksklusif
Selain itu, bagi mereka yang inginkan SUV kecil dengan sentuhan eksklusif, jenama ini turut memperkenalkan Honda WR-V RS Edisi Khas.
Ads
SUV kecil yang serba boleh ini dilengkapi dengan beberapa penambahbaikan baharu seperti “skirting” depan, sisi, dan belakang, emblem Edisi Khas, serta perakam video digital (DVR) depan.
Penambahan lain termasuk pelindung paip ekzos, penutup pelapik panel belakang, dan hiasan langkah belakang yang menambah nilai praktikaliti serta reka bentuk yang menarik.
WR-V Edisi Khas ini direka untuk menarik perhatian pemandu dan penumpang yang mengutamakan gabungan prestasi, fungsi, dan gaya dalam sebuah SUV kecil yang kompak tetapi serba lengkap.
Ads
Penawaran Harga Eksklusif Untuk Model Edisi Khas
Honda City V Edisi Khas ditawarkan dalam warna Platinum White Pearl dengan harga RM94,9001.
Manakala WR-V RS Edisi Khas hadir dalam warna Stellar Diamond Pearl dengan harga RM107,9001.
Menariknya, Honda Malaysia mengekalkan harga asal walaupun dengan penambahbaikan tambahan.
Volvo Car Malaysia secara rasmi melancarkan Volvo ES90 Malaysia, sedan elektrik pertama jenama itu dan juga model flagship baharu bagi era elektrifikasi.
Pelancaran ini menandakan satu langkah penting Volvo dalam memperkukuhkan penawaran kenderaan elektrik premium di pasaran tempatan.
Dipasan secara tempatan di Shah Alam, Volvo ES90 Malaysia ditawarkan pada harga bermula RM339,888, dengan insentif early bird sebanyak dua peratus untuk 100 tempahan terawal sehingga 31 Mac 2026.
Tawaran ini menjadikan ES90 antara sedan elektrik premium paling kompetitif dalam segmennya di Malaysia.
Bersempena pelancaran ES90, Volvo memperkenalkan kempen “SELAMAT” yang membawa maksud lebih mendalam berbanding sekadar ucapan harian.
Dalam konteks ini, “Selamat” merujuk kepada nilai keselamatan yang telah menjadi teras jenama Volvo sejak lebih 60 tahun kehadirannya di Malaysia.
Kempen ini bertujuan mengingatkan bahawa keselamatan bukan sekadar satu ciri kenderaan, sebaliknya satu budaya dan tanggungjawab bersama.
Ia dilihat relevan ketika landskap automotif tempatan kini dibanjiri dengan pelbagai jenama EV baharu yang bersaing dari segi teknologi dan harga.
Dari segi penampilan, Volvo ES90 Malaysia menampilkan siluet fastback yang elegan, digabungkan dengan ruang dalaman luas ala SUV.
Ketinggian tunggangan yang sedikit lebih tinggi memberikan posisi pemanduan lebih yakin, sesuai untuk penggunaan harian dan perjalanan jauh.
Rekaan aerodinamik dengan pekali seretan hanya 0.25 membantu meningkatkan kecekapan tenaga dan jarak pemanduan.
Di bahagian hadapan, lampu LED Thor’s Hammer mengekalkan identiti Volvo, manakala di belakang pula hadir lampu LED berbentuk C dengan pencahayaan tambahan pada cermin belakang untuk kesan visual welcome dan farewell.
Aspek praktikaliti turut diberi perhatian menerusi ruang but berkapasiti 424 liter, yang boleh dikembangkan sehingga 904 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
Selain itu, ruang simpanan hadapan atau frunk berkapasiti 27 liter disediakan untuk menyimpan kabel pengecasan dan barangan kecil.
Volvo ES90 Malaysia dibina menggunakan platform SPA2 dengan seni bina 800 volt, membolehkan pengecasan lebih pantas dan kecekapan tenaga yang lebih baik.
Menggunakan pengecas DC berkuasa tinggi, bateri boleh dicas dari 10 ke 80 peratus dalam masa sekitar 22 minit.
Dari segi jarak pemanduan, ES90 mampu mencapai sehingga 651 km mengikut kitaran WLTP. Jarak ini menjadikannya sesuai untuk perjalanan jarak jauh antara bandar tanpa kebimbangan terhadap jarak.
Pecutan dari 0 ke 100 km/j pula dicapai dalam masa 6.6 saat, sejajar dengan karakter sedan premium yang mementingkan keselesaan dan kelancaran.
Bahagian dalaman Volvo ES90 Malaysia direka berteraskan konsep Scandinavian minimalism dengan penggunaan material premium dan susun atur yang ringkas.
Jarak roda sepanjang 3.1 meter memastikan ruang kaki yang luas di barisan kedua, memberikan keselesaan kepada semua penumpang.
Antara ciri utama termasuk bumbung panoramik electrochromic, sistem pendingin hawa empat zon dengan penapis udara yang mampu menapis sehingga 95 peratus zarah PM2.5, serta sistem audio Bowers & Wilkins dengan 25 pembesar suara dan sokongan Dolby Atmos.
Volvo turut memberi penekanan terhadap kesenyapan kabin, menjadikan ES90 antara model paling senyap pernah dihasilkan oleh jenama tersebut.
Volvo ES90 Malaysia merupakan model pertama Volvo yang dikuasakan oleh platform NVIDIA DRIVE AGX Orin, membolehkan pemprosesan data berkelajuan tinggi untuk sistem bantuan pemandu dan keselamatan.
Ia dilengkapi lima radar, tujuh kamera dan 12 sensor ultrasonik yang membentuk Safe Space Technology. Sistem ini direka untuk melindungi bukan sahaja penumpang kenderaan, malah pengguna jalan raya lain seperti pejalan kaki dan penunggang basikal.
Antara ciri penting termasuk amaran pembukaan pintu bagi mengelakkan kemalangan tidak disengajakan.
Sebagai kenderaan berasaskan perisian, ES90 turut menyokong kemas kini over-the-air bagi memastikan sistem dan fungsi sentiasa relevan sepanjang tempoh pemilikan.
Secara keseluruhan, Volvo ES90 Malaysia bukan sekadar sebuah sedan elektrik baharu. Ia merupakan simbol hala tuju Volvo dalam era elektrifikasi, dengan penekanan terhadap keselamatan, keselesaan dan teknologi canggih.
Dengan gabungan reka bentuk premium, jarak pemanduan kompetitif dan sistem keselamatan menyeluruh, ES90 meletakkan dirinya sebagai sedan elektrik flagship yang kukuh untuk pasaran Malaysia.
Kerajaan mengumumkan pelarasan baharu bagi program subsidi petrol bersasar BUDI95, apabila had BUDI95 200 liter sebulan diperkenalkan berbanding 300 liter sebelum ini bagi setiap individu. Keputusan ini dibuat berdasarkan data penggunaan sebenar rakyat Malaysia yang menunjukkan majoriti pengguna tidak menggunakan kuota maksimum sebelum ini.
Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha penambahbaikan dasar subsidi bersasar, selari dengan matlamat kerajaan untuk memastikan bantuan disalurkan secara lebih efisien tanpa menjejaskan keperluan harian pengguna.
Sebelum ini, kerajaan menetapkan had 300 liter sebulan bagi pembelian petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95. Namun, data yang dikumpulkan sejak pelaksanaan program menunjukkan corak penggunaan sebenar jauh lebih rendah.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, purata penggunaan petrol rakyat Malaysia adalah sekitar 100 liter sebulan, manakala kira-kira 90 peratus pengguna menggunakan kurang daripada 200 liter setiap bulan.
Dapatan ini menjadi asas utama kepada keputusan menetapkan had BUDI95 200 liter, yang dilihat lebih selari dengan keperluan sebenar pengguna.
Salah satu objektif utama pelaksanaan subsidi bersasar adalah untuk mengurangkan ketirisan dalam sistem subsidi bahan api.
Sebelum ini, subsidi menyeluruh menyebabkan penggunaan bahan api oleh golongan berpendapatan tinggi, syarikat serta pihak tidak layak turut menerima manfaat. Dengan pelaksanaan had BUDI95 200 liter, kerajaan berusaha memastikan subsidi hanya digunakan untuk keperluan asas pengguna biasa.
Pendekatan ini juga membantu mengawal perbelanjaan kerajaan dalam jangka panjang, terutama ketika harga minyak global tidak menentu.
Bagi majoriti pengguna, pengurangan had ini dijangka tidak memberi kesan besar kerana kebanyakan mereka tidak mencapai penggunaan melebihi 200 liter sebulan.
Pengguna yang menggunakan kenderaan untuk perjalanan harian seperti pergi kerja atau urusan keluarga masih berada dalam julat penggunaan yang sama. Ini menunjukkan had BUDI95 200 liter masih mencukupi untuk kebanyakan rakyat.
Namun, bagi individu yang mempunyai jarak perjalanan lebih jauh atau menggunakan lebih daripada satu kenderaan, pelarasan ini mungkin memberi sedikit kesan.
Dalam situasi tersebut, pengguna mungkin perlu merancang penggunaan bahan api dengan lebih teliti.
Pelarasan ini juga dilihat sebagai sebahagian daripada langkah lebih besar dalam reformasi subsidi bahan api di Malaysia.
Sejak pengenalan BUDI95, kerajaan telah mengambil pendekatan subsidi bersasar bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Program ini juga membantu mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar lebih rendah berbanding harga pasaran.
Langkah mengurangkan had penggunaan menunjukkan kerajaan kini menggunakan data sebenar untuk memperhalusi dasar sedia ada termasuk pelaksanaan had BUDI95 200 liter.
Kerajaan sebelum ini menegaskan bahawa reformasi subsidi perlu mengambil kira keseimbangan antara kebajikan rakyat dan kedudukan kewangan negara.
Dengan menyesuaikan had penggunaan kepada 200 liter, kerajaan berusaha memastikan subsidi masih memberi manfaat kepada majoriti rakyat, sambil mengurangkan beban kewangan negara.
Pendekatan ini juga penting bagi memastikan sistem subsidi kekal mampan dalam jangka panjang.
Seperti kebanyakan dasar berkaitan subsidi, langkah ini dijangka menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Ada yang melihatnya sebagai langkah logik berdasarkan data penggunaan sebenar, manakala ada juga yang bimbang ia mungkin tidak mencukupi bagi sesetengah pengguna dengan keperluan perjalanan tinggi.
Namun, penggunaan data sebenar sebagai asas keputusan memberi gambaran bahawa pelaksanaan had BUDI95 200 liter dibuat secara berperingkat dan berasaskan fakta, bukan sekadar anggaran.
Pengurangan had BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan mencerminkan pendekatan kerajaan yang lebih berasaskan data dalam pengurusan subsidi bahan api. Dengan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan, pelarasan ini dijangka tidak memberi kesan besar kepada pengguna biasa.
Dalam masa yang sama, langkah ini membantu memastikan sistem subsidi kekal lebih efisien, terarah dan mampan untuk jangka panjang.
Sempena ulang tahun ke-25 dalam industri gaya hidup modifikasi automotif, IAM International Automodified kembali semula ke Malaysia dengan penganjuran edisi istimewa di Kuala Lumpur Ogos ini!
Bertempat di Setia City Convention Centre, acara ini akan berlangsung pada 16 dan 17 Ogos 2025, menampilkan lebih 200 buah kereta modifikasi terbaik Malaysia.
Acara yang sinonim dengan dunia tuning dan gaya hidup automotif serantau ini bukanlah asing bagi peminat modifikasi.
Bermula sejak 2001, IAM telah menjelajah lebih 38 bandar di seluruh Indonesia dan kemudiannya mengembangkan sayap ke Malaysia, Singapura, Thailand, dan terbaru di Amerika Syarikat menerusi acara sulung IAM International Automodified America di Anaheim, California tahun lalu.
Bakal berlangsung pada 16 dan 17 Ogos 2025 di Setia City Convention Centre, IAM & MIME Kuala Lumpur 2025 menjanjikan sebuah hujung minggu yang padat dengan adrenalin dan kereta-kereta yang menarik.
Selain lebih 200 buah kereta modifikasi tempatan dan antarabangsa yang bakal dipamerkan.
Acara ini turut akan menyaksikan kehadiran komuniti peminat, tetamu VIP, dan penggiat industri dari seluruh rantau.
Antara tarikan utama termasuk:
International Diecast Show
Persembahan pentas dan sesi bual bicara
Pameran drift & sesi tandatangan bersama pelumba
Pertandingan dyno & cabaran gokart
Car clubs parade, jual beli kereta, detailing & live wrap show
Simulasi perlumbaan, RC drift, cosplay, bola jalanan & Starwars Fan Club Nite
Cars & Carings – program amal komuniti
Food trucks & kemunculan Miss IAM
Tiket pra-jualan kini boleh dibeli pada harga RM25 di http://t2u.asia/e/34477, manakala tiket walk-in akan dijual pada harga RM35.
Kanak-kanak di bawah 10 tahun masuk percuma dengan pengawasan orang dewasa.
IAM 2025 bukan sekadar pameran ia adalah perayaan automotif sebenar!
Jika anda tidak pernah menyertai acara ini pada tahun-tahun sebelumnya, mungkin ini adalah peluang anda untuk melihat sendiri kehebatan scene car culture yang ada di Malaysia.
Thunder Motorcycles Rasmi Masuk Malaysia, Tampilkan LS250-S di AOS 2026
Thunder Motorcycles secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Art of Speed 2026...